Tiket Ets Ipoh Ke Kuala Lumpur Murah


Tiket ETS Ipoh ke Kuala Lumpur murah?Siapa yang tidak mahu jika tiket ETS dijual dengan murah? Apalagi sebagai seorang pelajar yang sering pulang ke rumah di Ipoh dari tempat belajar di Kuala Lumpur (KL) dan kawasan sekitarnya.
Begitu juga dengan penumpang yang sudah berkeluarga dan bekerja di Kuala Lumpur. Sudah pasti tiket ETS murah memberi satu peluang yang baik kepada pengguna ETS Ipoh ke Kuala Lumpur.
ETS
ETS adalah singkatan kepada servis kereta api elektik (Electric Train Service) yang beroperasi di Malaysia semenjak 2010 oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Kereta api yang beroperasi secara elektrik ini sudah menjadi pilihan ramai dalam melakukan perjalanan selain daripada bas kerana dapat menjimatkan waktu perjalanan dengan kelajuan140km/jam. 
Bagi mendapatkan keselesaan dan keselamatan ketika dalam perjalanan, kereta api elektrik menjadi pilihan yang tepat memandangkan harganya yang berpatutan.
Kemudahan seperti tempat duduk yang selesa, berdingin hawa dan mempunyai kemudahan awam seperti tandas, kafe dan surau. Terdapat juga power point bagi plug 3-pin di setiap set tempat tempat duduk.
Susunan Tempat Duduk ETS Ipoh ke Kuala Lumpur Terdapat lima gerabak yang disediakan bagi setiap perjalanan yang dinamakan sebagai koc. Koc diberi nama sebagai A, B, C, D, E dan F.
Setiap koc memberikan ruang untuk 60 penumpang dan 44 penumpang di koc yang mempunyai kafe dan surau. Terdapat ruang antara tempat duduk bagi laluan penumpang menambahkan lagi keselesaan untuk berlegar-legar di kawasan koc. 
Susunan kerusi adalah dua dan dua. Ini bermakna satu barisan mempunyai tempat duduk A, B dan C, D. Sebagai contoh, tempat duduk 2A dan 2B adalah bersebelahan.
Kemudian, terdapat ruang untuk berlegar atau bergerak. Selepas itu, barulah tempat duduk 2C dan 2D. Tempat duduk yang mengadap tingkap adalah tempat duduk A dan tempat duduk D. 
Pemilihan tempat duduk boleh dipilih apabila menempah tiket menggunakan laman web e-Tiket KTMB.
Koc yang mempunyai kemudahan kafe dan surau adalah koc C. Tandas terletak di koc B dan E manakala tandas bagi orang kelainan upaya (OKU) terletak di koc D.  
Jenis Perjalanan
Terdapat tiga jenis perjalanan kereta api elektrik iaitu:
Silver (Berhenti di setiap stesen KTM) 
Harga Tiket Ipoh – KL: RM25 (Selepas diskaun: RM19)
Gold (Berhenti hanya di stesen destinasi KTM) 
Harga Tiket Ipoh – KL: RM36 (Selepas diskaun: RM25
Platinum (Berhenti di beberapa stesen KTM) 
Harga Tiket Ipoh – KL: RM46 (Selepas diskaun: RM31) 
Ketiga-tiga kereta api elektrik mempunyai jumlah koc yang sama namun mempunyai tempoh perjalanan yang berbeza.
Perbezaan antara jenis perjalanan tidaklah terlalu ketara tetapi menjadi keutamaan bagi mereka yang perlu berada di destinasi tepat pada waktunya.  
Ketiga-tiga jenis kereta api elektrik ini mempunyai dua laluan yang berbeza iaitu laluan ke arah Utara dan laluan ke arah Selatan.
Laluan ke arah Utara adalah antara stesen KL Sentral, stesen Ipoh, stesen Butterworth dan stesen Padang Besar. Laluan ke arah Selatan adalah laluan antara stesen KL Sentral dan stesen Gemas. 
Trik mendapat Tiket ETS Ipoh ke Kuala Lumpur Bagi mendapatkan harga tiket yang lebih murah, pengguna perlulah mendaftar sebagai ahli. Yuran keahlian adalah berpatutan iaitu RM30 bagi tempoh setahun dan tambahan RM3 bagi caj pentadbiran.
Pendaftaran adalah mudah dengan hanya mendaftar di laman web KTMB dan memuat naik bukti yang menunjukkan anda seorang pelajar seperti kad matrik. 
Tempoh proses pendaftaran adalah selewat-lewatnya selama sebulan. Maka, para pelajar dinasihatkan untuk mendaftar lebih awal.
Setelah proses pendaftaran berjaya, pelajar akan menerima KTMB iCard Virtual iaitu kad maya di telefon pintar.
Kad maya ini perlu ditunjukkan untuk membeli tiket di kaunter dan ditunjukkan bersama kad pengenalan semasa pemeriksaan di dalam kereta api . 
Ahli boleh mendapat diskaun sebanyak 24% bagi setiap tiket. Sebagai contoh, tiket yang berharga RM25 akan menjadi RM19 selepas diskaun. Ini bermakna, pengurangan sebanyak RM6.
Secara logiknya, yuran RM30 yang kita bayar seperti membayar diskaun RM6 bagi lima perjalanan pertama yang berjumlah RM30. Selepas lima perjalanan, diskaun yang kita dapat adalah percuma. 
Tiket murah Tiket murah hanya boleh didapati dengan menjadi ahli KTMB terutamanya bagi golongan pelajar. Jenis perjalanan bagi tiket murah adalah perjalanan Silver.
Memandangkan kereta api  perjalanan Silver akan berhenti di setiap stesen, maka masa yang diambil adalah lebih lama berbanding Platinum dan Gold. Namun, hanya satu masa perjalanan yang ditawarkan untuk Silver.
Kereta api  perjalanan jenis Silver hanya ditawarkan pada waktu malam bagi perjalanan bermula di stesen KL Sentral dan pada waktu awal pagi bagi perjalanan bermula di stesen Ipoh.
Perjalanan waktu malam adalah pada jam 9.30 malam bagi perjalanan KL ke Ipoh dan jam 5 pagi bagi perjalanan Ipoh ke KL. Tertakluk kepada perubahan jadual perjalanan.
ETS Pilihan Terbaik bagi Pelajar Perkhidmatan ETS adalah satu pilihan perjalanan yang selesa dan selamat. Harganya berpatutan mengikut jenis perjalanan yang boleh dipilih terutamanya bagi pelajar dengan memilih kereta api elektrik jenis Silver.
Pendaftaran sebagai ahli menjadi bonus untuk mendapatkan harga tiket yang murah. 

