Jangan Awal Sangat Ucap Bye Bye Pada Duit Gaji Ini Tip Kawal Belanja Untuk Elak Duit Bocor


Pernah tak apabila anda pergi membeli-belah, anda terbeli barang-barang yang sebenarnya anda tak perlukan pun? Sebelum ini, saya dan isteri turut sering mengalaminya, terutama apabila membeli-belah barang-barang keperluan rumah dan makanan.
Misalnya, ketika pergi membeli-belah di pasaraya, perancangan asal nak beli lima barang sahaja, tetapi apabila pulang, baru tersedar telah terbeli lebih daripada yang dirancangkan. Lebih teruk lagi, ada terbeli barang yang sebenarnya langsung tidak diperlukan, atau masih belum diperlukan kerana masih ada stok di rumah.
Begitu juga apabila pergi membeli makanan seperti di pasar malam atau food court. Perancangan asal nak beli sedikit sahaja biar cukup sekadar mengisi perut, tetapi akhirnya terbeli sehingga penuh di tangan.
Lebih malang lagi, apabila pulang, baru makan sedikit sahaja pun dah kenyang sehinggakan ada makanan yang dibeli tidak disentuh dan dibuang sahaja. Berlaku pembaziran. Sebenarnya, situasi-situasi sebeginilah yang menyumbang kepada perbelanjaan tidak terkawal yang menyebabkan duit bocor dan mengganggu aliran tunai untuk perbelanjaan bulan tersebut.
Jika bajet yang dirancang pada asalnya memperuntukkan jumlah tertentu untuk perbelanjaan bulanan, tetapi disebabkan situasi-situasi sebegini, jumlah yang diperuntukkan adalah tidak mencukupi. Akibatnya, terpaksa korek tabung simpanan atau lebih teruk lagi, berhutang supaya dapat cukupkan peruntukan perbelanjaan bagi bulan tersebut.
Sebenarnya, ada tips mudah untuk kawal perbelanjaan ketika membeli-belah:
Tips kawal belanja #1 – Senaraikan barang-barang yang perlu dibeli
Tips nombor satu ini sebenarnya dah ramai berikan, tetapi masih sukar untuk diamalkan. Sebelum pergi keluar membeli-belah, senaraikan dahulu barang-barang yang hendak dibeli. Lihat semula barang-barang yang dah habis, yang dah capai minimum stok atau yang masih ada banyak stok.
Boleh tandakan barang-barang yang paling utama dahulu untuk dibeli, supaya tidak ada yang tertinggal. Apabila keluar membeli-belah nanti, pastikan beli barang-barang yang disenaraikan sahaja. Jika ada ternampak atau terjumpa barang-barang lain yang tidak ada dalam senarai, dan terasa ingin beli, tangguhkan dulu. Sebaliknya, catat sahaja dipertimbangkan semula dalam senarai pembelian akan datang. Mungkin selepas dipertimbangkan semula, barang tersebut bukannya satu keperluan.
Tips kawal belanja #2 – Bawa duit secukupnya sahaja
Daripada senarai barang-barang yang ingin dibeli, cuba letakkan anggaran harga bagi setiap barang. Kemudian, kira jumlah yang diperlukan. Berdasarkan kepada jumlah yang dianggarkan, bawa duit secukupnya sahaja apabila keluar membeli-belah nanti.
Mungkin boleh bawa duit lebih sedikit, takut anggaran yang dibuat tidak sama dengan harga sebenar barang yang diingini. Poin utamanya, jangan banyak terlalu banyak duit apabila keluar membeli-belah.
Apabila membawa duit yang secukupnya sahaja, kita akan lebih cenderung untuk beringat dan berhati-hati ketika mengambil barang yang akan dibeli. Jadi, tidaklah berlakunya perbelanjaan berlebihan.
Tips kawal belanja #3 – Membeli belah ketika kenyang
Saya pernah terbaca satu kajian yang menyatakan bahawa kebanyakan orang membeli-belah secara berlebihan disebabkan gagal mengawal emosi. Dan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi emosi adalah perut; apabila lapar, emosi menjadi tidak terkawal, nafsu membuak-buak, fikiran menjadi kurang rasional dan kita cenderung untuk membeli-belah secara berlebihan.
Hinggakan barang yang tidak diperlukan pun dirasakan perlu. Dah beli satu jenis makanan, tetapi masih dirasakan tidak mencukupi dan perlu beli makanan yang lain. Ini semua disebabkan emosi tidak terkawal yang dipengaruhi perut yang lapar. Maka, untuk mengelakkan perbelanjaan berlebihan, satu cara yang mudah adalah membeli-belah ketika perut kenyang.
Sebelum bertolak ke pasaraya, pasar malam atau mana-mana tempat membeli-belah, seelok-eloknya makan dulu sedikit untuk mengelakkan rasa lapar yang keterlaluan. Saya dah cuba banyak kali cara ini, dan memang berkesan. Apabila pergi ketika perut kenyang, memang terasa kurang ‘bernafsu’ untuk membeli-belah, jadi kita boleh menumpukan kepada barang-barang yang hendak dibeli sahaja.
Saya dah amalkan banyak kali cara ini, dan memang berkesan!
Tips kawal belanja #4 – Fokus kepada barang yang hendak dibeli sahaja
Dengan berpandukan kepada senarai yang dibuat, apabila sampai ke tempat untuk membeli-belah, terus tuju ke tempat barang-barang yang diingini tersebut. Fokus untuk beli barang-barang tersebut sahaja. Kurangkan merayau-rayau atau window shopping ke tempat barang-barang lain. Takut nanti terganggu emosi apabila melihat tawaran barang-barang lain yang masih belum diperlukan.
Tips kawal belanja #5 – Rancang pembelian sekaligus
Kalau keluar membeli-belah, rancangkan supaya pembelian barang-barang yang diperlukan dilakukan sekali sahaja dan sekaligus. Contohnya, rancang beli-belah sekali sebulan, sekali setiap dua minggu atau sekali seminggu. Jadi, stok yang dibeli perlulah bertahan mengikut interval masa yang ditetapkan.
Kalau boleh, kurangkan kekerapan pergi keluar membeli-belah, kerana kebiasaannya semakin kerap membeli-belah, semakin banyak duit yang bocor. Lagipun, semakin kerap keluar, semakin tinggi juga kos pengangkutan.
Sumber : Jom Urus Duit

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2019/03/jangan-awal-sangat-ucap-bye-bye-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Mudah Bangun Awal Pagi Yang Boleh Diamalkan

Tip Mudah Bangun Awal Pagi Yang Boleh Diamalkan

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 406 hits
Pada pendapat umum masalah sukar bangun pagi sering dikaitkan dengan kecenderungan sifat seseorang Ada orang yang sukar bangun awal dan ada yang lebih selesa bangun sebelum matahari terbit Kenyataan ini benar Namun ianya tidak bermakna kece...
Ibu Kembar 4 Kongsi Tip Urus Anak Kembar Mesti Bersedia Awal Buat Jadual

Ibu Kembar 4 Kongsi Tip Urus Anak Kembar Mesti Bersedia Awal Buat Jadual

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 389 hits
Dikurniakan kandungan anak kembar ialah kurniaan terindah dari yang Maha Esa Persediaan awal dan perancangan amat penting untuk memastikan penjagaan dan pengurusan bayi selepas dilahirkan berjalan dengan baik Ibu kembar 4 yang dinamakan Fir...
Tiada Koyakan Tiada Jahitan Ini Tip Elak Koyakan Perineum Sewaktu Bersalin

Tiada Koyakan Tiada Jahitan Ini Tip Elak Koyakan Perineum Sewaktu Bersalin

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 533 hits
Wanita yang hamil semestinya mengimpikan kelahiran yang mudah dan tidak menyakitkan Ada antara mereka mengalami trauma bersalin disebabkan koyakan perineum yang mengakibatkan kesukaran untuk menjaga kawasan berkenaan semasa berpantang Prose...
Cara Bayar Ansuran Kereta Honda Accord Tanpa Guna Duit Gaji

Cara Bayar Ansuran Kereta Honda Accord Tanpa Guna Duit Gaji

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 391 hits
Cara Bayar Ansuran Kereta Honda Accord Tanpa Guna Duit Gaji Inilah peluang anda menjadikan angan angan kepada kenyataan Ramai orang minat beli kereta tapi tak mampu kerana gaji tak cukup Jadi tinggal angan angan Mengapa tidak menukarkan ang...
Selepas Lahir Susu Kurang Jangan Stres Tip Ini Bantu Pengeluaran Susu Lancar

Selepas Lahir Susu Kurang Jangan Stres Tip Ini Bantu Pengeluaran Susu Lancar

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 296 hits
Susu ibu adalah anugerah semulajadi sejak bayi dilahirkan Tapi ada sesetengah ibu susunya tidak keluar walaupun dah bersalin Hingga sampai satu tahap kerana risau bayi tak cukup susu ibu akan cari alternatif dengan memberikan susu formula s...
Hiburan Dalam Dompet Cuma Ada Rm3 Jangan Risau Sebab Ini 5 Juadah Yang Anda Boleh Nikmati Dengan Duit Sebanyak Itu

Hiburan Dalam Dompet Cuma Ada Rm3 Jangan Risau Sebab Ini 5 Juadah Yang Anda Boleh Nikmati Dengan Duit Sebanyak Itu

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 442 hits
Jam sudah menunjukkan pukul 12 30 tengah hari Perut anda sudah berkeroncong minta diisi Buka dompet tup tup cuma ada RM3 Anda mengucap panjang Kepala sudah mula pening Perut makin kuat berbunyi Apa benda aku boleh makan dengan RM3 je persoa...
Pilih Makanan Anak Anak Istimewa Jangan Terlebih Dan Terkurang Pakar Dietetik Kongsikan Tip Tepat

Pilih Makanan Anak Anak Istimewa Jangan Terlebih Dan Terkurang Pakar Dietetik Kongsikan Tip Tepat

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 271 hits
Apabila seseorang anak istimewa dilahirkan dalam sebuah keluarga ibu bapa perlu bersedia dengan pelbagai cabaran yang bakal di hadapi seperti isu dari segi kewangan masa emosi diri dan reaksi daripada ahli keluarga dan masyarakat persekitar...
Hiburan Saya Rasa Bersalah Selagi Isu Tidak Selesai Fattah Amin Nafi Tipu Duit Stokis Rakan Kongsi Lari

Hiburan Saya Rasa Bersalah Selagi Isu Tidak Selesai Fattah Amin Nafi Tipu Duit Stokis Rakan Kongsi Lari

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 381 hits
Pelbagai spekulasi mula tercetus siapa yang benar dan siapa pula yang bersalah Hari ini Fattah menerusi satu sidang media khas menjelaskan beliau sama sekali tidak terlibat berhubung kes penipuan tentang produk tersebut Kata Fattah kira kir...
Prabowo Sindir Jokowi Pengangguran Harusnya Dikasih Pekerjaan Bukan Kartu Duit

Prabowo Sindir Jokowi Pengangguran Harusnya Dikasih Pekerjaan Bukan Kartu Duit

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 247 hits
Calon Presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto dalam kampanyenya di lapangan Sidolig Bandung Jawa Barat menyinggung pasangan Jokowi Ma ruf Amin terkait program pembagian kartu yang bisa ditukarkan dengan uang ketika terpilih lagi sebagai pre...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong