Hp Mencipta Semula Pembelajaran Untuk Kanak Kanak Melalui Cabaran Little Makers
HP hari ini memperkenalkan cabaran HP Little Makers, iaitu satu peluang bagi kanakkanak untuk mencipta semula pembelajaran imersif dengan Mesin Pencetak HP DeskJet Ink Advantage 3700. Kanak-kanak berusia di antara 5 – 12 tahun layak untuk menyertai pelbagai cabaran untuk hadiah, manakala sekolah pula berpeluang memenangi satu set HP Idea Lab bernilai RM20,000.
Selaras dengan fokus Kementerian Pendidikan terhadap pembelajaran berasaskan teknologi, cabaran HP Little Makers menggalakkan kreativiti dalam persekitaran pembelajaran yang maju untuk kanak-kanak menggunakan teknologi dan pembelajaran berasaskan bermain.
"Sebagai seorang ibu, saya memahami pentingnya pendidikan yang menyeluruh. Dengan HP Little Makers, kami ingin menunjukkan bagaimana teknologi dan kreativiti dapat bersatu dengan mendidik generasi masa depan Malaysia di rumah dan di sekolah", kata Fayza Amin, Pengarah Urusan HP Malaysia.
Cabaran Little Makers HP Malaysia direka untuk ibu bapa, guru dan pereka muda, pencipta serta pemikir mereka untuk bermain dan belajar bersama sambil berkongsi ciptaan mereka dengan rakan dan keluarga. HP bertujuan untuk membantu kanak-kanak mencungkil potensi dalaman dan bakat mereka menggunakan pencetak DeskJet HP.
Untuk memulakan cabaran, HP bekerjasama dengan 40 buah sekolah di seluruh negara yang akan menerima sebuah HP Deskjet Ink Advantage serta peluang untuk memenangi satu set HP Idea Lab. HP Idea Lab akan menampilkan HP Pavilion x360 dan HP DeskJet Ink Advantage 3700 untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran generasi masa depan Malaysia.
Cabaran ini juga terbuka kepada sesiapa yang berusia di antara 5-12 tahun. Kanak-kanak yang mengambil bahagian dan keluarga mereka berpeluang memenangi produk HP bernilai RM500. Lima pemenang akan dipilih setiap dua minggu sejajar dengan "Challenge of the Week".
Kompak dan tanpa wayar, siri HP Deskjet Ink Advantage 3700 yang mampu milik merupakan pencetak semuadalam-satu yang membantu memberi inspirasi untuk projek-projek kreatif dengan anak-anak anda di samping menyerlahkan karya mereka. Untuk memudahkan percetakan, HP Smart App membantu mencetak tanpa wayar dari telefon pintar dan tablet Android serta Apple iOS. Cabaran dalam talian akan dikemas kini dua kali seminggu di hp.com/my/littlemakers untuk disiapkan oleh kanakkanak, ibu bapa atau guru secara bersama. Setiap cabaran Little Makers disertakan dengan panduan langkah demi langkah untuk projek kecil serta fakta-fakta berunsur pendidikan yang menyeronokkan berkaitan topik tersebut. Sebagai contoh, kanak-kanak akan dapat belajar mengenai buruj seperti 'Lyra', 'Pegasus', 'Sagittarius', sains di sebalik bayangan dan seni wayang kulit, mencipta jam matahari, menghasilkan peta dan menandakan mercu tanda di seluruh dunia serta haiwan-haiwan yang diancam kepupusan.
Prosedur Penyertaan: Muat turun cabaran-cabaran dari HP Malaysia di hp.com/my/littlemakers Laksanakan cabaran mengikut arahan dan serlahkan kreativiti anda! Muat naik cabaran yang disiapkan melalui akaun-akaun media sosial* Gunakan tanda pagar berikut dalam penyertaan anda: #HPMY #HPDeskJet #HPLittleMakersAnda perlu menandakan @hp_asia jika ia di Instagram DAN/ATAU @HP_Malaysia jika ia di FacebookUntuk memenangi hadiah dua kali seminggu, peserta perlu menjawab soalan terbuka bagi minggu tersebut * Profil Instagram dan/atau Facebook harus ditetapkan sebagai “Awam” dan pastikan bahawa semua pernyataan boleh dilihat sepanjang tempoh kempen dan sehingga semua pemenang diumumkan.
Untuk butir-butir lanjut mengenai kempen Little Makers, sila layari laman Facebook HP di www.facebook.com/HPMalaysia atau HP DeskJet Ink Advantage Series. Terma dan syarat kempen dinyatakan di laman HP Malaysia Facebook: https://www.facebook.com/notes/hp-malaysia/hp-little-makers-contest-termsand-conditions/2478734295488801/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fizarahman.com/2019/02/hp-mencipta-semula-pembelajaran-untuk-kanak-kanak.html