Tips Masuk Rumah Baru


Tips Masuk Rumah Baru | Periksa dahulu bahagian-bahagian wajib selepas terima kunci. Setiap daripada kita pasti teruja apabila memiliki  rumah sendiri. Apatah lagi jika ianya rumah yang kita idam idamkan selama ini. Tapi tahukah kita, bukan semua pembeli rumah bernasib baik mendapat rumah yang sempurna. Ada yang pernah dapat rumah  yang keadaannya tidak memuaskan seperti dinding retak, jubin pecah, atap pecah, pintu rosak dan pelbagai masalah lain lagi. 
Kita sebagai pembeli seharusnya bijak dalam menangani hal hal seperti ini dan bagi mengelakkan ianya menimpa kita apakata kita ikuti tips dan langkah bijak yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Shamier Mohaimin ini. Semoga tips ini dapat membantu kita menangani masalah ini jika ianya berlaku. 
Jom sama sama kita baca perkongsian dari beliau. 
Perkara pertama selepas dapat kunci, bukan cuci rumah dan terus masuk ya. Periksa dulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti dinding crack, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi.


Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah. Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Tetapi sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah

PERALATAN :
▪ Masking tape - Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda

▪ Marker Pen - Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape

▪Kertas A4 - Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari

▪Kamera / Handphone berkamera - Ambil gambar kecacatan rumah

1. Azan- Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda
- Masuk rumah dengan lafaz bismillah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar

2. Pintu- Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu dan kuncinya sekali.


3. Tiles Lompong- Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu
- Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok
- Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat
- Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air


4. Elektrik- Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya
- Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket

5. Meter Air- Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna
- Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat
- Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar
- Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor
- Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki

6. Tingkap dan Sliding Door- Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna
- Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat

7. Tangga- Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang

8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor- Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar
- Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda
- Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna
- Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak

9. Dinding Retak-Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.


10. Kunci Semua-Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel eletrik
-Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel

Bila dah siap betulkan defect ni, barulah boleh buat renovation rumah dengan senang hati. 
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2020/03/tips-masuk-rumah-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Ada Orang Beritahu Apa Apa Ke Sebelum Masuk Ke Rumah Tu

Tak Ada Orang Beritahu Apa Apa Ke Sebelum Masuk Ke Rumah Tu

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 486 hits
Sekadar perkongsian untuk bacaan suka suka Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan Risiko tanggung sendiri Gambar gambar yang digunakan juga hanyal...
Waspada Bunda Ratusan Anak Masuk Rumah Sakit Jiwa Karena Kecanduan Hp Atalia Kamil Angkat Bicara

Waspada Bunda Ratusan Anak Masuk Rumah Sakit Jiwa Karena Kecanduan Hp Atalia Kamil Angkat Bicara

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 278 hits
Waspada Bunda Ratusan Anak Masuk Rumah Sakit Jiwa Karena Kecanduan HP Atalia Kamil Angkat BicaraKetua Tim Penggerak PKK Jawa Barat Atalia Praratya Kamil prihatin dengan kasus anak anak yang kecanduan ponsel dan gamePasalnya seiring berjalan...
Menyesal Tak Sudah Tersalah Pecah Masuk Rumah Lelaki Lunyai Dibelasah Nenek 82 Tahun

Menyesal Tak Sudah Tersalah Pecah Masuk Rumah Lelaki Lunyai Dibelasah Nenek 82 Tahun

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 2328 hits
Seorang lelaki melalui satu episod hitam dalam hidupnya selepas dia cuba rompak sebuah rumah dekat New York Menurut Insider lelaki yang tak didedahkan identiti itu cuba memecah masuk rumah seorang nenek berusia 82 tahun Bunyi macam dia bole...
Dilemma Beli Rumah Atau Beli Kereta Dahulu Panduan Untuk Mereka Baru Bekerjaya

Dilemma Beli Rumah Atau Beli Kereta Dahulu Panduan Untuk Mereka Baru Bekerjaya

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 590 hits
Nak beli rumah dulu atau kereta dulu mana satu yang lebih berbaloi Memang menjadi dilemma bagi kebanyakkan orang terutama sekali untuk mereka yang baru hendak memulakan kerjaya Perkara normal yang memang biasa berlaku Sama ada nak membeli r...
Baru Berusia 22 Tahun Naim Daniel Dah Beli Rumah Sendiri

Baru Berusia 22 Tahun Naim Daniel Dah Beli Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 452 hits
Nampaknya tahun 2020 merupakan tahun terbaik buat Naim Daniel Selepas lagu ciptannya diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke 34 Naim berjaya The post appeared first on
Tips Memilih Sofa Untuk Desain Rumah Minimalis

Tips Memilih Sofa Untuk Desain Rumah Minimalis

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 289 hits
Desain rumah minimalis tentu berbeda dengan standar biasa ukuran yang agak kecil juga mempengaruhi penataan dan pemilihan furnitur Berbagai jenis sofa minimalis terbaru dan beberapa furnitur multifungsi di Fabelio akan sangat membantu kegia...
Wanita Muda Ini Kongsi 20 Tips Urus Kewangan Supaya Mudah Membeli Rumah

Wanita Muda Ini Kongsi 20 Tips Urus Kewangan Supaya Mudah Membeli Rumah

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 543 hits
Nama Nur Aliah Mohd Nor sudah tidak asing lagi bagi mereka yang selalu mencari tips untuk menjadi usahawan yang berjaya Memiliki stokis hebat di bawah jenama Dexandra dan juga antara INFLUENCER berpengaruh di Malaysia beliau selalu berkongs...
Nota Panduan Dan Tips Beli Smartphone Baru Yang Lebih Berbaloi

Nota Panduan Dan Tips Beli Smartphone Baru Yang Lebih Berbaloi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 327 hits
Dah dekat sebulan telefon hilang dekat taman permainan sekitar rumah nih bukan tak cari tapi masa patah balik ke sana pun tak jumpa maybe terjatuh di kawasan yang saya tak nampak Apa maksud Telefon Flagship sesuatu brand Nak tak nak pakai s...
6 Tips Untuk Hapuskan Cicak Di Dalam Rumah

6 Tips Untuk Hapuskan Cicak Di Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 1040 hits
6 Tips Untuk Hapuskan Cicak di Rumah Rumah yang mempunyai cicak terlalu banyak mungkin menimbulkan masalah Cicak merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur Cicak mampu memanjat dinding yang tegak serta licin tanpa sebarang m...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah