Ketatkan Kebenaran Rentas Negeri



Ketatkan kebenaran rentas negeri. Kebenaran rentas negeri perlu diperketatkan bagi mengelakkan orang ramai pulang beraya ke kampung menjelang sambutan Aidiladha Selasa ini.
Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, ia kerana kes jangkitan harian diramal melonjak kepada 20,000 kes sehari sekiranya berlaku pergerakan pulang ke kampung.
“Kenapa kita tidak belajar daripada apa yang berlaku pada Aidilfitri lalu? Sebelum Aidilfitri, jumlah kes harian pada awalnya 3,000 kes sahaja sebelum melonjak hingga ke angka 13,000 kes sekarang.
“Dengan angka ini, saya ramalkan, jumlahnya akan naik mendadak kepada 20,000 kes seminggu selepas Aidiladha jika kita mengulangi kesilapan sama seperti Aidilfitri lalu,” katanya kepada Sinar Ahad.
Mengulas lanjut, Dr Hanafiah berkata, rakyat tidak terperanjat sekiranya kes Covid-19 melonjak disebabkan sifat pentingkan diri sedangkan amaran telah diberikan oleh kerajaan.
Beliau berkata, bagi memastikan sekatan perjalanan berkesan, kebenaran untuk pergerakan rentas negeri perlu diperketatkan dengan mengehadkan kepada mereka yang mempunyai kes kematian anggota keluarga terdekat atau kes kecemasan sahaja.
“Buat masa ini pergerakan untuk bekerja sepatutnya tidak dibenarkan kerana kita tahu minggu depan sudah hari raya.
“Kalau sekatan jalan raya (SJR) benarkan pergerakan untuk bekerja, kita bimbang ada yang ambil kesempatan untuk pulang beraya di kampung,” katanya.
Dr Hanafiah menegaskan, jumlah sekatan jalan raya (SJR) perlu ditambah dan diperketatkan lagi di lebuh raya dan simpang keluar lebuh raya seluruh negara.
Beliau menjelaskan, persepsi yang tidak tepat mungkin mempengaruhi orang ramai untuk pulang beraya di kampung meskipun negara merekodkan jumlah jangkitan harian yang tinggi.
Katanya, anggapan bahawa diri kebal selepas lengkap menerima dua dos vaksin adalah tidak tepat sama sekali.
“Mungkin ramai anggap bila lengkap suntik dua dos vaksin, kita boleh bergerak ke sana sini. Salah sebenarnya tanggapan itu kerana ia tidak bermaksud kita tidak akan jadi pembawa virus, tidak kena jangkitan dan tidak maut disebabkan jangkitan.
“Orang mungkin ingat bila mak ayah di kampung sudah lengkap dua dos dan mereka juga sudah lengkap dua dos, mereka boleh balik kampung. Sebenarnya kita masih perlu berwaspada terutama bila adanya varian baharu yang jauh lebih agresif dan boleh membunuh iaitu varian Delta,” kata beliau lagi.
Berikutan itu, Dr Hanafiah mengingatkan orang ramai agar memikirkan tentang nyawa orang tua masing-masing di kampung halaman.
“Adakah kita nak beraya hanya tahun ini sahaja? Kalau kita buat balik virus dan bila kedua-dua ibu bapa kita dah tiada, kita nak beraya dengan siapa selepas itu?
“Lebih baik kita korbankan Aidiladha tahun ini. Sekurang-kurangnya ibu bapa kita masih ada untuk hari raya yang akan datang. Korbankan dulu hari raya korban tahun ini, supaya kita tidak mengorbankan orang yang kita sayang,” katanya.
Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, untuk mempertingkatkan lagi pematuhan terhadap larangan rentas negeri, permohonan kebenaran dicadangkan dilakukan melalui aplikasi MySejahtera tanpa perlu mengisi borang tambahan.
“Langkah ini untuk memperkemaskan lagi stategi yang dilakukan kerana seperti kita tahu SJR sudahpun dilaksanakan.
“Melalui penggunaan MySejahtera ini ia akan mewujudkan gunasama dengan agensi lain seperti tentera dan ia turut membantu untuk mempertingkatkan strategi tersebut,” kata beliau.
Bagaimanapun, katanya, jumlah kenderaan yang banyak di lebuh raya atau jalan raya ketika ini tidak semestinya menunjukkan adanya pergerakan pulang ke kampung kerana ia memerlukan data sebenar.
“Namun, yang pasti kita masih belum dibenarkan balik kampung untuk mengelakkan sebarang potensi tularan,” katanya.
Ketatkan kebenaran rentas negeri Baca Artikel Menarik :
Ciapan Takiyuddin mendapat reaksi Puad dan Shabery Sesak di tol Gombak, rentas untuk sambut Aidiladha? Najib bela Ebit Liew Ameera Khan Dikecam Lagi, Bertudung Tapi Baju Ketat Penduduk resah kemunculan keranda terbang, hantu ketuk pintu Resepi Biskut Arab 3 Warna Layari Laman Facebook MYKMU
 
 
Banjir Jerman: 110 disahkan maut, 1,300 hilang [VIDEO]

 
The post Ketatkan kebenaran rentas negeri appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/18/ketatkan-kebenaran-rentas-negeri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
T21g05 Pemeriksaan Speech Delay Aidan Dan Pohon Kebenaran Rentas Negeri

T21g05 Pemeriksaan Speech Delay Aidan Dan Pohon Kebenaran Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 434 hits
Pemeriksaan Kesihatan AidanPemeriksaan kesihatan Aidan Ketika ini Aidan berumur 2 tahun 1 bulan dan 8 hari Pemeriksaan kali ini jururawat nak tengok perkembangan Aidan sama ada dia termasuk dalam kategori speech delay Aidan pergi ke Klinik ...
Individu Rentas Negeri Tak Boleh Hadir Solat Sunat Aidiladha Di Perlis

Individu Rentas Negeri Tak Boleh Hadir Solat Sunat Aidiladha Di Perlis

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 382 hits
Pengurusan masjid berhak untuk membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi prosedur operasi standard KANGAR Individu yang terlibat dengan aktiviti rentas negeri termasuk mereka yang berulang alik bekerja setia...
Cerita Sebalik Berita Tolong Jangan Rentas Negeri Untuk Beraya

Cerita Sebalik Berita Tolong Jangan Rentas Negeri Untuk Beraya

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 273 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Tiada Dokumen Sah Rentas Negeri Sebanyak 98 Kenderaan Di Arah Patah Balik Di Bentong

Tiada Dokumen Sah Rentas Negeri Sebanyak 98 Kenderaan Di Arah Patah Balik Di Bentong

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 98 kenderaan diarahkan berpatah balik ketika cuba melalui tiga sekatan jalan raya di sekitar daerah Bentong dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara sejak Khamis lalu Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kah...
Menyorok Dalam Bonet Kereta Polis Gagalkan Cubaan Tiga Warga Asing Rentas Negeri

Menyorok Dalam Bonet Kereta Polis Gagalkan Cubaan Tiga Warga Asing Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 315 hits
Menyorok dalam bonet kereta polis gagalkan cubaan tiga warga asing rentas negeri TELUK INTAN Polis berjaya menggagalkan cubaan tiga lelaki warga Indonesia merentas negeri dengan menyorok di bahagian bonet sebuah kereta semasa pemeriksaan di...
Tindakan Tegas Terhadap Individu Cuba Rentas Negeri Balik Beraya Kata Bukit Aman

Tindakan Tegas Terhadap Individu Cuba Rentas Negeri Balik Beraya Kata Bukit Aman

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 281 hits
Azisman Alias berkata rakyat perlu mematuhi arahan kerajaan dan tindakan undang undang akan diambil kepada mereka yang degil KUALA LUMPUR Polis akan mengambil tegas terhadap mana mana individu yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampu...
Video Ronnie Liu Rentas Negeri Semata Mata Bela Penceroboh Kebun Haram

Video Ronnie Liu Rentas Negeri Semata Mata Bela Penceroboh Kebun Haram

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 305 hits
Haji Aminuddin Yahaya ADUN Sungai Pelek berdegil beri kerjasama dengan pihak polis ANTARA ramai ramai anggota DAP termasuk wakil wakil rakyatnya yang hadir bersolidariti membela pekebun haram penceroboh di Raub ada seorang ADUN dari Selango...
Ismail Sabri Ingatkan Orang Ramai Agar Tidak Rentas Daerah Negeri Sempena Aidiladha Ini

Ismail Sabri Ingatkan Orang Ramai Agar Tidak Rentas Daerah Negeri Sempena Aidiladha Ini

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 238 hits
KUANTAN Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan orang ramai supaya tidak cuba merentas daerah atau negeri sempena sambutan Aidiladha minggu depan Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan masih tidak membenarkan rentas daerah dan negeri...
Jangan Rentas Negeri Sambut Aidiladha Tpm

Jangan Rentas Negeri Sambut Aidiladha Tpm

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 289 hits
Pertambahan kes kluster sambut Aidilfitri perlu jadi iktibar KUANTAN Orang ramai diingatkan supaya tidak merentas daerah dan negeri untuk menyambut Aidiladha minggu depan kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau b...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall