Jika Ada Undi Tak Percaya Pun Ia Hanya Untuk Keruhkan Suasana Sidang Rais


agendadaily.com15/7/2021
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim yakin undi tidak percaya – jika ada sekali pun – yang dibawa pihak tertentu hanya bertujuan mengeruhkan keadaan pada sidang Dewan Rakyat bermula 26 Julai nanti.

Namun beliau percaya undi itu tidak dibenarkan sepanjang lima hari sidang kerana keutamaan perbincangan adalah berkaitan hal ehwal rakyat yang kini berdepan penularan pandemik Covid-19.

“Saya tidak menduga perkara itu (usul undi tidak percaya) berlaku sebab lunas untuk membuat perkara tersebut sangat terhad dan peraturan mesyuarat tidak membenarkan mana-mana pihak membuat usul tidak percaya yang sengaja hendak keruhkan keadaan pada hari sidang Dewan Rakyat,” katanya.

Memetik kenyataannya kepada Utusan, Rais berkata beliau difahamkan usul undi tidak percaya tidak ada dalam lunas peraturan kerana semua usul perlu datang daripada mana-mana menteri yang menjadi anggota pentadbiran kerajaan.

Malah katanya, tempoh persidangan yang singkat itu perlu digunakan sebaik mungkin bagi membincangkan isu lebih penting berkaitan rakyat khususnya mengenai pandemik Covid-19.

Sebelum ini terdapat ura-ura bahawa blok pembangkang bersama beberapa Ahli Parlimen UMNO akan membangkitkan usul undi tidak percaya dalam usaha mereka merampas kuasa daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Malah ura-ura itu dihangatkan lagi setelah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusannya menarik balik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam apa yang didakwa sesetengah pihak untuk beliau menaikkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ini susulan tular klip audio Zahid dan Anwar ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu yang membincangkan strategi politik dalam usaha bekerjasama menjatuhkan kerajaan PN dan ‘membebaskan’ dirinya dan rakan baiknya Datuk Seri Najib Razak daripada puluhan tuduhan di mahkamah.

Namun sesetengah pihak pula membuat andaian bahawa beberapa Ahli Parlimen dari kumpulan neutral DAP, sebaliknya akan menyokong kerajaan PN kerana tidak mahu pemimpin UMNO yang dituduh di mahkamah ‘dilepaskan’ begitu sahaja, jika Anwar naik menjadi Perdana Menteri.

Mengulas lebih lanjut, Rais berkata beliau difahamkan sebuah jawatankuasa sudah memulakan tugas untuk membuat panggilan kepada Ahli-Ahli Parlimen, namun keterangan lebih teliti berhubung perjalanan mesyuarat akan dimaklumkan lima hari sebelum bersidang.

“Dalam hal ini, satu jawatankuasa pemandu sudah mengerak kerja, jadi saya bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun serta anggota-anggota teknikal pentadbiran undang-undang sudah lima kali bermesyuarat dan sudah membuat persiapan. Surat untuk memulakan panggilan sudah dikeluarkan kepada ahli-ahli parlimen dan pihak lain,” katanya.

Beliau sekali lagi menjelaskan sidang Parlimen lima hari itu akan diadakan secara bersemuka, bukan hibrid.

“Dalam sidang ini juga kerajaan akan membentangkan banyak dokumen dengan salah satu berkenaan Ordinan Darurat yang perlu dibentang di bawah kuat kuasa perkara 150 (3). Jadi kertas itu hanya dibentang oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri atau lebih afdal oleh Perdana Menteri sendiri.

“Walaupun kertas itu di bawah 150 (3), anggota dalam mana-mana ruang bolehlah menimbulkan apa-apa persoalan yang hendak dikemukakan,” katanya

Rais juga berkata, Ahli Parlimen boleh mengemukakan soalan-soalan seperti persidangan sebelum ini dan ia akan disusun di bawah peraturan mesyuarat.

“Ini bukan sesi taklimat khas, soalan biasa turut akan dijemput. Namun, kita belum tahu bilangan soalan yang dapat dilayan kedua-dua dewan kerana waktu sangat terhad.

“Dalam persidangan ini, peraturan mesyuarat biasa adalah diterima pakai untuk Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Tinggal lagi Yang Dipertua masing-masing ada kuasa hendak menggantung operasi peraturan mesyuarat atau sebaliknya.

“Kalau Yang Dipertua menggantung peraturan mesyuarat, jadi hak yang ada pada Ahli Parlimen itu adalah asas dan terus boleh mengemukakan hal yang di luar peraturan, tetapi menggantung peraturan mesyuarat ini tidak akan berlaku kerana tiada keperluan untuk berbuat sedemikian walaupun ia terletak di bawah peraturan 90,” ujarnya lagi.

Rais dalam masa sama turut menjangkakan soalan berhubung darurat akan banyak ditimbulkan khususnya berkaitan Covid-19, kuasa membelanjakan kewangan di bawah peraturan darurat dan kuasa menentukan pengambilan vaksinasi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/jika-ada-undi-tak-percaya-pun-ia-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akibat Takut Undi Tidak Percaya Hanya 80 Ahli Parlimen Sahaja Dibenarkan

Akibat Takut Undi Tidak Percaya Hanya 80 Ahli Parlimen Sahaja Dibenarkan

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 233 hits
Terkini Hanya 80 daripada 222 MP dibenar hadir sidang ParlimenJuly 18 2021 Hanya 80 ahli Parlimen dibenarkan hadir ke Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke 14 di Dewan Rakyat bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini Timbalan Yang Diper...
Agong Boleh Titah Usul Undi Percaya Untuk Tamatkan Kebuntuan Politik

Agong Boleh Titah Usul Undi Percaya Untuk Tamatkan Kebuntuan Politik

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 216 hits
Hariz Mohd Diterbitkan 3 Jul 2021 Yang di Pertuan Agong boleh menyelesaikan apa yang disifatkan sebagai kebuntuan politik pada masa ini yang menyaksikan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional diragui menurut bekas peguam negara Tommy Thomas ...
Mp Tidak Dibenar Bawa Usul Tidak Percaya Hanipa Persoal Kenapa Rais Menyibuk

Mp Tidak Dibenar Bawa Usul Tidak Percaya Hanipa Persoal Kenapa Rais Menyibuk

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 305 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONAhli Parlimen Sepang Hanipa Maidin mengkritik tindakan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim yang dilihat cuba mencampuri urusan di Dewan Rakyat Ini susulan kenyataan Rais semalam yang memberi amaran bahawa segala la...
Buka Segera Parlimen Untuk Usul Undi Tidak Percaya

Buka Segera Parlimen Untuk Usul Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 290 hits
Parlimen perlu dibuka segera bagi menentukan majoriti yang dimiliki oleh Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen berkata tanpa Undi Percaya atau Tidak Percaya di Parlimen krisis politik hari in...
Hanya 80 Ahli Parlimen Dibenar Hadir Sidang Dewan Rakyat

Hanya 80 Ahli Parlimen Dibenar Hadir Sidang Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 275 hits
Hanya 80 ahli Parlimen dibenar hadir sidang Dewan Rakyat Hanya 80 ahli Parlimen dibenarkan hadir ke Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke 14 di Dewan Rakyat bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat D...
Larangan Usul Undi Tak Percaya

Larangan Usul Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 199 hits
Larangan usul undi tak percaya Usul undi tidak percaya difahamkan tidak dibenarkan sepanjang sidang Dewan Rakyat berlangsung lima hari bermula 26 Julai ini berikutan ia memberi keutamaan untuk membincangkan hal hal rakyat yang berdepan pand...
Mahiaddin Perlu Bawa Undi Percaya Jika Tidak Mahu Pembangkang Bawa Usul Tidak Percaya

Mahiaddin Perlu Bawa Undi Percaya Jika Tidak Mahu Pembangkang Bawa Usul Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 256 hits
SURI LAILAJika Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yakin mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat beliau seharusnya mengemukakan usul undi percaya terhadap dirinya sendiri Naib Presiden AMANAH Nasional Datuk Seri Mahfuz Omar berka...
Tiada Usul Undi Tidak Percaya Ph Beri Amaran Keras Buka Ruang Perbahasan Oleh Fazli Radzi July 18 2021

Tiada Usul Undi Tidak Percaya Ph Beri Amaran Keras Buka Ruang Perbahasan Oleh Fazli Radzi July 18 2021

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 249 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan memberi amaran keras kepada kerajaan PerikatanNasional agar menghentikan pencabulan institusi demokrasi negara yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Menurut kenyataan bersama PKR AMANAH dan DAP ha...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan