Tidak Hadir Walimah Yang Dijemput Melalui Facebook



Soalan:
Saya dijemput untuk hadir ke kenduri perkahwinan melalui Facebook, tetapi saya tidak menghadirinya. Apakah hukumnya?

Jawapan:

Mukadimah

Menurut kitab Al-Feqh al-Manhaji, Al-Walimah diambil dari perkataan الولْم yang membawa erti berhimpun atau berkumpul. Dinamakan dengan yang demikian itu kerana kedua pasangan suami isteri berkumpul padanya (majlis perkahwinan).

Kemudian disebutkan, al walimah merupakan makanan perkahwinan, atau kesemua makanan yang dibuat untuk dijemput (orang ramai) dan selainnya. [Rujuk Al-Feqh al-Manhaji (2/92)]

Secara umumnya, menghadiri kenduri perkahwinan adalah suatu perkara yang diperintahkan. Dan seperti yang diketahui bahawa setiap kata perintah yang terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah membawa kepada hukum wajib, melainkan jika terdapat petunjuk-petunjuk lain yang mengalihkan hukum wajib tersebut.

Hukum Menghadiri dan Memenuhi Jemputan

Para fuqaha berbeza pendapat berkenaan hukum menghadiri jemputan ini dengan melihat kepada jenis dan kategori jemputan tersebut sama ada ia merupakan jemputan kenduri perkahwinan atau jemputan-jemputan selainnya. Kami ringkaskan seperti berikut:

Pertama: Hukum Menghadiri Jemputan Majlis Perkahwinan

Majoriti para ulama menyatakan bahawa hukum memenuhi jemputan perkahwinan adalah wajib. Ini berdalilkan dengan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا
“Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia.” [Riwayat Muslim (1053)]

Hukum wajib tersebut diambil daripada perkataan Nabi S.A.W فَلْيَأْتِهَا yang merupakan kata perintah yang membawa hukum wajib secara asasnya di sisi kaedah fekah.

Imam Al-Nawawi dalam syarahan beliau ke atas hadis di atas berkata: “Pendapat paling sahih dalam mazhab kami, hukum menghadiri kenduri perkahwinan adalah fardhu ‘ain bagi mereka yang dijemput, akan tetapi kewajipan tersebut gugur disebabkan beberapa keuzuran berikut:

Sekiranya ada syubhah (keraguan) pada makanan.Adanya kemungkaran di dalam majlis tersebut.”
Secara asasnya, sekiranya seseorang itu mengetahui terdapatnya kemungkaran di majlis tertentu, maka wajib ke atasnya untuk mencegah kemungkaran tersebut sekiranya dia mampu mengubahnya. Manakala sekiranya dia tidak mampu, hendaklah dia tidak menghadiri majlis tersebut.

Majlis perkahwinan yang hanya mengkhususkan orang-orang kaya sahaja untuk hadir.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa beliau berkata:

شَرُّ الطَّعَامِ طَعَامُ الْوَلِيمَةِ يُدْعَى لَهَا الأَغْنِيَاءُ وَيُتْرَكُ الْفُقَرَاءُ
“Seburuk-buruk makanan adalah makanan pada majlis perkahwinan yang dijemput padanya orang-orang kaya dan ditinggalkan (tidak dijemput) orang-orang miskin.” [Riwayat Ibn Majah (1913)]

Majlis perkahwinan yang dijemput oleh dzimmi (orang bukan Islam), maka pendapat yang sahih di sisi mazhab Imam Al-Syafie adalah tidak wajib untuk menghadirinya.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W dalam menyatakan hak (tanggungjawab) seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain antaranya:

وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ
“Dan apabila dia menjemput kamu (ke sesuatu majlis) maka hendaklah kamu menerimanya (menghadirinya).” [Riwayat Muslim (2162)]

Ini berhujahkan bahawa yang menjadi kewajipan apabila undangan datang dari umat Islam itu sendiri.

Adapun hukum menghadiri majlis perkahwinan orang bukan Islam maka kami nyatakan bahawa para ulama’ mazhab Syafi’e berpandangan, hukum menghadiri jemputan walimah orang bukan Islam ialah sunat sekiranya jemputan itu datang daripada kaum keluarga dan jiran tetangga atau jika kehadiran kita akan memberi manfaat kepada dakwah Islam. [Rujuk Nihayah Al- Muhtaj, Al-Ramli (6/371)]

Ini juga dipersetujui oleh Imam al-Mardawi dari mazhab Hanbali, yang turut menyebut akan keharusan menghadiri walimah orang bukan Islam dengan memetik pandangan Imam Ahmad dan Ibn Qudamah. [Rujuk Al-Insaf, Al-Mardawi (8/320)]

Kami juga menambah beberapa keuzuran lain seperti berikut:

Kesesakan lalu lintas, hujan lebat, jalan lecah, dan seumpamanya.
Kata Dr. Wahbah Al-Zuhaili: “Antara keuzuran yang menggugurkan kewajipan untuk memenuhi jemputan adalah: Banyaknya kesesakan, hujan lebat, jalan lecah, sakit, dan seumpamanya.” [Rujuk Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh, Al-Zuhaili (9/6622)]

Ini mengguna pakai keuzuran-keuzuran yang membolehkan seseorang itu tidak menghadiri solat Jumaat.

Kenduri perkahwinan tersebut berlangsung jauh dari kediaman mereka yang dijemput.Kesibukan orang-orang yang dijemput seperti tokoh-tokoh politik, agama, dan juga pemimpin masyarakat.Banyaknya jemputan kenduri yang lain dalam hari yang sama di tempat-tempat yang jauh jaraknya.
Kata Imam Al-Nawawi lagi: “Dan Al-Qadhi telah menukilkan kesepakatan para ulama dalam menyatakan wajibnya menyahut (menghadiri) jemputan walimah al-‘urs (majlis perkahwinan).” [Rujuk Al-Minhaj, Al-Nawawi (9/570)]

Begitu juga berdalilkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

وَمَنْ لَمْ يُجِبِ الدَّعْوَةَ فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَرَسُولَهُ
“Dan sesiapa yang tidak menyahut jemputan (dengan menghadirinya), sesungguhnya dia telah menderhakai Allah dan Rasul-Nya.” [Riwayat Muslim (1432)]

Ini bermaksud tidak menghadiri jemputan majlis perkahwinan dianggap sebagai suatu maksiat kepada Allah S.W.T, dan tidaklah perbuatan itu dianggap maksiat melainkan pada meninggalkan yang wajib.

Kedua: Hukum Hadir Jemputan Majlis Selain Perkahwinan Adalah Mustahab

Para ulama menyatakan bahawa hukum memenuhi jemputan menghadiri majlis selain dari majlis perkahwinan, seperti majlis keraian, majlis perpisahan, majlis akikah, dan seumpamanya adalah mustahab (iaitu sunat).

Kata Imam Al-Nawawi: “Adapun selainnya (iaitu selain jemputan perkahwinan), maka ada dua pendapat di sisi ashab kami. Pertama, hukum menghadirinya adalah sama seperti walimatul ‘urus. Pendapat kedua, hukum memenuhi jemputan tersebut adalah mustahab.”

Beliau juga turut menukilkan pendapat Imam Malik dan jumhur yang menyebut: “Tidak wajib memenuhi jemputan (selain majlis perkahwinan).” [Rujuk Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (9/570)]

Hukum Menjemput Hadir Ke Majlis Perkahwinan Melalui Facebook Event

Dalam perkembangan masa kini, banyak berlaku perubahan dalam gaya hidup termasuklah isu jemputan ke majlis perkahwinan. Justeru kami menyatakan beberapa kaedah asas yang berkaitan dengan isu ini. Antaranya:

العادة محكَّمة
“Adat itu menjadi penentu hukum.”

Ini bermakna, adat itu boleh menjadi penentu atau pemutus hukum dalam permasalahan-permasalahan yang berlaku. Yang mana permasalahan tersebut tidak terdapat padanya dalil-dalil yang jelas dalam menjelaskan hukumnya.

Justeru secara umumnya, hukum bagi perbuatan ini adalah harus. Ini juga bertepatan dengan sebuah kaedah fiqh yang menyebut:

الوَسَائِلُ لَهَا أَحْكَام المَقَاصِد
“Wasilah-wasilah mengambil pakai hukum maqasid.”

Justeru, sekiranya tujuan seseorang itu benar-benar ingin menjemput orang ramai hadir ke majlis perkahwinannya, adalah dibolehkan untuk dia menggunakan apa sahaja wasilah menjemput yang harus sama ada melalui lisan, kad jemputan, atau aplikasi media sosial seperti facebook, twitter, dan seumpamanya.

Kesimpulan

Sebagai penutup kami menyatakan bahawa secara kebiasaannya jemputan yang datang dalam bentuk facebook event ini sekadar proses pemudah cara dalam menentukan jumlah bilangan individu yang akan hadir ke majlis perkahwinan tersebut dari kalangan rakan-rakan facebook pengantin. Bahkan kebiasaannya mereka akan menyebut bahawa kad jemputan akan menyusul sekiranya kita menekan pilihan going (akan hadir).

Meskipun begitu, sekiranya jemputan itu datang dalam bentuk yang umum seperti jemputan perkahwinan di majlis yang terdapat di dalamnya ramai orang, dan kita berada dalam majlis tersebut, maka tidak menjadi tuntutan (kewajipan) untuk kita menghadirinya di sisi majoriti ulama. Demikian juga kita katakan kepada isu jemputan yang datang melalui facebook event, kumpulan whatsapp, dan sebagainya yang datang dalam bentuk jemputan umum.

