Tidak Berniat Untuk Hina Jata Negara Penerbit Buku Mohon Maaf



KUALA LUMPUR: Penerbit buku yang menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghina logo Jata Negara meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan perkara itu

Chong Ton Sin yang juga pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, berkata pihaknya tidak berniat untuk menghina logo Jata Negara dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar

"Gambar berkenaan adalah salah satu lukisan lama yang pernah dipamerkan di beberapa pameran termasuk di Sarawak beberapa tahun lalu

"Pada masa itu tiada pula timbul isu, maka saya rasa bila ia diputuskan untuk dijadikan gambar pada kulit buku berkenaan tidak akan timbul masalah

"Tetapi tak sangka pula ia jadi isu dan menyebabkan beberapa pihak tersinggung... saya memang tiada niat untuk berbuat demikian, perkara ini bukan disengajakan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini

Ton Sin berkata, beliau meminta maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perkara itu dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membantu siasatan


"Semalam ada beberapa anggota polis datang ke pejabat tetapi saya tidak berada di situ kerana keluar makan tengah hari

"Mungkin hari ini atau esok mereka akan datang semula atau akan panggil saya ke Bukit Aman (untuk dirakam percakapan). Saya sedang menunggu," katanya

Difahamkan, buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia itu diterbitkan awal tahun ini dan lebih 300 naskhah sudah terjual

Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu menggunakan visual mirip Jata Negara, mendapat perhatian sejak beberapa hari kebelakangan ini kerana penggunaan gambar yang dikatakan menghina Jata Negara selepas perkara itu tersebar di media sosial

Berdasarkan gambar yang tular di media sosial dan FB, lukisan mirip Jata Negara itu memaparkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu

Semalam, BH melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sudah mengarahkan pihak polis menyiasat segera dan mengambil tindakan perlu kerana perbuatan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan tidak patriotik

Sementara itu, pihak polis memaklumkan sudah menerima 21 laporan polis yang dibuat pelbagai pihak berhubung buku berkenaan

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya membuka satu kertas siasatan dan kes disiasat menurut beberapa akta termasuk Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948

Kes juga disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

Beliau berkata, beberapa individu termasuk pengarang, penerbit dan mereka yang mempunyai kaitan atau terbabit dalam penghasilan buku itu akan dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan serta membantu siasatan

Sumber: BH Online

from Sehinggit Media https://ift.tt/3dPtzy1
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/06/tidak-berniat-untuk-hina-jata-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penerbit Buku Tampil Mohon Maaf Tiada Niat Hina Jata Negara

Penerbit Buku Tampil Mohon Maaf Tiada Niat Hina Jata Negara

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 530 hits
Selepas kontroversi muka hadapan buku Rebirth Reformasi Resistance And Hope In New Malaysia yang didakwa menghina Jata Negara penerbitnya tampil memohon maaf terhadap pihak yang tersinggung Menerusi laporan BH Online Chong Ton Sin berkata p...
Hina Jata Negara Rakyat Tolak Permohonan Maaf Penerbit

Hina Jata Negara Rakyat Tolak Permohonan Maaf Penerbit

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 364 hits
Kenakan juga tindakan terhadap penulis kerana bersubahat BANGI Permohonan maaf penerbit buku yang menghina Jata Negara tidak akan diterima sehingga semua pihak yang terbabit dalam isu kontroversi itu dikenakan tindakan tegas oleh pihak berk...
Hina Jata Negara Pereka Penerbit Buku Dipanggil Beri Keterangan

Hina Jata Negara Pereka Penerbit Buku Dipanggil Beri Keterangan

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 360 hits
Kuala Lumpur Polis sudah mengambil keterangan pereka gambar dan penerbit buku yang dikaitkan dengan dakwaan penghinaan terhadap Jata Negara bagi membantu siasatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash...
Ada Kemungkinan Buku Hina Jata Negara Dilulus Ketika Zaman Ph Abata

Ada Kemungkinan Buku Hina Jata Negara Dilulus Ketika Zaman Ph Abata

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 469 hits
PETALING JAYA Penerbitan buku Rebirth Reformasi Resistance And Hope In New Malaysia yang menggunakan logo mirip jata negara yang diubahsuai dipercayai diluluskan ketika pentadbiran Pakatan Harapan Pengerusi Aktivis Belia Tanah Air Adnan Abu...
Apa Masalah 3 Ekor Ni Buku Rebirth Hina Jata Negara

Apa Masalah 3 Ekor Ni Buku Rebirth Hina Jata Negara

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 769 hits
Apa keperluan buat macam ni yer Kalau nak kritik kutuk maki ahli politik kita tak kisah sangat Tapi mesti kena satu asas yang kuat kenapa ahli politik itu wajar dikritik kutuk maki Namun kalau menukar jata negara dengan niat yang sama Ini s...
Kulit Buku Hina Jata Negara Yang Sebenarnya

Kulit Buku Hina Jata Negara Yang Sebenarnya

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 771 hits
Pengarah syarikat penerbitan Gerakbudaya Chong Ton Sin dan penerbit buku mohon maaf berhubung kulit buku yang menghina Jata Negara Tapi alasan yang diberikannya tidak masuk akal Satu kami memang tidak sengaja mahu hina atau apa apa Kedua wa...
Polis Diarah Siasat Buku Didakwa Hina Jata Negara Kata Menteri

Polis Diarah Siasat Buku Didakwa Hina Jata Negara Kata Menteri

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 496 hits
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana mana pihak yang melakukan perbuatan yang tidak patriotik dan bertanggungjawab PETALING JAYA Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin memaklumkan bahawa ...
Polis Panggil Pihak Penerbitan Buku Hina Jata Negara

Polis Panggil Pihak Penerbitan Buku Hina Jata Negara

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 428 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Polis Bukit Aman membuka kertas siasatan berhubung penerbitan buku tulisan Kean Wong yang didakwa menghina Jata Negara Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komision...
Hina Jata Negara Kdn Warta Perintah Larangan Terhadap Buku Rebirth

Hina Jata Negara Kdn Warta Perintah Larangan Terhadap Buku Rebirth

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 542 hits
Putrajaya Kementerian Dalam Negeri telah mewartakan perintah larangan terhadap buku Rebirth Reformasi Resistance and Hope in New Malaysia yang berkuat kuasa semalam Dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 Julai perintah itu dinamakan s...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya