Kebocoran Gas Lebih 20 Penghuni Tahfiz Dipindahkan Sebagai Langkah Berjaga Jaga


Kebocoran Gas: Lebih 20 Penghuni Tahfiz Dipindahkan Sebagai Langkah Berjaga-jaga
KERTIH, 21 Sept (Bernama) — Lebih 20 penghuni sebuah pusat tahfiz di sini akan dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan insiden kebocoran paip gas Petronas Gas Berhad (PGB) di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata walaupun jarak dari pusat tahfiz ke lokasi kejadian agak jauh, iaitu dua kilometer, namun tindakan awal perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan penghuni terjamin memandangkan risiko pencemaran udara mungkin berlaku sekiranya keadaan angin berubah.
“Kita mengambil langkah berjaga-jaga dan kita bimbang arah angin yang menghala ke pusat tahfiz boleh menyebabkan udara tercemar sekali gus memberikan kesan buruk. Jadi, kita ambil keputusan pindahkan mereka lebih awal.
“Pemindahan akan dilaksanakan hari ini juga sebelum malam bagi mengelakkan sebarang risiko. Pegawai kita sudah berurusan dengan pihak pusat tahfiz berkenaan,” katanya ketika ditemui Bernama di Pusat Gerakan Operasi di lokasi kejadian, di sini hari ini.
Mohd Razi turut menasihati orang awam supaya tidak mendekati kawasan kejadian atau cuba melihat lokasi dari jarak dekat kerana dikhuatiri terdedah kepada risiko pencemaran udara.
“Orang ramai diminta tidak melakukan pembakaran terbuka kerana gas yang dibawa angin boleh sampai ke kawasan pembakaran sekali gus membahayakan keadaan.
“Selain itu, hentikan sementara sebarang aktiviti di kawasan hutan berhampiran dengan lokasi kejadian,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Razi berkata orang ramai tidak perlu panik kerana situasi berada dalam keadaan terkawal selain mereka diminta mematuhi arahan pihak berkuasa berhubung insiden terbabit.
Sebelum ini, Bernama melaporkan polis menutup laluan utama Kerteh–Ranggon kepada semua kenderaan susulan kebocoran paip gas PGB di Tapak ECRL, Seksyen 5, Kerteh, di sini pagi semalam.
Mohd Razi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.53 pagi yang melaporkan terdapat kebocoran paip gas butana dalam bentuk gas mudah terbakar.
Beliau berkata lokasi kebocoran terletak kira-kira dua kilometer dari jalan utama dan tidak melibatkan kawasan perkampungan atau kediaman penduduk.
BACA: Mekanik Dedah 8 Kesilapan Kecil Yang Boleh Rosakkan Kereta, No.7 Ramai Selalu Buat Sumber: Bernama
The post Kebocoran Gas: Lebih 20 Penghuni Tahfiz Dipindahkan Sebagai Langkah Berjaga-jaga appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/21/kebocoran-gas-lebih-20-penghuni-tahfiz-dipindahkan-sebagai-langkah-berjaga-jaga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Tanah Runtuh Di Tuaran Penduduk Diminta Berjaga Jaga

Banjir Tanah Runtuh Di Tuaran Penduduk Diminta Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 1295 hits
Banjir tanah runtuh di Tuaran penduduk diminta berjaga jaga Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menggendong seorang kanak kanak di kawasan yang dinaiki banjir di Kampung Tanjung Tuaran untuk dipindahkan ke rumah penduduk lain Foto ihs...
Itm 2025 Lonjak Malaysia Sebagai Hab Pelancongan Mesra Muslim Global

Itm 2025 Lonjak Malaysia Sebagai Hab Pelancongan Mesra Muslim Global

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 2276 hits
ITM 2025 Lonjak Malaysia Sebagai Hab Pelancongan Mesra Muslim Global KUALA LUMPUR Islamic Tourism Month 2025 atau Bulan Pelancongan Islam 2025 kini kembali dengan edisi keempat yang mewarnai pengalaman pelancongan dan hospitaliti mesra Musl...
Filem Killmaster Lulus Lpf Tanpa Cut Diklasifasikan Sebagai P16 Meskipun Ada Adegan Intim

Filem Killmaster Lulus Lpf Tanpa Cut Diklasifasikan Sebagai P16 Meskipun Ada Adegan Intim

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1723 hits
Pengarah dan penerbit filem Killmaster Julian Cheah berkata karya terbarunya telah diluluskan sepenuhnya oleh Lembaga Penapis Filem tanpa sebarang pemotongan Walaupun mengandungi adegan intim Julian berkata Killmaster juga telah diklasifika...
Inkues Peguam Tertuduh Kecam Shafie Apdal Eksploitasi Kes Zara Qairina Jadi Modal Politik Label Sebagai Pembunuhan

Inkues Peguam Tertuduh Kecam Shafie Apdal Eksploitasi Kes Zara Qairina Jadi Modal Politik Label Sebagai Pembunuhan

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 858 hits
Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dikecam oleh peguam empat tertuduh dalam inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir kerana didakwa didakwa cuba mengeksploitasi kes itu demi kepentingan politik menjelang Pilihan Raya Neg...
5 Fakta Mengejutkan Seputar Lyme Disease Bella Hadid Yang Wajib Diketahui Sebagai Bentuk Awareness

5 Fakta Mengejutkan Seputar Lyme Disease Bella Hadid Yang Wajib Diketahui Sebagai Bentuk Awareness

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 2811 hits
Lyme disease adalah penyakit yang kerap tak terlihat gejalanya namun dampaknya bisa menghantam mental dan fisik secara bersamaan Lyme disease itu melelahkan secara mental dan fisik Justin Timberlake
Ceramah Kerja Sebagai Satu Ibadah

Ceramah Kerja Sebagai Satu Ibadah

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 3790 hits
Kenapa seluruh hidup ini dikatakan ibadat Apa saja yang kita buat kerja belajar tolong orang jaga keluarga malah berehat sekali pun boleh jadi pahala bila diniatkan kerana Allah dan ikut cara yang betul Hidup kita sebenarnya boleh jadi lada...
Malaysia Muncul Sebagai Kuasa Pertengahan Berpengaruh Penganalisis

Malaysia Muncul Sebagai Kuasa Pertengahan Berpengaruh Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 2194 hits
Malaysia Muncul Sebagai Kuasa Pertengahan Berpengaruh Penganalisis SINGAPURA 14 Sept Gabungan kekayaan sumber asli dan usaha Malaysia melalui dasar serta diplomasi telah meletakkan negara ini muncul sebagai sebuah kuasa pertengahan yang ber...
Kurier Indonesia Terkejut Diminta Hantar Anak Kambing Sebagai Bungkusan

Kurier Indonesia Terkejut Diminta Hantar Anak Kambing Sebagai Bungkusan

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 2880 hits
JAKARTA Seorang pekerja kurier di Serang Banten berdepan pengalaman pelik apabila terpaksa menghantar bungkusan berupa seekor anak kambing hidup kepada pelanggan baru baru ini Video tular di TikTok Rakaman video dimuat naik akaun TikTok mon...
Kenapa Pmx Pilih Ayah Boss Sebagai Panglima Garang Pendekar Madani

Kenapa Pmx Pilih Ayah Boss Sebagai Panglima Garang Pendekar Madani

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 2188 hits
Alif JamilPilihan PMX melantik Dato Haji Abdul Ghani Abdul Haji Kassim sebagai Panglima Garang Pendekar Madani bukan sekadar kerana persahabatan lama tetapi kerana beliau seorang tokoh akar umbi yg punya pengaruh besar hingga merentas sempa...
Program Pemerkasaan Usahawan Wira Ltat Catat Peningkatan Pendapatan 216 Dalam Kalangan Veteren Atm

Salah Siapa Kerana Semakin Menakutkan

Resepi Sup Ayam Simple Sedap Tak Sampai 30 Minit Dah Siap

Vietjet Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia Untuk Pengalaman Pelanggan

The Need For Economic Literacy

Kenaikan Kes Influenza Di Kedah Tinjauan Isu Data

29 Contoh Kata Kata Buat Orang Yang Suka Ngurusin Hidup Orang Lain Yang Ngena Tapi Tetap Elegan

6 Resipi Roti Sandwic Sedap Untuk Guna Roti Hampir Tamat Tempoh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Sup

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Polis Siasat 5 Wanita Bergaduh Akibat Selisih Faham

Rasa Taiwan Kembali Ke Kuala Lumpur Bersama 6 Jenama Hadiah Terkenal Taiwan Dalam Satu Pameran Unik

Byd Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri