Gagal Pemilihan Pkr 2022 Afdlin Shauki Lapor Polis Jpp Gagal Urus Pemgundian Dengan Baik



KUALA LUMPUR  - Pelakon, pelawak dan pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki yang tewas pemilihan jawatan Ketua PKR Cabang Setiawangsa, membuat laporan polis antara lain mendakwa Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) gagal mengurus perjalanan pengundian dengan baik.
Dalam laporan dibuat di Balai Polis Pudu malam tadi, beliau yang tewas kepada Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, turut mendakwa banyak penipuan berlaku dalam pemilihan pada hujung bulan lalu itu.
Katanya, laporan polis dibuat terhadap JPP yang didakwanya gagal bertindak terhadap aduan mengenai kelemahan perjalanan pengundian yang diajukan sepanjang pemilihan berlangsung.
"Kami buat laporan polis terhadap JPP, banyak benda mereka lakukan menimbulkan syak wasangka dan benda-benda mereka lakukan terang-terang salah,"dakwa pelakon utama filem Papadom dan Sumolah itu seperti dilaporkan portal berita FMT.
Beliau yang mendakwa, sudah membuat laporan kepada JPP namun setakat ini tiada maklum balas diterima daripada jawatankuasa berkenaan.
"Tidak ada maklum balas, yang ada senyap dan sunyi. Oleh itu kami buat laporan polis untuk lakukan siasatan," katanya.
Afdlin Shauki antara lain menakwa, terdapat kertas undi yang hilang apabila jumlah undi yang diumum JPP dengan jumlah undi di tempat mengundi bahagian Setiawangsa berbeza dengan ketara.
"Jumlah undi diumum di tempat mengundi adalah 750, namun demikian setelah pengundian fizikal tamat, jumlah undi rasmi yang dikemas kini dalam sistem JPP adalah 528, perbezaan sangat ketara dengan 222 undi hilang begitu sahaja," dakwanya lagi.
Beliau juga mempersoalkan proses pengiraan kertas undi yang dibuat tanpa wakil calon dan tidak didedahkan, selain pelantikan bekas setiausaha PKR Cabang Setiawangsa sebagai penyelaras tempat mengundi dan suami seorang calon wanita bertugas di dewan mengundi semasa hari pemilihan.
"Lantikan ini dilihat berat sebelah kerana kedua-dua mereka mempunyai hubungan secara langsung dengan calon bertanding, tiada jaminan ketelusan serta integriti memandangkan mereka juga ahli parti dan bukan pihak berkecuali serta berkepentingan," katanya.
Dalam keputusan pemilihan yang dikeluarkan pada hujung bulan lalu, Afdlin Shauki memperoleh 372 undi, manakala Nik Nazmi yang juga penyandang jawatan mendapat 482 undi. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/06/tewas-pemilihan-pkr-afdlin-shauki-lapor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Afdlin Shauki Dakwa Banyak Penipuan Dalam Pemilihan Pkr

Afdlin Shauki Dakwa Banyak Penipuan Dalam Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 338 hits
KUALA LUMPUR Pelakon pelawak dan pengarah filem Datuk Afdlin Shauki yang tewas pemilihan jawatan Ketua PKR Cabang Setiawangsa membuat laporan polis antara lain mendakwa Jawatankuasa Pemilihan Parti gagal mengurus perjalanan pengundian denga...
Usai Pemilihan Parti Fokus Pada Pru15 Pkr Diberitahu

Usai Pemilihan Parti Fokus Pada Pru15 Pkr Diberitahu

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 224 hits
May 31 2022 Syed Husin Ali berpendapat pendirian Rafizi Ramli yang keras menentang pendekatan khemah besar tidak akan mengakibatkan perselisihan dalam PKR tetapi sedikit kesukaran dijangka berlaku PETALING JAYA Seorang veteran PKR menggesa ...
Artis Artis Kalah Dalam Pemilihan Pkr

Artis Artis Kalah Dalam Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR Pelakon penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa Cabang itu dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 u...
Pakar Digital Siasat Aduan Pemilihan Pkr

Pakar Digital Siasat Aduan Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 226 hits
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Zaliha Mustafa berkata beliau yakin hasil siasatan itu dapat memberikan penjelasan kepada persoalan ditimbulkan pengadu PETALING JAYA Jawatankuasa Pemilihan Parti berkata pakar digital sedang menyiasat...
Rafizi Ramli Mendahului Timbalan Presiden Pemilihan Keadilan 2022

Rafizi Ramli Mendahului Timbalan Presiden Pemilihan Keadilan 2022

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 247 hits
Persaingan sengit jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2022 akan ditentukan pemenangnya malam ini Setakat keputusan yang keluar sehingga pukul 6 00 petang tadi calon nombor 1 Mohd Rafizi Ramli mendahului Datuk Seri Sa...
Berita Pendek Keputusan Pemilihan Pkr Tak Bererti Akar Umbi Hilang Keyakinan Terhadap

Berita Pendek Keputusan Pemilihan Pkr Tak Bererti Akar Umbi Hilang Keyakinan Terhadap

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 329 hits
Keputusan pemilihan PKR tidak bererti akar umbi telah hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim sebaliknya ahlinya mengharapkan Rafizi Ramli membawa perubahan asas kata penganalisis
Pemilihan Pkr Rafizi Ramli Menang Besar Di Melaka Beliau Dijangka Menang Keseluruhan Untuk Berganding Bersama Anwar

Pemilihan Pkr Rafizi Ramli Menang Besar Di Melaka Beliau Dijangka Menang Keseluruhan Untuk Berganding Bersama Anwar

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 241 hits
May 29 2022 Rafizi Ramli menyapu bersih semua cabang di Melaka dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden menentang Saifuddin Nasution Ismail PETALING JAYA Rafizi Ramli menyapu bersih semua cabang di Melaka dalam pemilihan PKR bag...
Give An Inch Take A Mile Pas Cries Foul With Serving Of Alcohol At Ipoh S St Michael S Alumni Gathering

Pelancaran Global Siri Oppo Find X9 Pada 28 Oktober Ini

Isu Dokumentasi Setiausaha Agung Fam Digantung Tugas Serta Merta

Permainan Interaktif Dan Warga Emas Hiburan Latihan Minda Dan Masa Depan Malaysia

Pempengaruh Media Sosial Rambo Castello Meninggal Dunia

Tak Boleh Diterima Singapura Dakwa Pas Cuba Pengaruh Pengundi

Resepi Ayam Kukus Halia

Alternatif Iphone Air Dah Tiba Nubia Air Hanya Rm899


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


07417048 Ialah Kod Penetapan Semula Kata Laluan Anda

Selamat Maju Jaya Syera

Easy Ground Beef Curry Recipe Indian

Obelisk Simbol Purba Tiang Syaitan

Tasteful Tonti A 1981 Moto Guzzi 850 Le Mans Iii By Foundry

Keputusan Piala Fa 17 Oktober 2025