Tip Mudah Bangun Awal Pagi Yang Boleh Diamalkan


Pada pendapat umum masalah sukar bangun pagi sering dikaitkan dengan kecenderungan sifat seseorang. Ada orang yang sukar bangun awal dan ada yang lebih selesa bangun sebelum matahari terbit.
Kenyataan ini benar. Namun, ianya tidak bermakna kecenderungan itu tidak boleh diubah atau dipupuk kepada satu tabiat yang diinginkan. Seseorang yang biasa bangun lewat boleh, dengan usaha yang betul, berubah kepada seseorang yang biasa bangun awal pagi.
1. Tetapkan tujuan untuk bangun, setiap hari.
Bagi mereka yang kebiasaannya bagun lewat, pada hari tertentu yang memerlukan mereka bangun lebih awal, mereka mampu melakukannya. Sebagai contoh pada hari peperiksaan, ada mesyuarat penting, atau pada hari mereka merancang untuk berjalan jauh, mereka mampu bangun awal daripada biasa.
Puncanya, keranan mereka mempunyai tujuan yang jelas untuk bangun pagi. Dalam setiap perkara ‘mind set’ adalah sesuatu yang menentukan adakah pekara yang ingin dicapai boleh dicapai atau sebaliknya.
Keadaan di atas, yang berlaku sekali sekala, boleh diadaptasi kepada satu rutin harian di dalam diri seseorang. Kerana satu keperluan yang mendesak, kita boleh ‘memaksa’ diri kita untuk bangun lebih awal daripada biasa.
Tetapkan niat atau ‘mind set’ setiap hari ada keperluan yang dilaksanakan pada awal pagi keesokannya. Wujudkan perasaan pentingnya perkara itu dilakukan, untuk mendorong diri kita agar percaya kita perlu bangun awal keesokannya.
Kadang kala, perkara yang dijadikan tujuan itu tidak semestinya sesuatu yang besar. Bayangkan jika kita boleh bangun seawal jam empat pagi untuk bangun menyaksikan perlawanan bola sepak, apa yang menghalang kita untuk bangun pada jam enam pagi? Kebiasaannya, kerana kita tiada perancangan untuk melakukan sesuatu pada keesokannya.
Merancang keseluruhan hari esok mungkin sesuatu yang membebankan atau membosankan pada sesetengah orang. Itu normal. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah menetapkan hanya satu perkara sahaja yang ingin dilakukan pada pagi esoknya.
Itulah yang dijadikan sebab untuk kita bangun awal
2. Pastikan tidur yang mencukupi.
Bagi kita semua yang pernah menempuh zaman remaja, pasti melalui satu masa dimana bangun lewat menjadi tabiat. Sesetengah kajian menunjukkan, perkara ini berlaku kerana faktor perubahan hormon dan perubahan fizikal seseorang remaja.
Seperti yang diterangkan pada awal artikel tadi, ia sesuatu yang benar, tapi bukanlah sesuatu yang tidak boleh diubah. Sekiranya kita tidur selewat jam empat atau lima pagi, kemungkinan besar kita tidak dapat bangun pada jam enam pagi.
Waktu tidur yang disyorkan bagi seorang yang sihat ialah sekitar enam hingga lapan jam. Dalam kajian yang lain pula menunjukkan, tidur mempunyai beberapa fasa, daripada permulaan tidur sehingga fasa rapid eye movement (REM) yang menandakan fasa tidur lena atau tidur yang jenak, telah dicapai. Kajian ini menyatakan tempoh bagi fasa permulaan sehingga fasa terakhir mengambil masa secara purata selama 90 minit.
Sembilan puluh minit ini akan berulang – ulang sehingga kita terjaga. Key point dalam teori ini ialah dimasa mana kita terjaga. Sekiranya kita terjaga dalam fasa terakhir, maka kita akan bangun dalam keadaan yang segar dan bersedia. Namun, jika fasa tidur ini gagal dilengkapkan, kita akan bangun dalam keadaan yang ‘liat’ kerana kepuasan tidur itu belum dicapai.
Secara teori, tidur selama 90 minit mampu membuatkan seseorang bangun dalam keadaan segar. Namun semakin sedikit bilangan kitaran (90 minit satu kitaran), semakin cepat kita akan merasa kembali mengantuk.
Sekiranya kita ingin bangun pada jam enam pagi, tidurlah 90 minit, 180 minit (3 jam sebelum), 270 minit(4 jam setengah sebelum) atau gandaan seterusnya.
3. Jangan guna fungsi snooze.
Secara psikologinya, fungsi snooze ini membuatkan kita berfikir masa yang ditetapkan itu tidak penting dan kita boleh ‘melanggarnya’. Akibatnya, mungkin kita akan terlajak terus. Tetapkan hanya satu alarm sahaja dan bulatkan tekad untuk bangun pada masa itu.
Bagi mengelakkan kita tertidur kembali, ingatkan diri, kita tiada fungsi snooze dan mungkin akan terlajak. Bagi menguatkan lagi kebarangkalian untuk terus bangun, cuba jarakkan alarm dengan tempat tidur.
Apabila kita perlu duduk atau bangun untuk mematikan alarm, kemungkinan untuk terus bangun adalah tinggi berbanding jika alarm boleh dimatikan dalam keadaan kita masih baring. Pergerakan itu membantu kita untuk sedar dan segar.
4. Bangun awal pada hari cuti.
Tips yang pertama menegaskan kepentingan merancang aktiviti untuk dijadikan sebab untuk bangun pagi. Bagaimana pula pada hari cuti? Elakkan dari memanjakan diri dengan memasang niat untuk bangun lewat sedikit hanya semata mata kerana kita bercuti atau tiada aktiviti untuk dilakukan keesokkan harinya.
Rancang juga aktiviti untuk hari tersebut, walaupun ianya sekadar aktiviti ringan yang ringkas. Tujuannya ialah untuk mewujudkan satu rutin bangun pagi yang berkekalan.
Kebiasaan yang diulang-ulang secara konsisten akan kekal sebagai muscle memory yang mengingatkan tindak balas automatik badan kita. Kebiasaan inilah yang membantu kita untuk lebih mudah bangun pagi.
5. Regangkan badan apabila bangun.
Pernah lihat kucing bangun daripada tidur? Itulah regangan yang paling mudah tetapi memberi kesegaran kepada tubuh. Malah dalam ilmu Melayu regangan itu diambil sebagai satu kaedah senaman.
Bagi mereka yang lebih serius dalam senaman, mungkin yoga atau jogging menjadi pilihan. Pastikan masa untuk bangun diambil kira bagi memastikan kita sempat melakukan aktiviti tersebut.
Bagi yang melakukan aktiviti fizikal yang mencabar di awal pagi, kebiasaanya mereka mempunyai lebih tenaga berbanding orang lain pada permulaan hari.
Secara peribadi, saya mengesyorkan pembaca mendalami ilmu Senaman Tua yang diasakan oleh Saudara Azlan Ghanie jika ingin kepada senaman yang berbentuk kemelayuan.
6. Ransang fungsi badan yang belum segar.
Walaupun kita dalam keadaan jaga, ada fungsi fungsi badan yang masih belum sedar sepenuhnya. Ransangan boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Yang paling mudah ialah mengeliat, amsih lagi dalam kategori tips kelima.
Selain itu, kita juga boleh terus minum segelas air ksoong untuk membantu fungsi dalaman badan terjaga. Ataupun, kita boleh membuka tingkap dan menghirup udara segar dan sejuk (sekiranya persekitaran mengizinkan) untuk merangsang badan menjadi cergas.
7. Jadikan rutin.
Perkara yang diulang akan menjadi rutin. Dalam tempoh kita membentuk kebiasan bangun di awla pagi ini, tidak mengapa jika ada kalanya kita gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.
Sekiranya kita telah berjaya menjadikannya satu tabiat, kita akan dapat merasakan ianya tidak lagi sukar untuk dilakukan, malah seolah-olah badan kita telah diprogram untuk bangun awal setiap hari. Secara amnya, semakin manusia itu berusia, semakin dia mampu bangun dengan lebih awal.
Namun, tidak salah kita membina tabiat ini dari bangku sekolah atau sejak usia remaja. Sekiranya tabiat ini dapat dijadikan sesuatu yang sentiasa diamalkan, kemungkinan besar displin kita dalam cabang kehidupan yang lain juga akan meningkat dengan drastik.
The post Tip Mudah Bangun Awal Pagi Yang Boleh Diamalkan appeared first on Faizal Fredley.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.faizalfredley.com/2019/03/21/tip-mudah-bangun-awal-pagi-yang-boleh-diamalkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Mudah Untuk Anak Senang Bangun Pagi Ke Sekolah

Tips Mudah Untuk Anak Senang Bangun Pagi Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 378 hits
Buat anak anak yang sudah memasuki alam persekolahan akan menjadi sulit buat ibu bapa kerana ibu bapa perlu mengerakkan anak anak untuk bangun pagi Ini juga salah satu penyebab stress di pagi hari Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini ...
Ciri Awal Autisme Boleh Dikesan Sejak 18 Bulan Lagi Tiada Eye Contact Diam Mudah Dijaga Antara Tandanya

Ciri Awal Autisme Boleh Dikesan Sejak 18 Bulan Lagi Tiada Eye Contact Diam Mudah Dijaga Antara Tandanya

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 265 hits
Tiada eye contact tak kisah diangkat atau tidak mudah dijaga ia mungkin petanda Kecelaruan Spektrum Autisme Tanda tanda ini sebenarnya boleh dikesan seawal usia bayi 18 bulan lagi Kecelaruan Spektrum Autisme ialah gangguan perkembangan sara...
6 Cara Supaya Mudah Bangun Subuh Awal

6 Cara Supaya Mudah Bangun Subuh Awal

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 453 hits
Sebagai orang yang beragama Islam kita bangun di awal pagi adalah untuk menunaikan solat Subuh jika kita dapat menunaikanya secara berjemaah di masjid lagi bagus Namun manfaat bangun awal pagi bukan sahaja memberikan pahala yang besar keran...
Bangun 5 Pagi Untuk Masak Bekal Sekolah Anak Ayah Ini Kongsi 30 Idea Bekal Anak Ke Sekolah Terbaikk

Bangun 5 Pagi Untuk Masak Bekal Sekolah Anak Ayah Ini Kongsi 30 Idea Bekal Anak Ke Sekolah Terbaikk

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 704 hits
Pasti ada ibu bapa di luar sana yang ingin menerapkan sikap membawa bekal ke sekolah dalam diri anak anak Selain lebih jimat ia juga jauh lebih berkhasiat dan selamat dimakan apabila dimasak dari rumah Kebiasaannya golongan ibu lebih sinoni...
Surau Hangus Terbakar 80 Peratus Dalam Kejadian Awal Pagi

Surau Hangus Terbakar 80 Peratus Dalam Kejadian Awal Pagi

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 281 hits
SURAU di Kampung Pantai Dalam Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran kira kira jam 5 pagi hari ini Semasa KejadianPengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul...
Makanan Simple Tetapi Berkhasiat Baik Untuk Otak Anak Boleh Mula Diberikan Dari Awal

Makanan Simple Tetapi Berkhasiat Baik Untuk Otak Anak Boleh Mula Diberikan Dari Awal

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 312 hits
Kecerdasan otak si manja bergantung sepenuhnya kepada rangsangan sepanjang tempoh pertumbuhannya sejak usia bayi Daripada pelbagai jenis rangsangan yang perlu diberi salah satunya melibatkan pemakanan Makanan berkhasiat berupaya membantu me...
Lelaki Ini Kongsi Cara Berkesan Untuk Bangun Subuh Awal Baru Tidak Liat

Lelaki Ini Kongsi Cara Berkesan Untuk Bangun Subuh Awal Baru Tidak Liat

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 691 hits
Kalau tidur selepas jam 12 malam mesti liat nak bangun solat Subuh nanti Manusia normal perlukan waktu tidur secukupnya iaitu 8 jam Namun ia boleh berubah mengikut faktor umur Bayi kanak kanak remaja dan juga orang yang sudah meningkat umur...
Ibu Kembar 4 Kongsi Tip Urus Anak Kembar Mesti Bersedia Awal Buat Jadual

Ibu Kembar 4 Kongsi Tip Urus Anak Kembar Mesti Bersedia Awal Buat Jadual

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 383 hits
Dikurniakan kandungan anak kembar ialah kurniaan terindah dari yang Maha Esa Persediaan awal dan perancangan amat penting untuk memastikan penjagaan dan pengurusan bayi selepas dilahirkan berjalan dengan baik Ibu kembar 4 yang dinamakan Fir...
Jangan Awal Sangat Ucap Bye Bye Pada Duit Gaji Ini Tip Kawal Belanja Untuk Elak Duit Bocor

Jangan Awal Sangat Ucap Bye Bye Pada Duit Gaji Ini Tip Kawal Belanja Untuk Elak Duit Bocor

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 311 hits
Pernah tak apabila anda pergi membeli belah anda terbeli barang barang yang sebenarnya anda tak perlukan pun Sebelum ini saya dan isteri turut sering mengalaminya terutama apabila membeli belah barang barang keperluan rumah dan makanan Misa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner