Tiada Yang Tercicir Dalam Usaha Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan


KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) — Kedutaan Besar Malaysia di China sedang mengenal pasti jumlah sebenar rakyat Malaysia yang berada di bandar Wuhan dan kawasan sekitarnya dalam usaha membawa pulang mereka yang berada di kawasan terjejas ekoran penularan penyakit berjangkit 2019 novel koronavirus.
Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata ia bagi memastikan tiada individu yang tercicir daripada senarai mereka yang akan dibawa pulang ke tanah air.
“Kami masih meneruskan usaha mendapatkan nama dan bilangan rakyat Malaysia yang berada di Wuhan dan kawasan sekitarnya yang ingin pulang. Namun jika ada antara mereka yang enggan pulang, itu bergantung kepada mereka.
“Sehingga kini kami telah mendapat 96 rakyat Malaysia dan 20 pasangan (bukan warganegara) yang lapan daripadanya adalah pelajar dan bakinya adalah mereka yang melancong ke China untuk melawat keluarga mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Raja Nushirwan berkata rakyat Malaysia yang masih belum menghubungi pihak kedutaan diminta berbuat demikian bagi memastikan proses membawa pulang berjalan lancar.
Ditanya sama ada bekalan makanan rakyat Malaysia di sana mencukupi, Raja Nushirwan berkata ketika ini pihaknya turut berusaha untuk menghantar bekalan makanan ke premis kediaman rakyat Malaysia.
“Daripada maklumat yang saya terima memang ada kebimbangan (bekalan makanan tidak mencukupi) tetapi mereka di sana masih mendapat bekalan makanan berikutan kerajaan China pun dah membekalkan makanan ke Wuhan.
“Kami pun sedang berusaha untuk menghantar bekalan makanan ke kediaman mereka (rakyat Malaysia),” katanya.
Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia bersedia untuk membawa pulang rakyatnya yang kini berada di Wuhan jika dibenarkan oleh kerajaan China.
Dr Mahathir berkata kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar akan memulakan rundingan secepat mungkin dengan kerajaan China bagi tujuan itu.
Kerajaan China dilapor melaksanakan perintah berkurung membabitkan jutaan penduduk di beberapa bandar raya yang dikesan dilanda wabak koronavirus.
Sumber: BERNAMA
The post Tiada Yang Tercicir Dalam Usaha Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/30/tiada-yang-tercicir-dalam-usaha-bawa-pulang-rakyat-malaysia-di-wuhan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Malaysia Sedia Bawa Pulang 78 Rakyat Kita Di Wuhan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Malaysia Sedia Bawa Pulang 78 Rakyat Kita Di Wuhan

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 567 hits
PUTRAJAYA Kerajaan bersedia membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang kini berada di Wuhan China dalam tempoh segera kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata Kementerian Luar sedang mendapatkan kebenaran daripada kerajaan China unt...
Kerajaan Sedia Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan Pm Mahathir

Kerajaan Sedia Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan Pm Mahathir

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 369 hits
Malaysia bersedia membawa pulang rakyatnya yang kini berada di Wuhan China berikutan wabak 2019 novel koronavirus jika dibenarkan kerajaan negara itu kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Untuk tujuan itu beliau berkata kerajaan Mala...
Sekat Masuk Semua Pelancong China Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Sekat Masuk Semua Pelancong China Bawa Pulang Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 431 hits
Oleh DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB KETUA PEMBANGKANGADAKAH kerajaan hanya mementingkan Tahun Melawat Malaysia 2020 sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat negara ini Walaupun kerajaan akhirnya akur dengan tekanan rakyat yang mahu seka...
Pesawat Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Berlepas Ke China Tpm

Pesawat Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Berlepas Ke China Tpm

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR 3 FEB Pesawat khas untuk misi membawa pulang rakyat Malaysia pasangan dan anak anak mereka di Wuhan berikutan penularan novel koronavirus 2019 berlepas ke China petang tadi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan ...
China Tak Benar Malaysia Guna Pesawat Tentera Bawa Pulang Rakyat

China Tak Benar Malaysia Guna Pesawat Tentera Bawa Pulang Rakyat

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 308 hits
MALAYSIAKINI Pesawat tentera Malaysia tidak dibenarkan masuk ke China untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di wilayah Hubei yang dilanda wabak koronavirus kata Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah Malah Kementerian Perta...
Koronavirus Seorang Rakyat Malaysia Yang Baru Pulang Dari Wuhan Ditahan Di Hkl

Koronavirus Seorang Rakyat Malaysia Yang Baru Pulang Dari Wuhan Ditahan Di Hkl

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 577 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang baru pulang dari China sedang diasingkan di Hospital Kuala Lumpur untuk pemantauan lanjut bagi pengesanan wabak koronavirus Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ah...
Malaysia Sedia Bawa Pulang Warga Di Wuhan

Malaysia Sedia Bawa Pulang Warga Di Wuhan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 322 hits
Malaysia bersedia membawa pulang rakyatnya yang terperangkap di Wuhan China kerana penularan wabak koronovirus kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Pada sidang media selepas mesyuarat kabinet siang tadi Dr Mahathir memberitahu Kemen...
Jawatankuasa Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Hubei Diaktifkan

Jawatankuasa Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Hubei Diaktifkan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 346 hits
PUTRAJAYA 30 Jan Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei China diaktifkan hari ini susulan penularan jangkitan 2019 novel koronavirus di wilayah berkenaan kata Menteri Kesihat...
Koronavirus Kedutaan Malaysia Terus Berhubung Dengan Rakyat Di Wuhan

Koronavirus Kedutaan Malaysia Terus Berhubung Dengan Rakyat Di Wuhan

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 405 hits
PUTRAJAYA 26 JAN Kedutaan Malaysia di Beijing dan Konsulat Jeneral di Xi an China sentiasa berhubung dengan 49 rakyat Malaysia di Wuhan bagi mendapatkan perkembangan mereka susulan wabak 2019 Novel Koronavirus di Wuhan kata Menteri Luar Dat...
Selepas Dihina Anak Fila Amir Tak Dibenarkan Dibawa Pulang Kampung Suami Di Afrika Takut Keluarga Tu Tak Baik

Rare Tribute From Perlis Mufti We Criticise Chinese Schools But What S The Quality Of Tahfiz School Kids

Hari Lahir Sarah Dan Ucid 11 Tahun

Setiap Detik Adalah Puisi Cinta Yang Tidak Terucap Nukilan Fattah Amin Kepada Amira Othman Bikin Merinding

Ustaz Azhar Idrus Ulas Kenyataan Buka Hijab Lebih Dekat Dengan Allah Itu Jahil

Ucapan Hari Lahir Ayah Mertua Yang Ke 66

Sembang Pengalaman Di Jalan Kimanis Menuju Ke Kota Kinabalu Sabah

Funding Woes Threaten Kelantan Participation In Malaysian Deaf Games


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fattah Amin Amira Othman Sah Bergelar Suami Isteri

Irresistible Cosori Dehydrator Beef Jerky Recipe Dehydrator

Maklumat Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mendaftar Untuk Menderma Darah

Ride Warm Heated Motorcycle Gear For Cold Weather Riding

Harimau Malaya Kini Ke 123 Dunia

Taugeh Tumis Campur Tempe Dan Kucai