Tindakan Tegas Terhadap Individu Cuba Rentas Negeri Balik Beraya Kata Bukit Aman
                     Bernama

Azisman  Alias berkata, rakyat perlu mematuhi arahan kerajaan dan tindakan undang-undang akan diambil kepada mereka yang degil. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tegas terhadap mana-mana individu  yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut  Aidiladha, Selasa ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman  Azisman Alias berkata, kebenaran rentas negeri hanya diberi kepada  mereka yang mempunyai urusan kecemasan.
“Saya percaya semua sekatan jalan raya (SJR) yang diaturkan oleh  Ketua Polis Negeri (masing-masing) dan (semua) Ketua Polis Daerah telah  bersedia untuk mengawal rentas daerah dan negeri.
“Rakyat perlu mematuhi arahan kerajaan, mana yang degil, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya kepada Bernama hari ini.
                                                                                                                                         Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai  dakwaan orang awam yang dikatakan merentas negeri bagi tujuan untuk  pulang sempena sambutan Aidiladha kali ini.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata,  keadaan aliran trafik di SJR di Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan  ketika ini berada dalam keadaan terkawal dan tiada kesesakan.
“Mereka yang melalui SJR ini mempunyai dokumen sama ada untuk urusan  pengambilan vaksin atau pun mereka yang mempunyai surat (Kementerian  Perdagangan Antarabangsa dan Industri – MITI).
“… dan sekiranya berlaku sedikit kesesakan, adalah perkara biasa  disebabkan petugas kami akan buat pemeriksaan secara lebih terperinci  melibatkan dokumen yang mereka miliki,” katanya kepada Bernama selepas  membuat tinjauan di Plaza Tol Bentong, Pahang.
                                                                                                                                                                                                                       Sementara itu, di Kota Bharu, Timbalan Ketua Polis Kelantan  Abdullah Muhammad Piah berkata keadaan semasa trafik yang memasuki  negeri itu adalah terkawal walaupun berlaku peningkatan lima peratus  jumlah kenderaan seperti dilaporkan semalam.
Beliau menjelaskan peningkatan itu hanya berlaku di pintu  sempadan di Jeli iaitu kenderaan yang datang dari arah utara, manakala  situasi trafik di Gua Musang dan Pasir Puteh sama seperti hari biasa  dalam tempoh pelaksanaan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara, ketika ini.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/tindakan-tegas-terhadap-individu-cuba.html