Tiga Asas Untuk Agong Isytihar Darurat


MALAYSIA GAZETTE
Di bawah Perkara 150 (2), Yang di-Pertuan Agong juga boleh membuat proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar, atas sebab keselamatan negara, atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam hampir berlaku. KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.
Ia merupakan darurat yang kesembilan pernah diisytiharkan dalam sejarah negara ini.
Pakar Perlembagaan Persekutuan Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat di bawah Perkara 150(1) jika darurat besar kepada keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya telah wujud.
Di bawah Perkara 150 (2), Yang di-Pertuan Agong juga boleh membuat proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar, atas sebab keselamatan negara, atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam hampir berlaku
“Terdapat tiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat iaitu, ancaman ke atas keselamatan negara, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata sekiranya proklamasi dibuat semasa Majlis Parlimen tidak bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan undang-undang, yang dinamakan Ordinan, sekiranya Baginda berpuas hati hal atau keadaan tertentu, menyebabkan perlu bagi baginda mengambil tindakan serta merta.
Bagaimanapun kuasa berkenaan tertakluk pada Perkara 150 (6A) iaitu tidak boleh memperluas kuasa Parlimen berkaitan dengan hukum syarak, adat Melayu, adat-adat anak Negeri, serta tidak bercanggah dengan peruntukan sedia ada agama, warganegara dan bahasa
Berikut adalah kronologi pengisytiharan darurat:
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Darurat Tanah Melayu telah diisytiharkan British di Malaya (Semenanjung Malaysia) dari tahun 1948 hingga 1960 bagi menangani pemberontakan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1964)
Konfrontasi Indonesia-Malaysia merupakan konflik yang berlaku akibat penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia.
Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan darurat apabila tentera Indonesia menceroboh masuk ke sempadan Malaysia.
Sarawak (1966)
Kerajaan mengisytiharkan proklamasi Darurat di Sarawak pada 14 Sept 1966, susulan krisis politik melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Ketua Menteri Sarawak pertama Tan Sri Stephen Kalong Ningkan.
Rusuhan Kaum 13 Mei (1969)
Peristiwa 13 Mei merupakan insiden rusuhan kaum pada tahun 1969 susulan pilihan raya umum Malaysia pada tahun itu.
Parlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan di dalam negara.
Kelantan (1977)
Darurat telah diisytihar oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Yahya Petra yang juga Sultan Kelantan ketika itu pada 8 Nov 1977.
Pengisytiharan itu dibuat susulan krisis politik melibatkan Menteri Besar Kelantan Datuk Muhammad Nasir.
Jerebu (1997, 2005, 2013)
Selain darurat yang berpunca daripada isu politik dan konflik antara kaum, darurat jerebu juga pernah diisytihar pada 1997 (Sarawak), 2005 (Klang) dan 2013 (Muar dan Ledang).
Darurat itu dilaksanakan susulan pencemaran udara yang berbahaya dan tidak sihat.
Darurat Parlimen Batu Sapi (2020)
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi pada 18 Nov 2020.
Pengisytiharan itu sekali gus membatalkan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi bagi mengekang dan menghalang berlakunya gelombang keempat penularan pandemik COVID-19.
Darurat Parlimen Gerik dan DUN Bugaya (2020)
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah pada 16 Dis 2020.
Ia sekali gus membatalkan dan menangguhkan pilihan raya kecil (PRK) dua kerusi berkenaan yang dijadualkan serentak pada 16 Jan 2021.
Pengisytiharan Proklamasi Darurat (2021)
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos, sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.
Al-Sultan Abdullah turut berkenan dengan cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/tiga-asas-untuk-agong-isytihar-darurat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Di Pertuan Agong Isytihar Darurat Bagi Membendung Penularan Pandemik Covid 19

Yang Di Pertuan Agong Isytihar Darurat Bagi Membendung Penularan Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 348 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID 19 di Malaysia Datuk P...
Agong Isytihar Darurat Sehingga 1 Ogos 2021 Untuk Bendung Covid 19

Agong Isytihar Darurat Sehingga 1 Ogos 2021 Untuk Bendung Covid 19

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 377 hits
Agong isytihar darurat sehingga 1 Ogos 2021 untuk bendung Covid 19Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah p...
Tiga Alasan Boleh Digunakan Ydpa Isytihar Darurat Takiyuddin

Tiga Alasan Boleh Digunakan Ydpa Isytihar Darurat Takiyuddin

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 282 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah boleh mengisytiharkan darurat di bawah Perkara 150 sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar atas sebab keselamatan negara kehidupan ekonomi dan ketente...
Ajak Ahli Parlimen Mohon Agong Batal Darurat Rakyat Bengang Dengan Anwar

Ajak Ahli Parlimen Mohon Agong Batal Darurat Rakyat Bengang Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 362 hits
Seperti semua sedia maklum negara kini sedang dilanda pelbagai musibah antaranya wabak Covid 19 bencana banjir dan kemelut politik yang seakan akan tiada kesudahan Terbaru Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan semua ...
Anwar Hantar Surat Kepada Semua Ahli Parlimen Rayu Agong Batal Darurat

Anwar Hantar Surat Kepada Semua Ahli Parlimen Rayu Agong Batal Darurat

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 463 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketua pembangkang Anwar Ibrahim sudah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Yang di Pertuan Agong membatalkan pelaksanaan darurat dan Parlimen segera bersidang Bagaimanapun presiden PKR it...
Ydp Agong Mempunyai Kuasa Ini Penjelasan Peguam Tentang 20 Kesan Darurat 2021

Ydp Agong Mempunyai Kuasa Ini Penjelasan Peguam Tentang 20 Kesan Darurat 2021

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 395 hits
182 total views 182 views today Negara kita telah mencipta sejarah apabila Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah mengisytiharkan darurat buat negara ini pada 12 Januari lalu Proklamasi Darurat 2021 yang diperkenan Ser...
Berita Video Rentasan 805 Ydpa Tolak Permohonan Pm 8 Isytihar Darurat Buat Pertama

Berita Video Rentasan 805 Ydpa Tolak Permohonan Pm 8 Isytihar Darurat Buat Pertama

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 280 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8051 POLITIKUS JANGAN BERGAYUT DI PAGAR ISTANA 2 DARURAT MENAFIKAN KEBEBASAN SIVIL 3 HADI KELUARKAN DALIL DALAM KESOMBONGAN
Mapim Tak Setuju Kerajaan Isytihar Darurat

Mapim Tak Setuju Kerajaan Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 293 hits
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Mohd Azmi Abdul Hamid ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Replika Cek Bantuan Selimut Untuk Musim Sejuk Kashmir oleh MAPIM di Kedutaan Pakistan Kuala Lumpur Foto AFIQ HAMBA...
Anwar Gesa Mp Utus Warkah Pada Agong Batalkan Darurat

Anwar Gesa Mp Utus Warkah Pada Agong Batalkan Darurat

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 374 hits
malaysiakini comDiterbitkan 14 Jan 2021 3 34 pmPresiden PKR Anwar Ibrahim meminta semua anggota parlimen mengutuskan warkah kepada Yang di Pertuan Agong bagi memohon agar pengisytiharan darurat dibatalkan dan parlimen bersidang secepat mung...
Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

Airports Refuse To Show Video Of Kristi Noem Blaming Democrats For Shutdown

8lots 31 December 8lots Top 85 By Dell


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hadiah Ideal Untuk Lelaki Kasut Jam Tomaz Yang Pasti Impress

Lagenda Siti Jalang Kisah Misteri Wanita 100 Suami Dari Kota Tinggi

Apakah Itu Carcosa

Rekod Carian Akan Muncul Dalam Ctos Bila Anda Banyak Kali Survey

Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

Belajar Flutter Bagi Pengembang Native