Time Vs Run 2019 Rezeki Jadi Peserta Terakhir Dapat Free Voucher Next Event


TIME VS RUN 2019 : REZEKI JADI PESERTA TERAKHIR, DAPAT FREE VOUCHER NEXT EVENT - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Aku jarang rasa bertuah sepanjang hidup aku ni. Awalnya, aku terfikir-fikir, cerita apa aku nak story masa funrun kali ni. Karang asyik cerita aku aku asyik dilanda sakit sebelum funrun, ada yang anggap aku meraih simpati. A big NO ~ hanya kebetulan je


Event Time VS Run 2019 anjuran AGE ni dah lama aku nak join. Tujuan utama nak join sebab baju dengan medal dia cantik. Haha ! Selain tu, memupuk aku untuk aktif juga. Dua dalam satu lah gitu. Bila tengok 5km, aku berkira-kira juga, tapi lepas tu aku decide nak join juga, memandangkan adik-adik aku nak join sama

Adik-adik aku excited sangat. Aku apa lagi kan? Dah adik-adik yang join, kita pula over-excited. Dengan adik-adik ni aku jadi gila-gila semacam. Mungkin selesa

So pagi tadi, Is yang hantar kami ke Padang Merbok, Kuala Lumpur. Event dimulai dengan zumba, seterusnya memulakan larian pada jam 7:30 pagi. Aku tak pernah tahu Padang Merbok ni kawasan dia berbukit sana sini. Haha


Awal-awal dah meredah jalan berbukit. Kalau menurun takpe lagi. Ni mendaki. Aku dah macam nak patah kaki. Mujur Aboy tak give-up follow aku. Dia volunteer jaga aku sepanjang 5km. Walaupun berkali-kali aku suruh dia ikut Aliah ke depan. Tapi dia tetap nak teman aku, sebab dia risau aku pengsan. Aku memang kalah dengan bukit. Aduhai~
Aliah memang dah ke depan. Dia kata nak cepat sampai, nak rehat awal. Aliah antara yang paling awal sampai. Bangga lah kejap adik aku seorang tu. Pula, dia baru first time join. Ada kebanggaan sangat disitu

Kelam gambar ni, hahaha jadilah tempek sini buat kenangan ~
Aku realise yang aku dengan Aboy adalah peserta yang sampai paling akhir. Kesian pula pada Aboy, terpaksa jadi peserta terakhir demi aku. Sampai je ke garisan penamat, aku pelik kenapa semua pandang aku dengan Aboy, lepas tu tepuk tangan? Aku awalnya mula rasa diketawakan. Sebab aku paling last ke? Aku senyum je la

Lepas tu aku dengan emcee cakap ... " Berikan tepukan gemuruh pada peserta terakhir kita, iaitu peserta Kelainan Upaya.." aku macam... "gulpss.." So aku assume, mungkin sebab diorang nampak tangan Aboy. Tangan Aboy memang nampak obvious kelainan upaya sebab lembik sebelah

Tapi aku pelik bila orang ajak aku bergambar. Lepas seorang, seorang lagi yang ajak bergambar. Aku dah macam... "Akukah peserta Kelainan Upaya yang dimaksudkan? Adakah sebab aku jalan senget?" Sebenarnya banyak persoalan dalam otak aku. Cuma aku layankan saja peserta yang ajak aku bergambar. Muka memang rabak habis. Lepas bergambar, masing-masing ucap tahniah pada aku dan Aboy


Encik Organizer pun ucap tahniah pada kami. Siap offer nak bagi Free Voucher yang merupakan Event Breakfast Run anjuran pihak AGE juga. Alhamdulillah rezeki kami pada event Time VS Run ini. Aku pun tak sangka. Terima kasih pihak AGE :)

Masa ini, adik-adik aku semua dah lembik. Termasuklah aku. Tapi aku macam biasa, pura-pura cool. Mata bengkak tak sedar diri tu. Apapun, as kakak, aku bangga dengan kejayaan adik-adik aku. Kuat semangat adik-adik aku ni tau

Cantik kan medal Time VS Run ?



Aku selalu update aku masuk fun run, bukan sebab aku nak show off. Aku sedar aku bukan kuat sangat. Aku sedar aku berbadan senget. Aku sedar aku jalan macam orang tempang. Aku ada low self esteem yang amat teruk. Awalnya aku takut nak aktif. Otak aku sudah dimonopoli dari kecil, yang aku tak kuat

Tapi aku cuba. Aku cuba untuk expose diri aku. Aku cuba untuk aktif walaupun antibodi aku tak kuat. Aku cuba tunjuk pada dunia yang aku tak kisah orang memperendahkan waima perkecilkan aku. Apa aku buat, adalah untuk kepuasan diri aku sendiri


Aku harap orang tak sentiasa compare diri sendiri dengan diri aku. Sebab semua orang ada bahagian hidup masing-masing. Ada kekuatan masing-masing. Aku hanya mampu fun run atau walk ini aje. Untuk aktif benda lain, aku tak capai limit sampai situ

Kita kena berdiri atas kaki sendiri. Tahu limit kita. Kena bangga dengan apa saja kurang lebih hidup kita. Kau bayangkan, nak masuk umur 30 tahun, baru aku realise semua ni. Sebab aku ada sikap low self-esteem yang amat teruk

In the end, aku dah nampak diri aku. Ya, aku memang paling belakang. Sekurangnya aku masih tidak perlu harap bantuan pihak medik, Itu pun aku dah bersyukur sangat

The writer,Auni Muthal'libEnd Stage Renal FailurePapilarry Thyroid Carcinoma
#AuniTheIronLady

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aunitalib.com/2019/12/auni-time-vs-run-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kaki Terseliuh Tapi Masih Berjuang 3 Km Di Fikir Transplant Run 2019

Kaki Terseliuh Tapi Masih Berjuang 3 Km Di Fikir Transplant Run 2019

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 481 hits
KAKI TERSELIUH TAPI MASIH BERJUANG 3 KM DI FIKIR TRANSPLANT RUN 2019 Tak larat jangan paksa Ramai orang cakap macam tu kan Actually aku pun ada limit aku kalau aku tak mampu aku takkan pressure diri sendiri Sebab aku tahu once aku paksa bad...
Sprit Of Wipro Run 2019 Furthertogether

Sprit Of Wipro Run 2019 Furthertogether

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 497 hits
Sprit Of Wipro Run 2019 FurtherTogether Assalamualaikum and Good Night Last week Bonde is excited to be joining Sprit Of Wipro Run 2019 FurtherTogether this year just like last year at the This is a content summary only Visit my website for...
No Time To Die Jadi Filem Terakhir Daniel Craig Sebagai James Bond

No Time To Die Jadi Filem Terakhir Daniel Craig Sebagai James Bond

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 409 hits
Filem ke 26 James Bond yang bakal ditayangkan kelak bakal menjadi filem terakhir untuk pelakon Daniel Craig sebagai James Bond Filem yang diberi judul No Time To Die itu bakal menyaksikan Daniel Craig memegang watak James Bond dalam filem k...
Ukm Konvo Run 2019 Berlari Lari Anak Keliling Ukm Kesayanganku

Ukm Konvo Run 2019 Berlari Lari Anak Keliling Ukm Kesayanganku

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 458 hits
assalamualaikum salam dihulur di pagi Jumaat yes hari yg ditunggu dah tiba Jumaat yes Jumaat entri throwback lama kot gambar gambar ohsem ni diperap dlm phone UKM Konvo Run 2019 26 Oktober 2019 bersemangat utk join memandangkan medal nyerme...
My Very First Run For 2019 Ultron Healthy Run Padang Merbok Kl

My Very First Run For 2019 Ultron Healthy Run Padang Merbok Kl

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 379 hits
2019 has been quite a journey and now it s almost 2020 I ve left so many things on my wish list unattended I forgot how fun it was to live and do what I wanted to do There s a lot of reason behind it but let s just keep it there for the mom...
Biar Sendi Lemah Dan Postur Badan Berubah Aku Tetap Join Kidney Charity Fun Run 2019

Biar Sendi Lemah Dan Postur Badan Berubah Aku Tetap Join Kidney Charity Fun Run 2019

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 594 hits
BIAR SENDI LEMAH DAN POSTUR BADAN BERUBAH AKU TETAP JOIN KIDNEY CHARITY FUN RUN 2019 Dah lama tak warm up Haritu Kak Mija ajak aku lagi sekali pergi Kidney Charity Fun Run anjuran MAA Medicare Charitable Foundation Bila dah melibatkan Kidne...
Kemaskini Tampalan Sekuriti Oktober 2019 Adalah Kemaskini Terakhir Bagi Oneplus 3 3t

Kemaskini Tampalan Sekuriti Oktober 2019 Adalah Kemaskini Terakhir Bagi Oneplus 3 3t

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 181 hits
OnePlus 3 3T adalah peranti mercu OnePlus pada tahun 2016 Ia juga adalah kali pertama OnePlus memulakan strategi memperkenalkan variasi T untuk peranti mereka Tahun ini sudah pun tahun ketiga usia OnePlus 3 3T dan dua peranti ini masih lagi...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini