18 Resepi Kuih Tradisional Melayu Yang Famous Ketika Ramadhan


18 Resepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Haa pejam celik pejam celik, dah nak dekat dah kita dengan bulan Ramadhan; bulan yang dinanti-nanti untuk memperoleh pahala berlipat kali ganda. Bila tiba Ramadhan, of course Bazar telah menanti kita pada setiap petang. Penuh dengan pelbagai jenis makanan dan masakan; termasuklah kuih muih pelbagai rasa, kuih tradisi Melayu dan moden. Tapi! Siapa-siapa yang nak jimat duit Ramadan kali ni atau berniat mahu memasak kuih kegemaran sendiri untuk keluarga; suami dan anak anak kesayangan di rumah.. this is for you! 18 Resepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan...

Eh jap.. tapi belum masuk bulan puasa lagi. Kenapa nak cerita sekarang? Supaya boleh la nak plan daripada sekarang. Rancang minggu pertama masak apa, minggu kedua kuih apa pula. Buat jadual siap siap ke. Beli bahan terus ke. Tibee hahaha. 
Resepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan!
1. RESEPI KUIH SAGUOleh: MaklangResepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - kuih saguBahan-bahan:150 gram sagu mata ikan2 cawan air1/2 cawan gula - ikut manis sendiri (rasa dengan lidah)Daun pandanPewarna hijau/ merahKelapa parut digaul sedikit dengan garam
Cara-cara:1. Basuh sagu dengan air dan toskan. Jangan lama-lama basuh, nanti hancur pula.2. Masak air bersama gula hingga hancur3. Campakkan daun pandan kasi wangi. Bila air dah mendidih dan gula dah hancur, letakkan sedikit pewarna yang disukai kemudian kacau.4. Akhir sekali baru masukkan sagu, kacau kacau sampai sagu tu bertukar menjadi jernih dan bila dah pekat, tuang ke dalam loyang.5. Bila dah sejuk bolehlah dipotong dan digaul bersama kelapa parut.
2. RESEPI KUIH KASWI / KUIH KASUIResepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - kuih kasuiBAHAN-BAHAN:Tepung ubi (2 sudu besar)Tepung beras (2 cawan)Daun pandan (3 helai)Santan pekat (1 cawan)Air (2 cawan)Gula merah (2 cawan)Air kapur (2 sudu besar) - pekat sedikitGaram (1/2 sudu kecil)
CARA MEMBUATNYA:1. Masukkan gula merah dalam dua cawan air dan masak. Kemudian masukkan daun pandan.2. Biarkan air gula merah sejuk seketika.3. Sementara itu, satukan bahan-bahan lain dan kacau hingga sebati.4. Sapu sedikit minyak pada loyang bagi elak doh melekat dan panaskan pengukus.5. Setelah mendidih baru masukkan loyang dan kukus kuih selama 45 minit.6. Tunggu sejuk, baru potong kuih dan gaul dengan kelapa yang dicampur dengan secubit garam.
TIP:Jangan bubuh tepung ubi terlalu banyak, nanti kuih kaswi akan jadi liat dan tak sedap.
3. RESEPI KUIH TEPUNG PELITA/ LIMASResepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - kuih limas/ tepung pelitaBahan-bahan:
UNTUK LAPISAN BAWAH (HIJAU)Tepung beras (1/2 cawan)Air daun pandan (2 cawan)Secubit kapur makan
UNTUK LAPISAN ATAS (SANTAN)Tepung beras (1/2 cawan)Santan (2 1/2 cawan)Secubit garam
Satukan semua bahan lapisan atas dan masak atas dapur sembil dikacau hingga mengeluarkan wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam masa 10 minit.
CARA MEMBUAT LAPISAN BAWAH:
1. Kisarkan dalam empat atau lima dauna pandan untuk dijadikan air.2. campurkan semua bahan untuk lapisan hijau. Kemudian panaskan pengukus hingga air mendidih.3. Susun bekas daun pisang yang empat segi dalam pengukus.4. Isikan satu sudu kecil gula dalam setiap bekas. Selepas itu, tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh.5. Kukus selama 15 minit dan setelah masak tuangkan bahan untuk lapisan atas. Siap!
4. RESEPI KUIH KERIAResepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - kuih keriaBahan-bahan:
KeledekTepung gandumGulaAir
Cara-cara memasak:
1. Kupas keledek dan masukkan ke dalam periuk.2. Rebus keledek sehingga lembut.3. Tumbuk (lenyekkan) keledek yang sudah direbus itu sehingga hancur dengan menggunakan pelenyek (kalau saya, saya guna botol kaca je untuk lenyekkan keledek).4. Kemudian, masukkan tepung gandum ke dalam keledek tersebut dan gaulkan sehingga boleh dikepal-kepal (empuk + lembut).5. Kemudian, bulat-bulat kan keledek tersebut dan bentukkan menjadi bentuk yang kita mahu (bulat-bulat ATAU bentuk keria ATAU bentuk yang kita suka).6. Kemudian, goreng kuih keria tersebut.
Okay dah settle goreng kuih keria. Then, kita sira gula kuih keria pula.
1. Pasang api sederhana.2. Masukkan 1 cawan gula & 1/2 (setengah) cawan air ke dalam kuali.3. Kemudian, kacau sehingga menjadi cair + likat.4. Bila dah likat, tutup api. Dan terus masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi ke dalam kuali.5. Gaul rata sehingga kering. (kering di sini bermaksud serbuk gula putih muncul)Resepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - kuih keriaSIAP!
5. RESEPI KUIH KARIPAP AYAM/ DAGING
Bahan-Bahan Inti Ayam/ Daging/ Sardin:
- isi ayam/daging (hiris nipis/dadu)- 1 labu bawang besar dipotong dadu (bahagikan dua bahagian)- 2 biji ubi kentang dipotong dadu- 3 sudu besar cili kering kisar (kalau tak suka pedas, kurangkan)- 2 sudu besar serbuk kari- 3 ulas bawang merah (dikisar)- 2 ulas bawang putih (dikisar)- minyak masak untuk menumis
Cara Masak Inti Karipap ayam/ daging:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu tadi. Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi. Kacau perlahan sehingga naik bau, masukkan cili kering kisar. Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih dahulu.
4. Masukkan satu cawan air supaya kentang cepat empuk. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat lembutkan kentang dengan cepat.
5. Masukkan isi ayam/ daging yang sudah direbus diikuti separuh lagi bawang besar yang dipotong dadu.
6. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering
7. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan boleh di buat inti karipap.
Bahan-bahan untuk buat kulit karipap:- 500 gram tepung gandum (untuk 40-50 biji karipap)- 2 senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu (boleh cairkan planta atau marjerin)- 1 mug sederhana besar berisi air (biasa/ air sejuk dalam peti ais) yang sudah dilarutkan dengan garam- 50g tepung Beras (anggaran setengah senduk nasi)- 50g tepung Ubi (anggaran setengah senduk nasi)Resepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - kuih karipap dagingCara buat kulit karipap:
1. Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli. Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum. Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas. Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
2. Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi. Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit)
3. Sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap, uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti. Anda boleh pilih, sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
4. Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli, kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air. Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.
6. RESEPI KUIH LAPISResepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - kuih lapisNak makan kueh lapis yang goyang-goyang dan pejal, meh try resepi ni :)
Bahan-bahan:1 cawan tepung beras1/2 cawan tepung gandum1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis sangat)1 sudu teh garam2 paket santan serbuk1 st minyak masak3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.4 cawan air (jangan penuh sangat)
Cara-cara:
1. Dalam blender, masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak, garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air, kacau rata.3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dengan pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.4. Untuk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dengan sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cawan adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.5. Lepas 5 minit, masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2 minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.6. Lapis yang terakhir warna hijau dikukus selama 20 minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.7. Dengan hati-hati tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Untuk lebih kemas, kuih ini boleh dipotong dengan benang dan setiap lapisan kuih ini boleh dibuka.
*Jika guna loyang non stick, tak perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dengan minyak.
7. RESEPI POPIA GORENG SAMBAL PEDAS MUDAH DAN SEDAP!Sumber resipi: Resepi Makanan MalaysiaResepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - popia gorengBahan-bahan:
SambalSegenggam cili kering1 sudu udang kering1 labu bawang putih1/2 cawan gulaGaram secukup rasaPopiaKulit popiaKarot (carrot)Sengkuang
Cara-cara:
1. Rebus cili kering hingga lembut dan kisar bersama bawang putih dan udang kering. Tambahkan sedikit air sahaja.2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.3. Kemudian masukkan gula dan garam.4. Sagat karot dan sengkuang hendahlah dipotong mancis.5. Toskan sayur atas tisu supaya sayur kering.6. Gulungkan sayur menggunakan kulit popia dan pastikan lekat menggunakan air supaya popia tidak terbuka ketika menggoreng.7. Goreng popia dengan api yang sederhana kuat dan minyak hendaklah betul-betul panas.8. Golekkan popia yang telah digoreng bersama sambal manis. Taburkan bijan dan sedia dihidang.
8. RESEPI DONUT GEBU GEBAS TANPA ULIResepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - donutBAHAN & CARA MEMASAK:
1 paket yis kering2 sudu susu pekat1 cawan air suam2 sudu gula- campurkan bahan-bahan ni dan biarkan kembang4 cawan tepung gandum2 sudu marjerin2 sudu teh baking powder1 sudu teh garam
1. Ramaskan bahan-bahan ni hingga jadi macam serbuk roti. kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.2. Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye. Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahaha.3. Lepas satu jam, tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. Kemudian, ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la sikit tepung untuk terap acuan.4. Biarkan selama 30 minit atau sehingga donut kembang.. Lepas tu boleh goreng.5. Untuk frozen goreng sekejap je ye.
#donut #resepi #masakan #kuih #airtanganaida #aidafahmi
9. RESEPI APAM NASI / APAM TEPUNG BERASResepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - apam nasi/ tepung berasBahan-bahan:2 cawan nasi2 cawan tepung beras cap teratai2 cawan tepung gandum1 1/2 cawan gula1 peket mauripan2 1/2 cawan airPewarna
Cara penyediaan:1. Blender halus gula nasi dan air2. Campur semua tepung dan mauripan. Kacau sebati dan perap 2 jam.3. Adunan akan naik kacau sebati dulu untuk buang gelembung udara dan warnakan ikut pilihan4. Acuan sapu minyak sedikit dan tuang adunan jangan penuh sangat.5. Kukus 15- 20 minit api sederhana. Kalau nak merekah, kukus api besar.
10. RESEPI KUIH PUTERI AYUBy: Azlina InaResepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - puteri ayuBahan-bahan & cara membuatnya:
(1)2 cawan kelapa parut muda2 sudu besar tepung ubiSedikit garam- satukan bahan di atas, gaul sebati- isikan ke dasar acuan, tekan tekan sedikit*sapukan acuan dengan sedikit minyak terlebih dahulu*
(2)2 cawan tepung gandum1 sudu kecil baking powder- ayak bersama
(3)1/2 cawan santan cair4 helai daun pandan (potong kecil)Sedikit pewarna hijau- satukan bahan bahan di atas, blend dan tapiskan- kemudian, tambahkan 1/2 cawan santan pekat
(4)2 biji telur1 sudu kecil pewarna hijau1 sudu besar ovalette1 cawan gula halus- satukan, mix 5 minit- mix hingga adunan kembang (jatuhan adunan perlahan jika diangkat)- perlahankan mixer, masukkan bahan (3) tadi sedikit demi sedikit- masukkan tepung (2), matikan mixer- tuangkan adunan ke dalam acuan, susun ke dalam loyang dan tutup dengan plastic wrap (optional)- kukus 5-8 minit, api besar- keluarkan dari acuan & sedia untuk dihidang
11. RESEPI KUIH LOPES PULUTResepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - kuih lopes pulutBahan-bahan:3 cawan beras pulut (rendam 2 jam)1 cawan jus pandan1 sudu teh air kapur- satukan bahan di atas dalam loyang
- kukus daun pisang selama 20 minit untuk membungkus- kelapa parut digaul bersama sedikit garam- ambil 3 senduk makan pulut yang dikukus tadi dan bungkus dalam daun pisang- kemaskan, ikat dengan getah- buat sehingga habis- rebus tenggelam selama 30minit- sejukkan, potong, gaul kelapa- hidangkan bersama air gula
Cara Buat Air Gula Melaka:
3 keping gula melaka/ melaka6 sudu makan gula pasir (bilangan nak berapa ikut manis masing masing)2 helai daun pandan2 1/2 cawan air
- satukan, masak dan tapis sejukkan
12. RESEPI KUIH CARA MANISResepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - kuih cara manisBahan-bahan:2 cawan tepung gandum1 cawan air1 cawan air pandan (dari 5 helai pandan)1 cawan santan pekat1 biji telur1 sudu teh garamSedikit pewarna hijauGula pasir secukupnyaAcuan kuih cara
Caranya:1. Satukan kesemua bahan, sebatikan / blend2. Panaskan acuan / laser minyak3. Tuangkan adunan4. Masukkan 1 sudu teh gula pasit5. Tutup acuan6. Bakar sehingga masak/ api perlahan (guna dapur gas pun boleh)Siap!
13. RESEPI KUIH BUAH MELAKA / Onde-ondeResepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - kuih buah melakaBahan-bahan (5-6 orang) :500 gram tepung pulut1 sudu kecil pewarna daun pandan (hijau)1 keping gula Melaka (dipotong kecil kecil)Kelapa parutAir secukupnya
Cara cara:1. Gaul tepung pulut dan dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dimakan!
14. RESEPI KUIH BAKAR/ BENGKANGResepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - kuih bakar/ bengkangHidangan untuk 3 biji
Bahan:1 cawan tepung gandum (lebihkan 2 sudu besar)1 cawan gula kastorSecubit garam1 cawan air pandan (5 helai daun blender)1 cawan susu cair3 biji telur gred ABijan (hiasan)
Cara memasak:1. Campur semua bahan kecuali bijan. Mix sebati2. Tapis sebelum masuk dalam acuan3. Tabur bijan4. Bakar suhu 170° selama 45 minit (api bawah)5. Extra 5 minit (api atas)
Tips:Kalau tak nak adunan melekat pada acuan senang je.. Caranya panaskan dulu acuan atas dapur. Letak sesudu minyak masak. Dah panas baru letak adunan dalamnya. Dah tu baru masukkan dalam oven ye.
InshaaAllah tak melekat. Keluar oven je terus telengkop kan atas tray. Cantjk je kejadiannya tau.
15. RESEPI KUIH KETAYAP/ KUIH DADARResepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - kuih ketayapBahan-bahannya:
Untuk Kulit:1 cawan tepung gandum2 biji telur3 helai daun pandan1 1/2 cawan santan1 1/2 sudu teh garam2 sudu makan minyak masakBeberapa titis pewarna hijau (jika perlu)
Bahan inti:1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis boleh kurangkan1/2 sudu teh garam2 helai daun pandan - disimpulkan1/2 cawan air2 sudu makan tepung gandum
Cara Membuat Intinya:1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.2. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali sekala hingga airnya kering.3. Bila inti dalam keadaan agak agak lembab taburkan tepung gandum. Kacau rata. (fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai)4. Sejukkan inti.
Cara Membuat Kulitnya:
1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek pendek dengan santan. Tapis dan perah.2. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel).4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (boleh simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.7. Biarkan kuih masak. (tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah nerwarna hijau semuanya).8. Angkat. Ketepikan.9. Ulang langkah 5-8 hingga adunan habis.10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang telah siap tadi.11. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ketepikan.12. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, boleh lah dihidangkan.
16. RESEPI KUIH KOCI PULUT HITAMOleh: Mas CotekResepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - kuih kociBahan Doh:1 1/2 cawan tepung pulut3/4 cawan tepung pulut hitam1 1/2 cawan santan
- satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam- masukkan santan sedikit-sedikit- berhenti masukkan santan bila dah cukup lembut
Nota: jika tiada tepung pulut hitam, cuci bersih pulut hitam, blend, ayak dan sukat.
Bahan Inti:1/2 biji kelapa parut1 cawan gula merah2 sudu besar gula pasir2 helai daun pandan disimpul
- masak kesemua bahan dan sejukkan.
Bahan lain: daun pisang secukupnya untuk bungkus kuih koci
Bahan Dadih:2 cawan santan2 sudu besar tepung beras1 sudu besar tepung gandum
- masak sehingga pekat (naik wap.. Tutup api)
Penyediaan:1. Bulatkan doh, masukkan inti. Buat sehingga habis.2. Didihkan air. Rebus seperti buah melaka.3. Angkat. Toskan.4. Masukkan ke dalam dadih5. Bungkus dan kukus 7 minit.
17. RESEPI KUIH TEPUNG GOMAK INTI KACANG MERAHOleh: Sanuja nujaResepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - kuih tepung gomakINTI:- saya pakai inti kacang merah yang dah siap dijual
KULIT:- 1 cawan tepung pulut + 1 sudu besar tepung gandum. Air secukupnya untuk uli tepung
SALUTAN:- kacang hijau yang dah dikupas kulit- sangai (goreng tanpa minyak)- bila dah sejuk, blend dan ayak.
Cara cara menyediakan:1. Bulatkan inti dan kemudian leperkan tepung salut pada keseluruhan inti.2. Bentukkan ikut citarasa.. Nak leper atau bulat3. Rebus kuih sehingga kuih timbul4. Salutkan dengan serbuk kacang tadi.
18. RESEPI KUIH SERI MUKA ISTIMEWABy: Azie KitchenResepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan - kuih seri mukaBahan-bahan:
- untuk LAPISAN BAWAH3 cawan beras pulut (rendam 1-2 jam - guna 2 1/2 cawan)3 cawan santan (guna 2 cawan)1 sudu kecil garam
Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang. Kukus di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak. Angkat dan tekan sedikit sehingga mampat.
- untuk LAPISAN ATAS4 cawan santan pekat (atau 2 biji kelapa dikisar dengan air daun pandan)2 cawan gula pasir4 biji telur (guna saiz B)1 cawan tepung gandum (padatkan)1 sudu kecil garam
CARA MEMBUATNYA
1. Kisar daun pandan dan tapis airnya. Masukkan air daun pandan ke dalam kelapa parut dan kisar untuk dapatkan jumlah santan yang diperlukan. Telur dan gula dipukul. Tak perlu hancur sangat. Masukkan dua cawan santan terlebih dulu, kemudian, pukul seketika.2. Masukkan tepung dan kacau rata sebelum masukkan baki santan ke dalam loyang. (Jangan terlebih pukul bagi menghasilkan permukaan kuih yang rata). Masukkan lapisan bawah ke dalam pengukus dan kukus sehingga panas, baru ditapis adunan di atasnya dengan perlahan-lahan di sekeliling loyang.3. Kukus selama 45 minit sehingga satu jam atau sehingga masak. Mula-mula kukus dengan api kuat dalam 10 minit. Bila nampak permukaan menggelembung, buka penutup dulu kemudian tutup semula.4. Untuk 5 minit terakhir, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat, menandakan lapisan atas telah masak.5. Setelah betul-betul sejuk satu ke dua jam, baru potong untuk mendapatkan potongan yang cantik.
Tip mengukus:Balut penutup pengukus dengan tuala atau kain tebal untuk mengelakkan air menitis di atas permukaan kuih. Pastikan penutup pengukus bertutup rapat.
Selamat mencuba!

Disclaimer: hampir semua resepi dan gambar di atas bukan milik saya. Credit to its owner :)
BACA JUGA:
Resepi Badak Berendam Mudah dan Sedap!
7 Resepi Lepat - Pisang, Ubi, Cendol, Labu, Jagung, Nagasari, Liat Tradisi
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2019/04/18-resepi-kuih-tradisional-melayu-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Foto Video Majlis Bertandang Fasha Sandha Berkonsep Melayu Tradisional Cantik

Foto Video Majlis Bertandang Fasha Sandha Berkonsep Melayu Tradisional Cantik

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 824 hits
FOTO VIDEO Majlis Bertandang Fasha Sandha Berkonsep Melayu Tradisional Cantik Hari ini berlangsungnya majlis bertandang bagi pasangan pengantin Fasha Sandha dan Aidil Aziz di Rembau Negeri Sembilan Majlis yang diadakan di kampung halaman Ai...
Resepi Cornflakes Madu Kuih Raya Mudah

Resepi Cornflakes Madu Kuih Raya Mudah

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 1212 hits
Kuih Raya Mudah Cornflakes MaduCornflakes Madu Hari raya tak lengkap tanpa biskutnya kan Ada yang memilih untuk buat sendiri atau beli yang dah siap terus Ikut kelapangan masa masing masing juga kan Kalau ada masa terluang boleh buat sendir...
Feebay Co Konsep Grab And Go Tapi Masih Ada Menu Tradisional Melayu

Feebay Co Konsep Grab And Go Tapi Masih Ada Menu Tradisional Melayu

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 1679 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Selalunya makanan yang terdapat kat kafe mesti makanan yang simple dan mudah untuk dinikmati hanya perlu pergi kaunter bayar dan makan Itulah cara ...
Hukum Berkumur Ketika Wuduk Bulan Ramadhan

Hukum Berkumur Ketika Wuduk Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 340 hits
Jom dengar penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus Semoga manfaat untuk kita masuk Ramadhan tahun ini
Tips Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Tips Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 376 hits
Pejam celik pejam celik tinggal berapa hari je lagi nak puasa kan Inilah bulan yang ditunggu tunggu untuk tingkatkan amal ibadat kita Jadi kita haruslah kekal cergas bertenaga ketika berpuasa di bulan Ramadhan Ini supaya kita dapat berpuasa...
Pelbagai Resepi Ikan Bakar Berserta Air Asam Pencecah Yang Harus Anda Cuba Sepanjang Ramadhan

Pelbagai Resepi Ikan Bakar Berserta Air Asam Pencecah Yang Harus Anda Cuba Sepanjang Ramadhan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 1187 hits
Pelbagai Resepi Ikan Bakar Berserta Air Asam P encecah Yang Harus Anda Cuba Sepanjang RamadhanResepi ikan isi masak asam cukaBahan2
Jadilah Peribadi Yang Ketika Di Lukai Tidak Rapuh Dan Ketika Di Sanjungi Tidak Angkuh 9337

Jadilah Peribadi Yang Ketika Di Lukai Tidak Rapuh Dan Ketika Di Sanjungi Tidak Angkuh 9337

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 296 hits
Banyak Orang Tahajud Jarang Meminta 4 Hal Ini oleh Ustadz Adi Hidayatby SHALAT tahajud adalah shalat sunnah yang dikerjakan di malam hari setelah seseorang bangun dari tidur Ibadah ini termasuk sunnah mu akad yaitu sunnah yang dikuatkan den...
Ecb Mengekalkan Dasar Tidak Berubah Ketika Kemelesetan Global

Ecb Mengekalkan Dasar Tidak Berubah Ketika Kemelesetan Global

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 260 hits
Dasar ECB kekal tidak berubah Pengawal selia akan terus meneruskan dasar monetari yang sangat mudah dengan menyediakan langkah langkah rangsangan baru baru ini dengan peluang untuk mendapatkan kedudukan dalam ekonomi dan menentang penyebara...
Kau Tendang Kepala Anak Aku Kau Ingat Bola Ke Isma Bengang Kepala Anak Kena Terajang Ketika Taekwondo

Kau Tendang Kepala Anak Aku Kau Ingat Bola Ke Isma Bengang Kepala Anak Kena Terajang Ketika Taekwondo

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 703 hits
Penyanyi Isma meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap seorang remaja yang menendang kepala anaknya bertubi tubi dalam satu perlawanan seni mempertahankan diri taekwondo baru baru ini Selain geram Isma secara sinisnya ingin berkenalan denga...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau