Tip Potty Train Anak Bawah 3 Tahun


Hai.. Assalamualaikum...

Alhamdulillah kakna dah free diapers. Siang-siang dah tak pakai pampers. Malam mommy still pakaikan dia pampers, sebab dia masih menyusu botol. Kalau dah tak susu botol, insyaallah boleh dah tidur tanpa pampers.



Untuk anak ketiga ni, cara dia lain sikit dari anak-anak lelaki sebelum ni. Mungkin sebab mommy suri rumah. Dan mommy pilih waktu cuti sekolah untuk fokus potty train dia. Waktu lebih singkat dari tempoh potty train abang-abang dia 

Persediaan untuk Ibubapa Persediaan mental ibubapa dan kesepakatan ibubapa itu penting. Persetujuan untuk potty train anak pun juga sangat penting. Mudah untuk saling tolong menolong nanti. Jika salah seorang  pasangan tidak setuju untuk potty train anak, baiklah di tangguhkan. Sebab ianya memerlukan kerjasama dalam menjayakan proses potty train ni.

Keazaman dan matlamat juga perlu di tanam dalam-dalam agar tidak mudah give up di pertengahan tempoh potty train nanti. Sungguh mommylin kata, ianya mencabar dan menguji kesabaran. Bila rasa nak give up, ingat semula apa matlamat kita potty train anak? Memudahkan urusan bila di sekolah? untuk cut cost perbelanjaan? dan lain-lain.

Persekitaran
Sediakan persekitaran yang sesuai. Angkat semua karpet dan simpan, gantikan dengan lapik kalis air. Tempat bermain mereka juga harus mengunakan lapik kalis air dan elakkan meletak terlalu banyak mainan, agar mudah untuk kita bersihkan jika anak terlepas buang air dan ibu takkan terlalu stress bila ianya terjadi

Persediaan untuk Anak Beritahu anak, yang mereka akan berlajar untuk membuang air kecil di tandas, bukan lagi di pampers. Tunjukkan di mana tempat sepatutnya mereka buang air. Walaupun agak susah untuk mereka memahami, percayalah.. ianya membantu jika kita kerap ingatkan mereka. 
Sediakan seluar dalam yang comel untuk mereka. Yang ada gambar kartun-kartun agar mereka semangat untuk melupakan pampers. 
Mommylin selalu tanya kakna, " buang air kat mana?" soalan tu, mommy akan ulang setiap kali lepas mandikan dia atau selepas dia terlepas buang air di dalam rumah. 
Alarm
Tak kesah lah, jam loceng atau alarm kat HP je, mommy tetap kena set alarm supaya tak lupa. Kadang bila kita sibuk dengan pelbagai urusan, lupa nak bawa anak pergi buang air di tandas. Untuk permulaan, mulakan dengan setiap setengah jam, bawa mereka ke tandas dan buang air. Jika keluar, beritahu dan puji dia. "... Haaa..pandai pun dina, itu air kencing tau. Kalau nak buang air kat sini, macam ni... tahu? ". Jika tidak keluar tak perlu paksa keluar pulak. 
Jangan pula terlepas waktu mereka buang air tu, sebab anak-anak masih belum kenal rasa nak buang air tu. Kita lah yang kena selalu ingatkan dan bawa mereka ke tandas. Ubah masa 10/15 minit selepas anak menyusu atau minum. Mommy perlu tingkatkan masa setengah jam menjadi sejam sekali selepas 3 hari. 
Tegas bila menegur 
Jika mereka terlepas buang air di dalam rumah, jangan marah berlebihan, kerana mereka masih dalam proses pembelajaran. Tegur dengan tegas! biar mereka tahu ianya salah. Dan tunjukkan tempat buang air yang sepatutnya. Dalam proses potty train, memang kena banyak kali ulang supaya mereka ingat.
Anak-anak biasanya akan leka bermain atau leka ketika menonton tv, sehingga lupa rasa nak buang air tu. Memang tugas kita mengingatkan mereka berulang kali. 
Jangan mengalah Bila dah 3 hari kita potty train anak, dan dah stress asyik basuh baju dan seluar yang hancing, lap lantai berulang kali, INGAT!!! jangan give up. Sebab itu adalah perkara biasa untuk potty train. Keep positive dan ingat kembali matlamat kita kenapa kita potty train mereka. Jika kita berhenti di tengah jalan, anak-anak akan lupa kembali dan mereka menjadi keliru. Walaupun jika keluar dan tidur malam kita masihkan memakaikan mereka pampers, tak pe. Balik sahaja kerumah atau selepas mereka bangun tidur, mulakan dengan tanggalkan pampers dan menyuruh mereka buang air di bilik air. Jadikan rutin, insyaallah bila dah biasa, mereka tidak akan terbuang air walaupun dalam pampers.

Kenangan kita dan anak-anak Pelbagai drama yang akan terjadi dalam tempoh potty train ni. Jadikan ianya kenangan kita bersama anak. Bila kita kenang semula nanti, pasti tergelak. Kenangan mommy dengan kakna pun ada yang tak boleh lupa sampai sekarang. Mommy ingat lagi cerita dia bila mommy suruh pergi tandas.

Mommy: Dina.. pergi kencing sekarang...
Kakna: Mommy.. tengok baby dina ni (teddy bear dia) dia tidur... Ayah dia pergi work.
Mommy: Mak dia mana? suruh mak dia jaga
Kakna: Mak dia asyik g kencing jee...
Mommy: ...........

Dia sebenarnya dah penat asyik ulang alik ke tandas. ihihih

Ok korang moga manfaat. Mana yang boleh ikut, boleh lah jadikan panduan. Byeee..



mommy garang, 
mommylin



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mommylin.com/2018/12/tip-potty-train-anak-bawah-3-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Potty Train Anak

Tips Potty Train Anak

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 388 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraAnak anak bebas lampin pakai buang adalah salah satu impian mak mak Me pun macam tu jugak Lebih awal lebih bagus Senang Duit beli pampers pun dah boleh save ke benda lain Alhamdulillah Along Angah dan Adde...
Umur 3 4 Tahun Memang Anak Tengah Kuat Tantrum Suka Tipu Tipu Guru Ini Kongsi Tip Elak Jadi Habit

Umur 3 4 Tahun Memang Anak Tengah Kuat Tantrum Suka Tipu Tipu Guru Ini Kongsi Tip Elak Jadi Habit

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 470 hits
Kanak kanak berumur 3 hingga 4 tahun memang selalu uji kesabaran ibu ayah Tantrum tabiat menipu sering kali menjadi tabiat Guru ini kongsi cara untuk mengelakkan ia daripada menjadi kebiasaan atau habit Pengasas TFA playschool berkongsi ten...
Berjaya Latih Anak Usia 2 Tahun Ke Tandas Ada Tip Mudah Mama Kena Praktik Confirm Berjaya

Berjaya Latih Anak Usia 2 Tahun Ke Tandas Ada Tip Mudah Mama Kena Praktik Confirm Berjaya

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 599 hits
Bila anak dah mencecah usia tiga tahun mama jangan rasa takut rakut dan khuatir untuk ajar anak tak lagi pakai pampers Ini penting bagi persediaan mereka untuk ke sekolah Bukan hanya persediaan ke sekolah bahkan langkah ini sebenarnya satu ...
Abah Mimpi Ke Apa Bapa Sangat Terharu Anak Hadiahkan Kereta Menjelang Tahun Baru

Abah Mimpi Ke Apa Bapa Sangat Terharu Anak Hadiahkan Kereta Menjelang Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 602 hits
Kalau masa kecil ibu bapa kita telah berkorban wang ringgit dan masa demi membesarkan kita tak ada salahnya kalau sudah besar kita ambil waktu ini untuk membalas jasa mereka pula Jadilah seperti anak anak kepada pakcik ni Terharu dan sebak ...
Wanita Dipenjara 6 Tahun Kerana Buat Hubungan Kelamin Dengan Anak Angkatnya 7 8 Kali

Wanita Dipenjara 6 Tahun Kerana Buat Hubungan Kelamin Dengan Anak Angkatnya 7 8 Kali

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 371 hits
Wanita dipenjara 6 tahun kerana buat hubungan kelamin dengan anak angkatnya 7 8 kaliWanita berusia 26 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun selepas didapati bersalah kerana mengadakan hubungan kelamin dengan anak angkatnya yang...
Ayah Panik Bila Anak Perempuan 3 Tahun Hilang Dalam Mall

Ayah Panik Bila Anak Perempuan 3 Tahun Hilang Dalam Mall

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 587 hits
Ayah Panik Bila Anak Perempuan 3 Tahun Hilang Dalam Mall Saya nak tengok semua rakaman CCTV sekarang Tolonglah terima kasih demikian kata seorang lelaki yang gelisah selepas mendapati anak perempuan berusia tiga tahun hilang Tular semalam m...
Perangai Terlajak Biadap Dan Liar Anak Anak Muda Pada Malam Tahun Baru 2019 Dikecam Berjemaah Oleh Netizen

Perangai Terlajak Biadap Dan Liar Anak Anak Muda Pada Malam Tahun Baru 2019 Dikecam Berjemaah Oleh Netizen

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 941 hits
Tibanya tahun baharu sambutan yang diraikan golongan anak muda amat menggusarkan bukan kerana pertunjukan bunga api tetapi pesta bebas antara lelaki dan perempuan dan juga akhlak mereka Terbaru tular video di media sosial menunjukkan perang...
Malam Pergantian Tahun Prabowo Doa Bersama Anak Yatim Kaum Difabel

Malam Pergantian Tahun Prabowo Doa Bersama Anak Yatim Kaum Difabel

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 228 hits
Prabowo berkomentar singkat usai menghadiri Muhasabah yang dihadiri tokoh ulama masyarakat sekitar dan cawapres Sandiaga Uno Dia berharap kebaikan selalu menyertai rakyat Indonesia
Tip Untuk Pulihkan Anak Yang Ketagih Dengan Gadjet

Tip Untuk Pulihkan Anak Yang Ketagih Dengan Gadjet

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 278 hits
Dulu ingat nak bagi anak guna gajet sekejap sekejap saja Tapi sekarang macam dah susah pula nak kawal Asyik menangis dan merengek bila kita larang Apa nak buat bila anak ketagih gajet ni Ramai ibu bapa tentu familiar dengan situasi ini Seda...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities