Tips Kurus Bila Bercuti Balik Kampung


Tips Kurus Bila Bercuti Balik Kampung | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sepatutnya entry ini disiarkan sebelum balik kampung minggu lepas, barulah ngam! Tapi tak apa belum terlambat lagi untuk kita pulang ke pangkal jalan pulak selepas pulang ke kampung. Adakah pemakanan korang akan terlebih daripada biasa jika balik kampung? Kalau tanya Sha, memang wajiblah terbabas tambah pula balik untuk berhari raya. Hari raya korban lagilah hancur diet sebabnya Sha seorang penggemar daging. Memandangkan hari raya Aidilfitri lepas tak dapat balik jadi ramailah yang mengambil peluang untuk menyambut hari raya AidilAdha pula. Bila sebut cuti, raya dan balik kampung, diet, kurus turun berat badan memang campak ke tepilah biasanya kan? Tapi tak apa sekurang-kurangnya kita membuat sesuatu supaya dapat membakar balik kalori supaya kita tidak terus hanyut dan senang bila habis cuti nanti kita nak kembalik ke pangkal jalan. Jadi di sini Sha nak kongsikan enam tips untuk kita sama-sama amalkan sepanjang bercuti atau balik kampung lagi nanti. Tak lama lagi nak cuti sekolah pulak, bahaya!ahahahha.


Waaaaa... bila sebut balik kampung, pastinya ramai yang gembira. Salah satu sebabnya selain melepaskan rindu pada ahli keluarga, wajib kita akan merindui masakan kampung sendiri terutamanya masakan ibu atau keluarga terdekat yang lain. Macam mana nak kekalkan momentum diet yang kita telah mulakan berbulan-bulan sebelum balik kampung ni? Memang susah, tambah pula kita dah berjaya menurunkan berat badan beberapa kilo sebelum balik kampung, silap-silap haribulan dalam masa 2 hingga hari balik kampung dah boleh naik sama banyak yang turun berbulan-bulan tu. Sayangnya bila jadi macam tu kan? Tapi itu semua terjadi kerana kita banyak ikut nafsu, padahal boleh sahaja kita makan semua tapi berpada-padalah kan? Sha ni kira kurang sikit je nafsu sebab mak kat kampung dah tak boleh bangun masak macam dulu-dulu. Tapi tetap bahaya kalau ke rumah bapa saudara dekat-dekat rumah, suka sangat hidang makanan kegemaran Sha jadi takkan kita nak menolak kan? jadi kita makanlah. Sebab kita memang suka ! ihihiihhi.. Ok, jom kita tengok apa yang boleh kita buat bila nak balik kampung, kena siap sedia jiwa raga tau !
Tips Kawal Makan Bila Balik Kampung
1. Jaga portion permakanan
Bila balik kampung, jika masih mempunyai orang tua memang agak susah nak memilih makanan, biasanya kita akan makan apa yang dihidangkan yang pastinya makanan kegemaran kita. Apakah cara nak menjaga hati orang tua dan menjaga badan kita? Kita kawal portion makanan, tak perlu ambil banyak sangat. Kita boleh memilih untuk makan kerap dengan kuantiti sikit berbanding makan banyak sekali gus. Cara ini lebih selamat dan terkawal

2. Pilih air kosong.
Jika dibandingkan dengan makanan, minuman paling senang nak kawal. Air kosong mudah didapati jadi kita boleh jimat jumlah kalori apabila kita mengelak dari ambil air manis dan memilih air kosong

3. Elakkan Makan Separa Sedar.
Makan separa sedar? Macam mana tu? Contohnya sewaktu menonton televisyen kalau kita makan kerepek atau lain-lain jajan sedar-sedar sudah sebalang kita makan bukan? Bukan setakat menonton tv, sambil menyembang dengan adik-beradik sepupu-sepapat kadang tak sedar kita termakan lebih dari sepatutnya. Jadi kita perlu sentiasa beringat dengan bekalan makanan dan apa yang kita makan

4. Rajinkan diri membuat kerja
Antara yang Sha buat jika balik kampung adalah membantu mak dan adik-adik membersih kawasan rumah. Pendek kata bila balik kampung jangan pandai makan sahaja, ringan-ringankanlah tulang membuat kerja. Antara perkara yang biasa Sha buat adalah mengemas rumah, basuh pinggan mangkuk, menyapu sampah di laman, buang sampah. Bila kita sibukkan diri, kita boleh lupakan makan. Korang jangan tak tahu buat kerja rumah pun bakar kalori tau

5. Tekad dan Azam untuk kembali menjaga permakanan selepas balik bercuti.
Jangan tertekan, jangan rasa bersalah dan rasa down jika kita berasa diri sendiri sudah hanyut terlebih makan dari sepatutnya. Turun naik berat badan adalah satu perjalanan yang ada pasang surutnya, ada masa kita ok dan kuat dan ada masa kita ke laut sekejap. Tapi tak apa yang penting kita cepat sedar diri untuk kembali ke track. Kita enjoy dalam proses penurunan berat badan kita, jangan stress sebab risau kerana stress boleh membuatkan berat lagi susah untuk turun

6. Tahu berat sebelum balik kampung
Sebelum mula diet penting untuk kita tahu berat badan terbaru kita. Dengan tahunya berat boleh membantu kita mengawal permakanan. Sebab bila kita tahu berat sendiri kita akan tahu ke mana arah tujuan barulah mudah untuk berjaya.

Macam mana? Ada tak pembaca yang sama macam Sha? Balik kampung ke laut dalam diet. Jomlah sama-sama kita naik ke darat balik supaya tidak dilanda badai dan hanyut terus. Percayalah kita enjoy kita punya diet dengan permakanan yang betul pasti akan nampak hasilnya suatu hari nanti InsyaAllah. Jadi inilah antara tips kurus dan jaga makan bila bercuti atau balik kampung sebagai peringatan untuk diri sendiri dan korang semua.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2020/08/tips-kurus-bila-bercuti-balik-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Balik Kampung Lepas Raya Aidiladha Ikea Seoul Garden

Balik Kampung Lepas Raya Aidiladha Ikea Seoul Garden

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 374 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSebelum ini dalam entri aku ada cerita bahawa raya Aidiladha pada tahun ini aku tak dapat nak pulang ke kampung sepertimana majoriti rakyat Malaysia yang lain Ya buat pertama kalinya aku tak balik kampung ...
Bersedia Untuk Balik Kampung

Bersedia Untuk Balik Kampung

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 374 hits
DAY 136 Salam Aidiladha buat semua Dalam keadaan norma baharu ini tiada langsung persediaan untuk Aidiladha Sekadar melawat keluarga mertua pada sebelah pagi dan kembali ke rumah pada sebelah petang dek kerana en Hubby perlu bekerja Dak Nuh...
Balik Daki Gunung Tahan Tengku Hassanal Sempoi Ronda2 Kampung Jumpa Rakyat

Balik Daki Gunung Tahan Tengku Hassanal Sempoi Ronda2 Kampung Jumpa Rakyat

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 480 hits
Baru sahaja tular di media sosial berkenaan kejayaan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah apabila menjadi putera raja pertama yang berjaya menawan puncak Gunung Tahan di Lipis Pahang Baginda menjayakan e...
Bawa Balik Produk Kesihatan Apotec Untuk Ibu Tersayang Di Kampung

Bawa Balik Produk Kesihatan Apotec Untuk Ibu Tersayang Di Kampung

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 380 hits
Meriah lain macam Raya Haji kali ni feel dia 2x ganda tau Yerlah disebabkan pandemik Covid 19 semua tak dapat bergerak kemana masa raya aidilfitri lepas Dugaan betul raya tahun 2020 ni huhuhu Dah kemas barang kali ni terlebih beg pulak hehe...
Tips Bercuti Di Pulau Perhentian Bak Maldives Malaysia

Tips Bercuti Di Pulau Perhentian Bak Maldives Malaysia

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 586 hits
Bak Kata Nitizens yang Pulau Perhentian ini bak Maldives malaysia Ye ke Betul ke Basically kalau dari KL ada 3 option RECOMMENDED Bas Standard bus RM44 40 46 atau nak selesa saya suka amik business class bus RM49 90 sebab beza sikit jeee Bi...
Balik Kampung Terengganu Melawat Kenyir

Balik Kampung Terengganu Melawat Kenyir

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 363 hits
21 Jun 2020 Setelah sekian lama kita lalui Perintah Kawalan Pergerakan ditambah Hari Raya Aidilfitri 2020 pula diarahkan oleh pihak Kerajaan untuk tidak balik ke kampung halaman masing masing kerana Pandemik Corona Virus 2019 yang sedang me...
Dah Boleh Balik Kampung

Dah Boleh Balik Kampung

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 291 hits
Assalamualaikum semua Pada 7 Jun 2020 Perdana Menteri kita telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula dari 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 Yang paling mengembirakan adalah kebenaran unt...
Viral Isi Chat Pelakor Yang Minta Tak Diselingkuhi Balik

Viral Isi Chat Pelakor Yang Minta Tak Diselingkuhi Balik

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 476 hits
Laman media sosial tengah diramaikan oleh curhatan seorang wanita dengan nama akun Ulies Chan Wanita tersebut membeberkan bukti perselingkuhan suaminya dengan seorang wanita yang diduga seorang anggota sipil Ia memberikan bukti berupa perca...
Hadi Pranoto Nuntut Balik Us 10 Miliar Itu Untuk Kompensasi Riset

Hadi Pranoto Nuntut Balik Us 10 Miliar Itu Untuk Kompensasi Riset

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 234 hits
Penemu herbal Covid 19 Hadi Pranoto berbincang santai dengan pelapornya Muannas Alaidid yang memolisikannya ke Polda Metro Jaya Hadi Pranoto nuntut US 10 miliar ke pelapornya Muannas Alaidid karena merasa namanya dicemarkan ke publik Padaha...
Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin

Cerita Malam Pertama Berjumpa Dengan Gadis Jiran Sebelah Rumah

Celebrate Lunar New Year With Elevete Patisserie S Exquisite Festive Delights

225 Confesssion In Bahasa Malaysia

Hiburan Terlalu Bergantung Pada Teknologi Wanita Anggap Guna Ai Chatgpt Buat Manusia Makin Lembab Jadi Malas B Doh Slow


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Suspek Ugut Harith Iskander Direman Hingga Selasa

Ulama Perlu Utama Keredaan Allah Bukan Populariti

Fail Rpm2025 Fail Rekod Persediaan Mengajar Sesi 2025 2026

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina