Tip Buat Anak Tidur Awal Setiap Hari Doktor Beri Panduan


Pening dibuatnya bila anak masih tak tidur walaupun sudah lewat malam. Kepenatan ibu bekerja bertambah bila mana anak tidak mahu tidur. Sudahnya esok pagi susah hendak bangun ke sekolah.

Rupanya banyak cara untuk pastikan anak tidur awal. Tip yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini mak ayah boleh cuba.
“Doktor, macam mana saya nak latih anak saya tidur awal? Dia selalu tengah malam pun belum tidur-tidur lagi.”
Anak saya asalnya kerap tidur lewat. Agak sukar nak suruh dia tidur, apatah lagi nak suruh tidur awal. Dia akan berguling dan meragam jika dipaksa tidur awal. Saya tahu ini tidak bagus untuk tidur dan perkembangannya sebagai kanak-kanak. Jadi saya lakukan sesuatu.

Hasilnya, saya berjaya ubah waktu tidur anak saya seawal jam 9 malam. Berikut adalah cara bagaimana saya ubah rutin tidurnya:
◼Galakkan anak untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal sepanjang hari. Ini akan membantu meletihkan mereka dan memudahkan mereka untuk tidur pada malam hari.
◼Set waktu makan malam anak sekitar 2 jam sebelum waktu tidur yang disasarkan. Elakkan makan terlalu berat atau terlalu manis untuk makan malam.
◼Tetapkan waktu tidur untuk anak. Hari sekolah atau hari cuti mereka perlu tidur pada waktu yang sama setiap malam. Ini akan membentuk rutin tidur tetap.

◼Hadkan masa skrin pada waktu malam. Berhenti gunakan peralatan elektronik sekurang-kurangnya satu jam sebelum waktu tidur. Perlu tegas.
◼Satu jam sebelum tidur, susun rutin yang melibatkan aktiviti yang tenang seperti, membaca, gosok gigi, berwuduk dan solat, dengar lagu santai, berselawat, dsb.
◼Ibubapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak. Rumah digelapkan(suram), dan ibubapa masuk ke dalam bilik tidur pada waktu tidur anak.
◼Pastikan persekitaran tidur selesa dan sesuai untuk tidur. Ini termasuk perkara seperti mengekalkan bilik gelap/suram dan sunyi, dan memastikan suhu selesa.
◼Sebelum tidur, ambil masa berbual tentang sebarang kebimbangan atau ketakutan yang mungkin mereka ada. Ini boleh membantu mereka untuk merasa tenang.

◼Sebagai galakkan dan dorongan awal, ibubapa boleh memberi pujian dan ganjaran yang sesuai kepada anak jika anak tidur awal. (pengukuhan positif)
◼Ibubapa perlu tegas dan konsisten dalam memastikan rutin ini dipatuhi pada setiap hari. Membentuk rutin baharu perlukan masa dan kesabaran.
Semoga tip-tip ini bermanfaat kepada ibubapa yang ingin melatih anak-anak tidur awal!
Dr. Kamarul Ariffin bin Nor Sadan
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Tip Buat Anak Tidur Awal Setiap Hari, Doktor Beri Panduan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tip-buat-anak-tidur-awal-setiap-hari-doktor-beri-panduan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Cepat Sembuh

First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 136 hits
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan tentu ada gusarnya Unt...
Suami Isteri Tidur Berasingan Sebab Anak Kecil Isteri Paling Terkesan

Suami Isteri Tidur Berasingan Sebab Anak Kecil Isteri Paling Terkesan

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 124 hits
Hadirnya cahaya mata pertama membuatkan kita terpaksa mendahulukan anak dalam segala hal Namun jangan hanya kerana anak kita abaikan segalanya pada pasangan kita Anak kecil bukan alasan untuk tidur bersama Benar dengan saiz katil yang kecil...
Jangan Sesekali Kata Penat Depan Anak Anak Antara Tip Nak Buat Anak Hormat Kita Sebagai Ibu Ayah

Jangan Sesekali Kata Penat Depan Anak Anak Antara Tip Nak Buat Anak Hormat Kita Sebagai Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 183 hits
Memang mencabar menjadi ibu ayah kepada anak anak supaya anak mendengar kata dan hormat kita yang menjaganya sejak kecil lagi Namun kadang kala kita terlepas cakap sehingga merungut penat bekerja dan silap dalam mendidik anak anak sehingga ...
Ramai Tumpang Bahagia Lihat Anak Anak Tunggu Depan Pintu Rai Hari Lahir Bapa

Ramai Tumpang Bahagia Lihat Anak Anak Tunggu Depan Pintu Rai Hari Lahir Bapa

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 121 hits
Ramai tumpang bahagia lihat perkongsian pengguna TikTok apabila anak anaknya meraikan hari lahir bapa mereka di depan pintu sewaktu menyambut lelaki berkenaan pulang ke rumah Perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai myra mez...
Tip Ubah Anak Yang Pemalu Jadi Berani

Tip Ubah Anak Yang Pemalu Jadi Berani

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 121 hits
Sifat adalah perkara biasa dalam kalangan kanak kanak terutamanya apabila mereka berada dalam persekitaran baru atau berhadapan dengan situasi yang tidak dikenali Namun jika rasa malu berlebihan ia boleh menjejaskan perkembangan sosial dan ...
Anak Susah Nak Tidur Mak Ayah Cuba Bacakan Surah Ni Untuk Anak

Anak Susah Nak Tidur Mak Ayah Cuba Bacakan Surah Ni Untuk Anak

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 111 hits
Anak susah hendak tidur adakalanya memeningkan kepala ibu kerana banyak kerja dan urusan di rumah tidak dapat dilakukan Perkongsian seorang ibu yang membacakan petikan Surah Al Qadr dengan yakin dan niat untuk anak tidur ini mak ayah patut ...
Tip Beli Mainan Untuk Anak Barulah Anak Tak Tantrum Di Tempat Awam

Tip Beli Mainan Untuk Anak Barulah Anak Tak Tantrum Di Tempat Awam

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 100 hits
Tip beli mainan untuk anak barulah anak tak tantrum di tempat awam Tantrum anak kecil sering menjadi cabaran bagi ibu bapa terutama apabila anak sudah terbiasa mendapat apa yang mereka mahukan tanpa batasan Tip Beli Mainan Untuk Anak Bila t...
Tip Redakan Anak Suka Merajuk Yang Penting Jangan Terus Pujuk

Tip Redakan Anak Suka Merajuk Yang Penting Jangan Terus Pujuk

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 101 hits
Berdepan dengan anak yang kerap merajuk memang memeningkan kepala Nak biarkan sahaja anak bimbang tangisannya lama Nak dipujuk bimbang anak makin menjadi jadi sikapnya Buntu Jadi apa yang seharusnya mak ayah lakukan bila anak kerap kali mer...
Tip Rangsang Anak Umur 1 Hingga 2 Tahun Bercakap

Tip Rangsang Anak Umur 1 Hingga 2 Tahun Bercakap

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 126 hits
Tip rangsang anak umur 1 hingga 2 tahun bercakap Perkembangan bahasa dan komunikasi anak berumur 1 hingga 2 tahun adalah salah satu fasa penting dalam kehidupan mereka Tip Rangsang Anak Umur 1 Hingga 2 Tahun Bercakap Pada usia ini anak anak...
13 Jenis Serunding Premium Pelbagai Perisa

Adakah Minuman Zero Sugar Bermaksud Tiada Gula Dan Bagus Untuk Diet

Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Europe S Largest Aquarium Installed In London Office Practical Fishkeeping

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025

Pengalaman Berbuka Puasa Di Restoran Bara Stulang Jb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Eh Rindu I Tak

Yb Wong Kah Woh Timbalan Menteri Pendidikan Hadir Program Jaulah Ram

Video Beg Birkin Siti Nurhaliza Curi Perhatian Netizen Wah First Time Tengok Tokti Pakai

The History Of Electricity From Discovery To Modern Power

Gaya Terpaling Kacax Dan Menang Rxz

Vivo Lancar V50 Dengan Keupayaan Zeiss Profesional Potret Bateri 6000 Mah Fotografi Di Dalam Air Pada Harga Mampu Milik