Buat Sendiri Pau Sambal Kuih Burger Malaysia Yang Sedap Gebus Dan Pasti Menjadi


As salam,Buat Sendiri Pau Sambal @ Kuih Burger Malaysia Yang Sedap,Gebus Dan Pasti Menjadi-AlHamdulillah.Tatkala menaip post Pau Sambal ini semua rakyat Malaysia dah maklum akan pengumuman PM bahawa tempoh PKP akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.Bertambah lagi dua minggu menjadikan tempoh PKP menghampiri sebulan lebih

Buat Sendiri Pau Sambal @ Kuih Burger Malaysia Yang Sedap,Gebus Dan Pasti Menjadi

Ini pula pau sambal yang pernah saya kongsi dalam blog sebelum ini, pau sambal ini saya letak hirisan telur rebus, faveret anak-anak di rumah.Yang ada hirisan timun faveret mak dan bapak anak.heh

Sebenarnya, secara peribadi saya dan Encik Suami dah menjangkakan yang tempoh PKP akan dilanjutkan bukan setakat dua minggu lagi ( malah mungkin sehingga Aidilfitri) jika kadar penurunan kes agak lambat.Apapun, kami ambil yang positif dengan arahan ini.Kami sama-sama Work From Home (WFH) lima hari seminggu, cuma bezanya kami cuba menyesuaikan diri bekerja tanpa stress-stress

Buat pau sambal @kuih burger Malaysia ni hanya perlukan rajin dan sabar, selebihnya ko ikut je resepi yang saya kongsi kat bawah ni ya. Rajin maksudnya ko kena sediakan sambal tumis bilis dulu, then kena uli bagi doh lembut dan elastik kalau nak pau yang gebus.Tapi kalau kat rumah korang dah ada bread maker atau mixer yang boleh uli tepung tu, takde masalah sebenarnya.hihi

Kalau rasa nak tido, tido dan berehat.Kalau lapar, masak dan makanlah apa yang ada kat dapur tu.hihi.Saya malas nak ambik port tentang netizen yang bercakap-cakap pasal kerja cikgu ni.Bagi saya, bukan semua benda atau kerja yang cikgu dah buat, kita nak canang satu Malaysia.Biarlah depa terjun dengan labu-labunya.Allah knows well and knows best.KepadaNya kita berserah dan bergantung harap

Kuih Burger Malaysia ini memang dah sebati dengan kita-kita kann.Sebab time sekolah dulu, sampai saya kat sekolah sekarang pun, kuih ni still ada lagi dijual di kantin sekolah.Legend betul kuih ni kan

Buat Sendiri Pau Sambal @ Kuih Burger Malaysia Yang Sedap dan Gebus Dan Pasti MenjadiEh, lambat pulak nak masuk intro buat pau sambal ni kan.haha.Macam tulah kalau orang pompuan dapat peluang bagi pendapat, dia campur sekali berleter dan bagi tazkirah.Bertabahlah semua readers ya

Korang memang serius mencari resepi burger Malaysia atau pau sambal ni ke?Kalau betullah, memang korang nak tahu cara buat burger Malaysia yang sedap ( pastilah sebab inti sambalnya yang sedap ), lembut dan gebus, tepat sekali kerana korang memilih blog ini.hiks.Bajet expert nau buat pau sambal ni kan.Padahal ikut resepi orang jugak.

Boleh tengok sini entri terdahulu saya tentang step by step buat Pau Sambal Gebus dan Sedap:

Cara Mudah buat pau sambal ( step by step)Resepi pau sambal yang gebus dan sedapPetua mudah buat pau sambal yang lembut dan gebus.Pau sambal ni kira jatuh rangking top three favourite saya selepas karipap dan popia sayur.Jadi, mahu tak mahu, bila benda yang kita suka makan, kita akan alert dan belajar untuk buat sendiri supaya taste yang kita suka tu kita boleh buat sendiri.Sampai bila nak harap orang buat untuk kita kan.heh.kemain.

Kuih Burger Malaysia ni bertambah sedap jika dimakan dengan hirisan timun dan telur rebus.Sebelum ini saya ada kongsi pau sambal dengan telur rebus sebab anak-anak tak suka timun

Pau sambal dengan inti sambal bilis dan hirisan telur rebus

Resepi Pau Sambal Yang Gebu dan Lembut
Resepi Asal :Blog Citarasa Rinduan
Olahan Resepi : Cik Matahariku
Bahan adunan doh Pau Sambal @Kuih Burger Malaysia Yang Lembut, Sedap dan Gebus.
400 g Tepung gandum ( 4 cawan tepung)
1/2 peket Yis mauripan ( dikembangkan dengan air suam, gula pasir dan susu pekat)
2 sudu gula pasir
1 sudu majerin
2 sudu susu tepung ( saya ganti 2 sudu susu pekat )
Sedikit garam
Sedikit air untuk mencanai doh
Timun atau telur rebus sebagai hiasan

 Masa kita bentukkan pau ni, kalau korang suka pau yang comel-comel, kena buat size kecik sikit dari yang saya buat ni ya.Lepas depa mengembang, tengoklah pic kat bawah, tak cukup dulang dibuatnya.haha

 Den pasrah jelah.Benda memang hukumnya pasti mengembang, tak kan kita nak control bagi jangan kembang kan.hihi.Kalau dah macam ni, terus goreng ya.Jangan tunggu lagi, nanti dia jadi mengecut, tak lawa pulak pau sambal ko nanti

 yeahh.Inilah rahsia pau sambal den kembang, lembut dan gebus semacam.Biasanya kalau buat doh karipap, donut atau pau sambal saya tak pernah guna Mr.Philips ni.Lengan den kan sado.Den gigih uli sendiri.Rupanya Mr.Philips den boleh uli segala mak nenek doh bukan setakat nak baking kek mekek je.Kesian kan.Inipun anak-anak yang suruh buat dengan mixer ni.Nampak nau kejakunan dan "sengalnya" mama depa sorang ni kann.hoho

 Goreng dengan api perlahan ya.Kalau minyak panas sangat nanti dia cepat bertukar warna sebab masa kita uli tadi kan kita ada letak gula dan susu pekat.Tu yang buat warna pau sambal ni cepat kuning keemasan kalau kita tak jaga api elok

Kalau dah jadi macam ni, sedang elok ko dah boleh angkat dan biarkan sejuk sekejap sebelum ekau belah tengah dan isi dengan sambal bilis dan hirisan timun.

Biarkan pau sejuk dahulu sebelum kita belah dan masukkan inti sambal bilis dan hirisan timun
Cara dan Petua Mudah Menyediakan Pau Yang Lembut dan Gebu
Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan dua sudu kecil gula pasir dan juga dua sudu susu pekat.Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.Biarkan doh sampai mengembang sehingga seganda.Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.Siap untuk dihidang.
Bahan-Bahan untuk buat Inti Pau Sambal:
100gram cili kering ***
3 ulas bawang merah.***
2 ulas bawang putih
1 sudu garam
5 sudu gula pasir
1 sudu asam jawa adabi
1 sudu udang kering*** / ikan bilis
minyak masak untuk menumis
1 ulas bawang besar potong dadu.

Cara memasak sambal Untuk Buat inti Pau
Blender bahan bertanda ***
Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
Masukkan gula,garam,asam jawa.
Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
Biarkan sehingga terbit minyak dan tutup api.
Hiris nipis timun dan telur rebus sebagai hiasan.

Kuih burger Malaysia ni boleh dihidangkan untuk minum petang atau breakfast sebelah pagi.Nak buat supper sebelah malam pon boleh.kita buat dia.muehehe

Orait, selamat mencuba ya.Jangan lupa share kat komen kalau korang dah berjaya buat pau sambal @kuih burger Malaysia dengan resepi ni.

Sampai jumpa lagi.InshaAllah





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/04/buat-sendiri-pau-sambal-kuih-burger.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi

Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 1060 hits
As Salam Tips Buat Kuih Seri Muka Sedap Berlemak Manis Dengan Resepi Sukatan Cawan Akhirnya sempena cuti Fasa ketiga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Allah izinkan dan mudahkan saya untuk buat sendiri antara kuih legend dan tradisi ...
Idea Kuih Raya Popular Lejen Dan Pasti Sedap Tahun 2020

Idea Kuih Raya Popular Lejen Dan Pasti Sedap Tahun 2020

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 739 hits
Idea Kuih Raya Popular Lejen Dan Sedap Tahun 2020 Kita nak perah idea sikit bagi kat korang yang dah nak start order kuih raya tahun ni Agaknya kuih raya yang mana satu jadi idaman pada tahun 2020 ni Atau ada kuih baru yang namanya kuih waw...
Pungkoq Ayam Masak Sambal Goreng Simple Macam Ni Pun Sedap

Pungkoq Ayam Masak Sambal Goreng Simple Macam Ni Pun Sedap

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 733 hits
Pungkoq Ayam Masak Sambal Goreng Simple Macam Ni Pun Sedappungkoq ayam masak sambal
Petua Masak Sambal Tumis Yang Lebih Sedap Rasa

Petua Masak Sambal Tumis Yang Lebih Sedap Rasa

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 426 hits
Cara dan panduan masak sambal tumis ikan bilis sotong udang telur yang lebih sedap Ada tip penggunaan cili boh cili kering juga
Cara Buat Kuih Lapis Pelangi Dengan Sukatan Gram Lebih Sedap

Cara Buat Kuih Lapis Pelangi Dengan Sukatan Gram Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 1226 hits
Cara Buat Kuih Lapis Pelangi Dengan Sukatan Gram Kuih lapis adalah kuih tradisional kegemaran rakyat Malaysia dan seharusnya semua orang boleh buat Cuma sedap atau tak sedap je hihiDah lah disukai ramai kuih lapis juga mudah nak buat dan ko...
Iklan Pertubuhan Penggerak Masyarakat Malaysia Adalah Di Bawah Tanggungjawab Pertubuhan Sendiri Tiada Kaitan Dengan Jkm

Iklan Pertubuhan Penggerak Masyarakat Malaysia Adalah Di Bawah Tanggungjawab Pertubuhan Sendiri Tiada Kaitan Dengan Jkm

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 230 hits
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat iklan berkaitan pengumpulan maklumat bantuan COVID 19 oleh Pertubuhan Penggerak Masyarkat Malaysia adalah di bawah tanggungjawab pertubuhan itu sendiri dan tiada kait
Bubur Nasi Sedap Yang Mudah Dengan Aneka Sambal Dan Lauk Pilihan Yang Enak

Bubur Nasi Sedap Yang Mudah Dengan Aneka Sambal Dan Lauk Pilihan Yang Enak

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 791 hits
As Salam Bubur Nasi Sedap Yang Mudah Dengan Aneka Sambal Dan Lauk Pilihan Yang Enak Syukur Allah masih pinjamkan kita masa untuk melewati hidup hari ini walaupun kita tak pasti adakah sampai ke petang hari atau cukup sampai di sini Semoga k...
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Terlajak Sedap

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Terlajak Sedap

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 578 hits
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Terlajak Sedap Menu ni yang paling diminati Cik Meya dan bila dia balik untuk bercuti antara permintaan dia pastinya ikan cencaru sumbat sambal kelapa terlajak sedap ni atau pun sumbat dengan cili pu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord