Kaki Terseliuh Tapi Masih Berjuang 3 Km Di Fikir Transplant Run 2019


KAKI TERSELIUH TAPI MASIH BERJUANG 3 KM DI FIKIR TRANSPLANT RUN 2019 - Tak larat jangan paksa.. Ramai orang cakap macam tu kan? Actually, aku pun ada limit aku, kalau aku tak mampu, aku takkan pressure diri sendiri. Sebab aku tahu, once aku paksa, badan aku lagi weak

Tapi aku tahu aku masih mampu. Sehari sebelum aku join Fikir Transplant Run 2019 di UiTM Shah Alam, kaki aku terseliuh. Aku agak frust mulanya. Event Fikir Transplant Run ni aku nak join sangat sebab event ini yang melibatkan sakit aku sendiri


Punca terseliuh? Kejadian masa aku nak ambil Race Kit. Masa tu baru balik dialisis, gigih terus shoot ke Shah Alam. Lepas sampai tu, punyalah jalan dengan confident sampai aku tak perasan ada bendul kat depan mata aku. Terpeleout uiii~ Lepas ambil Race Kit, terus cepat-cepat masuk kereta, sapu minyak, urut-urut. Alhamdulillah pada hari event semalam, kaki aku okay sikit

Aku dengan As @ Asmah
Pukul 5:50 pagi, aku dah keluar gerak dari Rawang ke Shah Alam. Pagi tu kabus tebal so lambat lah sampai. Ingat nak join zumba tapi tak sempat. Sampai je, As dah sambut aku. Dah 8 tahun tak jumpa As. Alhamdulillah di event funrun ni kami bertemu kembali. Aku juga bertegur dengan Dr. Nora. Pakar Nefrologi di Hospital Ampang

With Dr. Iqbal & Kak RashidahSelfie lagi dengan Dr. Iqbal
Masa tengah get ready untuk larian 3km, Dr. Iqbal ajak aku bergambar. Haha! Terkejut je aku tau. Peramah sungguh beliau. For info, aku tak kenal langsung Dr. Iqbal ni. Mungkin Dr. Iqbal kenal aku wallahualam. Tapi terharu sangat bila Dr. Iqbal layan aku baik sangat. Tengah layan bergambar dengan Dr. Iqbal, aku perasan Kak Rashidah posing belakang aku. Adoiii
Sebelum mulakan larian, aku adalah peserta yang paling depan sekali. Bila dah mula, aku antara yang paling belakang sekali. Haha ! Masa larian tu, kaki aku dah start kejang, tapi aku lawan juga. Biarlah semua ke depan. Aku okay je ketinggalan. Adoi punyalah pujuk diri..... Lepas tu aku nampak Kak Marie melambai-lambai pada aku. Dia lari kedepan ntah kemana-mana dah... 
Lepas tu kawasan sekitar UiTM memang berbukit-bukau ya tuan-tuan dan puan-puan. Lepas dah mendaki bukit tu, aku rasa macam hilang kaki. Tak rasa pijak jalan tar. Dalam hati berkata-kata.. Mana kaki aku?? Mana kaki?? Minta kakiiiiiiiiiiiiiii !! Lolsss

Sampai ke finishing, dah tak daya aku nak acah berlari. Tapi sempat buat sign PEACE depan photographer. Kah ! Sepanjang jalan tu aku on and off, kejap berlari, kejap jalan itik, kejap lari anak ayam. Haaa malu je dengan budak kecik

Kak Rashidah, Kak Ija, Altimet, Kak Marie, Kak Yatie
Yang paling best masa bergambar dengan Altimet. Oh lupa nak tahu, Altimet juga salah seorang jemputan dalam event ni. Beliau ambil larian 10km. Masa aku tengok Kak Marie and the gang semua ambil gambar in person je dengan Altimet, terus jiwa meronta. Buang rasa segan, terus minta Kak Rashidah tolong snap gambar. Hoho
Hmm dah lah berdiri tak sama rendah, kalau duduk pun Altimet tetap tinggi ~
PENGALAMAN EVENT FIKIR TRANSPLANT RUN 2019
Dekat event Fikir Transplant Run 2019 ini, aku dapat berjumpa ramai orang juga. Kebanyakkannya yang aku hanya kenal dekat FB termasuk Shazwali Taib dan Mazlan Ali. Kedua-duanya penerima organ. Bila aku pandang diorang, aku nampak aku. Semasa aku jadi penerima organ dari Mama dan orang yang aku tak kenal

Masa dengar forum tentang pendermaan organ, aku jadi sebak. Tapi cuba juga control supaya orang tak nampak. Berjaya tahan sebak dan tidak menangis. Ada satu perasaan yang aku tak dapat ungkap. Mungkin teringat bilamana Mama derma tapi failed, kedua cadaveric kidney ada sel kanser. Tiba-tiba benda-benda tu flash balik

