Kisah Seram Misteri Wanita Ganggu Percutian Sekeluarga Di Kuala Lumpur


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar buat semua pembaca dan kembali lagi dalam rancangan Kisah Seram Apa Minggu Ini? Alhamdulillah, episod pertama untuk bulan April ini adalah satu perkongsian di Facebook yang sudah lama, hampir 8 tahun yang lalu mengenai kisah diganggu di ketika sedang bercuti bersama keluarga. Sama-sama kita membaca perkongsian ini. Mungkin anda pun ada kisah seram ketika percutian? Bolehlah kongsi di sini

KISAH SERAM : MISTERI WANITA MENGGANGGU PERCUTIAN SEKELUARGA DI KUALA LUMPUR

Saya Halil, dan ingin sekali berkongsi pengalaman yang berlaku lima tahun yang lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, di kawasan Masjid India. Begini ceritanya, hari itu hari Sabtu, kami tiba di KL Sentral Kuala Lumpur dari Singapura jam 3 petang dengan menaiki keretapi. Kami terus menaiki teksi dan menuju ke Masjid India untuk bermalam di sebuah hotel di sana. 
Hotel ini boleh dikatakan popular di kalangan pengunjung-pengunjung dari Brunei dan Singapura. Kami ditempatkan di salah sebuah bilik di tingkat tujuh hotel itu. Malam itu saya baru saja balik ke hotel dari membeli barang di salah sebuah kedai di kawasan Masjid India seorang diri. Pada awalnya saya tidak mengikuti isteri, kedua-dua anak saya yang berusia 3 dan 5 tahun bersama anak saudara saya, yang telah pergi berjalan-jalan terlebih dahulu

Setibanya saya di pintu bilik hotel dan belum sempat saya masuk, isteri saya bertanya, "Bang... Ada nampak botol susu Hafiz tak?" Saya menjawab, "Haa...? Mana saya tahu, sayakan baru balik ni. Kenapa, lupa nak bawa ke?" "Takde... Tadi ada sekarang dia tak tahu mana dia letak..." kata isteri saya. Saya pun bertanya pada anak saya yang berusia 3 tahun itu, "Mana Hafiz letak... Hafiz main campak2 ke?" Anak saya jawab, "Takuttt..." Dalam hati saya itulah kali pertama saya dengar dia cakap perkataan "takut". Saya pun mencari dan akhirnya terjumpa botol susunya di bawah katil. Botolnya betul2 berdiri tersembunyi di kaki hujung kepala katil. Dalam hati saya tertanya, "Macamana botol ni boleh berada di sini, dahlah di hujung, sempit pulak tu..."
Saya pun mencapainya dan memberi kepada isteri saya yang sedang mengandung tujuh bulan anak ketiga kami. Saya beritahu isteri itulah kali pertama saya dengar anak saya Hafiz berkata "takut". Kemudian saya mandi dan setelah itu saya dapati semuanya telah lepak. Saya kata pada isteri, "Siang dah nak tidur...??? Baru pukul berapa ni...???" Isteri saya jawab, "Dah penatlah bang... Budak-budak pun dah penat, tadikan kita dah jalan-jalan..." Memandangkan semuanya dah nak tidur, saya pun membancuh kopi panas dan menonton televisyen. Selalunya kalau berwisata, sayalah yang selalu tidur paling lewat. Jadi sedang saya terus menonton televisyen, tiba-tiba kedengaran suara. Suara itu datang dari tandas dan bunyi suara itu seperti seekor itik

