Tip Rangsang Anak Umur 1 Hingga 2 Tahun Bercakap


Tip rangsang anak umur 1 hingga 2 tahun bercakap. Perkembangan bahasa dan komunikasi anak berumur 1 hingga 2 tahun adalah salah satu fasa penting dalam kehidupan mereka.
Tip Rangsang Anak Umur 1 Hingga 2 Tahun Bercakap Pada usia ini, anak-anak sedang belajar memahami bunyi, perkataan, dan cara menyampaikan keperluan mereka. Namun, setiap anak berkembang pada kadar yang berbeza, dan terdapat beberapa cara yang boleh ibu bapa lakukan untuk merangsang kemahiran bercakap mereka.

Berikut perkongsian Maryam Jamadi yang merupakan seorang Occupational Therapist dan Founder Beyond Home Therapy
MERANGSANG PERCAKAPAN ANAK 1-2 TAHUN
“Puan, macam mana nak bagi anak pandai cakap cepat ya?”
Saya selalu menerima soalan dia atas, yang pertama rujuk post sebelum ini “CARA MERANGSANG PERCAKAPAN ANAK LEPAS LAHIR”. Kalau dah buat semua tips, seterusnya baru sambung di post ini sebab skill bahasa anak mengikut tahap, kalau anak umur 1 tahun tapi belum mengikut bunyi maksudnya tahap percakapan anak masih di tahap bawah 12 bulan.
TAHAP UMUR 1 TAHUN
-Boleh menyebut 1 patah perkataan. Contohnya “Makan”, “Susu”, “Nak”, “Cat”.
-1-50 perkataan yang bermakna sebelum mencapai umur 2 tahun.
1 tahun 1 bulan: 1 perkataan
1 tahun 2 bulan: 2 perkataan
1 tahun 5 bulan: 10 perkataan
2 tahun: 50 perkataan
*Tahap ini selalunya mak ayah keliru, 1-50 perkataan tidak termasuk perkataan ilmiah ya seperti bentuk, warna, ABC, 123. 1-50 perkataan adalah perkataan bermakna yang digunakan seharian.

TAHAP UMUR 2 TAHUN
– Boleh menggabungkan 2 perkataan.
– Contohnya perkataan “nak” : nak mandi, nak makan, nak susu dll
– Menyebut perkataan berdasarkan gambar.
– Tahu sekurang-kurangnya nama 6 anggota badan.
– 50% bahasa yang difahami.
*Untuk menggabungkan 2 perkataan, anak memerlukan sekurang-kurangnya 50 patah perkataan. Maka, penguasaan perkataan baru sangat penting dalam perkembangan bahasa anak.
TIP NAK BAGI ANAK CEPAT CAKAP
1. Kerapkan berborak dengan anak.
Anak umur 1 tahun selalunya sudah mula dapat bezakan setiap bunyi walaupun belum pandai respon dan membalas perbualan. Dan fasa selepas lahir hingga 3 tahun adalah fasa “rapid growth” jadi perlu kerja keras untuk pastikan anak tidak terlewat percakapan. Sebab itu mak ayah kena selalu berborak dengan anak sejak lahir.
Macam mana nak borak? Tak kan nak borak politik atau sukan dengan anak kan? Cadangan saya, borak tentang perbuatan yang sedang dan akan dilakukan pun dah banyak membantu perkembangan bahasa anak.
Contohnya,
Masa mandi: “Jom mandi”, “Sabun badan”, “Shampoo kepala”, “Berus gigi”.
Masa pakai baju: “Pakai baju”, “Pakai seluar”, “Pakai pampers”.
Masa makan: “Makan”, “Makan nasi”, “Makan ikan”, “Ayam”.
2. Pace yang perlahan.
Ada mak ayah yang mengadu selalu berborak dengan anak tetapi anak tetap taknak bercakap, kerap berborak penting tetapi perlu berborak dengan pace yang perlahan ya. Jangan cakap terlalu laju boleh menyebabkan anak 1- 2 tahun tak dapat tangkap.
3. Fokus terhadap perkataan baru.
Berborak penting, tetapi perlu juga fokus untuk meningkatkan perkataan baru dengan menyebut banyak kali dan pergerakan mulut yang jelas untuk anak ikut serta panjangkan setiap “harakat” setiap suku kata. Seperti:
Makan: “Maaaaaaa kaaaannnnnnnn” × 10. Pastikan anak tenang dan fokus semasa proses mengajar perkataan baru.

3. Menyanyi bersama anak.
Anak lebih mudah belajar menyanyi dengan mak ayah berbanding belajar berseorangan dengan tv dan gadget. Jangan mengharap gadget dan tv untuk mengajar anak menyanyi, sebab kartun tak mengajar pergerakan mulut dan lidah pada anak. Paling berkesan bila buka lagu di radio atau handphone tanpa anak melihat gadget untuk memberi fokus anak melihat pergerakan mulut kita.
4. Bahasa badan.
Jadi mak ayah ini, kita kena “over” sedikit. Banyakkan bahasa badan semasa bercakap atau menceritakan sesuatu dengan anak secara tak langsung ia akan memupuk minat dan fokus anak terhadap bunyi yang didengari.
5. Beri pujian.
Puji anak setiap kali berjaya menyebut perkataan baru.
Ada mak ayah yang mula memberi gadget dan tv dengan harapan anak lagi cepat bercakap di tahap ini sebab “ingatkan dah sesuai nak beri”. Sebenarnya perkembangan bahasa anak lebih berkembang jika banyak berkomunikasi dengan mak ayah. Jangan “mengharapkan” gadget dan tv untuk mengajar anak bercakap cepat sebab ia akan menyebabkan:
1. “Pitch” suara yang didengari oleh anak berubah, anak menjadi hyposensitif(terkurang sensitif) terhadap bunyi menyebabkan fokus dan “eye contact” anak semakin kurang.
2. Anak tidak berminat untuk berkomunikasi 2 hala sebab bahagia “dilayan” oleh kartun di tv berbanding mak ayah.
3. Anak lebih minat menyanyi dan belajar perkataan berilmiah (shapes, colours, abc, 123) dan mengabaikan perkataan bermakna yang digunakan setiap hari.
4. Risiko masalah echolalia (parrot talk) disebabkan keliru terhadap komunikasi 1 hala atau 2 hala sebab dah terbiasa “bercakap” dengan kartun.

Terlalu banyak keburukan daripada kebaikan gadget pada anak, jangan terlampau mengikut orang lain. “Anak kawan saya fasih berbahasa inggeris sebab dari kecil berkepit dengan gadget”. Setiap perkembangan anak berbeza, gadget untuk anak bawah 18 bulan sudah terbukti boleh meningkatkan risiko kelewatan bercakap.
Lebih baik elak dari merawat. Jika mak ayah dapati perkembangan anak terlewat dalam perkembangan bahasa, sila dapatkan rawatan awal. Tak perlu tunggu-tunggu, sementara sedang dalam fasa “rapid growth” dan anak semakin membesar. Membantu anak sekarang lebih mudah berbanding bila dah besar.
Jika “takut” anak dikategorikan “speech delay”, Beyond Home Therapy sentiasa terbuka untuk membantu anda untuk penilaian awal perkembangan untuk kenalpasti tahap dan masalah anak.
Sumber: Maryam Jamadi Occupational Therapist dan Founder Beyond Home Therapy
Baca artikel lain juga: Anak Berat Mulut Nak Bercakap, Cepat-Cepat Latih Ikut Langkah Ni!
Elak Takutkan Anak Bila Anak Tiub Belon, Banyak Kelebihannya, Salah Satu Latihan Untuk Anak Bercakap!
Main Peek A Boo Dengan Anak Tu Penting! Latih Anak Mudah Bercakap
 
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
The post Tip Rangsang Anak Umur 1 Hingga 2 Tahun Bercakap appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tip-rangsang-anak-umur-1-hingga-2-tahun-bercakap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah 3 Tahun Tak Ajar Dia Ke Anak Bongsu Shuib Dikritik Masih Tak Pandai Bercakap Ini Respon Watie

Dah 3 Tahun Tak Ajar Dia Ke Anak Bongsu Shuib Dikritik Masih Tak Pandai Bercakap Ini Respon Watie

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 117 hits
Seorang individu tampil meluahkan rasa simpati melihatkan anak bongsu pelawak Shuib Ayash Affan yang dirasakan tidak lagi boleh bercakap meskipun sudah berusia 3 tahun Difahamkan individu tersebut meninggalkan komen tersebut di ruangan Inst...
Anak Umur 8 Tahun Diberi Tanggungjawab Jadi Hos Acara Misha Omar Dikecam Jual Anak

Anak Umur 8 Tahun Diberi Tanggungjawab Jadi Hos Acara Misha Omar Dikecam Jual Anak

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 108 hits
Baru baru ini Misha Omar terpaksa menjawab tuduhan yang tidak disangka sangka ketika dia mengadakan Showcase Misha Back to Basic Seperti biasa ada saja yang nak menjatuhkan kali ini mengenai anak lelakinya Idris Ezzawa yang berusia lapan ta...
Dera Anak 7 Tahun Hingga Mati Hanya Kerana Minta Wang Saku

Dera Anak 7 Tahun Hingga Mati Hanya Kerana Minta Wang Saku

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 115 hits
Sinar HarianMereka dipercayai mendera mangsa sejak dia berusia 6 tahun Foto Sinar Harian AgensiJAKARTA Pasangan suami isteri dari Pasuruan Jawa Timur ditahan polis kerana dipercayai membunuh anak mereka yang berusia 7 tahun baru baru ini Ke...
Bahaya Jika Anak Lambat Bercakap Kesan Pada Fokus Dan Belajar

Bahaya Jika Anak Lambat Bercakap Kesan Pada Fokus Dan Belajar

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 113 hits
Jika anak masih belum boleh bercakap anda perlu mendapatkan nasihat pakar supaya dapat anak dapat memberi tumpuan semasa belajar Perkongsian Pakar Terapi Pertuturan Ruby Speech Therapy Sungai Petani Kedah Izyan Atika Abu Bakar menjelaskan b...
Fadli Ni Matematik Tahun 4 Pun Tak Tau Macamana Dia Nak Bercakap Soal Ekonomi

Fadli Ni Matematik Tahun 4 Pun Tak Tau Macamana Dia Nak Bercakap Soal Ekonomi

papar berkaitan - pada 12/1/2025 - jumlah : 68 hits
Ini je la naratif yang dia mainkan Tapi tak disertakan fakta Dari sudut apa yang dia nak kata ekonomi merudum Pelaburan masuk beratus bilion nilainya Pertumbuhan negara pun meningkat malahan Semua elok Inflasi kita stabil Matawang kita juga...
Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat Dimakbulkan Allah

Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat Dimakbulkan Allah

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 122 hits
Ibu kongsi kisah anak 4 tahun lemas kolam Saya tak tahu doa siapa akan diangkat dan dimakbulkan Allah Niat Nurul Izzati Barni berkongsi kisah pilu tentang anak bongsunya yang sedang bertarung nyawa bukanlah untuk meraih simpati Ibu Kongsi K...
Baru Sebulan Kahwin Lelaki Pijak Anak Tiri Hingga Patah Tulang

Baru Sebulan Kahwin Lelaki Pijak Anak Tiri Hingga Patah Tulang

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 119 hits
KOSMO Suspek telah ditahan oleh polis Tribun PadangJAKARTA Seorang lelaki di Padang Pariaman wilayah Sumatera Barat tergamak memijak anak tirinya yang berusia dua tahun hingga patah tulang kaki selepas baru sebulan berkahwin dengan ibu mang...
Tip Ubah Anak Yang Pemalu Jadi Berani

Tip Ubah Anak Yang Pemalu Jadi Berani

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 91 hits
Sifat adalah perkara biasa dalam kalangan kanak kanak terutamanya apabila mereka berada dalam persekitaran baru atau berhadapan dengan situasi yang tidak dikenali Namun jika rasa malu berlebihan ia boleh menjejaskan perkembangan sosial dan ...
Foto Dari Aryan Khan Hingga Sara Ali Khan Ini Anak Selebriti Yang Wajah Hampir 100 Sama Dengan Mereka

Foto Dari Aryan Khan Hingga Sara Ali Khan Ini Anak Selebriti Yang Wajah Hampir 100 Sama Dengan Mereka

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 98 hits
Anak anak selebriti ini nampak sangat mirip dan hampir 100 sama dengan ibu bapa mereka sehinggakan ramai yang perlu lihat berkali kali untuk bezakan Berikut Murai kongsikan anak selebriti manakah yang mempunyai wajah seakan sama dengan ibu ...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Top Marketing Strategies For Buzz

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


From Paris London

Drama Abang Bunga Macho

Rayola Pai Indak Ka Babaliak Chord

Indonesia Beli Dron Bayraktar Turkiye

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

V Speed A Made To Order Custom Buell Xb12 From Florida