Permohonan Mylesen B2 Jpj Putrajaya


Program Permohonan MyLesen B2 JPJ kini dibuka kepada warga Putrajaya yang layak untuk mendapatkan lesen motosikal B2 secara percuma. Inisiatif Kerajaan ini khas untuk golongan B40, pelajar dan belia berumur 16–35 tahun.
Kuota adalah terhad kepada 5,000 peserta sahaja, dan pemohon digalakkan memohon segera. Semua kos latihan, kelas teori, amali dan ujian ditanggung Kerajaan.
JPJ akan menyusun jadual latihan serta ujian, manakala program turut dilaksana di institusi pendidikan melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.
Peluang ini membantu pelajar dan belia mendapatkan lesen B2 secara sah tanpa beban kewangan.
Apa itu Program MyLesen B2  Program MyLesen B2 Tahun 2025 merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan membantu penerima atau tanggungan bantuan golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 tanpa sebarang bayaran.
Seluruh kos program ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.
Progran khas ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur antara 16 hingga 35 tahun semasa permohonan dibuat. Bagi tahun 2025, pelaksanannya turut diperluaskan ke institusi pendidikan, sebagai usaha memudahkan pelajar serta golongan belia daripada keluarga kurang berkemampuan memperoleh lesen motosikal.
Dalam pelaksanaannya, JPJ akan menguruskan jadual latihan, sesi pembelajaran, serta ujian memandu, di samping mengumumkan tarikh ujian praktikal kepada peserta.
Setiap peserta diwajibkan melengkapkan semua modul latihan dan lulus ujian mengikut prosedur ditetapkan sebelum lesen dapat dikeluarkan.
Selain itu, JPJ turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi melaksanakan program ini di peringkat sekolah, terutamanya untuk membantu pelajar yang menunggang motosikal memperoleh lesen B2 secara sah dan selamat.
Syarat Permohonan MyLesen B2 Warganegara Malaysia Golongan B40 dan tanggungan Belum memiliki sebarang Lesen Memandu Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada 1 Januari 2026 Bebas daripada senarai hitam PDRM, JPJ dan mahkamah Sihat fizikal dan mental Keutamaan kepada ahli Kadet JPJ, pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian. Tarikh & Lokasi Berikut adalah ketetapan masa, lokasi dan tarikh program tersebut:
Tempat: Zon G, Dataran Putrajaya Tarikh: 5 hingga 7 Disember 2025 Masa: 9.00 pagi hingga 9.00 malam Kos Bayaran Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.
Tempoh Masa Latihan & Ujian Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:
KELAS LESEN: B2
Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam Pra Ujian (QTI) – 30 Minit Ujian JPJ Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu 3 bulan, peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 Tahun.
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pada Facebook Malaysia Madani
Soalan Lazim (FAQ) 1. Apa itu Program MyLesen B2? Program MyLesen B2 ialah inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan B40 dan tanggungan mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma.
2. Siapa yang layak memohon? Pemohon mestilah:

– Warganegara Malaysia
– Golongan B40 atau tanggungan
– Belum memiliki sebarang lesen memandu
– Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada 1 Januari 2026
– Bebas daripada senarai hitam PDRM, JPJ dan mahkamah
– Sihat fizikal dan mental
3. Adakah terdapat keutamaan tertentu? Ya. Keutamaan diberikan kepada:

– Ahli Kadet JPJ
– Pelajar sekolah
– Pelajar institusi pengajian
4. Adakah kuota penyertaan terhad? Ya. Program ini menawarkan kuota terhad kepada 5,000 peserta sahaja.
5. Di mana lokasi permohonan Program MyLesen B2? Permohonan boleh dibuat di:
📍 Zon G, Dataran Putrajaya
6. Bila tarikh program berlangsung? 📆 5 hingga 7 Disember 2025
7. Apakah waktu operasi program? ⏰ 9.00 pagi hingga 9.00 malam
8. Adakah program ini benar-benar percuma? Ya. Kos latihan, kelas teori, amali dan ujian ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.
9. Perlukah saya membawa dokumen? Biasanya perlu membawa kad pengenalan dan dokumen berkaitan status B40 (jika diminta). JPJ akan menyemak maklumat semasa pendaftaran.
10. Apa akan berlaku selepas saya mendaftar? Peserta layak akan dimaklumkan mengenai jadual latihan, kelas dan ujian memandu mengikut ketetapan JPJ.
Baca juga:
MyJPJ – Bayar Saman, Semakan Roadtax & Renew Lesen Online BUDI 95 Lesen SG – Subsidi RON95 Untuk Pemegang Lesen Singapura Lesen Memandu ‘Expired’ Lebih 3 Tahun Tak Layak Subsidi RON95

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/permohonan-mylesen-b2/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=permohonan-mylesen-b2

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shamsul Iskandar Albert Tei Dibawa Ke Mahkamah Putrajaya Untuk Permohonan Reman

Shamsul Iskandar Albert Tei Dibawa Ke Mahkamah Putrajaya Untuk Permohonan Reman

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 193 hits
Shamsul Iskandar Albert Tei Dibawa Ke Mahkamah Putrajaya Untuk Permohonan Reman PUTRAJAYA 29 November Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan seorang ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing t...
Pendaftaran Percuma Mylesen B2 Jpj

Pendaftaran Percuma Mylesen B2 Jpj

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 136 hits
Program Pendaftaran MyLesen B2 JPJ kini dibuka kepada warga Putrajaya yang layak untuk mendapatkan lesen motosikal B2 secara percuma Inisiatif Kerajaan ini khas untuk golongan B40 pelajar dan belia berumur 16 35 tahun Kuota adalah terhad ke...
Hajiji Denies Putrajaya Controls Grs

Hajiji Denies Putrajaya Controls Grs

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 176 hits
SABAH POLLS Caretaker chief minister Hajiji Noor has dismissed suggestions that Gabungan Rakyat Sabah was in any way under the thumb of Putrajaya He described the notion as a political narrative crafted to undermine GRS and its alliance wit...
Danger Level Rain Warning For Putrajaya 4 States

Danger Level Rain Warning For Putrajaya 4 States

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 187 hits
The affected states are Terengganu Pahang Selangor and Negeri Sembilan The public is advised to remain vigilant and stay updated with the latest information via MetMalaysia s official website and social media channels KUALA LUMPUR The meteo...
Next You Will Get Kicked Out From Putrajaya Adios

Next You Will Get Kicked Out From Putrajaya Adios

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 189 hits
The Sabah State elections of 29 November 2025 are over No single party or coalition won the simple majority of 37 seats to form the government by itself The GRS which won 29 seats has formed the government at about 2 am this morning togethe...
Brunch Di Restoran Thai Terbaik Di Putrajaya

Brunch Di Restoran Thai Terbaik Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 184 hits
Assalamualaikum guyss Restoran makanan Thai yang terbaik di Putrajaya jatuh kepada nbsp nbsp Dum dum dum nbsp Prangg Miss Mirror bagi lima bintang kepada Bangkok Pintho Cafe nbsp Di Menara PJH nbsp Ai boleh klasifikasikan ia sebagai Hidden ...
Warisan S Pitch Economic Boom For Sabah Putrajaya Rail Network Dams

Warisan S Pitch Economic Boom For Sabah Putrajaya Rail Network Dams

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 207 hits
SABAH POLLS Warisan president Shafie Apdal has framed the party s mission and vision as a long term rebuilding plan for Sabah centring on the realisation of the state s 40 percent revenue entitlement Shafie stressed that the party is not fi...
Committee Lunch Di Kenny Hills Baker Ioi Mall Putrajaya

Committee Lunch Di Kenny Hills Baker Ioi Mall Putrajaya

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 191 hits
Assalamualaikum wrtJumaat lepas masing masing dah lapar x tau nak pi mana lepas tu SA ikut je diorang pi nak makan kat SA okey je nak makan kat mana mana 10 orang pergi dengan 3 kereta Jumaat kan bertembung la dengan orang kerajaan yang kel...
Lunch Santai Di A Decade Alamanda Putrajaya

Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis

Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis

Lirik Lagu Take Me Home Amir Masdi

Keedsflix Perkasa Pendidikan Islamik Berteraskan Digital Dengan Pembangunan Cawangan Dan Hq Baharu