Perkara yang dirindui di Terengganu adalah PANTAI!! Walaupun pantai di pesisiran Terengganu menjadi semakin kurang berkualiti kerana banyak pembangunan dijalankan di pesisiran pantai dan menjadikannya terhakis. Maka kerajaan negeri melaksanakan beberapa alternatif untuk mengelakkan hakisan pantai seperti benteng pemecah ombak dan menambah pasir di pantai, Jadi, jika sebelum ini anda pernah merasa pasir pantai yang halus selembut sutera di pantai Terengganu; kali ini pasir selembut sutera telah berukar jadi sekasar guni. Kerangan laut pun dah tak banyak yang menarik, kaca laut lagilah tiada. Agak sukar bagi saya nak meneruskan HOBI mengumpul KACA LAUT (atau dikenali sebagai 'Sea Glass') dan kerangan laut (Sea Shells) bagi projek Kraftangan Terengganu
Struktur Binaan Terengganu yang paling viral dan menjadi tumpuan masa kini : JAMBATAN ANGKAT atau DRAWBRIDGE of TERENGGANU.!! Bila lalu di sekitar sini agak sukar untuk bergambar cantik sebab di jalan masih ada binaan dalam proses; nak melayan kerenah anak-anak yang agak aktif dan merengek serta ramai orang dan masa bercuti tak lama untuk meluangkan masa di sini. Bergambar sekadar kenangan sahaja, alang-alang baru lepas makan Ikan Celup Tepung di Pantai Teluk Ketapang dan balik ke rumah melalui jalan bandar walaupun agak sesak sejak pembangunan di Terengganu makin maju.
Setiba di pintu gerbang Kenyir, Terengganu agak kagum dengan struktur dan jalan baru. Di pintu masuk ada pengawal mengambil suhu dan bayar caj masuk (saya tak berapa ingat tapi dalam RM1 seorang kot..tapi tak mahal lah). Kami terus menujuk ke area dikatakan 'Duty Free'/Bebas Cukai tersebut dan agak kecewa dengan saiz lokasi (sekadar tak seperti dijangka tapi bukanlah nak mengutuk.. Kenyir pun bukan lokasi seperti perlabuhan. Kebanyakkan yang datang sini untuk memancing dalam Boat House disediakan. Maka kami naik bot sewa sahaja dengan kadar sewa dalam RM50 untuk 30 minit lebih kurang, ronda-ronda sekitar tasik sahaja. Ada Taman rama-rama di salah satu pulau di Tasik Terbesar di Malaysia ni tapi tutup disebabkan oleh PKPP, jadi kami roda dalam bot sahaja,
Ini adalah kali kedua Irfan (3 tahun 9 bulan) dan kali pertama Imran (2 tahun 3 bulan) naik bot. Sentiasa beringat untuk pakai jaket keselamatan walaupun tuan bot tidak ingatkan. Kita sebagai penumpang yang kena sentiasa beringat. Alhamdulillah dua-dua anak tak terlalu penakut untuk naik bot, mungkin sebab ada papanya kot.





Sepanjang kami meronda di tengah empangan Tasik Kenyir ini, ada beberapa binaan masih dalam pembangunan dan mungkin Kenyir boleh dimeriahkan lagi dengan aktiviti pelancongan jika pelancong boleh berseronok dalam air dengan selamat . (dengar kata dalam Tasik Kenyir ni ada ikan sebesar kereta kancil!! ada keluar dalam Majalah Mustika yang pemancing nampak ikan sebesar kereta menyambar monyet yang tengah bergayut kat pokok)





|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |