Travel Ke Hong Kong Dengan Harga Tiket Murah
Hong Kong merupakan antara destinasi tumpuan pelancong terutamanya dari rakyat Malaysia khususnya.. Kepada yang pernah mengunjungi Hong Kong pasti percutian mereka meninggalkan kenangan yang indah.
A Symphony Of Lights Hong Kong
Jika ada rezeki Insya Allah Cik iena akan ke Hong Kong tapi sebelum tu Cik iena kongsikan sedikit apa yang menarik tentang Hong Kong untuk di kunjungi.
Hong Kong merupakan satu wilayah yang terletak di China. Untuk pengetahuan Hong Kong adalah antara negara yang paling terkenal untuk pelancong. Ini adalah kerana kebanyakkannya fasih berbahasa Inggeris. Jadi mudah untuk para pelancong berkomunikasi berbanding negara China yang lain. Hong Kong juga unik sebab boleh lihat gabungan moden dan klasik. Sebab tu Hong Kong dalam list tempat melawat satu hari nanti.
Antara tempat yang boleh boleh di lawati semasa di Hong Kong adalah Victoria Peak. Di Victoria Peak, bukan sahaja boleh menyaksikan keindahan landskap di puncak paling tinggi di Hong Kong malah juga akan dapat melihat pemandangan penuh satu Hong Kong dari atas Victoria Peak.
Selain itu, Disneyland Hong Kong juga merupakan antara tempat yang mesti dikunjungi. Disneyland Hong Kong ni lah yang paling dekat dengan Malaysia. Lebih murah dan dekat berbanding kalau nak ke Disneyland Tokyo, Jepun. Taman tema Disneyland ni sesuai bawak anak anak kecil. Tapi kalau nak lebih cabaran untuk dewasa, boleh lah ke Ocean Park. Ocean Park mempunyai lebih banyak permainan untuk orang dewasa.
Untuk yang kaki shopping, Hong Kong ni banyak tempat yang boleh shopping. Antaranya Ladies Market, Temple Street Market, Sham Shui Po dan Jardin’s Crescent Bazaar. Ada juga yang sesuai dengan barang-barang yang dijual seperti Sneaker Street, Electronics Street, Cat Street, Jade Market, Antique Street dan Flower Market.
Dari review yang baca, rata-rata yang cakap shopping di Hong Kong murah dan berbaloi. Mungkin sebab tu ramai rakyat Malaysia suka melancong ke sana almaklumlah rakyat Malaysia ni memang suka membeli belah.
Hasil carian, ni senarai tempat - tempat menarik lain di Hong Kong yang boleh dilawati:
Victoria PeakPeak TramMuseum Madam TussaudSky 100Avenue Of StarsA Symphony Of LightsPromenade Tsim Sha TsuiCauseway BayTsing Ma BridgeTsim Sha TsuiDragon’s BackRepulse BayKowloon Walled City ParkJumbo KingdomPatung Tian Tan BuddhaPo Lin MonasteryNgong Ping 360Tai OSilver Mine Bay BeachSunset PeakHong Kong Railway Museum1881 HeritageClock TowerStanley MarketHong Kong ParkChungking MansionsLantau IslandCentral Hong KongMong KokLamma IslandHong Kong Zoological and Botanical GardensHong Kong Space MuseumVictoria Harbour
Nak travel ke Hong Kong tapi harga tiket mahal?
Cik iena teringin ke Hong Kong tapi bila Cik iena membuat carian how to book cheap flights to Hong Kong? masih tidak jumpa harga yang murah yang Cik iena inginkan . Cik eina ni memang seorang yang budgetable . Tapi Teringin sangat pergi ke Hong Kong sebab itu ia adalah antara negara ingin Cik iena kunjungi.
Disneyland Hong Kong
Hasil carian google akhirnya Cik iena terpaku seketika terjumpa Promosi hebat Scoot Promo. Wah menarik sangat ni. Sekarang boleh lah Cik iena plan untuk kesana. Harga promosi yang ditawarkan memang berbaloi. Bila cik iena tengok website Scoot Airlines tu rupanya Scoot Airlines memang rajin buat promo termasuklah tiket promo ke Hong Kong. Jadi kepada anda yang nak ke Hong Kong juga jangan lupa bukak website mereka cepat.
Nampaknya Cik iena kene lah arrange masa pula untuk kesana. Dari segi harga tiket ke Hong Kong dah ada yang murah di Scoot Airlines :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ienaeliena.com/2019/02/travel-ke-hong-kong-dengan-harga-tiket-murah.html