Dengan Dr. Rafidah Abdullah
Sesudah layan emosi yang entah apa-apa tu, aku nampak Dr. Rafidah Abdullah. Terus excited. Dr. Rafidah adalah doktor yang merawat aku masa di Hospital Selayang dulu. Rasa terharu bila Dr. Rafidah masih mengingati aku

Rasanya pengalaman masa event ni agak best. Aku dapat mengenali Dr. Iqbal secara dekat sebab sebelum ni nampak patient lain je mention nama beliau dekat FB. Aku dapat mengenali insan-insan yang survive lepas transplant. Aku jadi lebih teruja untuk sihatkan diri

Mana tahu lepas ni ada rezeki aku dapat kidney? Kalau tak ada pun, aku okay saja. Unless, aku sihat. Tak sakit-sakit. Hemodialisis aku dah anggap macam facial dan spa. Walaupun side effect dia ganas juga (hypo selalu) ..

Aku pegang prinsip... "Bila kita raikan sesuatu tu dengan gembira, kita tak akan rasa susah...."

To my lovely husband, thank you so much sudi tunggu dalam kereta sampai 6 jam sebab bagi aku izin untuk spend time dalam event ini. Moga Allah SWT berikan kekuatan dan kesihatan yang baik pada suamiku, Norzam Iskandar

Next event, 5km Time VS Run. Mampu ke? InsyaAllah. Badan aku milik Allah SWT. Aku sentiasa doa yang aku diberikan kekuatan pada roh dan jasad aku. Aku suka berpeluh dengan cara ni. Aku rasa sihat sangat tau ~
The writer,Auni Muthal'lib




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aunitalib.com/2019/11/auni-fikir-transplant-run-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelamar Cpns 2019 Sudah Submit Data 3 658 949 Tapi Masih Ada Formasi Kosong

Pelamar Cpns 2019 Sudah Submit Data 3 658 949 Tapi Masih Ada Formasi Kosong

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 302 hits
Mengutip cuitan BKN dari Twitter hingga Selasa pukul 15 43 masyarakat yang sudah membuat akun mencapai 4 951 386 Sedangkan yang sudah mengisi formulir mencapai 4 166 223 dan yang sudah submit dana mencapai 3 658 949
My Very First Run For 2019 Ultron Healthy Run Padang Merbok Kl

My Very First Run For 2019 Ultron Healthy Run Padang Merbok Kl

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 379 hits
2019 has been quite a journey and now it s almost 2020 I ve left so many things on my wish list unattended I forgot how fun it was to live and do what I wanted to do There s a lot of reason behind it but let s just keep it there for the mom...
Sprit Of Wipro Run 2019 Furthertogether

Sprit Of Wipro Run 2019 Furthertogether

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 497 hits
Sprit Of Wipro Run 2019 FurtherTogether Assalamualaikum and Good Night Last week Bonde is excited to be joining Sprit Of Wipro Run 2019 FurtherTogether this year just like last year at the This is a content summary only Visit my website for...
Biar Sendi Lemah Dan Postur Badan Berubah Aku Tetap Join Kidney Charity Fun Run 2019

Biar Sendi Lemah Dan Postur Badan Berubah Aku Tetap Join Kidney Charity Fun Run 2019

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 594 hits
BIAR SENDI LEMAH DAN POSTUR BADAN BERUBAH AKU TETAP JOIN KIDNEY CHARITY FUN RUN 2019 Dah lama tak warm up Haritu Kak Mija ajak aku lagi sekali pergi Kidney Charity Fun Run anjuran MAA Medicare Charitable Foundation Bila dah melibatkan Kidne...
Yayasan Tm Menara Tm Tower Run 2019

Yayasan Tm Menara Tm Tower Run 2019

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 309 hits
Yayasan TM Tower Run 2019 Nombor siri yang master gunakan untuk memanjat tangga tangga Menara TM Ini adalah acara pertama buat Master untuk tahun 2019 dan merupakan acara pertama dalam hidup Master memanjat menara TM Ketika ini jam 08 19 pa...
Sambutan Meriah Sonic Run 2019 Di Penang

Sambutan Meriah Sonic Run 2019 Di Penang

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 394 hits
Assalamualaikum Hai Sonic Run 2019 di Penang Semua mesti kenal kan dengan Sonic si cartoon biru ni Dulu masa kecik kecik suka sangat main game Sonic ni dekat handphone kawan Waktu tu masih darjah 6 lagi Nad belum ada handphone sendiri hahah...
Kentang U S Membekal Tenaga Untuk Peserta Yayasan Tm Tower Run 2019

Kentang U S Membekal Tenaga Untuk Peserta Yayasan Tm Tower Run 2019

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 459 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Tahniah kepada TM atas penganjuran acara besar besaran untuk mereka yang memang suka menguji kekuatan fizikal dan mental Yayasan TM Tower Run 2019 telah ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan