Tip Untuk Pulihkan Anak Yang Ketagih Dengan Gadjet




“Dulu ingat nak bagi anak guna gajet sekejap-sekejap saja. Tapi sekarang macam dah susah pula nak kawal. Asyik menangis dan merengek bila kita larang. Apa nak buat bila anak ketagih gajet ni?”

Ramai ibu bapa tentu familiar dengan situasi ini. Sedar tak sedar, anak kita semakin ‘melekat’ pada gajet dan skrin elektronik tanpa mengira masa. Pada awalnya kita cuma beri sekejap supaya mereka leka dan tidak mengganggu kerja kita, tapi tak sangka pula tindakan ini semakin lama semakin memakan diri.

Jangan risau, masih belum terlambat untuk kita menghilangkan ketagihan gajet pada anak kita. Perkongsian kali ini adalah oleh Puan Fizah Rosli tentang usaha beliau menghentikan masalah anak ketagih gajet pada usia 2 tahun 6 bulan. 
Menurut beliau, proses pemulihan beliau ini mengambil masa sekitar 3 bulan. Anak beliau yang juga mengalami masalah lambat bercakap atau speech delay kini telah memperlihatkan banyak kemajuan dari segi pertuturan.


Anak Puan Fizah, Abdullah Fahim yang ketika itu berusia 2 tahun setengah masih belum dapat menuturkan sebarang sukukata yang bermakna.
Jom kita ikuti perkongsian beliau selanjutnya di bawah ini.
ANAK KETAGIH GAJET & SPEECH DELAY, IBU INI KONGSI 6 LANGKAH ATASINYA DALAM 3 BULAN

Pada usia tahun 3 tahun, Abdullah Fahim baru boleh sebut perkataan yang bermakna. Sebelum itu, bukan saja perkataan tak ada disebut, 1 suku kata bermakna pun tak ada lagi. Contohnya: tu, nak, tak nak, dan apa-apa hujung perkataan memang tak pernah disebut. Semuanya dia main tunjuk saja.

Jadi, Fizah nak kongsikan pengalaman dalam usaha menghentikan dan hilangkan ketagihan gajet pada si anak yang suci. Secara tak langsung, ia banyak membantu dalam perkembangan pertuturan Fahim.
1. MOHON DOA TERLEBIH DAHULU
Sebelum kita mulakan , langkah pertama apa-apa pun doa dulu mohon Allah bantu. Sebab, buatlah apa cara sekalipun kalau Allah tak bantu memang susah nak menjadi.
2. JELASKAN PADA ANAK
Langkah kedua, cari waktu yang anak relaks dan kita pun relaks (bukan masa anak pegang phone atau tengok TV) untuk beritahu tindakan yang bakal kita lakukan dengannya.

Beritahu dia, lepas ini Fahim hanya boleh tengok handset Ummi dan Walid 10 minit jesehari. Ummi dan Walid akan letak password sebab takut fahim ter‘call’ kawan Ummi atau Walid. Nanti menganggu. Atau bagilah apa-apa alasan yang logik dan mudah difahami. TV pula, sehari satu cerita saja ya. Kita tak boleh tengok TV lama-lama sebab nanti otak jadi beku.

Agak-agak die faham tak apa yang ummi terangkan ni? Mungkin dia faham tapi pastinya dia tak ingat pun apa yang kita terangkan ni nanti. Tak mengapa. Ulang dan ulang peraturan dan mulakan langkah.
Fizah ada cuba jugak nak guna taktik tinggalkan bateri sikit pada phone. Tapi pada Fizah, sampai masa nanti, anak akan tahu bahawa bila bateri habis,solusinya cas balik. So dia boleh dapatkan balik phone tu. Dan pada hakikatnya, kerja-kerja bisnes Ummi 98% memang guna phone Ummi. Kalau bateri habis, lambat pulak kerja Ummi (Ummi jenis malas cas phone. Tahu guna je.)

Jadi, Fizah tak drastik hentikan semua. Tapi agak drastik dalam hadkan masa. Sehari boleh 10 minit saja. Tapi ada jugalah kadang-kadang terlajak sampai 1jam bila tersibuk dengan urusan lain. Yalah, anak pun kene perlahan-lahan biasakan diri. Tapi selepas 4 bulan pemulihan, sampai sekarang memang very strict. 10 minit saja boleh hadap kalau ada benda nak tunjuk kat dia atau kadang-kadang dia nak tengok video dia yang ummi rakam. Dan dia dah tahu makna minit-minit kecil tu.

3. DELETE VIDEO & YOUTUBE
Langkah ketiga, delete semua video-video kartun yang menjadi tarikan pada anak. Tapi untuk 1 bulan pertama, kami tinggalkan 2 cerita dalam gallery walid berdurasi 10 minit saja dan padam satu lepas beberapa minggu, dan padam semua bila rasa sesuai.

jadi dengan 1 video ini, lama-lama dia bosan. Youtube Walid pun Ummi padam. Walaupun memang sebelum ini Fahim tak buka pun video dari Youtube Walid tusebab Walid sorok dalam file lain. Tapi Ummi khuatir kalau terjumpa.

4. KONSISTEN DENGAN PERATURAN YANG DITETAPKAN
Langkah keempat, laksanakan syarat yang kita dah sebut depan anak sebelum ni. Tapi, kene sentiasa ulang dan ulang peraturan. Dari hari ke hari memang jenuh jugalah nak layan tantrum dia bila dapat guna phone kejap saja.
Apapun, Ummi kentalkan hati demi masa depan Fahim. Lama-lama dia faham yang phone Ummi Walid boleh guna kejap-kejap saja. Dekat 3 bulan lebih untuk adjust perkara ni pada Fahim. Matlamat Ummi nak dia faham yang gajet bukan mainan utama dia waktu kecil ni.

5. KORBANKAN MASA BERMAIN DENGAN ANAK
Langkah kelima, kami sediakan untuk dia mainan-mainan yang boleh buat dia leka macam kiub, blok, lego magnet, mewarna, messy play dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, memang dia leka main semua itu. 
Dan kita memang kena korban masa juga untuk main sama-sama dengan anak. Melalui masa-masa bermain dan beraktiviti juga sekaligus Fizah buat terapi sendiri pada Fahim.

Tapi dalam masa ini TV masih lagi tak dapat kawal. Dia tak dapat phone, dia nak TV. Dah puas-puas main alat mainan, main air kat sinki, beraktiviti semua, jadi memang bagi dia buka video yang Walid dah set di TV. Channel Ceria mmg sangat-sangat ketat Ummi kawal. Memang tak bagi tengok. 
Masa tu tengah hot dengan Ceria Pop Star. Ummi tak berapa minat nak dedahkan anak dengan semua tu.
Kenapa TV Ummi longgarkan syaratnya?
Memang main tarik tali dengan TV ni dulu. Sebab masa Fahim tengok TV, dia jenis tak duduk diam. Dia akan ligat main lompat sana sini, main alat mainan melukis depan TV dan lain-lainlah. Dan therapist yang kami rujuk dulu kata TV ok lagi berbanding gajet sebab gajet ni seluruh jiwa raga terutamanya bahagian kepala (otak) hanya akan tertumpu pada gajet depan mata. Maka, otak tak berkembang. Makin kecut ada lah (kecut ni sekadar monolog Ummi ya).


Salah satu aktiviti messy play yang dilakukan bersama sehinggalah sekarang.

6. MINTA KERJASAMA ORANG SEKELILING
Seterusnya langkah keenam. Terangkan pada orang sekeliling tentang tindakan kita tadi. Kalau macam kami, balik kampung lepas sebulan proses pemulihan berjalan. Jadi, masa dalam perjalanan balik kampung, dah mesej siap-siap dalam group family, minta tolong sangat-sangat jangan bagi atau hulur phone pada Fahim walau dia menangis tertonggeng sekalipun, JANGAN BAGI.

Dan Ummi sendiri dah tolong setkan password pada phone Mak Tok, Tok Ayah, dan delete sekali apps Youtube dari phone mereka (Mak Tok dan Tok Ayah tak guna pun benda-benda ni. Yang guna Ayah Ucu dia. Nanti pandailah die cari balik). So kalau die dapat sendiri phone Mak Tok atau Tok Ayah dia akan minta orang bukakan. Orang lain akan cakap tanya Ummi dulu dan kalau dapat pun, dalam tu tak ada apa-apa yang menarik.

Alhamdulillah. Semua bagi kerjasama. Jadi kat kampung pun dia dah terbiasa tak ada peluang dapat phone walaupun phone Mak Tok dan Tok Ayah.


Puan Fizah bersama anak beliau, Abdullah Fahim dan Abdullah Munzir.

SEMAKIN BANYAK KEMAJUAN & PERKEMBANGAN
Alhamdulillah, sekarang Abdullah Fahim dah 5 tahun. Banyak sangat improvementpada diri dia terutamanya dari segi bahasa (he was speech delay). Rasa syukur sangat Ummi Walid sempat tersedar awal tentang kelewatan perkembangan pada Abdullah Fahim dan hal-hal gajet ni. Kalau tak, syok sendirilah tengok anak duduk diam baik tak melompat-lompat. Asyik fokus depan skrin ‘berhantu’ tu.

Dan sampai sekarang, Ummi masih sedaya upaya cover apa-apa bantuan rangsangan yang sepatutnya Abdullah Fahim dapat dulu tapi tak dapat. Ummi pulun saja buat semua ni walaupun ada juga yang kata “Alah nanti budak tu besar pandailah dia..”
Wallahu a’lam *Sumber asal artikel ini adalah oleh Puan Fizah Rosli dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan boleh berkaitan pengalaman ini, boleh diajukan terus kepada Facebook peribadi beliau, Fizah Rosli.

**Puan Fizah Rosli adalah pengusaha Nurza’s Homeopathy yang mempunyai pelbagai produk homeopati untuk masalah buasir, milk booster Homeopathy dan lain-lain masalah kesihatan berkaitan wanita dan anak-anak. Ikuti Fanpage beliau, Nurza’s Homeopathy.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/01/tip--pulihkan-anak-ketagih-gadjet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Potty Train Anak Bawah 3 Tahun

Tip Potty Train Anak Bawah 3 Tahun

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 515 hits
Hai Assalamualaikum Alhamdulillah kakna dah free diapers Siang siang dah tak pakai pampers Malam mommy still pakaikan dia pampers sebab dia masih menyusu botol Kalau dah tak susu botol insyaallah boleh dah tidur tanpa pampers Untuk anak ket...
Seharian Letih Belajar Doktor Kongsikan Tip Segarkan Kembali Otak Anak

Seharian Letih Belajar Doktor Kongsikan Tip Segarkan Kembali Otak Anak

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 230 hits
Siapa kata anak kita tak letih belajar seharian Pagi ke sekolah dan petangnya ke kelas petang pula Memang memenatkan Sudahnya anak balik ke rumah dalam keadaan tak bermaya dan letih Sebagai ibu selain sediakan pemakanan yang sihat untuk ana...
Tip Untuk Mak Ayah Yang Risau Anak Menangis Bila Hantar Ke Tadika Masuk Darjah Satu

Tip Untuk Mak Ayah Yang Risau Anak Menangis Bila Hantar Ke Tadika Masuk Darjah Satu

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 684 hits
Anak menangis nak ke sekolah Ok fahami dulu apa separation anxiety Sempena sesi persekolahan ini perkara yang guru kena bersedia ialah anak yang menangis tak henti henti Ia akan terjadi jika itu adalah tempat yang baru untuk si kecil boleh ...
Anak Banyak Akal Otaknya Aktif Tapi Buat Mak Ayah Geram Follow Tip Ini Sebelum Marah

Anak Banyak Akal Otaknya Aktif Tapi Buat Mak Ayah Geram Follow Tip Ini Sebelum Marah

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 505 hits
Apa yang ibu bapa perlu lakukan untuk menghadapi si kecil yang aktif dan banyak akal Perlu ingat sebelum marah pada anak adalah lebih baik beri kesempatan kepada mereka untuk menjelaskan apa yang ingin dia lakukan agar kita sebagai ibu ayah...
Tip Mudah Ajar Anak Kemas Semula Mainan Mama Jangan Strees Tapi Make It Fun

Tip Mudah Ajar Anak Kemas Semula Mainan Mama Jangan Strees Tapi Make It Fun

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 825 hits
Otak boleh jadi jem seketika bila tengok anak sepahkan mainan tahap terlampau Ibu rasa nak pitam melihatnya Mana taknya ambil masa yang agak lama juga untuk dikemaskan kepada rupa asal Tapi apa nak buatkan kemas sajalah perlahan lahan Seben...
Datin Almy Nadia Akui Menangis Setiap Kali Letak Anak Bawah Lampu Fototerapi Peminat Kongsi Petua Pulihkan Jaundis

Datin Almy Nadia Akui Menangis Setiap Kali Letak Anak Bawah Lampu Fototerapi Peminat Kongsi Petua Pulihkan Jaundis

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 393 hits
Seorang ibu memang mudah tersentuh dengan keadaan anak Demikian juga Datin Almy Nadia apabila bayinya mengalami jaundis Anak ketiganya yang dilahirkan pada 15 Disember lalu dinamakan Nurafrina Ayra kini mengalami jaundis sehingga memerlukan...
Taska Mana Yang Bagus Untuk Anak Ibu Ayah Boleh Follow Tip Ini Masa Nak Survey

Taska Mana Yang Bagus Untuk Anak Ibu Ayah Boleh Follow Tip Ini Masa Nak Survey

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 607 hits
Bila nak masuk tahun baru mesti akan ada ramai ibu bapa survey dan carikan taska untuk anak buat kali pertama atau bercadang untuk tukar taska Ok TASKA ni sebenarnya adalah singkatan Taman Asuhan Kanak Kanak khas iaitu tempat pusat jagaan k...
Doktor Kongsi Tip Pujuk Anak Ke Klinik Gigi Tanpa Rasa Takut Dan Fobia

Doktor Kongsi Tip Pujuk Anak Ke Klinik Gigi Tanpa Rasa Takut Dan Fobia

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 524 hits
Doktor cuba doktor bagitau kat saya macam mana saya nak pujuk anak saya pergi klinik gigi Dia fobia sangat masa kat sekolah kena tampal Memang bukan senang nak pujuk anak anak kecil pergi klinik gigi kalau dia dah ada pengalaman ngeri masa ...
Umur 3 4 Tahun Memang Anak Tengah Kuat Tantrum Suka Tipu Tipu Guru Ini Kongsi Tip Elak Jadi Habit

Umur 3 4 Tahun Memang Anak Tengah Kuat Tantrum Suka Tipu Tipu Guru Ini Kongsi Tip Elak Jadi Habit

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 470 hits
Kanak kanak berumur 3 hingga 4 tahun memang selalu uji kesabaran ibu ayah Tantrum tabiat menipu sering kali menjadi tabiat Guru ini kongsi cara untuk mengelakkan ia daripada menjadi kebiasaan atau habit Pengasas TFA playschool berkongsi ten...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba