Rayuan Akhir Najib Mahkamah Mungkin Terus Buat Keputusan


hmetro.com.my
BERNAMA


NAJIB keluar selepas mahkamah menangguhkan perbicaraan perbicaraan rayuan terakhir membabitkan dana SRC International di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, kelmarin. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Kuala Lumpur: Banyak ketidakpastian dilihat mengenai apa yang bakal berlaku dalam rayuan terakhir Datuk Seri Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, susulan keengganan peguamnya untuk membuat sebarang hujahan bagi membela bekas perdana menteri itu.

Jumaat lalu peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa beliau juga tidak akan mengemukakan hujahan lisan untuk anak guamnya.

Hakim Tengku Maimun bagaimanapun berkata, mahkamah akan menangani perkara itu pada hari Selasa ini. Mahkamah sebelum ini menetapkan 15 hingga 19 Ogos serta 23 hingga 26 Ogos untuk mendengar rayuan berkenaan.

Sehubungan itu, ramai dalam kalangan pengamal undang-undang berpendapat bahawa mahkamah tertinggi itu boleh membuat keputusan serta-merta walaupun tiada hujahan daripada peguambela Najib.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, ini kerana mahkamah boleh membuat keputusan berdasarkan hujahan bertulis yang difailkan sebelum ini oleh pasukan pembelaan Najib di Mahkamah Rayuan tahun lalu.

Beliau berkata, ia juga boleh dibuat berdasarkan petisyen rayuan yang difailkan oleh peguam cara Najib sebelum ini pada 25 April lalu, yang menyenaraikan 94 alasan mengapa Najib perlu dibebaskan.

"Terdapat bahan yang mencukupi di hadapan Mahkamah Persekutuan untuk dibincangkan walaupun tanpa penghujahan lisan. Oleh itu, tidak mungkin kes itu akan ditangguhkan," katanya.

Peguam Lim Wei Jiet juga bersetuju dengan pandangan itu, dan mengatakan bahawa sebagai mahkamah tertinggi negara, ia berkemungkinan akan membuat keputusan berdasarkan alasan rayuan dalam memorandum rayuan, rekod rayuan serta hujahan dalam Mahkamah Rayuan sebelum ini oleh pasukan pembelaan Najib.

Sementara itu, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar berpendapat mahkamah mungkin memuktamadkan perbicaraan pada hari itu, tetapi akan mengekalkan penghakimannya kepada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

"Keputusan itu mungkin akan disampaikan pada hari lain," kata peguam itu.

Pihak pendakwaan yang diketuai oleh pendakwa ad hoc Datuk V Sithambaram ketika menggulung hujahannya Jumaat lepas berkata, mahkamah boleh terus sahaja membincangkan keputusan mereka, sekiranya tiada hujahan bertulis atau lisan baharu bekas perdana menteri itu.

Memetik undang-undang kes, Sithambaram berhujah bahawa terdapat dahuluan bagi mahkamah untuk "meneruskan dengan sewajarnya" kerana pihak pembelaan menyatakan bahawa mereka tidak bercadang untuk memfailkan sebarang hujahan baharu bagi rayuan itu.

Jumaat lepas merupakan hari kedua pedengaran hujahan oleh panel itu, yang turut dianggotai Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, serta hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd, untuk mendengar keputusan akhir Najib merayu bagi membatalkan sabitan dan hukumannya.

Dua hari prosiding menyaksikan pelbagai peristiwa menarik. Hisyam mula-mula cuba menarik diri daripada mewakili Najib, namun permohonannya ditolak oleh mahkamah, dan mahkamah mengarahkan pihak pendakwaan mengemukakan hujahan mereka.

Hisyam pada hari Jumaat juga memberitahu panel bahawa Najib telah melepaskan peguamnya, Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) daripada mewakilinya.

Peguam itu sekali lagi meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan kepada Khamis minggu depan kerana dia mempunyai kes lain pada Selasa dan Rabu, namun ia ditolak oleh mahkamah.

Pada 16 Ogos, mahkamah menolak permohonan Hisyam untuk menangguhkan pendengaran rayuan dan mengarahkan rayuan diteruskan pada 18 Ogos.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Mohd Nazlan, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan setiap tiga pertuduhan pengubahan wang haram, dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/rayuan-akhir-najib-mahkamah-mungkin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Persekutuan Mungkin Terus Buat Keputusan Dalam Rayuan Akhir Kes Src Najib

Mahkamah Persekutuan Mungkin Terus Buat Keputusan Dalam Rayuan Akhir Kes Src Najib

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR 21 Ogos Banyak ketidakpastian dilihat mengenai apa yang bakal berlaku dalam rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd susulan keengganan peguamnya untuk membuat sebara...
Mahkamah Persekutuan Di Jadual Mendengar Rayuan Akhir Najib Kes Src International Esok

Mahkamah Persekutuan Di Jadual Mendengar Rayuan Akhir Najib Kes Src International Esok

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 197 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd esok Ia adalah rayuan terakhir Najib sel...
Najib Razak Tinggal Nota Akhir Buat Keluarga Sebelum Mendengar Keputusan Mahkamah

Najib Razak Tinggal Nota Akhir Buat Keluarga Sebelum Mendengar Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 175 hits
Hari demi hari tahun demi tahun kes jenayah kolar putih ini semakin meningkat di seluruh negara Oleh hal demikian pihak yang berwajib hendaklah memainkan peranan masing masing dalam membendung kes jenayah korporat ini Memetik laporan Siakap...
Ketua Hakim Negara Ketuai Rayuan Najib Di Mahkamah Persekutuan Hari Ini

Ketua Hakim Negara Ketuai Rayuan Najib Di Mahkamah Persekutuan Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 215 hits
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak dalam rayuannya mulai hari ini Anggota panel lain ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar A...
Nizar Layak Tanding Di Pekan Tatkala Najib Kemuka Rayuan Akhir Kes Src

Nizar Layak Tanding Di Pekan Tatkala Najib Kemuka Rayuan Akhir Kes Src

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 251 hits
agendaily com12 08 2022Datuk Mohd Nizar bersama bapanya Datuk Seri Najib Razak Nizar kini adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan Gambar BernamaAnak sulung Datuk Seri Najib Razak dengan bekas isteri pertamanya Datuk Mohd Nizar dikatakan lay...
Peguam Diraja Uk Cabar Keputusan Mahkamah Tinggi Gigih Nak Mewakili Najib

Peguam Diraja Uk Cabar Keputusan Mahkamah Tinggi Gigih Nak Mewakili Najib

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 214 hits
Peguam Diraja dari United Kingdom Jonathan James Laidlaw telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk mewakili Najib Razak dalam rayuan terakhirnya membabitkan penyelewengan dana R...
Semua Pihak Perlu Ambil Perhatian Keputusan Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Najib

Semua Pihak Perlu Ambil Perhatian Keputusan Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Najib

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 147 hits
KUANTAN Semua pihak perlu mengambil pengajaran keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk masa depan lebih baik Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian M...
Saya Terkejut Dan Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Najib

Saya Terkejut Dan Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Najib

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 186 hits
Datuk Seri Najib Razak kecewa dan terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya memasukan bukti berkaitan hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali Kata bekas Perdana Menteri itu permohonan beliau untuk memasukan bukt...
Ketua Hakim Negara Pengerusi Panel Dengar Rayuan Akhir Najib Kes Penyelewengan Src

Ketua Hakim Negara Pengerusi Panel Dengar Rayuan Akhir Najib Kes Penyelewengan Src

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 186 hits
PUTRAJAYA Rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak akan didengar panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat Turut b...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

Agih Zakat Rm33 Juta Tenaga Nasional Berhad Komited Sokong Pembangunan Negara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Konsert Sudirman Jalan Chow Kit Tahun 1986

Saifuddin Belum Buat Keputusan Tanding Pemilihan Pkr

Health Ministry S 5 Year Plan To Prevent Teens From Smoking

Daganghalal Strengthens Its Global Halal Trade Foothold At Gulfood 2025

The Wisdom Of Ramadan

Buy Diamond Pendants In Malaysia Discover Elegance At Diamond Talk