Tidak Perlu Tunggu Darurat Berakhir Anwar Tiada Halangan Menghadap Agong


Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONmalaysiadateline.com
January 13, 2021 12:54 pm


AMANAH tegas berpendirian Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tiada halangan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong jika Presiden PKR itu sudah mempunyai cukup majoriti.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Anwar tidak harus menunggu sehingga tamatnya tempoh darurat pada 1 Ogos ini kerana lebih banyak kepincangan akan dilakukan oleh kerajaan Muhyiddin Yassin yang tidak lagi mempunyai majoriti dan keabsahan.

“Kalau kita ada majoriti sekarang, Anwar kena menghadap Agong. Saya tak tahu apa halangan untuk berlaku pertukaran sekarang sebelum tamatnya darurat.

“Darurat boleh tamat bila-bila masa mengikut kesesuaian dan cadangan daripada pemerintah.

“Saya yakin Agong akan jalankan tugas dan akan menerima Anwar untuk bawa sokongan. Kenapa nak tunggu sampai bulan Ogos? Kepincangan akan berlaku lebih banyak lagi,” tegas Mohamad ketika sesi Facebook Live menerusi NRChannelTV malam tadi.

Perikatan Nasional (PN) ketika ini hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen sahaja daripada 220 ahli Dewan Rakyat selepas tiga Ahli Parlimen Umno menarik diri dari menyokong gabungan tersebut.

Untuk rekod, Mohamed Nazri merupakan Ahli Parlimen Padang Rengas dari Umno yang ketiga membuat tindakan demikian selepas Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

Blok pembangkang pula kekal dengan 108 Ahli Parlimen yang terdiri dari Pakatan Harapan (PH), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), dan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Mengulas mengenai kerjasama politik dengan Umno, Mohamad berkata, AMANAH menolak hal sedemikian secara en bloc jika parti itu mahu bekerjasama dengan PH.

Menurutnya, AMANAH mungkin akan mempertimbangkan untuk menerima ahli Umno yang bersih dan tidak terlibat dengan apa-apa salah laku rasuah.

Bagaimanapun katanya, jika keadaan tersebut berlaku yang menyaksikan kerjasama PH dan Umno, perbincangan akan dilakukan terlebih dahulu bersama pimpinan tertinggi parti .

“Apabila tiba peringkat itu, kita akan bincang (dalam mesyuarat PH).

“Tapi sekarang ini kalau di peringkat individu daripada Umno atau mana-mana kumpulan yang nak datang menyokong, kita tiada masalah.

“Soal (jika) parti Umno nak datang (bekerjasama), kita kena buat perbincangan di peringkat PH. Tapi kalau individu, kita tiada masalah apa-apa,” tambahnya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/tidak-perlu-tunggu-darurat-berakhir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Perlu Menghadap Agong Sekarang Kata Mat Sabu

Anwar Perlu Menghadap Agong Sekarang Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 239 hits
AMANAH tegas berpendirian Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tiada halangan untuk menghadap Yang di Pertuan Agong jika Presiden PKR itu sudah mempunyai cukup majoriti Presidennya Mohamad Sabu berkata Anwar tidak h...
Anwar Gesa Mp Utus Warkah Pada Agong Batalkan Darurat

Anwar Gesa Mp Utus Warkah Pada Agong Batalkan Darurat

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 280 hits
malaysiakini comDiterbitkan 14 Jan 2021 3 34 pmPresiden PKR Anwar Ibrahim meminta semua anggota parlimen mengutuskan warkah kepada Yang di Pertuan Agong bagi memohon agar pengisytiharan darurat dibatalkan dan parlimen bersidang secepat mung...
Ajak Ahli Parlimen Mohon Agong Batal Darurat Rakyat Bengang Dengan Anwar

Ajak Ahli Parlimen Mohon Agong Batal Darurat Rakyat Bengang Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 294 hits
Seperti semua sedia maklum negara kini sedang dilanda pelbagai musibah antaranya wabak Covid 19 bencana banjir dan kemelut politik yang seakan akan tiada kesudahan Terbaru Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan semua ...
Anwar Hantar Surat Kepada Semua Ahli Parlimen Rayu Agong Batal Darurat

Anwar Hantar Surat Kepada Semua Ahli Parlimen Rayu Agong Batal Darurat

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 386 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketua pembangkang Anwar Ibrahim sudah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Yang di Pertuan Agong membatalkan pelaksanaan darurat dan Parlimen segera bersidang Bagaimanapun presiden PKR it...
Keputusan Agong Pun Dicabar Layak Ke Anwar Pimpin Negara

Keputusan Agong Pun Dicabar Layak Ke Anwar Pimpin Negara

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 261 hits
ismaweb netDulu masa memerintah tak betul betul bantu rakyat sekarang konon sibuk berjuangBANGI 1 Jamadilakhir 1442H Khamis Rakyat menempelak cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di Pertu...
Tiga Asas Untuk Agong Isytihar Darurat

Tiga Asas Untuk Agong Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 249 hits
MALAYSIA GAZETTEDi bawah Perkara 150 Yang di Pertuan Agong juga boleh membuat proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar atas sebab keselamatan negara atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam hampir berlaku...
Anwar Dicadang Buat Petisyen Kepada Agong Pm Tiada Majoriti

Anwar Dicadang Buat Petisyen Kepada Agong Pm Tiada Majoriti

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 214 hits
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dicadangkan supaya mengadakan satu petisyen kepada Yang Dipertuan Agong untuk meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan kerana beliau tidak mempunyai sokongan majoriti lag...
Jadi Batu Api Hasut Batal Darurat Pemuda Pas Gesa Ambil Tindakan Segera Terhadap Anwar

Jadi Batu Api Hasut Batal Darurat Pemuda Pas Gesa Ambil Tindakan Segera Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 214 hits
Pemuda PAS menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Anwar Ibrahim serta individu yang terus menanam keraguan serta mempertikai keputusan Yang di Pertuan Agong dalam mengekang penularan Covid 19 Ketua Penerangannya Nazir Ram...
Cabar Darurat Di Mahkamah Beri Persepsi Anwar Pentingkan Politik Kata Penganalisis

Cabar Darurat Di Mahkamah Beri Persepsi Anwar Pentingkan Politik Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 294 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata tindakan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mahu mengambil tindakan undang undang bagi mencabar perisytiharan darurat akan memberi persepsi beliau lebih mementingkan agenda politik berbanding ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean