Ciri Awal Autisme Boleh Dikesan Sejak 18 Bulan Lagi Tiada Eye Contact Diam Mudah Dijaga Antara Tandanya


Tiada eye contact, tak kisah diangkat atau tidak & mudah dijaga, ia mungkin petanda Kecelaruan Spektrum Autisme. Tanda-tanda ini sebenarnya boleh dikesan seawal usia bayi 18 bulan lagi!
Kecelaruan Spektrum Autisme (Autism Spectrum Disorder-ASD) ialah gangguan perkembangan saraf yang kompleks dan dicirikan oleh kesulitan dalam interaksi sosial, komunikasi, dan perilaku terbatas, berulang-ulang dan karakter stereotaip.
BOLEH DIKESAN SEAWAL USIA 18 BULAN
Menurut Dr Juriza Bt Ismail, Pakar Pediatrik (Perkembangan Kanak-kanak) Child Development Centre & Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, ASD boleh dikesan seawal 18 bulan.
Antara tanda-tanda awal semasa bayi adalah tiada hubungan mata (eye contact) dengan penjaga dan orang lain, tidak menutur sebarang perkataan, tidak memberi reaksi apabila nama dipanggil atau apabila diagah, selalu disifatkan sebagai seorang bayi yang senang dijaga, diam dalam dunianya dan tidak kisah sekiranya diangkat atau tidak.
Menginjak ke usia dua tahun dan ke atas, mereka masih belum mampu bercakap dan tidak bercakap, tidak suka bermain dengan orang lain, tidak suka berinteraksi dan tiada hubungan mata ke mata dengan orang lain.
Ibu bapa tidak sepatutynya menunggu lama dan bertindak mendapatkan rawatan dan diagnosis doktor bagi memeriksa mereka sama ada ia disebabkan oleh masalah pendengaran atau ASD.
15 TANDA AUTISME PADA BAYI & KANAK-KANAK
Selain itu, anak autisme juga menunjukkan tanda-tanda seperti berikut;
1. Tidak mengukir senyum, tergelak atau menunjukkan ekspresi gembira atau suka ketika bayi berusia enam bulan.
2. Tiada hubungan mata atau hubungan mata yang terhad ketika bayi berusia enam bulan.
3. Tidak membuat bunyi, senyum atau ekspresi wajah ketika bayi berusia sembilan bulan.
4. Tidak mengagah ketika bayi berusia 12 bulan.
5. Tidak membuat gerak isyarat untuk berkomunikasi seperti melambai, mencapai ketika bayi berusia 12 bulan.
6. Tidak memberi tindak balas ketika namanya dipanggil ketika bayi berusia 12 bulan.
7. Tidak berceloteh ketika bayi berusia 16 bulan.
8. Tidak mengeluarkan perkataan ketika kanak-kanak berusia dua tahun.
9. Tidak suka berkongsi barang dengan orang lain.
10. Tidak bermain dengan orang lain atau bermain secara interaktif.
11. Tiada hubungan mata ke mata (eye contact) dengan orang lain.
12. Mengibaskan tangan.
13. Berjalan berjengket.
14. Mengulang perkataan atau frasa berulang-kali (echolalia).
15. Langsung tidak bercakap atau menunjukkan kemahiran sosial pada semua peringkat umur.

BERTINDAKLAH SEGERA 
Ibu bapa yang memiliki anak autisme yang telah mendapat diagnosis doktor perlu bertindak segera. Anak autisme yang disahkan sama ada autisme ringan tidak boleh diambil mudah. Jangan mengambil masa yang lama dalam fasa menerima kenyataan (grieving).
Ibu bapa perlu bangkit dan kuat demi anak dengan segera tanpa berlengah. Kedua-dua ibu dan bapa perlu ambil peranan, komited dan jangan lepas tangan kepada satu pihak sahaja terutama sekali ketika menghadiri temujanji dengan pakar kerana informasi yang disampaikan amat penting dalam membawa hala tuju anak.
Setelah diagnosis, doktor akan menerangkan isu-isu yang dihadapi oleh anak dan bagaimana untuk membantu anak dalam menghadapi isu-isu ini.Cadangan juga akan diberikan tentang terapi-terapi yang diperlukan seperti terapi carakerja,terapi pertuturan dan terapi perlakuan.

IBU BAPA PERLU BANYAKKAN MEMBACA & DAPATKAN INFORMASI
Perbanyakkan pembacaan dan dapatkan ilmu mengenai ASD sebagai persediaan. Cari ilmu sebanyak mungkin tentang bagaimana untuk menguruskan anak yang autisme. Daripada pemerhatian Dr Juriza, anak-anak autisme yang ibu bapa mereka  berilmu dan komited dalam proses rehabilitasi  mereka akan menunjukkan kemajuan perubahan yang lebih positif.
Dapatkan informasi dan sokongan daripada persatuan-persatuan yang berkaitan seperti National Autism Society of Malaysia (NASOM) , Persatuan Autisme Muslim Malaysia dan kumpulan sokongan autisme di media sosial seperti pr4A dan lain-lain.
The post Ciri Awal Autisme Boleh Dikesan Sejak 18 Bulan Lagi. Tiada Eye Contact, Diam & ‘Mudah Dijaga’ Antara Tandanya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ciri-awal-autisme-boleh-dikesan-sejak-18-bulan-lagi-tiada-eye-contact-diam-mudah-dijaga-antara-tandanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mendaki Gunung Terapi Terbaik Untuk Diri Kandungan Ibu Sarat Hamil Buktikan Boleh Mendaki 4 Gunung Sejak Awal Kehamilan

Mendaki Gunung Terapi Terbaik Untuk Diri Kandungan Ibu Sarat Hamil Buktikan Boleh Mendaki 4 Gunung Sejak Awal Kehamilan

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 594 hits
Aktiviti mendaki gunung kini menjadi antara aktiviti riadah yang menjadi kegemaran pelbagai golongan lapisan masyarakat tanpa mengira jantina dan usia Pendakian gunung dan bukit merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan tambahan lagi jik...
Tip Cara Yang Boleh Membuatkan Anda Mudah Tidur

Tip Cara Yang Boleh Membuatkan Anda Mudah Tidur

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 380 hits
Sesetengah orang ketika ini banyak yang mengalami masalah tidur sehinggakan mereka kurang berehat dan membuat mereka merasa lelah ketika beraktiviti pada keesokan harinya Kebanyakkan orang mengatasi masalah tersebut dengan mengambil ubat ti...
Perut Makin Besar Strecth Mark Lagi Ketara Nak Cegah Susah Tapi Boleh Bersedia Dari Awal

Perut Makin Besar Strecth Mark Lagi Ketara Nak Cegah Susah Tapi Boleh Bersedia Dari Awal

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 374 hits
Pelbagai perubahan fizikal berlaku pada tubuh ibu hamil Salah satu yang menjadi igauan ngeri buat bakal ibu adalah kemunculan kesan regangan kulit Rata rata semua ibu hamil akan mengalaminya Namun persoalannya adalah adakah kesan regangan k...
Suka Makan Tat Keju Ini Resepi Mudah Anda Boleh Cuba

Suka Makan Tat Keju Ini Resepi Mudah Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 539 hits
Pastri yang rangup serta inti yang gebu berkrim pastinya menjadikan tat keju ni sangat enak serta tak puas dimakan Memang layan Rasanya pun tidak terlalu manis dan tak muak Jom cuba BAHAN PASTRY 170gm butter 50gm gula aising 1 biji telur gr...
3 Bulan Pertama Penglihatan Bayi Belum Jelas Tapi Boleh Baca Emosi Ibu Bapanya

3 Bulan Pertama Penglihatan Bayi Belum Jelas Tapi Boleh Baca Emosi Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 424 hits
Bayi seperti melihat kita tetapi hakikatnya bayi kecil itu masih kabur penglihatannya Bayi yang baru dilahirkan hanya mampu melihat sesuatu objek pada jarak yang terhad iaitu 20 25 sm dan memerhati dengan penuh minat pada wajah ibu yang mem...
Penyebaran Hadith Kedatangan Awal Bulan Islam

Penyebaran Hadith Kedatangan Awal Bulan Islam

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 357 hits
Soalan Apakah status hadith ini Barangsiapa yang memberitahu akan kemasukan bulan yang mulia ini kepada orang lain maka haram baginya api neraka Jawapan Setiap kali kemasukan awal bulan Islam maka akan tersebar hadith hadith yang menceritak...
Khutbah Jumat Bulan Rajab Antara Sunnah Dan Bid Ah

Khutbah Jumat Bulan Rajab Antara Sunnah Dan Bid Ah

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 601 hits
Kali ini kita sudah masuk bulan Rajab ada keutamaan dari puasa Rajab namun masih tersebar amalan amalan yang tidak ada tuntunan Khutbah Pertama
Rahim Ros Ak Di Usia Muda Doktor Kongsi Tanda Tanda Awal Tapi Ramai Wanita Ambil Mudah

Rahim Ros Ak Di Usia Muda Doktor Kongsi Tanda Tanda Awal Tapi Ramai Wanita Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 334 hits
Rahim Ros ak Di Usia Muda Doktor Kongsi Tanda Tanda Awal Tapi Ramai Wanita Ambil Mudah Rahim adalah anggota badan yang ada pada perempuan untuk membezakannya dengan lelaki Rahim mempunyai fungsi tersendiri dalam menghasilkan zuriat dan peny...
Wapres Jusuf Kalla Otoriter Dan Nepotisme Ciri Awal Kebangkrutan Negara

Wapres Jusuf Kalla Otoriter Dan Nepotisme Ciri Awal Kebangkrutan Negara

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 242 hits
Dia menceritakan selama bersama Jokowi tidak pernah berbicara pribadi terkait proyek Artinya kata JK pemerintahannya dilakukan secara demokratis Tidak ada kepentingan satu sama lain
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Don T Be Too Quick On The Draw

Hamzah Voters Will Reject Umdap Govt Pn Umno A Strong Combo

Ai And Social Justice Imagining A Better Future