Tiga Kepelikan Dalam Kemelut Melaka Zahid Hamidi Sama Macam Mahiaddin Suka Perguna Darurat Untuk Kuasa




 DUN Melaka kini sah telah dibubarkan berikutan setujunya Yang Dipertua Negeri itu, Tun Ali Rustam terhadap cadangan yang dikemukakan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali berkenaan perkara tersebut.
Namun, pengumuman pembubaran itu tidak dilakukan oleh Ketua Menteri sendiri sebagaimana kebiasaan di negeri-negeri lain apabila DUN diumumkan telah diperkenan atau dipersetujui untuk dibubarkan.
Pembubaran DUN peringkat negeri lazimnya akan diumumkan sama ada oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri, sementara di pusat ia akan dilakukan oleh Perdana Menteri.
Tidak pernah Speaker di mana-mana negeri tampil mengumumkan DUN dibubarkan, begitu juga tidak pernah Speaker Dewan Rakyat mengadakan sidang media mengumumkan Parlimen dibubarkan.
Sebaliknya, nampak pelik di Melaka ini apabila pembubaran DUN yang telah dipersetujui Tun Ali Rustam diumumkan oleh Speaker Melaka yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Ab Rauf Yusoh dan bukan oleh Ketua Menteri.
Kenapa tidak Sulaiman sendiri mengumumkannya?
Keluarbiasaan di mana Ketua Menteri sendiri tidak mengumumkan pembubaran DUN itu seolah-olah dengan sendirinya mengesahkan percakapan yang tersebar luas selama ini, malah disebut oleh Idris Haron, bekas Ketua Menteri yang mengumumkan menarik sokongan dua hari lalu bahawa Sulaiman adalah boneka kepada pihak lain dalam menerajui Melaka.
Selain pelik yang pertama kerana Ketua Menteri tidak tampil mengumumkan pembubaran DUN, pelik kedua pula ialah bagaimana Tun Ali Rustam boleh bersetuju dengan cadangan Sulaiman untuk membubarkan Parlimen, sedangkan ketika ini beliau sendiri sedang dikuarantin kerana ada kontak rapat dengan seseorang yang positif Covid19.
Apakah dalam hal ini Tun Ali Rustam tidak dapat merasai bagaimana bahayanya Covid19 kepada kehidupan rakyat Melaka apabila DUN dipersetujui dibubarkan untuk PRN diadakan?
Kenapa Tun Ali tidak menolak cadangan pembubaran itu sebagaimana Tun Khalil Yaakob sebelum ini tidak setuju dengan cadangan pembubaran DUN Melaka oleh Adly Zahari berikutan kerajaan PH dijatuhkan melalui pengkhianatan?
Tambah pelik lagi atau pelik yang ketiga dalam kemelut politik Melaka ini ialah kerana cadangan pembubaran DUN itu paling awal dilontarkan oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebaik saja pengumuman penarikan sokongan empat Adun berkenaan dua hari lalu.
Kata Zahid Hamidi, PRN adalah penyelesaian terbaik bagi kemelut di Melaka itu.
“Saya fikir elok kalau diadakan PRN negeri yang baharu supaya DUN dibubar dan kita beri mandat semula kepada rakyat untuk memilih mana kerajaan yang terbaik untuk mentadbir negeri Melaka,” ujar beliau.
Sudah tentu Ketua Menteri Melaka mengemukakan cadangan pembubaran kepada Tun Ali Rustam adalah berikutan keinginan yang diluahkan Zahid Hamidi secara terbuka itu.
Begitu pun, setelah DUN Melaka diumumkan dibubarkan, Zahid Hamidi sekali lagi tampil mencadangkan agar darurat diisytiharkan pula bagi menghalang PRN daripada diadakan.
Kata beliau, darurat boleh diisytiharkan untuk menangguhkan PRN di Melaka sebagaimana dilakukan di Sarawak di mana PRN telah ditangguhkan, walaupun tempoh matang DUN sudah berakhir.
Beberapa pihak, termasuk Pemuda UMNO turut bersetuju dengan saranan Zahid Hamidi itu.
Amatlah pelik kenapa setelah mencadangkan pembubaran DUN dan ia telah dipersetujui, kemudian Zahid Hamidi tampil pula dengan cadangan baru iaitu darurat?
Jika benar prihatin dengan wabak Covid19, kenapa sejak awal lagi Zahid Hamidi mencadangkan DUN Melaka dibubarkan?
Tidak belajarkah daripada PRN Sabah?
Adakah ini cara UMNO untuk kekal berkuasa dan mengelak kejatuhan kerajaan negeri, meski sokongan majoriti terhadap Ketua Menteri sudah sah tiada lagi?
Ternampak dalam hal ini, UMNO khususnya Zahid Hamidi tiada beza pun dengan Mahiaddin Md Yasin yang cuba berlindung di sebalik darurat untuk memastikan kuasa tidak terlepas ke tangan pihak lain.
Dulu bukan main pandai mengkritik Mahiaddin kerana mempergunakan darurat untuk melindungi kuasa dalam tangannya, kenapa bersikap sama sekarang ini?
Seharusnya jika sudah mencadangkan pembubaran DUN dan ia telah dipersetujui oleh Yang Dipertua Negeri, UMNO tidak lagi cuba melakukan muslihat Pusingan U dengan tidak setuju pula PRN diadakan sambil mengesyorkan darurat sebagai gantiannya.
Adakah UMNO takut berdepan PRN dan tidak yakin mampu meraih kemenangan di Melaka?
Bukankah lebih bermaruah, tambahan lagi sokongan majoriti pun Adun kepada Sulaiman sebagai Ketua Menteri pun sudah tiada, serah sajalah pentadbiran kerajaan negeri kepada pihak yang lebih berhak, lebih berkemampuan dan bukan boneka kepada sesiapa.
Realitinya, tidak perlu PRN dan tidak perlu juga darurat, yang perlu hanyalah kerajaan baru dan Ketua Menteri baru. – ShahbudinHusin 06/10/2021.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/tiga-kepelikan-dalam-kemelut-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizen Kecam Cadangan Zahid Isytihar Darurat Di Melaka Kenapa Tak Buat Mageran Masa Umno Gulingkan Muhyiddin

Netizen Kecam Cadangan Zahid Isytihar Darurat Di Melaka Kenapa Tak Buat Mageran Masa Umno Gulingkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 202 hits
October 6 2021 Sebenarnya aku tak berminat komen pasal krisis politik di Melaka Tapi kejap tadi lihat video kenyataan presiden UMNO Zahid hamidi di Awani begitu dangkal cadangkan Dharurat di Melaka kononnya merujuk Politik di Sarawak Inilah...
Krisis Melaka Zahid Beri Isyarat Senario Sama Boleh Berlaku Terhadap Pm

Krisis Melaka Zahid Beri Isyarat Senario Sama Boleh Berlaku Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 441 hits
agendaily com5 10 2021Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Adakah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya sedang memberi isyarat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahaw...
Hanya Guna 2 Bahan Coklat Nestum Bar Rasa Sama Macam Kitkat

Hanya Guna 2 Bahan Coklat Nestum Bar Rasa Sama Macam Kitkat

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 341 hits
Buatkan coklat nestum bar untuk anak anak Rasanya memang sama macam kitkat Hanya guna 2 bahan je nestum dan coklat Resipi yang dikongsi Ida Zaida ini sangat simple dan yang penting tak perlu nak bakar RESIPI COKLAT NESTUM BARBAHAN BAHAN 500...
Datuk Zaharin Respon Isu Pandora Report Melaka Istihar Darurat Umno Me

Datuk Zaharin Respon Isu Pandora Report Melaka Istihar Darurat Umno Me

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 278 hits
Datuk Zaharin mengulas Pandora Papers yang mendedahkan kekayaan pemimpin negara dan isu Zahid Hamidi mengusulkan istihar darurat kepada negeri Melaka untuk mengelakkan berlakunya PRN
Zahid Saran Bubar Dun Melaka

Zahid Saran Bubar Dun Melaka

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 211 hits
MALAYSIA POST PRESIDEN Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan Dewan Undangan Negeri Melaka dibubar bagi menyelesaikan kemelut politik negeri itu Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata sewajarnya mandat dikembalikan kepada rakyat untu...
Krisis Melaka Zahid Tarik Sokongan Boleh Kenapa Dua Adun Umno Tak Boleh

Krisis Melaka Zahid Tarik Sokongan Boleh Kenapa Dua Adun Umno Tak Boleh

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 294 hits
agendadaily com4 10 2021ADUN UMNO Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan ADUN UMNO Pantai Kundor menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka daripada parti itu Datuk Seri Sulaiman Md Ali Tidak ada isu semasa Preside...
Klip Audio Tular Idris Pm Dedah Perebutan Kuasa Umno Melaka

Klip Audio Tular Idris Pm Dedah Perebutan Kuasa Umno Melaka

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 290 hits
agendaily com12 10 2021Datuk Seri Idris Haron Klip audio tular berdurasi tujuh minit dalam media sosial antara bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan situasi seben...
Rasuah Itu Suka Sama Suka Dan Ia Tidak Dibawah Hudud

Rasuah Itu Suka Sama Suka Dan Ia Tidak Dibawah Hudud

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 190 hits
LIYANA MARZUKIAda politikus mengaku ulamak keluarkan dalil Rasuah tu bukan mencuri Ianya jadi sebab suka sama suka Bukan bawah hudud pun Pengsan kita dengar Sampai begitu sekali dalil yang keluar Dulu dah lah keluar amanat sesat untuk kafir...
Suka Makan Kimchi Boleh Buat Macam Ni Ikut Rasa Tekak Melayu

Suka Makan Kimchi Boleh Buat Macam Ni Ikut Rasa Tekak Melayu

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 282 hits
Siapa di sini suka makan kimchi tapi masih nak rasa ikut tekak Melayu Jangan risau kita boleh ubah ikut selera sendiri Menerusi perkongsian daripada Noor Azmawani Ismail ini anggaran kos bahan mentah untuk menyediakan kimchi tak sampai RM10...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur