Tiket Flight Mas Standby Murah
Assalamualaikum & salam ceria,
Bila dah masuk alam universiti, lelagi universiti yang terpisah dengan laut China Selatan, nak tak nak, memang perlunya beli tiket flight. Bila aku fikir balik, bersyukurnya ya Allah, banyak betul nikmat yang Allah bagi. Sebab, aku ada mak sedara (Maksu) yang kerja sebagai pramugari Malaysia Airlines (MAS) and maksu aku ni daftarkan nama aku untuk family travel program.
Kalau tak silap, masa daftarkan tu, ada jugak maksu aku minta no ic untuk details.
Setiap kali nak beli tiket, kita kena pergi laman web myidtravel
Kena pilih airlines jenis apa. Untuk program ni, kena pilih Malaysia Airlines
Ayah aku pernah cakap, kalau tiket standby ni, cuma bayar 10% daripada harga sebenar tiket. Kalau ikut pengalaman, aku pernah naik economy seat dari KL-Kuching (one way) hanya lebih kurang RM50+. Dan, pernah jugak aku cuba naik business seat (ceceh) dari Kuching-KL hanya lingkungan RM150+. Kalau sesiapa yang pernah naik MAS akan tau, even economy seat KL-Kuching yang paling murah maybe dalam RM100+ tapi selalunya harga standard RM300+. Kalau business class takyah cakaplah. Harga dia RM1000-RM2000
Yang bestnya,Tiket murah tapi dapat makanan & luggage (20kg - economy, 40kg - business)Open tiket style. Kiranya walaupun beli tiket tarikh dan masa lain, tapi kita boleh je guna bila-bila masa asalkan within 3 months of waktu tiket asal dibeli.
Yang bahayanya, Tiket standby ni maksudnya, kalau ada seat kosong yang available (tak ada orang beli seat, flight still kosong), baru boleh naik. Tapi sebenarnya tak ada masalah sangat memandangkan orang banyak pilih flight yang lagi murah yang berlogo merah putih. Setakat ni yang aku naik, memang Alhamdulillah dapat seat. Waktu blackout period yang pihak MAS sendiri dah tetapkan, selalunya waktu perayaan macam raya cina, raya aidilfitri, tahun baru cina atau tarikh-tarikh yang cuti umum, kita tak boleh nak naik flight standby ni. Kena beli tiket confirm kalau memang terdesak nak balik. Tiket standby ni kalau ramai yang standby jugak pun bahaya, sebab makin bertambah 'competitors'. So selalunya, kita kena datang awal pergi airport.
Antara jadual blackout period, so tak dapat naik flight standby masa ini
Tapi overall, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada MAS, maksu aku dan ayah aku yang banyak membantu aku untuk dapatkan tiket flight yang murah. Dengan tiket flight ni, aku boleh jadi fleksibel habis, sebab aku boleh je kalau malas nak naik flight pukul 3 petang, aku boleh je pilih untuk naik pukul 6 petang atau esok harinya. Sebab dia open tiket.
Dan kalau tiket standby ni, kena ada strategy yang baik. Maksudnya, aku kena pilih flight yang paling sikit orang dan paling tinggi kemungkinan untuk aku dapat naik flight. Dalam myidtravel, dia akan tunjuk emoji; 😊 banyak kosong 😐 ada tapi tak banyak 😟 ada sikit je seat.
Bagi aku strategi MAS buat tiket macam ni, bagus jugak. Sekurang-kurangnya, tak adalah membazir seat flight kosong. Dan, sangat-sangat membantu aku sebab kat sini aku dah macam orang nomad, sekejap ke sana sekejap ke sini.
Till then,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kisahmissxyz.blogspot.com/2019/02/tiket-flight-mas-standby-murah-family.html