Tidak Seperti Pkr Umno Telah Terlepas Peluang Tonjol Imej Lebih Baik


 
Keputusan pemilihan PKR sudah hampir seminggu berlalu dan pemenang bagi jawatan-jawatan utamanya telah pun diketahui umum.
Paling menarik dan diperkatakan ramai tentunya ialah kemenangan Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden PKR setelah menewaskan pencabarnya, Saifuddin Nasution Ismail dengan majoriti besar serta bergaya.
Begitu pun, sehingga hari ini soal berkaitan pemilihan PKR itu masih menjadi tajuk perbualan yang menarik dalam banyak kelompok masyarakat.
Kemenangan Rafizi dan keberanian PKR mengadakan pemilihan parti di saat-saat tarikh PRU15 hanya di ambang mata rata-rata mendapat pujian dan memberi kesan yang positif kepada parti pimpinan Anwar Ibrahim itu.
Bahkan, ada sekelompok orang masjid yang berusia lewat 70-an ketika berbual-bual turut meletakkan harapan tinggi bahawa kemenangan Rafizi akan membawa sesuatu yang baik untuk masa depan negara.
Bayangkan kalau golongan tua pun menerima kemenangan Rafizi dengan keyakinan yang positif, sudah tentu generasi pertengahan dan anak-anak muda sekarang ini melihat PKR dengan mata yang lebih bercahaya lagi.
Hakikat yang tidak dinafikan di sini, pemilihan parti dan perubahan dalam kepimpinan sesebuah parti sebenarnya adalah penting dan mampu memberi imej yang lebih baik daripada sebelumnya.
Parti dan mereka yang menjadi pemimpin adalah harapan rakyat untuk membawa perubahan dan menjadikan keadaan negara ini sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya.
Kalau pemimpin yang menerajui sesebuah parti itu diyakini rakyat dan wibawanya tidak diragui, ia dengan sendirinya memberi harapan cerah kepada masa depan parti tersebut untuk meraih lebih sokongan dan kepercayaan.
Dalam hal ini, sementara PKR melalui pemilihannya yang baru berakhir dilihat telah berjaya memberi kesan yang sangat positif kepada masa depan parti itu dari segi penerimaan serta keyakinan rakyat, UMNO yang asyik menangguh-nangguhkan pemilihan sebaliknya terlepas peluang membina imej barunya.
Walaupun yang menjadi Perdana Menteri ketika ini adalah Ismail Sabri Yaakob yang mewakili generasi pasca merdeka yang tiada skandal dan tiada isu peribadi, malangnya beliau hanyalah Naib Presiden UMNO.
UMNO secara umumnya masih dalam genggaman kuasa Ahmad Zahid Hamidi selaku Presidennya yang banyak waktu perlu memperuntukkan masa untuk turun naik mahkamah kerana menghadapi 87 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan pula adalah pemimpin yang gagal lantaran di bawah kepimpinannyalah UMNO dan BN Negeri Sembilan buat pertama kali dalam sejarah kalah pilihan raya serta kehilangan kuasa pada 2018 lalu.
Pemimpin yang tak serik-serik diidolakan UMNO ialah Najib Razak yang dalam PRU14 lalu, dek kerana skandal 1MDB dan isu-isu peribadi yang melingkari batang tubuhnya telah mengakibatkan BN kehilangan kuasa yang dipegang sejak merdeka.
Lebih daripada itu, sama seperti Zahid Hamidi, Najib bukan saja perlu turun naik mahkamah dalam beberapa pertuduhan yang belum selesai, beliau juga sudah disabitkan bersalah dalam kes rasuah SRC International yang kini dalam proses rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan.
Meski demikian, dalam banyak keadaan, baik ketika PRN Melaka dan Johor baru-baru ini atau PRU15 akan datang, di sebalik Zahid Hamidi dan Mohamad atau Tok Mat adalah peneraju parti yang sah, kedudukan Najib sepertinya lebih tinggi lagi di mata sesetengah mereka yang taksub seumpama sebagai ketua umum atau pemimpin de facto bagi UMNO dan juga BN.
Sudahlah pemilihan ditangguh-tangguhkan dengan pelbagai cara yang bermakna menutup peluang untuk pemimpin baru tampil ke hadapan, bagaimanakah UMNO mampu meraih sokongan rakyat dengan pemimpin-pemimpin sedia bermasalah terus tercongok mengusai parti?
Cuba dilihat di sudut yang positif, jika pemilihan UMNO tidak ditangguhkan dan parti itu kemudian berjaya menampilkan pemimpin-pemimpin baru yang tiada isu, tiada skandal dan tiada kes mahkamah dalam barisan kepimpinan barunya, bukankah ia sesuatu yang amat positif?
Tidakkah ia sebenarnya mampu melonjakkan lagi imej dan keyakinan rakyat terhadapnya?Malangnya, dengan menangguhkan pemilihan dan meminda perlembagaan yang memberi ruang pilihan raya diadakan terlebih dahulu dan sekurang-kurangnya enam bulan kemudian barulah pemilihan parti diadakan, UMNO sebenarnya, dek kerana perangai rakus pemimpinnya sendiri, dengan sengaja melepaskan peluang keemasan untuk membina dan menonjolkan imejnya yang lebih baik. – ShahbudinHusin 02/06/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/tidak-seperti-pkr-umno-telah-terlepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Takut Berlakunya Reformasi Dalaman Seperti Apa Yang Berlaku Pada Dap Dan Pkr

Umno Takut Berlakunya Reformasi Dalaman Seperti Apa Yang Berlaku Pada Dap Dan Pkr

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 214 hits
Pemilihan parti DAP dan PKR membuktikan yang ahli parti sudah muak dengan kepimpinan dinosaur Disebabkan itu Umno enggan mengadakan pemilihan parti Mereka takut pemimpin lama dan yang bermasalah akan kena reject oleh ahli
Usahalah Untuk Jadi Lebih Baik

Usahalah Untuk Jadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 158 hits
Usaha untuk jadi lebih baik Tak boleh tak ada usaha Semua orang kena berusaha meloncat dari satu tangga ke satu tangga Senang kata berhijrah Kalau tak berhijrah tanda ilmu tak bertambah Kalau tak ada ilmu kena cari Sekarang ni ilmu boleh di...
Gagal Pemilihan Pkr 2022 Afdlin Shauki Lapor Polis Jpp Gagal Urus Pemgundian Dengan Baik

Gagal Pemilihan Pkr 2022 Afdlin Shauki Lapor Polis Jpp Gagal Urus Pemgundian Dengan Baik

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 197 hits
KUALA LUMPUR Pelakon pelawak dan pengarah filem Datuk Afdlin Shauki yang tewas pemilihan jawatan Ketua PKR Cabang Setiawangsa membuat laporan polis antara lain mendakwa Jawatankuasa Pemilihan Parti gagal mengurus perjalanan pengundian denga...
Menjelang Pru15 Penganalisis Jangka Lebih Ramai Kembali Ke Umno

Menjelang Pru15 Penganalisis Jangka Lebih Ramai Kembali Ke Umno

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 156 hits
May 25 2022 Seorang penganalisis politik berkata kemenangan Umno dalam beberapa pilihan raya negeri baru baru mempengaruhi ahli politik untuk pulang ke pangkuan parti itu PETALING JAYA Penganalisis menjangkakan lebih ramai ahli politik yang...
Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 198 hits
KUALA LUMPUR Pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik apabila seramai 67 419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi ADIL sejak 18 Mei hingga pada Jumaat Pengerusi Jawa...
Lisa Blackpink Kongsi Kelemahan Tonjol Sisi Baik Sebagai Senior

Lisa Blackpink Kongsi Kelemahan Tonjol Sisi Baik Sebagai Senior

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 288 hits
Apabila bercakap mengenai menjadi pelatih K Pop ia adalah satu dunia yang jauh daripada pengalaman jangkaan umum apabila melihatnya melalui dasar mata kasar Baru baru ini idola pujaan ramai Lisa BLACKPINK tampil dalam sesi temu bual bersama...
Kenaikan Harga Barang Bakal Dorong Umno Desak Pru Lebih Awal

Kenaikan Harga Barang Bakal Dorong Umno Desak Pru Lebih Awal

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 158 hits
agendaily com21 5 2022Perhimpunan Agung UMNO 2021 Rasa tidak puas hati orang ramai berhubung kenaikan harga barangan pengguna boleh mendorong UMNO berusaha lebih keras untuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan lebih awal menurut penda...
Airpods 3 Lebih Baik Dari Yang Lama Tapi Ada Kurangnya

Airpods 3 Lebih Baik Dari Yang Lama Tapi Ada Kurangnya

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 163 hits
Sebut sahaja tentang fon telinga tanpa wayar pasti akan terfikir tentang AirPods dari Apple nbsp AirPods 3 atau generasi ketiga merupakan fon telinga baharu yang telah direka bentuk semula untuk menyerupai model Pro dengan tangkai yang lebi...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025