The post Tiket ETS Ipoh ke Kuala Lumpur murah appeared first on Radio Senyap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.radiosenyap.com/2019/10/tiket-ets-ipoh-ke-kuala-lumpur-murah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jalan Jalan Di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur Paru Paru Hijau Kuala Lumpur

Jalan Jalan Di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur Paru Paru Hijau Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 925 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKL Forest Eco Park atau Taman Eko Rimba KL merupakan antara salah satu hutan simpan kekal tertua di Malaysia Diwartakan pada tahun 1906 KL Forest Eko park dikelilingi hutan bangunan pencakar langit di band...
Cari Vintage Di Pasar Karat Kuala Lumpur Chinatown Petaling Street

Cari Vintage Di Pasar Karat Kuala Lumpur Chinatown Petaling Street

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 258 hits
Tempat ni sudah popular puluhan tahun yang lalu Seingat saya masa sampai di Kuala Lumpur tahun 1999 lokasi Pasar Karat Kuala Lumpur ini dah jadi lokasi wajib bagi peminat barangan vintage Sebelum ni pernah sekali ke sana Sekali lihat sendir...
Buffet Ramadhan 2021 Merentasi Destinasi Di Dewan Perdana Felda D Saji Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2021 Merentasi Destinasi Di Dewan Perdana Felda D Saji Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 541 hits
Hi Korang Kita sambung lagi senarai entri buffet ramadhan 2021 di ini Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid 19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan Kali ini kak lily...
Buffet Ramadhan Menara Kuala Lumpur 2021 Nostalgia Santapan Keluarga

Buffet Ramadhan Menara Kuala Lumpur 2021 Nostalgia Santapan Keluarga

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 831 hits
Alhamdulillah finally guys Sebelum ni nak cuba berbuka puasa di Menara KL tapi tak dapat ekoran PKP Covid19 Akhirnya Mar dapat juga cuba hidangan Buffet Ramadhan di Menara KL yang bertemakan Nostalgia Santapan Keluarga Konsep Nostalgia Sant...
Nhn Perkhidmatan Servis Aircond Terunggul Di Kuala Lumpur Selangor

Nhn Perkhidmatan Servis Aircond Terunggul Di Kuala Lumpur Selangor

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 491 hits
Salam to all readers NHN Perkhidmatan Servis Aircord Terunggul di Kuala Lumpur Selangor Ikutkan kalau aku balik kampung kalau ada masa lapang aku akan kemas rumah dari atas ke bawah dari depan ke belakang rumah termasuklah bab bab cuci kipa...
Buffet Dinner Eastin Kuala Lumpur Icip Icip Kampungku

Buffet Dinner Eastin Kuala Lumpur Icip Icip Kampungku

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 577 hits
ICIP ICIP KAMPUNGKU BUFFET DINNER Eastin Hotel Kuala Lumpur membawakan ICIP ICIP KAMPUNGKU Buffet Dinner sepanjang menyambut ramadhan 2021 Jadi korang semua boleh cepat cepat plan untuk berbuka nanti okay Last week Mar dijemput untuk review...
Kisah Seram Misteri Wanita Ganggu Percutian Sekeluarga Di Kuala Lumpur

Kisah Seram Misteri Wanita Ganggu Percutian Sekeluarga Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 560 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar buat semua pembaca dan kembali lagi dalam rancangan Kisah Seram Apa Minggu Ini Alhamdulillah episod pertama untuk bulan April ini adalah satu perkongsian di Facebook yang sudah lama hampir 8 tah...
Syrian House Restaurant Kuala Lumpur

Syrian House Restaurant Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 447 hits
Hi korang lama nya tak update blog dah bersarang labah blog I Maklumlah banyak sangat kerja dengan kenkangan masa yang tak mengizinkan i update selalu Tapi kalini berkesempatan mengarang dan i rasa ini adalah perkara yang perlu dikongsi ole...
Buka Puasa Buffet Semarak Rasa Ramadhan Di Ruang Legar Wtc Kuala Lumpur

Buka Puasa Buffet Semarak Rasa Ramadhan Di Ruang Legar Wtc Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 613 hits
Teringat berbuka puasa tahun lepas memang menyedihkan dengan wabak covid 19 negara kita sehinggakan kita tidak dapat berbuka di luar Tapi tahun ini Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur masih mengekalkan konsep masakan tradisi Melayu bertemakan...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik