Tiada Usul Undi Tidak Percaya Ph Beri Amaran Keras Buka Ruang Perbahasan Oleh Fazli Radzi July 18 2021


 
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memberi amaran keras kepada kerajaan Perikatan
Nasional (PN) agar menghentikan pencabulan institusi demokrasi negara yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kenyataan bersama PKR, AMANAH dan DAP, hari ini, kerajaan PN perlu membuka ruang perbahasan dalam sidang Parlimen akan datang.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 16 Jun telah menzahirkan titah pandangan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan segera supaya Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat membahaskan Ordinan-ordinan Darurat, Pelan Pemulihan Negara dan perbelanjaan berkaitan pandemik Covid-19.

“Seri Paduka Baginda telah menitahkan pandangan yang sama pada 24 Februari dan 29 Jun 2021,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, majlis itu turut menegaskan titah pandangan Seri Paduka Baginda senada dengan aspirasi rakyat yang mahu pengakhiran kemelut wabak pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi dihadapi negara pada masa ini.

PH juga berkata, tiada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dibentangkan walaupun blok kerajaan mempunyai hanya 77 kerusi manakala blok pembangkang menguasai 143 kerusi Parlimen.

“Demi menjunjung titah pandangan Tuanku ini, Ketua Pembangkang telah pada 12 Julai menghantar usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk membahaskan perkara-perkara yang digesa Tuanku.

“Tidak ada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dibentangkan oleh PH yang mahu tumpuan diberikan hanya kepada masalah rakyat ekoran krisis Covid-19 dan kemelesetan ekonomi.

“Oleh itu, PH mendesak Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan kerajaan PN agak tidak derhaka terhadap titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan terus membuka ruang perbahasan serta diputuskan bagi membolehkan Parlimen berfungsi semula secara normal dan Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh menunaikan tanggungjawab murni mereka membela hak rakyat,” menurut kenyataan itu lagi.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/tiada-usul-undi-tidak-percaya-ph-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Segera Parlimen Untuk Usul Undi Tidak Percaya

Buka Segera Parlimen Untuk Usul Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 312 hits
Parlimen perlu dibuka segera bagi menentukan majoriti yang dimiliki oleh Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen berkata tanpa Undi Percaya atau Tidak Percaya di Parlimen krisis politik hari in...
Larangan Usul Undi Tak Percaya

Larangan Usul Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 234 hits
Larangan usul undi tak percaya Usul undi tidak percaya difahamkan tidak dibenarkan sepanjang sidang Dewan Rakyat berlangsung lima hari bermula 26 Julai ini berikutan ia memberi keutamaan untuk membincangkan hal hal rakyat yang berdepan pand...
Mahiaddin Perlu Bawa Undi Percaya Jika Tidak Mahu Pembangkang Bawa Usul Tidak Percaya

Mahiaddin Perlu Bawa Undi Percaya Jika Tidak Mahu Pembangkang Bawa Usul Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 296 hits
SURI LAILAJika Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yakin mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat beliau seharusnya mengemukakan usul undi percaya terhadap dirinya sendiri Naib Presiden AMANAH Nasional Datuk Seri Mahfuz Omar berka...
Jika Ada Undi Tak Percaya Pun Ia Hanya Untuk Keruhkan Suasana Sidang Rais

Jika Ada Undi Tak Percaya Pun Ia Hanya Untuk Keruhkan Suasana Sidang Rais

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 231 hits
agendadaily com15 7 2021Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim yakin undi tidak percaya jika ada sekali pun yang dibawa pihak tertentu hanya bertujuan mengeruhkan keadaan pada sidang Dewa...
Anti Muhyiddin Black Flag Protest On 31st July 2021 Is On Track

Anti Muhyiddin Black Flag Protest On 31st July 2021 Is On Track

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 319 hits
A convoy of 10 cars drove around the city centre today with black flags to indicate objection towards the government under close watch by the police The cars made their way from Menara UOA Bangsar Utama and spent about one hour driving arou...
Speed Read July 18 2021

Speed Read July 18 2021

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 350 hits
The French are out in full force this week with a Katana from Lucky Cat Garage and an R nineT from Le Motographe Big news from the OEMs too with the new Harley Davidson Sportster S and Zero FXE both breaking cover Suzuki Katana by Lucky Cat...
Anugerah Guardian 2021 Kembali Jom Undi Jenama Kesihatan Dan Kecantikan Kegemaran Dan Rm 50 000 Untuk Dimenangi

Anugerah Guardian 2021 Kembali Jom Undi Jenama Kesihatan Dan Kecantikan Kegemaran Dan Rm 50 000 Untuk Dimenangi

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 341 hits
Anugerah Guardian 2021 Kembali Jom Undi Jenama Kesihatan Dan Kecantikan Kegemaran Dan RM 50 000 Untuk Dimenangi Assalammualaikum semua Anugerah Guardian kembali lagi untuk tahun ke 20 Ini adalah di antara anugerah yang paling Ruby nantikan ...
Anwar Serah Usul Pastikan Perbahasan Komprehensif Di Dewan Rakyat

Anwar Serah Usul Pastikan Perbahasan Komprehensif Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 246 hits
July 13 2021 Anwar Ibrahim berkata jurang pendapatan semakin melebar sehingga wujud segmen B60 PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyerahkan usul untuk perbahasan diadakan pada sidang Dewan Rakyat akan datang bukannya mesyuarat ...
Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Traffic Reported Smooth On Major Highways

Negara Ini Akan Lebih Aman Jika Mereka Ini Tidak Lagi Dalam Politik Negara

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Menjelang Muktamar Pas Geng Ustaz Nak Langgar Geng Publika Dalam Pas

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


D N 65 S Chi N L C Ch I X S Hi U Qu Nh T T I Da88

L Tr T L G Kh M Ph C Ch Ch I T I Nh C I Da88

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Pagi Raya Pertama Aidiladha Di Tempat Kerja

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp