Buffet Ramadhan 2021 Merentasi Destinasi Di Dewan Perdana Felda D Saji Kuala Lumpur


Hi Korang,
Kita sambung lagi senarai entri buffet ramadhan 2021 di www.ciklilyputih.com ini

Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid-19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan

Kali ini kak lily ke Felda D’Saji untuk merasai sendiri menu-menu buffet ramadan yang di sajikan kepada kami


Felda D'Saji kembali dengan menawar dan menyajikan sehingga 88 menu Bufet Ramadan 1442H/2021 mulai 13 April hingga 10 Mei depan sempena menyambut bu Ian Ramadan tahun ini




Sajian pilihan hasil 'air tangan' chef-chef berpengalaman disediakan di empat venue utama iaitu di Dewan Perdana Felda, D'Salai KL Anjung Felda dan di D'Saji Di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor termasuk Tempahan Korporat di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur









Pelbagai hidangan Bufet Ramadan disediakan di Dewan Perdana Felda bertemakan 'Merentasi Destinasi' bakal menyingkap kembali nostalgia berbuka puasa di kampung seperti Asam Pedas Daging Tetel, Opor Daging, ·Ayam Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Rendang Daging Minang, lkan Keli Sambal Hijau, Sayur Goreng Jawa, Sambal Tempoyak Daun Kayu, Pajeri Nenas, Set lkan Belanak dan banyak lagi



Di 'Kaunter D'Saji Specialty' pula dihidangkan Nasi Beriani Ayam dan Kambing lstimewa, Daging Dendeng, Rendang Tok, Ayam Masak Madu Bombay, Ayam Percik, lsi lkan Harum Wangi Sunga Kantan dan lkan Sri Banding. Tidak terhad dengan itu, menu antarabangsa turut dihidangkan di ruangan masakan ltali ('Italian Corner') seperti Pasta Bolognaise, Cabonara & Aglio dan juga meatball beserta 'home made sauce' yang diminati golongan kanak-kanak. Di samping itu, aneka bebola seafood juga disediakan sepanjang. bulan Ramadan tahun ini




Bagi memenuhi pelbagai citarasa pelanggan, Felda D'Saji juga menyediakan Roasted Lamb (Kambing Panggang) bersama Blackpepper Brown Sauce, Mint Sauce, Chilly Sauce, Wedges & Coleslaw. Aneka Jenis Sambal, Aneka Jenis Ulam, Aneka Jenis Kerabu dan Pecal juga disediakan di stall yang disediakan. Bufet Ramadan Felda D'Saji tidak lengkap tanpa aneka pencuci mulut seperti Onde Onde, Popia Basah dan Kuih Denderam yang pastinya dinanti-nanti peminat setia Felda D'Saji saban tahun




Lain-lain juadah tradisional yang disajikan di Dewan Perdana Felda termasuk Lempeng Kelapa & Sambal Bilis, Aneka Jenis Gorengan (Cucur, Pisang, Keledek,Sukun & Keropok Lekor), Dim Sum, Aneka Kuih Melayu (Manis & Pedas), Aneka Jenis Kek, Pastry, Rojak Buah, Aneka Jenis Potongan Buah Buahan dan Aneka Jenis Jeruk Buah


Ramadan Bufet Felda D'Saji di Dewan Perdana Felda turut menjanjikan kelainan dengan kolaborasi bersama Kumpulan Nasyid Rabbani yang bakal mengiringi persembahan nasyid secara live' dan solat terawih berjemaah pada Ramadan tahun ini. Peminat-peminat juga dapat berinteraksi bersama kumpulan nasyid nombor 1 di Malaysia ini

Kemudahan tempat letak kenderaan yang luas dan percuma, surau yang selesa di samping kapasiti besar dewan yang besar semestinya menjanjikan satu pengalaman bermakna di bulan Ramadan ini

Produk terbaru 'Ready to Eat (RTE)'

Bagi memudahkan warga Lembah Klang, Felda D'Saji juga menyediakan sajian untuk bersahur. 

11 produk terbaru 'Ready to Eat (RTE)' yang dipek secara sejuk beku seperti Daging Salai Masak Lemak, Daging Salai Masak Lemak Belimbing Buluh, Daging Salai Masak Lemak Pegaga, Daging Salai Masak Lemak Mangga Muda, Daging Salai Masak Lemak Mangga Muda, ltik Salai, Daging Dendeng, Rendang Daging, Rendang Ayam, Ayam Masak Hitam dan Daging Masak Hitam. Pek-pek ini boleh dihidang hanya di dalam masa 3 minit sahaja setelah dipanaskan. Produk boleh didapati di semua venue dan kafe Felda D'Saji



Felda D'Saji pada Ramadan juga memperkenalkan 4 pilihan ais krim dengan pelbagai variasi rasa seperti vanilla, mangga, yem dan strawberry yang didatangkan bersama tapai di setiap hidangan ais krim tersebut. Bagi penggemar durian, ais krim perisa durian juga disediakan bagi juadah berbuka puasa. Ais Krim merupakan produk terbaru keluaran Felda D'Saji yang mana bakal menembusi pasaran tidak lama lagi


Sementara itu, tema '7 Warisan Salai' menjadi tarikan utama di D'Salai Anjung Felda Kuala Lumpur dan D'Saji Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. 

Sebanyak 7 pilihan menu utama yang diketengahkan kepada warga kota terdiri daripada Daging Salai, ltik Salai, Ayam Salai, Kambing Salai, lkan Keli Salai, Arnab Salai dan Puyuh Salai. Seleksi menu salai ini merupakan pilihan masakan masak lemak cili api yang merupakan menu kegemaran ramai kebanyakan rakyat Malaysia. Selain daripada itu, menu daging salai masak lemak cili api ini juga boleh dinikmati bersama 4 pilihan 'topping' iaitu belimbing buluh, pucukubi, mangga muda dan pegaga yang pastinya menjanjikan kelainan citarasa masakan melayu

Pakej Bufet Ramadan di Dewan Perdana Felda pada tahun ini adalah RM78.00++ bagi dewasa manakala kanak-kanak pula adalah RM38.00++. 
Pelanggan di luar sana juga ditawar Harga Promosi dengan potongan 30% bagi 1 sehingga 3 Ramadan 1442H. 
simple-simple jer kak lily makan, ada arnab salai, asam pedas tulang rusuk dengan udang seekor
sempat jugak kak lily rasa bubur lambuk, kerepok lekor, sotong goreng, dan cucur ermm syukurr

Manakala di D'Salai Anjung Felda dan D'Saji Seksyen 13 Shah Alam pula ditawarkan pilihan Menu Set 2 orang pada kadar harga RM38.00 nett dan pilhan Menu Set 4 orang sebanyak RM75.00 nett di samping pelbagai pilihan menu walk-in dan take away pada kadar harga berpatutan bermula dari RM8.00 setiap menu

so ktorang pun kira orang korporat jugak kan

Pakej Korporat juga disediakan di Dewan Merak Kayangan bagi Syarikat atau Agensi Kerajaan yang ingin menganjurkan majlis rasmi dengan tawaran harga pakej RM48.00++ (Bufet) dan RM78.00 (Dome)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Felda D'Saji di nombor hotline 019-6622525 atau tel: 03-2693 0008/ 03-26988302 atau emel: [email protected]
Jom kita ke :
DEWAN PERDANA FELDANo. 1, Jalan Maktab,Kampung Datuk Keramat,Wilayah Persekutuan,54000 Kuala Lumpur


Telefon : 03 26988302
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Website : http://www.feldadsaji.com.my/
Instagram :https://www.instagram.com/feldadsaji 

Facebook Page : https://www.facebook.com/feldadsaji


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2021, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2021 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau


#BuffetRamadan2021#bukapuasadihotel#hargabuffetramadan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2021/04/buffet-ramadhan-2021-merentasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buffet Ramadhan Menara Kuala Lumpur 2021 Nostalgia Santapan Keluarga

Buffet Ramadhan Menara Kuala Lumpur 2021 Nostalgia Santapan Keluarga

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 831 hits
Alhamdulillah finally guys Sebelum ni nak cuba berbuka puasa di Menara KL tapi tak dapat ekoran PKP Covid19 Akhirnya Mar dapat juga cuba hidangan Buffet Ramadhan di Menara KL yang bertemakan Nostalgia Santapan Keluarga Konsep Nostalgia Sant...
Buffet Ramadhan Di Edc Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan Di Edc Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 925 hits
ALHAMDULILLAH syukur Allah swt masih panjangkan usia untuk kita bertemu ramadhan tahun ini dalam keadaan yang serba kecukupan Ramadhan bulan ibadah insyaAllah kita doakan semoga ada peluang untuk berbuat banyak kebaikkan Kali ini sis nak sh...
Buka Puasa Buffet Semarak Rasa Ramadhan Di Ruang Legar Wtc Kuala Lumpur

Buka Puasa Buffet Semarak Rasa Ramadhan Di Ruang Legar Wtc Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 613 hits
Teringat berbuka puasa tahun lepas memang menyedihkan dengan wabak covid 19 negara kita sehinggakan kita tidak dapat berbuka di luar Tapi tahun ini Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur masih mengekalkan konsep masakan tradisi Melayu bertemakan...
Buffet Dinner Eastin Kuala Lumpur Icip Icip Kampungku

Buffet Dinner Eastin Kuala Lumpur Icip Icip Kampungku

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 576 hits
ICIP ICIP KAMPUNGKU BUFFET DINNER Eastin Hotel Kuala Lumpur membawakan ICIP ICIP KAMPUNGKU Buffet Dinner sepanjang menyambut ramadhan 2021 Jadi korang semua boleh cepat cepat plan untuk berbuka nanti okay Last week Mar dijemput untuk review...
Buffet Ramadhan 2021 Di Marriot Putrajaya Hotel Putrajaya

Buffet Ramadhan 2021 Di Marriot Putrajaya Hotel Putrajaya

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 472 hits
Hi Korang Bermula senarai entri buffet ramadhan 2021 di www ciklilyputih com ini Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid 19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan Mari k...
Buffet Ramadhan 2021 Di S Lasih Padang Asian Cuisine Menawarkan 100 Jenis Pilihan Juadah Memikat

Buffet Ramadhan 2021 Di S Lasih Padang Asian Cuisine Menawarkan 100 Jenis Pilihan Juadah Memikat

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 417 hits
Pejam celik pejam celik eh kejap je dah nak masuk bulan Ramadhan kan Kalau bercakap pasal bulan Ramadhan ni apa memori yang korang boleh recall semula Mesti teringat memori liat nak bangun sahur memori mak marah pagi pagi sebab masing masin...
Buka Puasa Buffet A Touch Of Heritage Di Restoran Rebung Kuala Lumpur

Buka Puasa Buffet A Touch Of Heritage Di Restoran Rebung Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 1093 hits
Siapa tidak kenal duta Pelancongan Makanan Malaysia yang tidak asing lagi iaitu Dato Chef Ismail Seperti tahun tahun yang lepas Restoran Rebung milik Dato Chef Ismail menampilkan lebih daripada 90 jenis menu anataranya lauk pauk yang istime...
Buffet Ramadhan 2021 Bufet Antarabangsa Di Mardhiyyah Hotel Suites Shah Alam

Buffet Ramadhan 2021 Bufet Antarabangsa Di Mardhiyyah Hotel Suites Shah Alam

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 695 hits
Hi Korang Bermula senarai entri buffet ramadhan 2021 di ini Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid 19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan Mardhiyyah Hotel Suites men...
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Kuala Lumpur Selangor 2021

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Kuala Lumpur Selangor 2021

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 1039 hits
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kuala Lumpur Selangor 2021 Zon 1 Kuala Lumpur Putrajaya Zon 1 Selangor Hulu Selangor Gombak Petaling Hulu Langat Sepang Zon 2 Selangor Kuala Selangor Sabak Bernam Zon 3 Selangor Klang Kuala Langat
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah