Tiga Lelaki Ditahan Edar Dadah Bernilai Rm2 Juta Pdrm


Tiga lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam rangkaian pengedaran dadah dan polis merampas 47 kilogram dadah bernilai kira-kira RM2 juta dalam beberapa serbuan di sekitar ibu negara pada Jumaat dan Isnin lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kesemua lelaki tempatan yang ditahan itu berusia antara 28 dan 35 tahun.
Beliau berkata tangkapan pertama membabitkan lelaki berusia 28 tahun pada Jumaat lepas. Dia ditahan ketika berada di dalam sebuah kereta di tepi Jalan Ipoh, di sini, dan polis menemukan dadah disyaki syabu seberat 500 gram.
“Hasil soal siasat, suspek membawa polis ke sebuah kondominium di Jalan Metro Perdana di sini pada hari sama dan polis menemukan syabu seberat 300 gram serta wang tunai RM1,300.
“Susulan itu, pada hari sama, kami menyerbu sebuah lagi kondominium di Taman United, Jalan Klang Lama di sini dan menahan seorang lelaki berusia 35 tahun di pintu lobi kondominium itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Mazlan berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, polis menemukan pelbagai jenis dadah iaitu syabu seberat 30.6 kilogram; heroin (2.9 kilogram); pil eramin 5 (50,000 biji dianggarkan 14.4 kilogram); serta merampas sebuah kereta dan wang tunai berjumlah RM9,500.
“Kedua-dua suspek itu tidak mempunyai rekod jenayah dan negatif dadah,” katanya sambil menambah dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 81,300 penagih dalam satu-satu masa.
Dalam pada itu, Mazlan berkata pada Isnin, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang mempunyai rekod jenayah dan merampas wang tunai berjumlah RM394,000 di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama.
Siasatan lanjut ke unit kondominium itu, polis menemukan sebuah peti besi dan menyita wang tunai sebanyak RM201,080; mata wang asing bernilai RM19,987.93 dan pelbagai barang kemas bernilai RM284,505, katanya sambil memberitahu lelaki terbabit positif dadah.
“Hasil siasatan terhadap kesemua suspek mendapati mereka mempunyai kaitan dalam pengedaran syabu, heroin dan pil Eramin 5 serta disyaki menggunakan penjualan secara dalam talian, mengedar dadah melalui perkhidmatan kiriman cepat tempatan dengan menggunakan bungkusan daun teh bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.
Mazlan berkata rangkaian itu aktif sejak tiga bulan lepas dan polis kini memburu beberapa lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ketiga-tiga lelaki terbabit.
Polis juga masih menyiasat status rumah yang diserbu memandangkan kediaman itu disewa dengan harga tinggi, katanya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
— BERNAMA
The post Tiga lelaki ditahan edar dadah bernilai RM2 Juta – PDRM appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/08/tiga-lelaki-ditahan-edar-dadah-bernilai-rm2-juta-pdrm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Liar Tiga Warga Asing Antara 19 Individu Ditahan Polis Semua Positif Dadah

Parti Liar Tiga Warga Asing Antara 19 Individu Ditahan Polis Semua Positif Dadah

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 323 hits
TAWAU 1 Julai Polis menahan 19 individu termasuk tiga warga Indonesia yang didapati positif dadah terbabit dalam satu parti liar di sebuah rumah di Taman Nordin di sini semalam Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata kesemua 11 le...
Dipercayai Bersekongkol Dengan Sindiket Dadah Antarabangsa Tiga Anggota Polis Ditahan

Dipercayai Bersekongkol Dengan Sindiket Dadah Antarabangsa Tiga Anggota Polis Ditahan

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 320 hits
Johor Bahru Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan Khamis lalu selepas dipercayai bersekongkol dengan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa di sekitar Muar Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata anggota po...
Bedah Plastik Safiey Illias Untuk Jadi Wanita Bernilai Rm2 Juta

Bedah Plastik Safiey Illias Untuk Jadi Wanita Bernilai Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 496 hits
Usahawan kosmetik dan selebriti Safiey Illias mendedahkan dia menjalani proses pembedahan kosmetik pada wajah payudara dan punggung dengan anggaran kos mencecah RM1 juta sehingga RM2 juta Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias be...
Lima Ditahan Termasuk Seorang Wanita Dadah Hampir Rm1 Juta Dirampas Di Ibu Negara

Lima Ditahan Termasuk Seorang Wanita Dadah Hampir Rm1 Juta Dirampas Di Ibu Negara

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 338 hits
Kuala Lumpur Polis menahan lima individu dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai hampir RM1 juta dalam dua serbuan di ibu negara Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata suspek terdiri daripada empat lelaki da...
Empat Lelaki Ditahan Ayam Bernilai Rm46 000 Dirampas

Empat Lelaki Ditahan Ayam Bernilai Rm46 000 Dirampas

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 309 hits
Kota Bharu Empat lelaki berusia antara 33 hingga 43 tahun ditahan anggota Batalion Ke 7 Pasukan Gerakan Am dalam Op Benteng Covid selepas didapati memindahkan ayam daging bernilai RM46 000 tanpa permit Pegawai Pemerintah PGA7 Supt Azhar Nus...
Jpj 2 7 Juta Saman Bernilai Rm800 Juta Tertunggak Sejak 10 Tahun Lalu

Jpj 2 7 Juta Saman Bernilai Rm800 Juta Tertunggak Sejak 10 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 305 hits
PUTRAJAYA 13 JULAI Sebanyak 2 7 juta saman Jabatan Pengangkutan Jalan melibatkan pelbagai kesalahan lalu lintas sejak tahun 2010 dengan nilai kira kira RM800 juta masih belum dijelaskan kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid ...
Melalui J P Morgan Atau Macquarie Anzo Berusaha Mengumpulkan Bon Bernilai Rm500 Juta

Melalui J P Morgan Atau Macquarie Anzo Berusaha Mengumpulkan Bon Bernilai Rm500 Juta

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 350 hits
Melalui J P Morgan atau Macquarie Anzo Berusaha Mengumpulkan Bon Bernilai RM500 Juta Anzo Holdings Bhd mensasarkan J P Morgan dan Macquarie Group untuk membantu menerbitkan bon bernilai RM500 juta bagi syarikat itu untuk mengumpul dana sehi...
Curi Kotak Amal Di Masjid Bernilai Rp 4 Juta Saat Ditangkap Pelaku Hanya Sisakan Uang Rp 50 Ribu

Curi Kotak Amal Di Masjid Bernilai Rp 4 Juta Saat Ditangkap Pelaku Hanya Sisakan Uang Rp 50 Ribu

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 249 hits
Kejadian pencurian kotak amal masjid terjadi di Masjid Darus Sholihin Desa Gumelar Kecamatan Balung Jember Pencurian kotak amal tersebut dilakukan oleh tiga pelaku Satu pelaku berhasil diamankan oleh pihak kepolisian namun dua lainnya masal...
Tuntut Tebusan Rm154 Juta 7 Ditahan Culik Bunuh Datuk Seri

Tuntut Tebusan Rm154 Juta 7 Ditahan Culik Bunuh Datuk Seri

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 449 hits
HULU SELANGOR Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh berhubung kes penculikan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang ditemui mati di Batu 27 Jalan Rawang Bestari Jaya Rawang di sini hari ini Kesemua suspek te...
Insurance Premium Hike In Line With Bnm S Interim Measures Says Prudential

Pasaran As Cuba Untuk Pulih Prospek Serangan As Terhadap Iran Menyokong Harga Minyak

Menteri Besar Terengganu Umum Cuti Hari Ahad 30hb Mac 2025 Cuti Kelepasan Am Sempena Aidilfitri

Menikmati Durian Black Thorn Di Titi Kerawang Stall Balik Pulau

Tik Tok Kena Banned

Allahuakbar Baru Baru Ni Ada Laporan Matahari Terbenam Dengan Cara Yang Aneh Di P

Isu Tapak Kuil Selesai Pengurusan Kuil Setuju Pindah Lokasi Baharu Dr Zaliha

Nasib Ahli Perniagaan Didakwa Pukul Pengawal Peribadi Kerana Berpuasa Diketahui Jumaat Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Muka Sembang Kari Dah Setahun Tunggu Lod Mana Dia Sanusi

Style Guide Modern Vs Traditional Mother Of The Bride Looks

Masih Hidup Ke Tu

Starvendors Kl Mega Raya Fest 2025 Festival No 1 Kembali Memeriahkan Persiapan Syawal

Selangor Govt Ordered To Release Pjd Link Impact Assessment Reports

Independent Black Wave Ready To Shake Up Sabah Polls