Tip Ubah Anak Yang Pemalu Jadi Berani


Sifat pemalu adalah perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya apabila mereka berada dalam persekitaran baru atau berhadapan dengan situasi yang tidak dikenali. Namun, jika rasa malu berlebihan, ia boleh menjejaskan perkembangan sosial dan emosi mereka. Tip Ubah Anak yang Pemalu Jadi Berani
LIMA Tip Ubah Anak Yang Pemalu Supaya Lebih Berani Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak mempunyai keyakinan diri yang tinggi, bukan? Berikut merupakan lima tip untuk membina keyakinan diri anak kecil yang ‘pemalu tak bertempat’ ini.
1. Benarkan Anak Buat Perkara Yang Diingini
Pernahkah kita mengalami situasi anak kecil ingin melakukan sesuatu perkara sendiri seperti makan sendiri, menguruskan diri mereka sendiri, mengangkat pinggan dan cawan sendiri ke meja makan, atau membantu melakukan kerja-kerja rumah yang mudah? Sesetengah ibu bapa mungkin akan mengatakan ‘jangan’ atau ‘tidak boleh’ kerana tidak mahu keletihan mengemas sekiranya keadaan menjadi bersepah apabila anak kecil ini melakukan perkara tersebut.
Selagi perkara tersebut tidak berbahaya untuk anak kecil, apa salahnya benarkan mereka belajar melakukan perkara yang diingini itu? Ianya sudah pasti dapat membantu proses membina keyakinan diri anak kecil ini. Walaupun kita berasa penat untuk mengemas pada awalnya, tetapi kepenatan itu merupakan kepenatan yang berbaloi apabila kita melihat mereka semakin yakin diri kelak.

2. Buat Perkara Baru Dengan Anak
Sesekali, lakukan perkara atau aktiviti baru yang tiada dalam rutin harian anak kecil. Sikap ingin tahu dan suka meneroka pasti akan membuatkan anak kecil ini berasa teruja untuk melakukan perkara tersebut bersama-sama kita.
3. Benarkan Anak Buat Keputusan
Pada kebiasaannya, kita sebagai ibu bapa yang akan membuat keputusan untuk anak kecil. Dalam hal-hal tertentu yang tidak memberi impak yang besar, benarkan anak untuk membuat pilihan dan keputusan. Ibu bapa boleh membantu anak untuk membuat keputusan dengan cara menjelaskan kepada mereka tentang apakah yang akan berlaku sekiranya mereka mengambil keputusan tersebut.
Anak kecil akan belajar tentang kesan daripada pilihan atau keputusan yang dibuat itu. Pada awalnya, mungkin anak sekecil ini agak sukar untuk memahami kesan dan akibat daripada pilihan yang dibuat. Tetapi, lama kelamaan, pasti anak kecil ini akan dapat berfikir dengan baik, lebih memahami dan berasa lebih yakin apabila keputusan yang dibuat itu memberikan hasil yang positif.

4. Sokong Minat Anak
Setiap individu mempunyai minat dan kegemaran yang tersendiri. Begitu juga dengan anak yang pemalu ini. Beri sokongan kepada anak terhadap perkara yang diminatinya itu.
Sebagai contoh, sekiranya anak minat mewarna, belikan mereka buku mewarna serta bahan-bahan untuk mewarna seperti krayon, pensel warna atau warna air. Luangkan masa untuk mewarna bersama mereka serta ajarkan mereka teknik-teknik mewarna dengan cantik untuk menghasilkan lukisan yang menarik.
Dorongan dan sokongan daripada ibu bapa seperti ini akan dapat meningkatkan lagi keyakinan diri mereka untuk melakukan yang terbaik dalam perkara yang diminatinya.
5. Pujian Buat Anak
Kejayaan anak kecil dalam melakukan sesuatu perkara seharusnya diraikan dengan pujian. Pujian dapat meningkatkan lagi penghargaan kendiri (self esteem) anak yang pemalu, membuatkan mereka berasa lebih gembira dan dihargai.
Jangan pernah berasa jemu dan bosan untuk memuji kejayaan anak kecil. Selepas ini, pasti mereka semakin bersemangat dan lebih yakin untuk melakukan lebih banyak lagi perkara baru!

 
Percaya Pada Anak Kecil
Tanamkan rasa percaya terhadap kebolehan si kecil untuk melakukan sesuatu perkara. Usah memandang rendah terhadap kemampuan mereka. Walaupun mereka masih kecil dan bersikap pemalu, mereka tetap mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencuba perkara-perkara baru bagi membina keyakinan diri mereka.
Semoga dengan didikan awal untuk melakukan berbagai-bagai tugasan, anak kecil ini bukan sahaja akan membesar menjadi insan yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani, malah berfikiran cerdas dan matang dalam menguruskan pelbagai perkara apabila dewasa kelak.
Dengan pendekatan yang betul, sifat pemalu seorang anak boleh berubah menjadi keberanian dan keyakinan. Peranan ibu bapa adalah amat penting untuk membantu mereka melangkah keluar dari rasa malu dan meneroka potensi sebenar mereka.
Ingat, setiap anak adalah unik dan memerlukan pendekatan yang berbeza. Berikan masa dan sokongan yang mereka perlukan untuk berkembang menjadi individu yang yakin dan berani.
Baca artikel lain juga: Anak Pemalu? Ini Cara Merangsang Potensi Anak
Anak Pemalu Dan Tidak Pandai Bergaul Beri Kesan Kepada Perkembangannya. Ibu Ayah Mesti Alert Hal Ini
Anak Terlampau Pendiam & Pemalu, Cara Ni Buat Anak Yakin & Lagi Berani!
 
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
The post Tip Ubah Anak Yang Pemalu Jadi Berani appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tip-ubah-anak-yang-pemalu-jadi-berani/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Cepat Sembuh

First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 92 hits
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan tentu ada gusarnya Unt...
Tip Buat Anak Tidur Awal Setiap Hari Doktor Beri Panduan

Tip Buat Anak Tidur Awal Setiap Hari Doktor Beri Panduan

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 60 hits
Pening dibuatnya bila anak masih tak tidur walaupun sudah lewat malam Kepenatan ibu bekerja bertambah bila mana anak tidak mahu tidur Sudahnya esok pagi susah hendak bangun ke sekolah Rupanya banyak cara untuk pastikan anak tidur awal Tip y...
Jangan Sesekali Kata Penat Depan Anak Anak Antara Tip Nak Buat Anak Hormat Kita Sebagai Ibu Ayah

Jangan Sesekali Kata Penat Depan Anak Anak Antara Tip Nak Buat Anak Hormat Kita Sebagai Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 116 hits
Memang mencabar menjadi ibu ayah kepada anak anak supaya anak mendengar kata dan hormat kita yang menjaganya sejak kecil lagi Namun kadang kala kita terlepas cakap sehingga merungut penat bekerja dan silap dalam mendidik anak anak sehingga ...
Pelakon Lan Zailan Pergi Dengan Pesanan Bermakna Buat Anak Anaknya

Pelakon Lan Zailan Pergi Dengan Pesanan Bermakna Buat Anak Anaknya

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 269 hits
Pemergian aktor veteran Lan Zailan pada usia 66 tahun akibat kanser pankreas meninggalkan kesan mendalam kepada para peminat Seolah olah menyedari masanya sudah hampir pelakon yang juga bapa kepada lima cahaya mata ini sempat menyampaikan p...
Lepas Abah Kahwin Baru Abah Tak Risau Tak Ada Kerja Rupanya Anak Anak Mak Tiri Bagi Abah Duit Belanja Tiap Bulan

Lepas Abah Kahwin Baru Abah Tak Risau Tak Ada Kerja Rupanya Anak Anak Mak Tiri Bagi Abah Duit Belanja Tiap Bulan

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 114 hits
Hi aku Sofea 26 tahun masih belum berkahwin Aku nak bercerita tentang adik beradik aku Aku anak keenam dari lapan orang adik beradik Kisahnya begini Abah duda 4 tahun dan baru menikah dengan janda anak 5 Baru 4 bulan perkahwinan abah dan ib...
Tolonglah Saya Merayu Saya Ada Anak Along Cham Berdepan Penjara Seumur Hidup

Tolonglah Saya Merayu Saya Ada Anak Along Cham Berdepan Penjara Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 80 hits
Pelakon dan pelawak Along Cham dilaporkan berdepan penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun serta sebatan tidan kurang 10 kali jika sabit kesalahan Dia yang sebelum ini ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja dengan anggaran 58 2...
Tribute Untuk Arwah Suami Kongsi Pentas Dengan Anak Anak Ziana Zain 700 Peminat Hadir

Tribute Untuk Arwah Suami Kongsi Pentas Dengan Anak Anak Ziana Zain 700 Peminat Hadir

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 102 hits
Tanggal 18 Disember yang lalu merupakan hari paling bersejarah buat penyanyi Datuk Nora Ariffin kerana beliay telah berjaya mengadakan Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey di Petaling Jaya Performing Arts Centre Bandar Uta...
Come Clean On Alleged Royal Addendum Hamzah Tell Government

12 Minyak Hitam Kereta Terbaik Untuk Melindungi Enjin

Tukang Masak Maut Bayi 7 Bulan Parah Lori Langgar Mpv

Anak Terlantar Selepas Lemas Dalam Kolam Ibu Harap Ada Keajaiban Cepatlah Bangun Sayang

Myborderpass Cara Muat Turun Daftar Guna Semasa Di Klia

Resepi Tauhu Begedil

Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government

Resipi Puding Gula Hangus Sedap Mudah Tak Hanyir


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


5 Fakta Himpunan Solidariti Najib 6 Januari Putrajaya January 6 2025

Teaming Up With Pas Could See Umno Kicked Out Of Govt Dr M

Scammers May Hijack Water Supply Barcodes To Steal Your Money Claims Netizen

Bossku S Royal Addendum Win Is The End Nigh For The Madani Gov T

Resipi Ikan Tenggiri Masak Padang

Pekena Cendol Durian Bmi Nilai