Tiada Usul Undi Percaya Pm Ismail Takut Tak Cukup Majoriti



Ketiadaan usul Undi Percaya dalam jadual sidang Dewan Rakyat kali ini mungkin berpunca daripada ketidakyakinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau akan mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen.
Menurut Ketua Whip KEADILAN, Datuk Johari Abdul, kegagalan membentangkan usul berkenaan sebaliknya meletakkan Ismail dalam keadaan tertekan menghadapi Pembangkang dan kritikan berterusan rakyat kerana mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.
“Agenda mesyuarat Parlimen sudah pun keluar dan tidak wujud usul Undi Percaya. Dari segi perspektif undang-undang hal itu (Undi Percaya) dianggap sebagai benda biasa (tidak penting), sebab Ismail telah pun mengangkat sumpah. Tetapi dari segi moralnya apabila Agong bertitah secara terbuka dan hantar surat secara hitam putih, dan wujud perbincangan di kalangan pemimpin-pemimpin parti waktu mereka berjumpa Agong ketika itu menyebut tentang Undi Percaya, maka bila tidak dilaksanakan ia suatu yang luar biasa.
“Dalam bahasa mudahnya, dia (Ismail) ingkar perintah atau derhaka. Kenapa dia tak mahu buat Undi Percaya? Dua kemungkinan. Satu dia tak kisah pasal Agong. Kedua, dia tak yakin ada jumlah cukup melayakkan dia jadi PM
“Tak yakin akibat apa? Mungkin dia merasakan tidak mempunyai kekuatan untuk pegang semua Ahli Parlimen yang boleh menyokong dia. Maknanya dia sama taraf dengan Mahiddin Yassin, kerana dia rasa kalau Umno boleh jatuhkan Mahiaddin, maka Mahiaddin dan team boleh jatuhkan Ismail bila-bila masa.
“Disebabkan oleh kebimbangan itu maka Ismail tak buat Undi Percaya,” kata Johari kepada Suara Keadilan.
Bagaimanapun, tegas Ahli Parlimen Sungai Petani itu, ketiadaan Undi Percaya kali ini tidaklah boleh dianggap menyelematkan kedudukan Ismail kerana tempoh Parlimen masih panjang.
Malah katanya, sekiranya Undi Percaya tidak dibentang, Pembangkang mungkin boleh membentangkan usul Undi Tidak Percaya pada sesi hadapan.
“Kalau Undi Percaya tak lepas (dalam sesi September) maka jarak masa masih panjang. Ada lagi pada bulan Oktober untuk Belanjawan. Kemudian pada 2022 ada 3 sesi. Apakah yang menjamin dia tidak akan berhadapan dengan Undi Tidak Percaya?
“Jadi saya melihat kerajaan Ismail ini adalah kerajaan ‘hari ini untuk hari ini, esok belum tentu’. Macam-macam boleh jadi. Sebab itu ada usul dari Presiden Umno untuk mengosongkan kerusi Speaker. Datuk Azhar Harun diminta kosongkan dan diganti dengan Datuk Azalina.
“Presiden Umno masukan dua nama untuk dua jawatan. Satu Azalina untuk Speaker manakala Datuk Ahmad Maslan untuk timbalan. Yang peliknya dia terima Ahmad Maslan tetapi dia tolak Azalina kononnya atas dasar teknikal.
“Di sini saya melihat dia (Ismail) tak berani dengan Azalina sebab pengalaman saya dalam Parlimen, di antara yang berani bercakap, yang ada kualiti, legal mind dan keberanian untuk memberikan pandangan undang-undang yang agak jernih ialah Azalina. Kalau sekiranya Azalina dilantik jadi Speaker dia bimbang Azalina akan bersifat telus. Mungkin akan membenarkan usul-usul yang dianggap usul rakyat, Undi Tidak Percaya atau lain-lain yang lebih telus untuk rakyat,” katanya.
Mengulas mengenai kelayakan pencalonan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang dianggap sebahagian kluster mahkamah, Johari beranggapan pencalonan itu tidak sesuai memandangkan jawatan Timbalan Speaker menghampiri taraf hakim dalam persidangan, sedangkan pada waktu lain Ahmad Maslan pula menghadapi tuduhan di hadapan hakim mahkamah.
“Menerima Ahmad sebagai Setiausaha Agung Umno tak ada masalah. Namun di sini (Parlimen) masalahnya ialah beliau berada dalam kluster mahkamah. Biar pun belum dijatuhkan hukuman, dia mempunyai tanggungjawab untuk mmembela diri di mahkamah.
“Macam mana mahkamah boleh panggil Ahmad Maslan, letak dia dalam kandang tertuduh sedangkan dia Timbalan Speaker?
“Ini mencemarkan kemurnian dewan itu sendiri. Soal dia tidak bersalah sebelum didapati bersalah cerita lain. Soalnya dia telah ada tuduhan.
“Itu sudah cukup memberi gambaran bahawa Ahmad ada masalah. Di sini dua kemungkinan boleh berlaku. Kalau Ahmad didapati tidak bersalah maka persepsi rakyat ‘Dia terlepas kerana dia timbalan Speaker’. Kalau dijatuhkan hukuman pula ‘mengapa lantik Ahmad orang yang bersalah?’ Jadi dalam persepsi ini rakyat akan tetap menyalahkan Ismail. Kedua-dua keadaan ini tidak menyebelahi PM,” katanya lagi.
Bagi Johari, pelantikan-pelantikan yang dilakukan oleh Ismail sekarang hanyalah semata-mata untuk menyelematkan politik beliau bertujuan meredakan kemarahan kumpulan 15 yang menjatuhkan Mahiaddin tempoh hari. Sedangkan Ismail pada waktu yang sama turut tersepit menghadapi puak Mahiaddin yang boleh menjatuhkan beliau sekiranya mereka tidak berpuas hati.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33049

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undi Percaya Ismail Takut Apa Jika Ada 114 Sokongan

Undi Percaya Ismail Takut Apa Jika Ada 114 Sokongan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 399 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu bimbang untuk membentangkan usul Undi Percaya di Parlimen ketika beliau dikatakan memilikki sokongan 114 kerusi Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ...
Panas Ini Dua Sebab Ismail Sabri Takut Hadapi Undi Percaya

Panas Ini Dua Sebab Ismail Sabri Takut Hadapi Undi Percaya

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 197 hits
September 6 2021 Dua kesimpulan dapat dibuat jika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob enggan mengadakan undi percaya di Dewan Rakyat kata Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad Menurutnya kenyataan Peguam Negara Idrus Harun bahawa pe...
Pm Ismail Sabri Pusing Pusing Isu Undi Percaya Takut Apa

Pm Ismail Sabri Pusing Pusing Isu Undi Percaya Takut Apa

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 281 hits
Kenyataan Peguam Negara bahawa usul Undi Percaya di Dewan Rakyat seolah olah mengurangkan kuasa Yang di Pertuan Agong dalam hal melantik Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan ahli polit...
Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 263 hits
Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan agar melaksanakan usul Undi Percaya pada sidang Parlimen sesi September ini atau menghadapi kehilangan keyakinan rakyat terhadap pentadbirannya seperti bekas PM Mahiaddin Yassin...
Anwar Undi Percaya Terhadap Ismail Sabri Dia Takut Sama Sama Dia

Anwar Undi Percaya Terhadap Ismail Sabri Dia Takut Sama Sama Dia

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 324 hits
ARIF ATANPengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh menganggap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob takut dengan parti parti dalam kerajaan berhubung tuntutan undi percaya Presiden PKR itu berkata proses undi percaya mer...
Kesangsian Di Sebalik Usul Percaya Ismail

Kesangsian Di Sebalik Usul Percaya Ismail

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 213 hits
Ikut jadual asal Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke 14 bermula Isnin ini iaitu 6 September dan akan berlangsung hingga Khamis 30 September 2021 Ringkasnya sidang Parlimen bermula Isnin ini Pada sidang ini dipercayai satu usul und...
Usul Percaya Apa Yang Ismail Sabri Takutkan

Usul Percaya Apa Yang Ismail Sabri Takutkan

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 245 hits
Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan agar melaksanakan usul Undi Percaya pada sidang Parlimen sesi September ini atau menghadapi kehilangan keyakinan rakyat terhadap pentadbirannya seperti bekas PM Mahiaddin Yassin...
Tiada Usul Undi Percaya Terhadap Pm Dalam Sidang Dewan Rakyat Akan Datang

Tiada Usul Undi Percaya Terhadap Pm Dalam Sidang Dewan Rakyat Akan Datang

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 172 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE August 31 2021Sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung 6 September depan ditangguhkan kepada 13 September dan tidak ada usul undi percaya kepada perdana menteri Menurut ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Si...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat