Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat Dimakbulkan Allah


Ibu kongsi kisah anak 4 tahun lemas kolam -“Saya tak tahu doa siapa akan diangkat dan  dimakbulkan Allah. Niat Nurul Izzati Barni, berkongsi kisah pilu tentang anak bongsunya yang sedang bertarung nyawa bukanlah untuk meraih simpati.
Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam Sebaliknya, ia dilakukan dengan harapan mendapat doa daripada masyarakat yang tersentuh dengan nasib anaknya, Che Umar Rais Che Fairollah, 4 tahun.
 

 

Selama hampir lima bulan, ibu kuda berusia 30 tahun itu setia menanti keajaiban Tuhan untuk anaknya yang kini berada dalam keadaan separa kritikal selepas insiden lemas dalam kolam.
“Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat Dan Dimakbulkan Allah” Rutin hariannya bermula seawal jam 9 pagi hingga lewat malam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Beliau menguruskan keperluan Umar, termasuk memandikan, mengurut, dan memberi perhatian penuh sebelum pulang ke rumah.
“Saya hanya mampu melakukan apa yang termampu sebagai seorang ibu. Kita tidak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Allah, jadi perkongsian ini hanyalah untuk memohon doa mereka yang tersentuh dengan keadaan Umar,” katanya.
@adikcik_94ibu seronok tengok umar tidoq tenang je ibu rasa♥️♬ original sound – adikcik_94
Berpegang Pada Naluri Seorang Ibu Nurul Izzati kekal yakin bahawa Umar akan kembali pulih walaupun proses pemulihan mungkin mengambil masa. Malah, naluri keibuannya menjadi kekuatan utama untuk terus berdoa dan berikhtiar.
“Saya masih ingat satu ketika darah Umar tiba-tiba turun mendadak. Doktor meminta kami sekeluarga untuk bersedia dengan kemungkinan terburuk dan reda. Namun, saya berbisik kepada Umar bahawa saya reda jika Allah lebih menyayanginya.

Tetapi jika Allah memberi peluang untuk Umar terus hidup, kami akan lakukan apa sahaja demi dia. Alhamdulillah, darahnya kembali stabil ketika itu. Sejak detik itu, keyakinan saya terhadap keajaiban Allah semakin kuat,” jelasnya, yang kini menganggap hospital seperti rumah keduanya.

Kejadian Lemas Yang Mengubah Segalanya Pada September 2023, percutian keluarga bertukar menjadi ujian besar apabila Umar lemas di dalam kolam. Ketika dibawa ke hospital, nadinya telah terhenti selama hampir lima minit. Keadaan itu membuatkan doktor menjangka peluang Umar untuk hidup amat tipis. Namun, doa dan kuasa Allah memberikan keajaiban apabila nadi Umar kembali berdenyut.
“Umar ditempatkan di zon kritikal dan pada awalnya langsung tidak menunjukkan sebarang pergerakan. Tetapi pada hari ke-19, dia mula menggeliatkan badannya. Sejak itu, saya terus berusaha dan tidak berhenti berdoa untuknya,” kata Nurul Izzati.
Kini, walaupun Umar masih bergantung kepada bantuan oksigen, perkembangan positif mula kelihatan. Bagaimanapun, doktor masih memantau keadaan anak matanya yang belum memberi tindak balas apabila disuluh.
“Saya faham doktor menjalankan tugas mereka, tetapi saya percaya kuasa Allah mengatasi segala-galanya,” katanya. Nurul Izzati juga berusaha memberikan makanan tambahan bagi membantu proses pemulihan Umar.

Kerinduan Abang Dan Kakak Dua anak Nurul Izzati yang lain turut merindui kehadiran Umar di rumah. Mereka sering bertanya bila dapat berjumpa adik mereka di hospital. Malah, setiap kali membeli mainan, mereka akan teringatkan Umar dan berharap dapat berkongsi kegembiraan bersamanya.
“Saya selalu pesan kepada mereka, jika benar sayangkan Umar, jangan lupa doakan kesihatannya setiap kali selepas solat. Doa mereka sebagai abang dan kakak sangat bermakna untuk Umar,” katanya penuh emosi.

Hargai Mereka Yang Prihatin Nurul Izzati turut meluahkan rasa terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan dan doa sepanjang tempoh sukar ini. Sokongan tersebut menjadi sumber kekuatan untuknya terus menjaga Umar dengan penuh ketabahan.
“Saya amat menghargai setiap bantuan yang diberikan. Doa dan sokongan orang ramai benar-benar memberikan saya semangat untuk terus kuat. Semoga doa-doa ini membantu Umar kembali sembuh,” tambahnya.
Kisah ini menggambarkan betapa besarnya kasih seorang ibu terhadap anaknya dan kepercayaan penuh kepada kuasa doa. Semoga Umar diberikan kesembuhan dan keluarga ini terus diberi kekuatan menghadapi ujian hidup.
Sumber: Berita Harian dan TikTok adikcik_94
Baca artikel lain juga: Kanak-kanak Lelaki 2 Tahun Lemas, Terjatuh Dalam Tasik
Kanak-kanak Perempuan Austime 5 Tahun Lemas Di Taman Tema Air
 
 
 

 
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
 
 
 
 
 
The post Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam -“Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat & Dimakbulkan Allah” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-kongsi-kisah-anak-4-tahun-lemas-kolam-saya-tak-tahu-doa-siapa-akan-diangkat-dimakbulkan-allah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Terlantar Selepas Lemas Dalam Kolam Ibu Harap Ada Keajaiban Cepatlah Bangun Sayang

Anak Terlantar Selepas Lemas Dalam Kolam Ibu Harap Ada Keajaiban Cepatlah Bangun Sayang

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 241 hits
Tular di media sosial video memaparkan seorang wanita yang berkongsi keadaan anaknya yang kini terlantar di hospital dalam keadaan koma akibat lemas dalam kolam sebelum ini Menerusi hantaran di TikTok adikcik 94 telah memuat naik beberapa v...
30 Tahun Hidup Bersama Isteri Mohon Maaf Pesan Pada Suami Ajarlah Anak Anak Hormati Ibu Bapa

30 Tahun Hidup Bersama Isteri Mohon Maaf Pesan Pada Suami Ajarlah Anak Anak Hormati Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 190 hits
Seorang isteri mohon maaf dan minta halalkan makan minum sepanjang 30 tahun usia perkahwinan mereka sebelum menjalani pembedahan kaki di sebuah hospital Perkongsian video berdurasi 30 saat dikongsikan oleh anak perempuan mereka di TikTok it...
Ustaz Kazim Kongsi Doa Untuk Anak Autisme Baca 16 Kali Lepas Solat

Ustaz Kazim Kongsi Doa Untuk Anak Autisme Baca 16 Kali Lepas Solat

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 174 hits
Dikurniakan seorang anak autism sememangnya satu anugerah dan ladang pahala yang besar buat ibu bapa Namun berdepan cabaran dan kesabaran dalam mendidiknya bukan sedikit Tampil prihatin dengan ibu bapa Ustaz Kazim Elias tampil berkongsi doa...
Kanak Kanak 10 Tahun Lemas Di Kolam

Kanak Kanak 10 Tahun Lemas Di Kolam

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 220 hits
Kegembiraan sebuah keluarga bercuti bertukar duka apabila anak lelaki mereka berusia 10 tahun lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di sini petang Isnin lalu Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan...
Anak Meninggal Dunia Di Sisi Jenazah Ibu Disemadikan Dalam Satu Liang Lahad

Anak Meninggal Dunia Di Sisi Jenazah Ibu Disemadikan Dalam Satu Liang Lahad

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 152 hits
Seorang wanita disahkan meninggal dunia dua jam selepas pemergian ibu tersayang dalam satu kejadian di Kampung Parit Lapis Maimon Parit Sulong di Johor pada Rabu Memetik laporan Harian Metro Allahyarham Saonah Kasmi 58 datang ke rumah adikn...
Mayat Lelaki 23 Tahun Itu Ditemui Terapung Dalam Kolam Ikan

Mayat Lelaki 23 Tahun Itu Ditemui Terapung Dalam Kolam Ikan

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 176 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang lelaki ditemui lemas dalam kolam ikan di Kampung Old Stream dekat Bidor awal pagi tadi Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat lelaki 23 tahu...
Selalu Kena Ejek Anak Kerap Menangis Minta Tukar Nama Ibu Tak Sangka Jadi Isu

Selalu Kena Ejek Anak Kerap Menangis Minta Tukar Nama Ibu Tak Sangka Jadi Isu

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 190 hits
Seorang ibu tidak pernah menyangka nama indah yang diberikan kepada anak perempuannya Awan tujuh tahun lalu kini menjadi punca tekanan buat si kecil Menginjak usia persekolahan murid darjah satu itu kerap menangis kerana diejek oleh rakan r...
Kisah Menarik Di Sebalik Nama Anak Anak

Kisah Menarik Di Sebalik Nama Anak Anak

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 296 hits
nbsp Kisah Menarik di Sebalik Nama Anak Anak Kalau dulu dulu sedap je nama nama klasik yang diberikan kepada anak anak kita kan Tapi tidak sekarang yang dicantum cantumkan menjadi nama yang lebih panjang dan masih sedap didengar tapi agak p...
Anak Bunuh Ibu Guna Kapak Tak Belikan Motosikal

Anak Bunuh Ibu Guna Kapak Tak Belikan Motosikal

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 199 hits
KOSMOAnggota polis menjalankan siasatan di rumah suspek di Kapuas Hulu wilayah Kalimantan Barat TribunnewsJAKARTA Seorang lelaki berusia 23 tahun di Indonesia tergamak membunuh ibunya dengan kejam selepas tidak dibelikan sebuah motosikal ba...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apakah Bn Akan Rebah Bersama Kandang Babi Di Ayer Kuning Sebelum Ini Isu Kuil Di Tapak Haram

Paris Based Iea To Support Malaysia In Exploring Nuclear Energy Policy Says Dpm Fadillah

Not All Flag Mistakes Are Equal

Nasi Lemak Is Popular Among Malaysians Over Other Local Meals Why

Buasir Otak Tv Pergi Pasar Cari Apam Apam Takde Be Like

Tidak Dedah Aib Pasangan