Tambah Anak Ketiga Ini Jawapan Tya Ariffin Memang Nak Sangat Tapi
Pelakon dan penyanyi Tya Ariffin berharap punyai rezeki untuk mendapatkan anak ketiga selepas dikurniakan dua cahaya mata, Arif, 4, dan Azzahra, 2.
Namun begitu, kata Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin, 27, dia dan suami, Asyraf Khalid, perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum merancang menambah ahli keluarga.
“Memang nak sangat tambah anak. Bagaimanapun, agak ris4u untuk berbuat demikian buat masa sekarang dalam situasi p4ndem1k yang cukup ber1siko ini.
“Selepas keadaan semakin pvlih, barulah saya dan suami merancang untuk tambah ahli keluarga pula,” ujarnya.
Sementara itu, Tya yang kini aktif menjalankan perniagaan produk Mutyara tidak terfikir untuk mencetuskan gimik untuk melariskan jualannya.
View this post on Instagram A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)
“Tujuan utama saya menjadi usahawan adalah untuk membina perniagaan jangka masa panjang. Misi utamanya adalah untuk membantu orang ramai mengecap impian bersama dan berjaya dalam perniagaan.
“Saya pun sebenarnya tidak ambil tahu sangat mengenai ada usahawan yang buat pendekatan gimik untuk dikenali. Perniagaan saya berkembang secara semula jadi dan tak terfikir langsung nak buat gimik lebih-lebih,” ujarnya.
Malah, Tya bersyukur dapat membantu lebih 25,000 rakyat Malaysia sejak bergelar usahawan empat tahun lalu.
Disebabkan itu juga, dia terpaksa menolak tepi karier seni demi misinya membantu lebih ramai untuk meraih pendapatan menerusi perniagaan yang diusahakan.
“Sejak saya usahakan produk sendiri iaitu Mutyara, kini lebih 25,000 berjaya saya bantu terutama golongan wanita untuk memiliki sumber pendapatan. Baik suri rumah, ibu tunggal, dibuang kerja, atau wanita berkerjaya lain yang perlu pendapatan sampingan.
“Disebabkan itu, saya memang kena ketepikan seketika kerjaya lakonan kerana mahu terus mengejar misi membantu lebih ramai orang. Sasaran saya pada tahun hadapan adalah dapat membantu lebih 100,000 rakyat Malaysia pula.
“Menjadi usahawan juga sebenarnya membuatkan saya kembali jumpa tujuan hidup. Kalau dulu, saya berlakon demi mencari wang untuk ibu bapa saya dan sejak berkahwin, saya tertanya apa lagi tujuan hidup perlu dikejar,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Gempak
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2021/11/tambah-anak-ketiga-ini-jawapan-tya.html