Saya terus mendengar lagi kalau-kalau bunyi itu kedengaran lagi, tapi tak ada pula. Saya terus bangun dan menuju ke tandas. Saya periksa di dalam dan saya selak juga bidai ruang mandi di dalam tandas tapi tak ada apa-apa pun. Saya pun keluar dan matikan lampu tandas. Saya duduk semula menonton televisyen dan saya mula berfikir, "Takkan ada itik di sini???" Saya berfikir dan bila saya teringat yang mak saya ada cakap, kalau bunyi itik malam-malam tu tandanya itulah Cik Kak! Meremang bulu roma saya! Saya pun terus bangun dan hidupkan semula lampu tandas kami. Saya tutup pintunya dan sambung menonton televisyen. Kurang dalam 10-15 minit kemudian saya pun membaringkan badan saya di atas katil

Baru saja saya letakkan kepala saya di atas bantal, tiba-tiba seluruh bulu roma saya berdiri. Saya terasa macam sesuatu yang ingin memeluk saya. Terasa badan saya dipeluk kuat sehinggakan saya susah hendak bernafas. Saya meronta-ronta sambil membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an. Saya cuba mencuit isteri saya yang sedang tidur tapi gagal. Disebabkan pelukan dan tekanan yang sangat kuat, berpeluh-peluh saya, habis basah kuyup satu badan. Saya terus cuba melawan meronta-ronta dan akhirnya berjaya juga setelah hampir setengah jam bergelut dengan benda yang saya pun tak tahu apakah ia

Tercungap-cungap saya macam nak semput pun ada. Saya mencapai segelas air di tepi televisyen, rasa haus tak terhingga. Saya terpinga-pinga mencari jawapan. Benda apa yang saya bergelut tadi??? Tapi saya tak tahu jawapannya. Tak lama selepas itu saya terus baring dan merengkan badan saya ke kanan. Alangkah terperanjatnya saya berderau jantung apabila saya dapati ada seorang perempuan sedang duduk, seperti duduk tahiyat dalam solat, di depan mata saya. Dia seperti perempuan yang sedang solat dengan telekung putih. Tapi saya tak nampak mukanya

Saya terus memejamkan mata saya dan berpaling ke kiri semula. Dalam hati saya tertanya siapa perempuan ini? Saya mencuit-cuit isteri saya tetapi isteri saya tak bangun-bangun. Saya perlahan-lahan berpaling lagi ke kanan. Perempuan itu masih ada di situ dengan keadaannya seperti patung yang tak bergerak-gerak. Menggigil saya. Tak pernah saya berhadapan seperti ini. Saya memalingkan semula pandangan saya ke kiri dan baca ayat-ayat suci Al-Qur'an dan saya terus berkata dengan suara yang menggigil, "Siapa kau niii... Apa kau nak dengan aku??? Aku tak jemput kau pun di sini. Pergilah kau dari sini... Jangan ganggu aku dan keluarga aku..." Saya terus baca bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an dan memberanikan diri saya. Dengan perlahan2 saya memaling semula ke kanan dan saya dapati perempuan itu telah tiada

Berpeluh-peluh saya, sambil mengucap "Alhamdulillah" berulang kali. Saya bangun dan duduk di atas katil sambil melihat isteri, anak2 dan anak saudara saya. Semua nyenyak tidur. Saya tak kejutkan mereka semua dan keesokannya barulah saya ceritakan pada isteri saya. Niat di hati nak bermalam selama dua hari tapi kami batalkan dan terus "check-out" dan bermalam di rumah saudara isteri saya. Sampai sekarang saya tak tahu benda apa itu. 
Sumber : Kisah Seram

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/04/kisah-seram-misteri-wanita-ganggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiket Ets Ipoh Ke Kuala Lumpur Murah

Tiket Ets Ipoh Ke Kuala Lumpur Murah

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 380 hits
Tiket ETS Ipoh ke Kuala Lumpur murah Siapa yang tidak mahu jika tiket ETS dijual dengan murah Apalagi sebagai seorang pelajar yang sering pulang ke rumah di Ipoh dari tempat belajar di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya Begitu juga dengan ...
Jalan Jalan Di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur Paru Paru Hijau Kuala Lumpur

Jalan Jalan Di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur Paru Paru Hijau Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 924 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKL Forest Eco Park atau Taman Eko Rimba KL merupakan antara salah satu hutan simpan kekal tertua di Malaysia Diwartakan pada tahun 1906 KL Forest Eko park dikelilingi hutan bangunan pencakar langit di band...
Persis Kisah Drama Wanita Terkejut Pengantin Rupanya Anak Kandung Yang Hilang 20 Tahun Lalu

Persis Kisah Drama Wanita Terkejut Pengantin Rupanya Anak Kandung Yang Hilang 20 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 250 hits
Jika sebelum ini anda menyaksikan lakonan dalam drama di kaca televisyen mempunyai jalan cerita yang agak rumit Namun siapa sangka kisah ibu dan anak ini telah menjadi perhatian seluruh dunia Difahamkan anak lelaki kepada seorang wanita tel...
Cari Vintage Di Pasar Karat Kuala Lumpur Chinatown Petaling Street

Cari Vintage Di Pasar Karat Kuala Lumpur Chinatown Petaling Street

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 258 hits
Tempat ni sudah popular puluhan tahun yang lalu Seingat saya masa sampai di Kuala Lumpur tahun 1999 lokasi Pasar Karat Kuala Lumpur ini dah jadi lokasi wajib bagi peminat barangan vintage Sebelum ni pernah sekali ke sana Sekali lihat sendir...
Syrian House Restaurant Kuala Lumpur

Syrian House Restaurant Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 447 hits
Hi korang lama nya tak update blog dah bersarang labah blog I Maklumlah banyak sangat kerja dengan kenkangan masa yang tak mengizinkan i update selalu Tapi kalini berkesempatan mengarang dan i rasa ini adalah perkara yang perlu dikongsi ole...
Buffet Ramadhan 2021 Merentasi Destinasi Di Dewan Perdana Felda D Saji Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2021 Merentasi Destinasi Di Dewan Perdana Felda D Saji Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 541 hits
Hi Korang Kita sambung lagi senarai entri buffet ramadhan 2021 di ini Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid 19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan Kali ini kak lily...
Buffet Ramadhan Menara Kuala Lumpur 2021 Nostalgia Santapan Keluarga

Buffet Ramadhan Menara Kuala Lumpur 2021 Nostalgia Santapan Keluarga

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 831 hits
Alhamdulillah finally guys Sebelum ni nak cuba berbuka puasa di Menara KL tapi tak dapat ekoran PKP Covid19 Akhirnya Mar dapat juga cuba hidangan Buffet Ramadhan di Menara KL yang bertemakan Nostalgia Santapan Keluarga Konsep Nostalgia Sant...
Kisah Perebutan Kuasa Di Muzium Seni Jtbc Kongsi Barisan Pelakon Drama Misteri Psikologi Duke City

Kisah Perebutan Kuasa Di Muzium Seni Jtbc Kongsi Barisan Pelakon Drama Misteri Psikologi Duke City

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 411 hits
Selepas berteka teki JTBC telah pun mengesahkan barisan pelakon utama untuk drama terbarunya iaitu Duke City Ia merupakan drama thriller misteri psikologi mengenai kehidupan beberapa watak yang bercita cita tinggi dan keinginan berbelit dan...
Kisah Buaya Putih Di Sungai Linggi Asalnya Dari Seorang Wanita Yang Jatuh Ke Dalam Sungai Lalu Berubah Menjadi Buaya

Kisah Buaya Putih Di Sungai Linggi Asalnya Dari Seorang Wanita Yang Jatuh Ke Dalam Sungai Lalu Berubah Menjadi Buaya

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 480 hits
Oleh Sejak dahulu kita sering mendengar cerita orang orang lama tentang kewujudan buaya putih Kisah buaya putih ini ada di serata tempat Antaranya cerita buaya putih di Bera Pahang yang dikatakan sebagai kembar seorang pawang tersohor Di Ku...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab