Tidak Benar Lepas Angkat Sumpah Pm Tidak Perlu Undi Percaya



Hujah mengatakan Undi Percaya di Parlimen tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Parlimen tidak perlu dijadikan medan untuk mengesahkan kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri (PM) tidak wajar timbul pada waktu ini.
Bagi pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, biar pun Undi Percaya perlu dilakukan selepas seseorang PM mengangkat sumpah tidak ditulis namun hal itu adalah cara yang baik untuk memastikan kerajaan yang stabil dibentuk dan juga merupakan sebahagian daripada roh demokrasi berparlimen.
“Perlu apa PM ke Parlimen menghadapi usul percaya? Sebab selain daripada apa yang dititah Tuanku, walaupun tidak disebut dalam Perlembagaan tetapi Perlembagaan ini adalah rangka, undang-undang Perlembagaan tidak boleh difahami seperti undang-undang lain. Undang-undang kontrak, keluarga, jenayah atau sebagainya.
“Ini sedikit berbeza. Barangkali ramai yang tersilap. Dia membaca secara mekanikal. Perlembagan tidak boleh dibaca secara mekanikal dan harus dilihat secara konteks sejarah, kejadian itu (semasa) dan ditambah dengan konvensyen, amalan dan sebagainya. Sebab itu saya katakan, seperti banyak disebut oleh sarjana, Perlembagaan hanyalah bare bone. Tak ada daging dan tak ada nyawa.
“Ia berbeza sedikit dengan undang-undang pentadbiran. Walaupun dalam kelompok yang sama, undang-undang awam. Namun undang-undang Perlembagaan lebih rigid.
“Soal sudah angkat sumpah keabsahan telah ada tidak betul. Kalau upacara sudah cukup untuk mengabsahkan kedudukan itu, Mahiaddin Yassin serupa juga. Dia juga melalui proses angkat sumpah tetapi keabsahan beliau dipersoalkan hampir setahun lebih. Jadi upacara angkat sumpah tidak menyelesaikan, atau kriteria muktamad seseorang itu ada keabsahan yang diperlukan,” kata Dr Aziz dalam sesi siaran langsung Facebook, malam tadi.
Ketua Pembangkang DUN Perak itu juga mengingatkan bahawa usul Undi Percaya selepas PM angkat sumpah jawatan secara bukan melalui PRU juga telah dianggap amalan biasa dalam politik Malaysia kerana telah dilakukan oleh dua PM sebelum ini, Tun Hussen Onn dan Tun Abdullah Badawi.
“Waktu Tun Hussen mengantikan Tun Razak, dia juga melalui angkat sumpah. Selepas diumumkan Tun Razak meninggal di London, Hussen dilantik sebagai PM dan waktu itu tidak ada masalah majoriti. BN ada 2/3 dalam Parlimen. Dia dilantik, angkat sumbah dan masuk Parlimen (Undi Percaya).
“Begitu juga ketika peletakan jawatan Tun Mahathir pada 2003, Tun Abdullah Badawi jadi PM, pun sama juga. Waktu itu ada 2/3 majoriti. Tak ada masalah.
“Sekarang ini kurang 2/3. Alasan itu lebih kuat lagi. Bila kata tak perlu kerana sudah angkat sumpah, itu saya kata tak betul.
“Ini bukan soal legaliti tetapi mempastikan dia betul. Apatah lagi apabila Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan secara jelas PM perlu ke Parlimen mengesahkan majoriti, bermakna Agong sanggup diadili (jika pilihan Baginda kalah). Ini satu perkara yang jarang berlaku.
“Kemungkinan salah itu ada, kerana mungkin ada (Ahli Parlimen) yang belot. Mungkin di dewan dia tak berani nak menunjukkan dia pasukan Ismail, mungkin dia lari. Jadi itu kemungkinan yang boleh berlaku kerana kita tahu sosok ini tidak popular.
“Apa pun di seluruh dunia, sarjana Perlembagaan mengatakan selepas dilantik sebaik-baiknya diuji dalam dewan. Dan tidak berlawanan dengan Perlembagaan. Hanya tidak disebut sahaja,” katanya.
Dr Aziz mengulas pendapat Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz yang sebelum ini berkata Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk memberi pengesahan kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong dalam hal pelantikan PM.
Dr Sham dalam hujahnya menjelaskan beliau mengambil berat tentang fungsi perkenan oleh Agong kerana tidak mahu kemudian hari orang ramai atau para pemain demokrasi menyatakan perkenan Yang di-Pertuan Agong boleh disahkan oleh Parlimen.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32889

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Baharu Masih Perlu Jalani Proses Undi Percaya Agong

Pm Baharu Masih Perlu Jalani Proses Undi Percaya Agong

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 394 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan supaya perdana menteri kesembilan yang dilantik perlu segera m...
Titah Ydp Agong Pm Terpilih Menerusi Sd Hendaklah Kemuka Usul Undi Percaya Di Parlimen

Titah Ydp Agong Pm Terpilih Menerusi Sd Hendaklah Kemuka Usul Undi Percaya Di Parlimen

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 317 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Yang di Pertuan Agong bertitah perdana menteri yang dilantik menerusi surat akuan Ahli Dewan Rakyat hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat Langkah itu untuk mengabsahkan beliau me...
Pm Yang Dilantik Perlu Undi Percaya Di Parlimen

Pm Yang Dilantik Perlu Undi Percaya Di Parlimen

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 350 hits
Kaedah baharu untuk menguji sokongan majoriti dengan cara kesemua anggota Parlimen menyerahkan surat pilihan Perdana Menteri mereka sendiri ke Istana selewat lewatnya jam 4 petang ini perlu dikukuhkan lagi dengan usul Undi Percaya di Parlim...
Agong Titah Pm Baharu Perlu Kemuka Usul Undi Percaya Tentu Keabsahan Di Dewan Rakyat

Agong Titah Pm Baharu Perlu Kemuka Usul Undi Percaya Tentu Keabsahan Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 448 hits
KUALA LUMPUR 18 Ogos Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan supaya perdana menteri yang dilantik perlu mengemukakan segera usul undi di Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan jawatan beliau D...
Segerakan Usul Undi Percaya Sebaik Pm Ke 9 Dilantik

Segerakan Usul Undi Percaya Sebaik Pm Ke 9 Dilantik

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 281 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Percepatkan sidang Parlimen elak tawar menawar politik BANGI Usul undi percaya di Dewan Rakyat terhadap Perdana Menteri baharu harus dibuat secepat mungkin bagi mengelakkan isu keabsahan pembentukan kerajaan berulang...
Jika Jatuh Kerajaan Pn Pm Baharu Tidak Boleh Elak Uji Undi Percaya Di Parlimen Untuk Keabsahan

Jika Jatuh Kerajaan Pn Pm Baharu Tidak Boleh Elak Uji Undi Percaya Di Parlimen Untuk Keabsahan

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 286 hits
Parlimen Malaysia menjadi saksi kerakusan pemimpin politik untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional secara tidak bermaruah Bergegar sekarang ini pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional setelah diasak oleh lawan daripada blok pembangkan...
Zahid Makin Risau Mp Dap Sokong Muhyiddin Mahu Halang Undi Percaya Di Parlimen

Zahid Makin Risau Mp Dap Sokong Muhyiddin Mahu Halang Undi Percaya Di Parlimen

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 306 hits
agendadaily com15 8 2021Najib Razak dan Zahid Hamidi mengetuai kerajaan kleptokrasi yang ditumbangkan Pakatan Harapan pada PRU 14 Serangan habis habisan kem Zahid Hamidi terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dengan menggunakan pelbagai mediu...
Undi Percaya Dibentang Di Parlimen 7 September Ini

Undi Percaya Dibentang Di Parlimen 7 September Ini

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 255 hits
Undi percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dibentangkan di Parlimen pada 7 September 2021 bukannya 18 Ogos seperti didakwa sesetengah pihak Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata Speaker ...
Kehadiran Ahli Parlimen Dihadkan Sesi September Apakah Tindakan Menyukarkan Undi Percaya

Kehadiran Ahli Parlimen Dihadkan Sesi September Apakah Tindakan Menyukarkan Undi Percaya

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 234 hits
Kenyataan Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Rashid Hasnon mencadangkan bilangan Ahli Parlimen dihadkan pada Mesyuarat penggal baharu Dewan Rakyat bermula 6 September depan atas alasan mengekang penularan wabak Covid 19 dianggap tid...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Prinsip 90 10 Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Hiburan Tak Nak Tape Nak Jenis Pants Sikap Asnaf Komen Pemberian Bantuan Maiwp Jadi Tumpuan

Menjelang Muktamar Pas Geng Ustaz Nak Langgar Geng Publika Dalam Pas

Traffic Reported Smooth On Major Highways