Tindakan Najib Mohon Tukar Hakim Saat Akhir Taktik Berniat Jahat Untuk Ganggu Prosiding


 

PUTRAJAYA - Tindakan Datuk Seri Najib Razak, yang memohon supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya, adalah satu lagi taktik berniat jahat untuk mengganggu prosiding.
Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, turut mempersoalkan mengapa pihak pembelaan tidak memfailkan permohonan awal lagi berhubung perkara itu sedangkan sudah mengetahui mengenai hantaran di laman Faceebook oleh Zamani Ibrahim, yang didakwa Najib sebagai suami Tengku Maimun, pada 17 Ogos lalu.
Malah, katanya, hantaran itu diterbitkan pada 11 Mei 2018, justeru, pihak pembelaan sudah tentu sudah mengetahui mengenainya lebih awal dan mengambil tindakan sewajarnya.
Beliau berkata, pembelaan boleh mengemukakan bantahan ketika prosiding rayuan akhir bermula, namun memilih untuk tidak berbuat demikian, sebaliknya menunggu perkembangan prosiding sebelum bertindak di saat-saat akhir.
"Peguam jenayah memang cemerlang menggunakan taktik sedemikian untuk melengahkan prosiding mahkamah.
"Pembelaan melakukan helah demi helah yang diumpamakan sebagai taktik ahli silap mata melalui permohonan untuk menggugurkan Tengku Maimun apabila permohonan sebelum ini tidak memihak kepadanya.
"Adalah tidak masuk akal bahawa seseorang yang boleh mengetahui mengenai hantaran di Facebook itu empat tahun lalu, hanya memasukkan perkara itu dalam afidavitnya beberapa hari lalu. Ini jelas menyalahgunakan proses mahkamah.
"Dengan itu, saya memohon permohonan ini, secara langsung tidak layak dipertimbangkan dan perlu ditolak mentah-mentah," katanya.
Sithambaram berkata, jika pembelaan bertindak lebih awal dan memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya tidak perlu berhujah mengenai rayuan akhir terlebih dahulu yang tidak mengikut kebiasaan.
Peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik, bagaimanapun berkata, bukannya pembelaan yang enggan berhujah tetapi tidak diberikan tempoh yang sewajarnya untuk bersedia dengan hujahan itu
"Saya katakan banyak kali, tempoh masa yang wajar patut diberikan kepada kami. Saya tidak pernah kendalikan kes itu sebelum ini. Saya rasa sedih kerana situasi ini berlaku," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/08/timbalan-pendakwa-raya-kanan-dakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Hakim Negara Pengerusi Panel Dengar Rayuan Akhir Najib Kes Penyelewengan Src

Ketua Hakim Negara Pengerusi Panel Dengar Rayuan Akhir Najib Kes Penyelewengan Src

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 251 hits
PUTRAJAYA Rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak akan didengar panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat Turut b...
Rayuan Akhir Najib Mahkamah Mungkin Terus Buat Keputusan

Rayuan Akhir Najib Mahkamah Mungkin Terus Buat Keputusan

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 305 hits
hmetro com myNAJIB keluar selepas mahkamah menangguhkan perbicaraan perbicaraan rayuan terakhir membabitkan dana SRC International di Mahkamah Persekutuan Putrajaya kelmarin FOTO Mohd Fadli HamzahKuala Lumpur Banyak ketidakpastian dilihat m...
Mahkamah Persekutuan Mungkin Terus Buat Keputusan Dalam Rayuan Akhir Kes Src Najib

Mahkamah Persekutuan Mungkin Terus Buat Keputusan Dalam Rayuan Akhir Kes Src Najib

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR 21 Ogos Banyak ketidakpastian dilihat mengenai apa yang bakal berlaku dalam rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd susulan keengganan peguamnya untuk membuat sebara...
Pendedahan Strategi Sebenar Najib Razak Tukar Peguam Dalam Kes Src

Pendedahan Strategi Sebenar Najib Razak Tukar Peguam Dalam Kes Src

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 1136 hits
Assalamualaikum Apa khabar semua Ramai yang menyangka tindakan Najib menukar peguam pada saat akhir adalah strategi terbaharunya untuk memenangi kes sekaligus dibebaskan Ini salah sama sekali Najib bukanlah hendak memenangi kesnya Bekas peg...
Pemimpin Umno Semakin Tak Waras Serang Ketua Hakim Dalam Kes Najib

Pemimpin Umno Semakin Tak Waras Serang Ketua Hakim Dalam Kes Najib

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 258 hits
agendaily com19 08 2022UMNO mempertikai keputusan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd melibatkan Datuk Seri Najib Razak Ketua Hakim dalam kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd menjadi sasaran pemimpin UMNO dan penyokongnya yang se...
Penyokong Najib Cuba Jadikan Prosiding Mahkamah Persekutuan Sebagai Sarkas Politik

Penyokong Najib Cuba Jadikan Prosiding Mahkamah Persekutuan Sebagai Sarkas Politik

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 297 hits
NASUHA RAHMANPenyokong penyokong politik pihak perayu Datuk Seri Najib Tun Razak telah cuba untuk menjadikan prosiding Mahkamah Persekutuan sebagai sarkas politik dengan menyerang suami kepada Ketua Hakim Negara Dengan pelbagai tuduhan yang...
Peliklah Najib Ni Semua Orang Salah Hakim Ada Kepentinganlah Tak Adillah Sedang Dia Tidak Pernah Pun Dipenjara

Peliklah Najib Ni Semua Orang Salah Hakim Ada Kepentinganlah Tak Adillah Sedang Dia Tidak Pernah Pun Dipenjara

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 388 hits
Di media sosial penyokong penyokong Bos Ku malah Najib sendiri menyerang keputusan Hakim dan menzahirkan seolah olah mahkamah zalim kepadanya Persoalannya kezaliman apa setelah mahkamah melayani berkali kali penangguhan kes ini hingga berus...
Najib Razak Minta Ketua Hakim Negara Tarik Diri Peguam Utama Failkan Permohonan

Najib Razak Minta Ketua Hakim Negara Tarik Diri Peguam Utama Failkan Permohonan

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 366 hits
Isu penyelewengan kuasa dan wang merupakan satu perkara yang perlu diambil serius Hal ini disebabkan penyelewengan kuasa dan wang ini mampu menjatuhkan sesebuah negara dan masyarakat setempat Begitu juga baru baru ini kecoh mengenai perbica...
Ketua Hakim Negara Tempelak Peguambela Najib

Ketua Hakim Negara Tempelak Peguambela Najib

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 421 hits
Ketua Hakim Negara Tempelak Peguambela Najib Datuk Seri Najib Razak hari ini mengemukakan permohonan supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya berkaitan kes penyelewengan dana SRC I...
Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Siti Nurhaliza Terkesan Ujian Peminat Setia Di Icu Hkl Mohon Doa Keajaiban

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

Bmw N57 Vs Bmw M57 Which One Is A Better Engine

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Natal 2025

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Anwar S Political Survival Flip Flop


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Selamat Menyambut Malam Raghaib

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Calon Utama Pm Bangladesh Kembali Ke Tanah Air Setelah 17 Tahun Berada Di Perantauan

Tindakan Pecat Tiga Adun Bukti Ketegasan Pas Pertahan Prinsip Disiplin Amp Amanah Mb Perlis

Buat Duit Tanpa Modal Besar Cara Realistik Jana Income Secara Automatik

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam