Idea Kuih Raya Popular Lejen Dan Pasti Sedap Tahun 2020


Idea Kuih Raya Popular, Lejen Dan Sedap Tahun 2020. Kita nak perah idea sikit bagi kat korang yang dah nak start order kuih raya tahun ni. Agaknya kuih raya yang mana satu jadi idaman pada tahun 2020 ni? Atau ada kuih baru yang namanya kuih wawasan 2020? Hehe.. gurau je, kalau ada idea boleh je buat invention kuih raya. Mana tahu jadi popular dan viral. Oh ya, kebanyakan kuih raya dah boleh order sekarang dan akan tutup order pada pertengahan bulan puasa kan? Kat group whatsapp dan ramai yang ambil order.


Saya nak bagi idea kuih raya popular kepada anda semua, dah lah popular... legend pulak tu. Tambahan bonus bila kuih raya tu sedap dimakan. Hehe..


Idea Kuih Raya Popular, Lejen Dan Pasti Sedap
Apa agaknya kuih raya yang paling popular tetapi legend? Kuih yang masih ada pada zaman millenium ni daripada idea nenek moyang kita dulu-dulu? Cer teka?

Baiklah, saya bagi idea kepada anda yang nak buat kuih raya ya.

1. Kuih bangkit santan
Ya Allah, rindunya dengan kuih bangkit buatan bonda saya dulu-dulu, orang kata bangkit santan. Dah lembut rasanya, cair dimulut dan baunya waktu diangkat dari oven punyalah sedap. Panas-panas lagi masuk mulut. Hmm.. memang menggamit memori. Memang kuih legend betul ni.

Resepi - Bangkit Asli Yang Sedap 

2. Kuih Baulu Cermai
Siapa yang tak ada kenangan mak dia buat baulu cermai memang penipu! Ini kategori kuih legend yang disukai ramai. Waktu nak pukul telur dalam pasu, kemudian tukar-tukar dengan kakak bila tangan dah lenguh. Lepas tu bakar guna arang 2 tingkat atas bawah atau ada yang guna sabut kelapa. Memang memori betul..


3. Kek marjerin/ butter "bodoh"
Tau tak kuih magerine "bodoh" ni? Kalau nak canggih sikit panggil je kek marble. Kek warna warni tetapi bahan utama dia telur dan majerin je. Maksudnya, nak buat kuih ni cukup dengan 3 @ 4 bahan je. Bakar malam raya. Sampai ke pagi bau wangi kek majerin ni menghantui lubang hidung. Hehe.. nak cuit sikit bonda tak bagi, kena potong betul-betul dan raya esoknya. Haha😍😍😍
Resepi - Kek Butter Sukatan Cawan 

4. Kuih Semprit/ Kuih Dahlia
Haha... 2 jenis kuih yang hampir sama je bahan-bahannya tetapi lain acuan atau bentuknya. Kalau kuih semprit kebanyakan bentuknya memanjang, nipis dan rangup. Mesti ada jalur pada acuannya tu.

Manakala kuih dahlia berbentuk bunga, macam bunga dahlia. Warna pun macam-macam ikut suka hati tuan rumah. Nak cantik lagi letak manik (gula) tengah-tengah dia

Kuih semprit dan dahlia memang kuih lejen dari zaman bonda saya dan sampailah sekarang. Tapi saya tak pernah buat ya, tak kreatif. Kalau makan saya suka la..

Resepi - Kuih Biskut Semperit Klasik


5. Kuih rempeyek
Rempeyek kacang tanah. Bila sebut rempeyek memang semua tahu, mesti guna kacang tanah. Kuih raya yang legend juga. Cuma sekarang ramai dah orang modenkan dengan campuran ikan bilis, kacang kuda dan lain-lain. Style bonda saya dulu, rempeyek seret tepi kuali. Gaya bebas you alls.

Resepi - Rempeyek Kacang Tanah Asli Dan Rangup 

6. Kuih tumpi
Kuih tumpi pun antara kuih raya legend dari zaman dulu lagi. Kalau rempeyek guna kacang tanah, tumpi pula guna kacang hijau. Alahai.. sedapnya. Kerangupannya masih terasa!! Bonda saya kalau buat kuih tumpi ni bertin-tin sebab anak-anak suka makan. Kalau nak balik semula ke rumah masing-masing, kita orang akan bungkus sorang satu. Tapi, sekarang ni bonda lebih suka buat tumpi kacang dhal sebab lebih lembut kacangnya.. mudah nak kunyah. Hmmm.. 😢😢😢 - time flies kan..


7. Kerepek pisang/ kerepek ubi
Yang biasa dan legend seterusnya yang kita orang buat adalah kuih kerepek pisang. Pada masa dulu, kebanyakan orang buat kerepek pisang nipah. Sebab harganya lebih murah. Kalau buat dapat bertin-tin. Kiranya berbaloi lah untuk raya. Kalau kerepek pisang tanduk, agak mahal. Dulu-dulu kurang mampu. Tapi kalau nak kira sedap, kerepek pisang tanduk lagi sedap la.

Resepi - Kerepek Pisang Tanduk

8. Halwa buah
Pernah ke makan halwa buah, biasanya buah betik yang orang buat. Pergi beraya ke mana pun satu kampung, semua rumah ada halwa ni. Halwa rasanya manis manakala jeruk rasanya masam. So, kalau nak rasai halwa betik, buah kabung, belinbing dan sebagainya, kena cari beb! Kuih raya ni memang legend. Yang pernah makan je tau rasanya manis masyaAllah, likat dan warna warni. Hehe.


9. Dodol
Dodol adalah lagi satu kuih raya legend atau lejen yang pasti semua orang kenal. Kalau dulu-dulu, bukan semua orang buat dodol ketika raya. Sebab kosnya yang mahal dan juga masa menggodek dodol juga lama. Makan berjam-jam beb! Tapi orang tua dulu-dulu, anggap makan dodol kat rumah orang umpama satu penghormatan, macam kehadiran kita begitu dihargai. Orang tua kata lah.. kalau ada hidangan dodol dalam hidangan kuih raya, kira dah sempurna lah raya tu..



10. Kuih bunga ros atau kuih goyang/ loyang
Ada yang kenal tak kuih lejen ni? Kalau buat kuih tu kena goyang satu badan ke? Ada yang tanya kang.. baik saya clarify dulu. Yang goyang cuma tangan dan acuan kuih goyang tu je ya kekawan. Yang lain maintain tak goyang. Haha.. antara kuih raya yang murah kosnya tetapi nak buat pun agak leceh juga. Tapi siapa yang suka, memang sedap lah kuih ni. Crispy gitu..

Begitulah kisah saya dengan idea kuih lejen, popular dan paling sedap, ikut air tangan masing-masing la ya. Sedap kan subjektif sifatnya. Kat tekak lain-lain rasanya. Tetapi kuih raya yang lejen di atas tetap kekal popular sehingga kini dan masih disukai oleh generasi sekarang. Betul tak?
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2020/04/idea-kuih-raya-popular-lejen-dan-pasti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Sendiri Pau Sambal Kuih Burger Malaysia Yang Sedap Gebus Dan Pasti Menjadi

Buat Sendiri Pau Sambal Kuih Burger Malaysia Yang Sedap Gebus Dan Pasti Menjadi

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 610 hits
As salam Buat Sendiri Pau Sambal Kuih Burger Malaysia Yang Sedap Gebus Dan Pasti Menjadi AlHamdulillah Tatkala menaip post Pau Sambal ini semua rakyat Malaysia dah maklum akan pengumuman PM bahawa tempoh PKP akan dilanjutkan sehingga 28 Apr...
12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap

12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 1504 hits
12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap Kuih talam adalah antara kuih yang paling mudah untuk dimasak dan menjadi kegemaran buat mereka yang lanjut usia sebab ianya lembut sedap berlemak tapi ada juga yang menukar dengan menggunak...
Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi

Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 1060 hits
As Salam Tips Buat Kuih Seri Muka Sedap Berlemak Manis Dengan Resepi Sukatan Cawan Akhirnya sempena cuti Fasa ketiga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Allah izinkan dan mudahkan saya untuk buat sendiri antara kuih legend dan tradisi ...
Comelnya Kuih Buah Rotan Ni Rasa Lemak Lemak Manis Sedap

Comelnya Kuih Buah Rotan Ni Rasa Lemak Lemak Manis Sedap

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 333 hits
Bosan dengan menu yang sama ada baiknya mama berkreatif dengan bahan yang ada untuk sajian anak anak dan keluarga Salah satu resipi comel tetapi sihat dan mengenyangkan buat seisi keluarga untuk minum petang adalah Kuih Buah Rotan yang diha...
Penyanyi Popular Lagu Januari Iaitu Glenn Fredly Meninggal Dunia Hari Ini 8 April 2020

Penyanyi Popular Lagu Januari Iaitu Glenn Fredly Meninggal Dunia Hari Ini 8 April 2020

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 443 hits
Semoga rohnya tenang di sana small Cover image via IDN Times Jabar small Hari ini 8 April 2020 rakyat Indonesia serta Malaysia telah dikejutkan dengan perkhabaran berita yang mendukakan iaitu kehilangan seorang penyanyi popular Indonesia Gl...
Resepi Biskut Kuih Raya Biskut Red Velvet

Resepi Biskut Kuih Raya Biskut Red Velvet

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 1839 hits
Resepi Biskut Kuih Raya Pasti ramai antara anda yang sedang memikirkan apakah biskut yang akan di sajikan untuk hari Lebaran nanti Mungkin ada juga yang sedang tercari cari biskut yang sesuai untuk di jual sempena musim perayaan bagi menamb...
Cara Buat Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

Cara Buat Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 1138 hits
Kuih siput rangup dan paling sedap Kuih siput adalah kuih yang dibuat bermusim terutamanya apabila tiba musim perayaan Saya memang penggemar kuih siput dan akan membelinya bila tiba hari raya dengan jumlah yang banyak Kalau kuih siput itu s...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner