Pelakon Lan Zailan Pergi Dengan Pesanan Bermakna Buat Anak Anaknya


Pemergian aktor veteran Lan Zailan pada usia 66 tahun akibat kanser pankreas meninggalkan kesan mendalam kepada para peminat.
Seolah-olah menyedari masanya sudah hampir, pelakon yang juga bapa kepada lima cahaya mata ini sempat menyampaikan pesanan terakhir kepada anak-anaknya.
Menurut laporan portal hiburan tempatan, Allahyarham sempat bertemu dengan kesemua anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Anak lelaki yang berada di Muar, Johor, turut sempat pulang untuk bersama di saat akhir. Allahyarham juga banyak berbicara dengan anak-anaknya, seolah-olah ingin meninggalkan kata-kata terakhir penuh bermakna.
“Dia tinggalkan pesan supaya sentiasa menjaga antara satu sama lain.
“Sebenarnya arwah pelik juga apabila ramai datang dan berkumpul. Dia masih boleh bercakap dengan orang yang datang walau tidak banyak,” ujar isteri, Ruby Sara Omar.

Dalam pada itu, anak sulung Allahyarham, Baizura, menzahirkan rasa syukur kerana urusan pengebumian bapanya berjalan lancar, ditambah pula dengan keindahan cuaca yang begitu baik pada hari tersebut.
Menurut wanita itu, keadaan tersebut mungkin disebabkan oleh sifat bapanya yang mudah disenangi ramai serta keperibadiannya yang ceria dan gemar berjenaka untuk menghiburkan orang sekeliling.
“Alhamdulillah dari awal lagi memang semuanya senang dan mudah. Cepat saja semuanya berjalan, malah cuaca juga sangat redup saja memberi kesenangan untuk semua yang melawat di sini.
“Dari awal kami menguruskan untuk mandi jenazah, kemudian uruskan masjid dan kubur, semuanya mudah.
“Kalau tanya saya apa amalan dia, mungkin kami tak nampak tapi semua kawan dia yang berjumpa saya semuanya cakap dia baik, semalam pun abang Ako Mustapha pun datang mengatakan arwah seorang yang baik, walaupun mereka tak selalu shooting bersama.
“Arwah di set, dia suka buat orang gelak. Malah keluarga mertua pun sangat sayangkan dia sebab dia cakap arwah seorang penghibur. Ada saja benda dia nak buat orang gelak.
“Dia memang suka buat lawak, mengusik dan bergurau tapi dia sebagai seorang bapa, dia seorang yang fleksibel, apa yang anak dia nak buat, dia sokong,” katanya.

Baizura turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang meluangkan masa bersama arwah sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.
“Alhamdulillah kami adik-beradik juga dapat berkumpul dan sehingga arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Sebenarnya ayah sudah keluar hospital dan masuk hospital balik atas permintaannya, jadi kami hormat apa yang dia nak.
“Dia masuk hospital pada Ahad, dan masa cepat berlalu sebab doktor katakan dia ada tiga bulan tapi kami ada masa tiga hari bersamanya itu sudah cukup bersyukur kerana jujurnya semua sangat mudah.
“Kami juga sudah reda dari awal sebab kami tahu dia sakit dan saya juga sudah pesan pada adik-beradik, apa saja keputusannya dan apa saja yang kita lalui di depan, kita doa banyak, ALLAH permudahkan apa saja. Kami semua sepakat terima dengan baik dan dia pun melepaskan kami semua dengan senang hati,” kongsinya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 pada pagi Khamis.

Arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan sejak 27 November sebelum dibenarkan pulang pada Sabtu.
Ruby berkahwin dengan Lan pada 2020.
Allahyarham memiliki lima cahaya mata hasil perkahwinannya bersama arwah isterinya iaitu Hasnah Mohd Taib.
Sumber: Ohbulan, mStar
 
 
The post Pelakon Lan Zailan Pergi Dengan Pesanan Bermakna Buat Anak-Anaknya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pelakon-lan-zailan-pergi-dengan-pesanan-bermakna-buat-anak-anaknya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Pergi Dahulu Video Tangisan Ibu Di Pusara Buat Ramai Sebak

Anak Pergi Dahulu Video Tangisan Ibu Di Pusara Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 108 hits
Video tangisan ibu di pusara anak telah membuatkan ramai sebak apabila dikhabarkan cahaya mata tersayang meninggal dunia Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Meerquin telah mendapat perhatian ramai me...
Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 138 hits
Cara macam mufasahIkut rentak kita jaga jagaSekali lagi ada bersuaraHanya kasi bisikkan ditelingaRamai yang nak kayuhBelum sampai separuh dah mengeluhGerak sana gerak sini kita mulaApa nak tunggu lagi kita goMafimusykilaApa yang dikejar pas...
Ikut Je 5 Cara Ini Bukan Anak Kelantan Pun Boleh Beli Tanah Murah Di Kelantan

Ikut Je 5 Cara Ini Bukan Anak Kelantan Pun Boleh Beli Tanah Murah Di Kelantan

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 86 hits
Menurut Enakmen Tanah Kelantan 1938 hanya anak Kelantan yang dibenarkan untuk memiliki tanah atau rumah di negeri itu Namun tahukah anda siapakah yang dikategorikan sebagai anak Kelantan Definisi anak Kelantan terbahagi kepada lima kategori...
Video Saya Tak Jual Konten Anak Anak Bella Astillah Nafi Jaja Kisah Sedih Di Media Sosial Untuk Raih Simpati

Video Saya Tak Jual Konten Anak Anak Bella Astillah Nafi Jaja Kisah Sedih Di Media Sosial Untuk Raih Simpati

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 118 hits
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah akhirnya bersuara mengenai dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya sentiasa menjaja kisah sedih di media sosial untuk meraih perhatian ramai Saya gembira dengan anak anak dan keluarga Ketika ditemu...
Bapa Buta Sebelah Mata Berjalan Kaki 14 Hari Cari Anak

Bapa Buta Sebelah Mata Berjalan Kaki 14 Hari Cari Anak

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 67 hits
KOSMO LUNG LEK berjalan kaki untuk mencari anak sulungnya Foto MatichonBANGKOK Seorang warga emas dari Thailand yang buta sebelah mata berazam untuk mencari anak lelakinya yang telah lama hilang dengan memulakan perjalanan selama 14 hari da...
Warga Emas Didakwa Pukul Anak Oku Hingga Cedera

Warga Emas Didakwa Pukul Anak Oku Hingga Cedera

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 70 hits
BernamaKUALA LUMPUR Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya sehingga mengalami kecederaan Jumaat lepas Bapa berusia 65 tahun itu didakw...
Nabila Razali Tak Boleh Duduk Diam Masih Nak Bekerja Berdebar Bersalin Anak Pertama

Nabila Razali Tak Boleh Duduk Diam Masih Nak Bekerja Berdebar Bersalin Anak Pertama

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 67 hits
Nabila Razali tak boleh duduk diam masih nak bekerja berdebar bersalin anak pertama Dalam keterujaan menantikan kelahiran anak sulung pada Januari depan penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengakui gementar untuk melalui proses bersalin Nabi...
Pantau Anak Boleh Tapi Jangan Berlebih Lebih Anak Boleh Jadi Penakut

Pantau Anak Boleh Tapi Jangan Berlebih Lebih Anak Boleh Jadi Penakut

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 71 hits
Mak ayah mana yang tidak risaukan anak Sebolehnya setiap masa mak ayah mahu perhatikan apa anak buat tapi jangan pula berlebih lebihan Beri anak kebebasan Anak yang terlebih dipantau dan dikawal pergerakannya boleh menjadi seorang anak yang...
Najwa Latif Keguguran Anak Pertama Syukur Allah Bagi Pinjam Lima Minggu

Najwa Latif Keguguran Anak Pertama Syukur Allah Bagi Pinjam Lima Minggu

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 71 hits
Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata pertama penyanyi Najwa Latif mengalami keguguran dikala usia kandungannya yang baru mencecah lima minggu Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif 29 bersyukur diberi kesempatan merasai pen...
Police Record Papagomo S Statement Over Defamatory Remarks Against Igp Police

Agc Must Seriously Pursue Appeal Of Rosmah S Acquittal

Keluang Man Sinopsis Barisan Pelakon Keluang Man Cinematic Universe

Software Supply Chain Attacks Strategies To Detect And Mitigate Risks

Cara Meningkatkan Penghasilan Adsense Blog

Benefits Of Playing Free Slot Login Gacor123

Why New Hampshire S 24 Inch Shwt Rule Is Redefining Septic System Efficiency

Drama Cinta Bukan Milik Kita Lakonan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam


Harga Sayur Tempatan Meningkat 150 Peratus

Joker123 Top 73 By Brooke Joker123 Jokerasia Net 123 28 2568 Casino Online

Abu Dzar Al Ghifari Zuhudnya Seperti Nabi Isa

Masak Lemak Kacang Buncis Dan Udang

Atmosfera Doremon Chord

Two Crows Coming Home From Guantanamo