Tips Anak Eczema Trigger Asthma Apa Nak Buat
Hi korang ! apa khabar? mesti semua sibuk merentas negeri, pergi bercuti sakan kan. Dalam bersuka ria jangan lupa jaga sop, jaga kesihatan ye. Lagi musim hujan ni. Tengok baca sana sini ada yang banjir. Jadi kena sentiasa berwaspada.
Ainul tak ke mana mana ke? Bila ada anak yang sensitif pada persekitaran, cuaca yang sebab eczema dan sampai trigger asthma buatkan Ainul sangat berhati hati memilih tempat nak pergi bercuti. lagi sekarang musim orang ramai pergi bercuti jadi kita kasi laluan mereka dulu. Nanti dah tiada orang baru kita enjoy holiday. jenis tak suka bersesak dengan orang ramai
Ada Anak Eczema . Anak High Maintenance
Anak eczema anak high maintenance ke? wahh macam kereta pulak bunyi nya. Maryam detect ada eczema sejak kecil. Masa baby 3-4 bulan tu eczema kena kat pipi. ingat ruam pipi biasa. ni sampai kering, berdarah. comel je pipi dia dulu
Jadi masa dia kena eczema pada pipi ni Ainul buat tips ni dan sangat menjadi. hilang terus eczema ruam pipi dia sampai sekarang. elok bersih pipi dia. Tetapi makin dia besar makin lasak eczema pergi ke tempat lain pulak. masa umur 2-3 tahun eczema pada leher dia. Tipa yang sama Ainul buat ok hilang dah eczema tu
Bila start dia masuk tadika. kena pakai seluar LC yang tebal pulak tu. Bermula la eczema dia pada belakang paha. bila panas ianya akan jadi kering gatal berdarah. kadang kala jadi berair pedih berdarah
Ini gambar masa kaki dia tengah berair, pedih. Ini kira biasa je la. pernah jadi lagi teruk. tapi masa yang teruk tak ambil gambar pulak.
Masa ni dia cakap pedih, nak duduk sakit. mak mana sanggup anak sakit kan. Selepas beberapa hari kami buat tips kami luka dah kering dan sekarang dah makin baik dan dah jarang eczema dia datang teruk pada kaki dia
walaupun masih kering kulit dia tapi dah kurang gatal, merah, berair berdarah. maryam pulak jenis eczema yang trigger asthma
Maryam ada asthma. Benda paling saya bersyukur Allah bukakan hati resign 6 tahun lepas adalah saya boleh jaga Maryam sendiri.
Dia sensitif pada suhu. Tak boleh terlalu panas, tak boleh terlalu sejuk. Makan tak boleh sebarangan. Kena yang organik je. Kalau dia makan fast food , air kotak banyak so kena bersiap sedialah.
Pernah 2 kali masuk hospital dalam masa 1 bulan. Pernah dekat sebulan setiap malam semput, nafas laju dan kami kejap kejap bangun kena check dia.
lama lama pikir takkan asyik nak neb, pakai inhaler selamanya. Makan ubat yang ada steroid buatkan dia susah nak naik berat.
Tips Anak Eczema Trigger Asthma. Apa nak buat?
Ini adalah pengalaman saya dan suami. macam macam experiment kami buat dan Alhamdulillah sekarang dia dah jarang semput, ambil neb, jarang batuk, dah takde nafas laju. Kalau dulu tak boleh langsung makan benda itu ini yang buat dia eczema sekarang dah boleh makan tapi kami masih kawal
Apa yang kami buat adalah :-
1.kenal pasti apa yang buat dia eczema
Kita kena tahu cari anak kita allergik, sensitif pada apa. macam Maryam tak boleh makan air kotak, fast food, cuaca yang terlalu sejuk panas. duduk dalam aircorn pun kadangkala dia jadi gatal dan semput
masa dia baby, Ainul menyusukan dia jadi Ainul pantang. Ainul tak makan seafood, ayam, telur. tu yang ruam pipi dia cepat elok.
Bila dia dah start makan, kita kena try satu satu makanan yang baru dia try. Sampai la jumpa apa yang buat dia trigger eczema dan asthma
bab ni memang susah sikit dan kena sabar banyak. yelah nak check apa yang dia boleh makan apa yang tak boleh. Syukur dia tak boleh makan benda yang tak berkhasiat pun. jadi tak la kisah sangat. Seafood, ikan semua dia ok.
kalau ada party raya ada orang sediakan fastfood, kami bagi je dia makan tapi kawal. dan kena stand by la lepas tu huhu. makin dia besar dia sendiri faham yang ini dia tak boleh makan. Ada sekali dia p sekolah dapat air kotak. dia tak minum. bawa balik bagi adik.
Selain tahu apa yang dia tak boleh makan, kami juga kawal makanan macam yang tinggi gula. gula gula, chocolate, air viral semua jarang makan minum. Gula kan akan sebabkan radang. Radang tu takut akan buatkan eczema makin teruk
2. Kena bersih selalu
Anak eczema ni kan sensitif. Jadi rumah kena sentiasa bersih. Bilik kena sentiasa kemas. Cadar seminggu sekali basuh . Ainul ada beli vacuum untuk mist untuk vacuum katil, tilam dia. Malah bilik dia kami kurangkan barang supaya nak elak habuk banyak terperangkap.
bab bersih ni, bila mencuci baju, lantai Ainul guna basic H dan laundty dari Shaklee je. pernah pakai sabun biasa, habis kulit dia jadi kasar kering. so terus stop. pakai yang organic tiada bahan kimia. ofcos pencuci organic mahal dari biasa. untuk anak kan apa salahnya spend duit dari dia sakit lagi pening
ini set pencuci get clean dari Shaklee yang Ainul guna. Paling suka basic H. pencuci serbaguna. gunalah untuk cuci apapun. bahan pencuci ni semua dari tumbuhan yang tak merosakkan kulit
Bayangkan kita basuh menggunakan bahan kimia.sikit demi sedikit tanpa kita sedar setiap hari kita terdedah dengan bahan bahaya. Bayangkan juga lantai yang kita mop dengan pencuci biasa. Alaaa dah bilas tapi adakah 100% tiada lagi bahan kimia. Lantai tu la tempat anak berguling, bermain, ada makanan jatuh mereka ambil,mainan bersepah dilantai mereka capai & gigit.
1 rumah 1 set get clean. Ye semuanya bermula dari rumah. Nampak ianya kexil tapi ianya mampu memberi impak besar. Kerana pencuci ini juga anak Roger Burnet bebas asthma & Roger beli company Shaklee.
Set get clean ni antara kegemaran Oprah & Dr Oz dan juga kegemaran Ainul Mustafa
3. krim Sapu
Dari Maryam baby ainul sapu herbnal blend ni. Alhamdulillah serasi sampai sekarang. kaki dia tadi memang hari hari akan sapu dengan herbal blend. Kulit kering jadi moist.
Krim ini pun krim serbaguna. Shaklee memang tak claim untuk baby tapi udah nama serbaguna. dan tiada bahan kimia. dari krim yang claim untuk baby tapi masih ada bahan kimia baik pakai yang confem tiada bahan terlarang. Setakat dah guna dari dia baby so dah 7tahun guna. Adik Maryam yang kena kayap pun Ainul sapu krim ni cepat sembuh, tiada parut
4. Supplement harian
Selain jaga makan, Ainul memang bagi anak anak supplement harian untuk top up nutrisi yang dia perlu. Anak anak Ainul tiada masalah makan nasi sayur buah tapi tetap bagi untuk sistem imun mereka
Antara supplement yang Ainul bagi anak anak makan . sejak bagi vivix tu paling ketara kesan dia. konsistent seminggu terus dah tiada batuk, nafas laju. puas hati berbaloi walaupun mahal.
Vivix Shaklee tak claim untuk kids ye. ini ainul sendiri yg nak bagi. alaa kalau megi, jajan air setabak berani bagi anak makan ini vivix dari buah tumbuhan je lagi berani nak bagi . Apapun atas risiko sendiri la ye. setakat bagi ni tahap kesihatan lagi baik
Ini apa yang Ainul konsistent buat setiap hari. bukan anak dah sihat stop buat. buat hari hari sebab ini lifestyle kita. nak sihat gaya hidup kena sihat bersihkan. Siapa nak tanya tanya lagi boleh whatsapp pm la ye. Ainul share benda yang Ainul buat makan dan berkesan bagus . bukan nak menjual je tapi tak guna tak makan.
The post Tips Anak Eczema Trigger Asthma. Apa nak buat? appeared first on Ainul Mustafa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ainulmustafa.com/tips-anak-eczema-trigger-asthma-apa-nak-buat/