Tips Cari Tiket Penerbangan Murah Untuk Percutian Anda
Bukan senang nak dapat harga tiket penerbangan murah untuk percutian ke destinasi pilihan kita. Walaupun bukan senang, namun ianya juga bukanlah satu perkara yang mustahil.
Terdapat beberapa cara yang anda boleh cuba, bagi mendapatkan harga tiket penerbangan yang lebih rendah berbanding harga biasa.
Mungkin terdapat cara yang saya kongsikan disini, lebih kepada common sense. Atau mungkin juga ia tak applicable dalam situasi anda. Tapi tak apa, anda baca dulu dan nilaikan sendiri.
Mana tahu, ada teknik yang boleh digunakan dan dapat jimatkan duit anda untuk percutian anda dimasa akan datang.
(1) Buat perbandingan harga tiket sebelum membuat bayaran
Walau kemana jua destinasi percutian anda, saya pasti terdapat lebih dari satu syarikat penerbangan yang boleh membawa anda ke tempat tersebut. Justeru, pastikan anda membuat perbandingan harga tiket penerbangan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tempahan.
Terdapat beberapa laman web yang anda boleh gunakan bagi memudahkan anda membuat perbandingan harga tiket penerbangan. Antaranya
(i) Sky Scanner [https://www.skyscanner.com.my]
(ii) Cheap Flights [https://www.cheapflights.com.my]
(iii) Fare Compare [https://www.farecompare.com]
(iv) Airpaz [https://www.airpaz.com]
Menggunakan laman web perbandingan harga seperti ini dapat jimatkan masa kita untuk mencari tiket penerbangan yang murah pada satu-satu masa.
Bandingkan harga tiket yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan pada hari yang sama, ataupun anda boleh juga bandingkan dua syarikat penerbangan untuk dapatkan tawaran yang terbaik.
Seterusnya kalau anda dah jumpa tiket dengan harga yang paling jimat, anda boleh terus buat tempahan dilaman web tersebut, ataupun boleh juga buka laman web rasmi syarikat penerbangan dan buat tempahan disana.
Jika harga tiket pada hari yang anda ingin travel agak mahal, cuba lihat harga tiket pada hari sebelum atau hari keesokkannya. Boleh jadi dengan menjadi lebih fleksibel dengan jadual perjalanan, anda boleh dapatkan harga tiket penerbangan yang lebih murah.
(2) Gunakan dua syarikat penerbangan berbeza
Kalau anda biasa buat tempahan tiket penerbangan, mungkin anda perasan adakalanya harga tiket sehala lagi murah berbanding harga tiket pergi dan balik.
Kita dah dapat harga tiket murah untuk penerbangan satu hala. Kemudian bila kita tambah dengan penerbangan balik, tiba-tiba harga untuk perjalanan tersebut, macam tak berapa jauh beza dengan harga biasa.
Jadi, anda mungkin boleh cuba cara ini. Bila buat tempahan tiket penerbangan tu, anda buat tempahan untuk penerbangan satu hala sahaja. Untuk penerbangan balik, anda beli dari syarikat penerbangan yang lain. Walaupun anda pilih syarikat penerbangan yang berbeza, namun anda masih lagi akan berlepas dari airport yang sama.
(3) Ambil penerbangan anda di lapangan terbang yang berbeza
Tips ini boleh digunakan sekiranya jarak antara lapangan terbang untuk destinasi percutian yang anda bakal kunjungi itu tak jauh antara satu sama lain.
Untuk penerbangan ke luar negara, saya tak pernah cuba lagi cara ini. Tapi kalau penerbangan domestik, saya pernah cuba. Waktu itu, saya pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Dari KLIA 2 saya ambil penerbangan ke Pulau Langkawi.
Baca juga: Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018
Tapi untuk balik ke KL, saya ambil penerbangan dari Alor Setar. Kebetulan pada masa itu, dapat tiket promo dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.
(4) Pilih masa percutian yang tidak ada kena mengena dengan musim perayaan atau cuti sekolah
Ketika musim percutian, memang agak susah nak dapatkan tiket penerbangan murah. Pada masa ini, kebiasaannya semua tiket murah dah dibeli oleh pelanggan lain.
Jadi rancanglah percutian anda, dan elakkan pergi bercuti pada waktu ini.
(5) Pilih hari yang orang jarang travel
Hari yang jarang orang travel ini, selalunya syarikat penerbangan akan tawarkan harga tiket yang lebih murah. Antara hari yang anda boleh pilih adalah Selasa, Rabu dan Khamis. Sebenarnya ayat ini pun tak berapa tepat.
Biar saya cerita berdasarkan pengalaman saya jual tiket kapal terbang sebelum ini. Sebelum ini, saya pernah bekerja sebagai customer service executive untuk syarikat penerbangan Air Asia.
Macam Air Asia, mereka menggunakan sistem harga berperingkat. Sebagai contoh, setiap tiket ada kelas-kelas yang tersendiri.
Kelas A – 10 tiket – Harga RM20
Kelas B – 20 tiket – Harga RM50
Kelas C – 40 tiket – Harga RM70
Kelas D – 50 tiket – Harga RM120
Kelas Promo – 5 tiket – Harga bergantung pada syarikat airline
Sebenarnya, jika pada masa-masa tertentu, anda berjaya dapat tiket yang murah, bukanlah disebabkan oleh pihak Air Asia sedang buat promosi sebab tak ada orang travel pada masa tu, sebaliknya ia disebabkan oleh tiket dengan harga kelas yang rendah masih available kerana tak ada orang yang beli.
(6) Beli tiket semasa promosi
Ya, ini memang common sense. Biasanya, syarikat penerbangan memang akan lancarkan kempen promosi dengan memperkenalkan harga tiket yang cukup murah. Cuma cabarannya ialah, bukan anda seorang yang ingin dapatkan harga murah tersebut.
Anda perlu bersaing dengan pengguna lain, yang juga ingin dapatkan harga tiket murah. Kalau nasib baik, bolehlah dapat. Kalau nasib tak berapa baik, kenalah beli dengan harga yang tinggi sedikit.
(7) Beli tiket sekali dengan tempat penginapan
Kalau pergi bercuti, sudah tentu kita perlu fikirkan kos untuk perjalanan dan juga tempat penginapan. Apa kata anda pertimbangkan untuk buat kira-kira dan campurkan kos perjalanan dengan kos penginapan.
Cuba bandingkan harga kalau anda buat tempahan sekali dengan tempat untuk menginap. Jika ia lebih murah berbanding anda beli asing-asing, apa kata anda beli secara pakej.
Baca juga artikel berkaitan pakej penginapan kombo dengan tiket kapal terbang: Pakej percutian 4 hari 3 malam ke Phuket Thailand dengan kos yang jimat
(8) Beli tiket dengan nombor tempahan yang berlainan
Untuk poin ini, dia ada kena mengena dengan poin nombor 5. Sekali lagi saya ulang, sistem harga bagi tiket kapal terbang ini ada kelas-kelasnya. Contohnya (yang sama)
Kelas A – 10 tiket – Harga RM20
Kelas B – 20 tiket – Harga RM50
Kelas C – 40 tiket – Harga RM70
Kelas D – 50 tiket – Harga RM120
Katakanlah anda nak travel dalam kumpulan seramai 5 orang. Semasa anda nak buat booking, kebetulan tiket kelas A hanya tinggal 4 keping tiket sahaja.
Memandangkan anda nak buat booking untuk 5 orang, dan tiket untuk kelas A hanya berbaki 4 keping sahaja, secara automatik, sistem akan berikan anda harga untuk kelas B yang lebih mahal.
Oleh kerana kita tak tahu, dalam kelas-kelas tiket tersebut, berapa unit yang masih berbaki, jadi kita terpaksa buat try and error.
Mula-mula buat booking untuk satu orang. Kalau dapat harga murah, modify booking dan jadikan booking untuk dua orang.
Jika kita tambah orang dalam booking dan anda perhatikan, harga tiket jadi mahal bermakna anda telah mencapai had kelas tiket tersebut. Dalam situasi ini, saya cadangkan anda pecahkan booking kepada dua.
(9) Jadi pengguna setia dan beli tiket menggunakan point
Ada banyak syarikat penerbangan yang tawarkan program kesetiaan kepada pelanggannya. Jika anda selalu menggunakan perkhidmatan mereka, anda boleh mengumpul mata ganjaran.
Mata ganjaran ini, jika cukup banyak, anda boleh gunakan ia untuk buat tempahan tiket. Selain guna untuk tempah tiket flight, mata ganjaran ini juga boleh digunakan untuk beli in flight meals ataupun bagasi.
Ada lagi ke cara lain yang kita boleh gunakan untuk dapatkan tiket penerbangan dengan harga lebih murah dari harga biasa? Setakat ini, ini sahaja cara yang saya tahu.
Kalau di masa akan datang, ada lagi teknik atau rahsia lain, saya akan tambahkan lagi senaraian ini. Jika anda rasa posting ini berguna, apa kata anda kongsikan kepada rakan anda juga.
The post Tips Cari Tiket Penerbangan Murah untuk percutian anda appeared first on Xplorasi Destinasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://xplorasidestinasi.com/tips-cari-tiket-penerbangan-murah-untuk-percutian-anda/