Oleh yang demikian, secara asasnya wajib bagi anda untuk memenuhi undangan perkahwinan yang ditujukan khas kepada anda meskipun ia dijemput melalui facebook. Tambahan pula ia turut disertakan pula dengan jemputan yang sama melalui medium-medium lain seperti jemputan secara berhadapan, kad jemputan, dan selainnya.

Hukum wajib ini sekiranya anda tidak ada sebarang keuzuran yang menghalang. Namun jika anda tidak dapat menghadirinya disebabkan terdapatnya keuzuran-keuzuran seperti yang telah kami nyatakan, maka ia tidaklah dianggap sebagai berdosa. Sebaiknya, sampaikanlah permohonan maaf kepada mereka yang menjemput serta perbanyakkanlah berdoa kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan agar mendapat rahmat dan berkat dari Allah S.W.T.

Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/tidak-hadir-walimah-yang-dijemput.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Facebook Sedang Membangunkan Kriptowang Untuk Digunakan Bagi Pembayaran Melalui Whatsapp

Facebook Sedang Membangunkan Kriptowang Untuk Digunakan Bagi Pembayaran Melalui Whatsapp

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 309 hits
Facebook telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini yang mana mereka memfokuskan kepada arena rantaian blok selain turut sedang membangunkan kriptowang tersendiri Terkini menurut laporan NYT pihak Facebook sedang dalam perancangan untuk m...
Facebook Hadir Dengan Tributes Bahagian Khas Untuk Memperingati Si Arwah

Facebook Hadir Dengan Tributes Bahagian Khas Untuk Memperingati Si Arwah

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 174 hits
Tidak lama dahulu Facebook mengumumkan sebuah ciri dimana para penggunanya boleh melantik salah seorang daripada rakan atau ahli keluarga untuk menjaga akaun mereka selepas mereka meninggal dunia Terkini Facebook nampaknya hadir dengan sebu...
Setelah Gmail Giliran Instagram Facebook Dan Whatsapp Yang Alami Error Punyamu Gimana

Setelah Gmail Giliran Instagram Facebook Dan Whatsapp Yang Alami Error Punyamu Gimana

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 284 hits
Sejumlah pengguna melaporkan kalau medsos mereka sudah kembali normal tapi sebagian lagi masih down Sebenarnya kenapa sih
Facebook Buka Suara Penyebab Layanannya Tumbang Berjam Jam

Facebook Buka Suara Penyebab Layanannya Tumbang Berjam Jam

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 209 hits
Facebook akhirnya berkomentar terkait tumbangnya semua layanan mereka yakni Facebook Instagram dan juga WhatsApp
Facebook Alami Gangguan Terbesar Whatsapp Instagram Turut Terkesan

Facebook Alami Gangguan Terbesar Whatsapp Instagram Turut Terkesan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 372 hits
DENYUT REFORMASI BEBERAPA jam lepas mungkin ada antara anda yang sedar bahawa berlaku gangguan kepada aplikasi Facebook serta adik beradiknya iaitu Instagram dan Whatsapp Gangguan kepada aplikasi ini telah mengundang perbualan hangat di Twi...
Hp Mencipta Semula Pembelajaran Untuk Kanak Kanak Melalui Cabaran Little Makers

Hp Mencipta Semula Pembelajaran Untuk Kanak Kanak Melalui Cabaran Little Makers

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 611 hits
HP hari ini memperkenalkan cabaran HP Little Makers iaitu satu peluang bagi kanakkanak untuk mencipta semula pembelajaran imersif dengan Mesin Pencetak HP DeskJet Ink Advantage 3700 Kanak kanak berusia di antara 5 12 tahun layak untuk menye...
Media Sosial Facebook Instagram Dan Whatsapp Alami Ganggu Terbesar

Media Sosial Facebook Instagram Dan Whatsapp Alami Ganggu Terbesar

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 334 hits
MEDIA SOSIAL FACEBOOK INSTAGRAM DAN WHATSAPP ALAMI GANGGU Assalamualaikum wbt Sejak awal pagi mommy buat hantaran di laman muka buku masih belum berjaya Hantaran di laman instagram dan juga whatsapp status juga gagal Mommy ingatkan Mark Zuc...
Facebook Whatsapp Instagram Alami Gangguan

Facebook Whatsapp Instagram Alami Gangguan

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 339 hits
Guna Twitter Telegram untuk maklumat terkini Aplikasi media sosial popular Facebook WhatsApp dan Instagram mengalami gangguan teknikal sehingga menyebabkan kebanyakan pengguna tidak dapat mengikuti perkembangan terbaharu ketika ini Dek kera...
Facebook Instagram Dan Whatsapp Down Sebahagian Besar Pengguna Dunia Terjejas

Facebook Instagram Dan Whatsapp Down Sebahagian Besar Pengguna Dunia Terjejas

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 287 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Facebook dan Instagram kelihatan sebahagiannya tidak berfungsi sepenuhnya seperti biasa untuk sebahagian besar pengguna di seluruh dunia hari ini Walaupun kita boleh membuka kedua dua platform dan beberap...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization