Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang


CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 14 APRIL 2025
Sambungan catatan terdahulu —> Catatan Hari Kedua di Liyang, Changzhou, Jiangsu

Malam terakhir di Liyang, kami berkesempatan menikmati suasana malam di sini. Pemandu kenderaan sewa menghantar saya dan Encik Suami ke sebuah kompleks beli-belah, manakala tiga orang kawan lagi ke tempat berbeza

Tak banyak kedai yang menarik, jadinya kami segera beredar setelah membeli sedikit barang keperluan. Awalnya kami nak ambil teksi untuk kembali ke hotel, tetapi selepas itu kami ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja supaya dapat melihat lebih dekat suasana malam di Liyang

Saya check Google Maps (GM tidak berfungsi dengan tepat di China, tapi boleh digunakan sebagai anggaran), jarak dari kompleks beli-belah ke hotel tak sampai 2 km. Memikirkan udara di sini sejuk dan jalan raya yang nampaknya mesra pejalan kaki, rasanya tak ada masalah untuk kami berjalan kaki saja

Jom kita jalan kaki sambil memerhati suasana malam di sini

Deretan motosikal di luar bangunan kompleks beli-belah. Nampak macam baju sejuk diletakkan pada motor. Apa fungsinya? Lihat foto di bawah pula

Begini cara pakainya - mungkin bertujuan melindungi tangan dan bahagian hadapan badan daripada udara sejuk sewaktu menunggang motosikal

Foto refleksi bangunan di permukaan air, tambah menarik dengan kehadiran bulan purnama

Banyak bangunan tinggi dan moden di sini, diseimbangkan dengan landskap tanaman menghijau

Reka bentuk bangunan dan landskap tanaman yang menarik

Geram sungguh saya tengok bunga banyak begini. Lokasinya berhampiran dengan Rich Gate Plaza. Sepanjang berjalan kaki, kami melalui beberapa kompleks beli-belah tapi tak singgah pun

Masya Allah 😍
Rembulan indah dan dua buah bangunan simetri. Saya tak dapat pastikan nama bangunan ini, tetapi ini mungkin bangunan yang kelihatan seperti dua buah kapal besar - ia dapat dilihat dari jendela hotel penginapan kami

Zoom-in bulan purnama yang menjadi penyeri malam

Laluan pejalan kaki di sini luas dan bersih. Tetapi perlu berjaga-jaga, ada ketikanya motosikal atau basikal elektrik ikut laluan yang sama. Tanpa bunyi kuat, tiba-tiba dah ada berhampiran kita

Pukul 9 malam, kami tiba di sebuah dataran di tepi tasik - Dancing Square

Cantik sungguh pemandangan di Yan Lake Park - tasik yang dikelilingi bangunan tinggi dan moden dengan pencahayaan memukau pandangan. Keadaan di sini juga tenang, tak ramai pengunjung ketika ini. Hanya kedengaran suara nyanyian pemuzik jalanan yang menghidupkan suasana. Sayangnya kami tak boleh berlama-lama di sini, langkah kaki perlu diteruskan

Video pendek suasana di sini

Kami tiba di Liyang Museum, sebuah bangunan dengan rupa bentuk menarik yang terletak bersebelahan tasik. Seni bina muzium ini diinspirasikan oleh alat muzik Cina iaitu Jiaoweiqin. Info lanjut berkenaan seni bina Liyang Museum boleh rujuk DI SINI.
Bangunan ini juga dapat dilihat dari jendela hotel penginapan kami, entrinya DI SINI.
Seni bina futuristic yang memukau pandangan. Teringin sungguh nak masuk melihat bahagian dalamnya, sayangnya ia dibuka waktu siang sahaja

Bangunan dengan kesan cahaya animasi ini juga boleh dilihat dari perkarangan hotel penginapan kami. Bila nampak bangunan ini, maksudnya dah semakin hampir dengan hotel

Beginilah suasana jalan raya di sini - lapang dan lengang. Tak banyak kenderaan dan tak meriah dengan orang-ramai, ini jauh berbeza dengan pengalaman saya di beberapa tempat lain di China

Setelah berjalan sejauh 1.78 km dengan catatan masa kira-kira 44 minit, kami akhirnya tiba di kawasan hotel penginapan. Sebelum kembali ke bilik, kami menikmati makan malam di kedai makan halal berdekatan hotel - ini kali ketiga kami makan di sini

Makan malam kami - Chinese burger dan lamb skewers. Sama seperti sebelum ini, Encik Suami tunjuk je gambar poster di kedai. Lamb skewers tu order lima cucuk, dapat percuma satu cucuk. Sedap dan lembut dagingnya. Harga makan malam kami ini sekitar RM39 (kadar tukaran wang ketika itu). Pembayaran tanpa tunai dengan Alipay menggunakan Touch ‘n Go e-Wallet.
Sebelum ini saya pernah sebut berkenaan rata-rata kenderaan di sini dipenuhi habuk disebabkan keadaan angin kencang, ini contohnya. Kalau ada yang bersih tu mungkin pemiliknya basuh kereta setiap hari - ini yang diberitahu oleh pemandu kenderaan sewa kami. Foto diambil ketika kami nak melintas jalan untuk kembali ke hotel penginapan

Alhamdulillah…dapat saya berehat setelah seharian ikut Encik Suami buat urusan kerjanya dan malam pula berjalan kaki hampir 2 km. Tapi tak terasa jauh sebab udara sejuk berangin, laluan pejalan kaki yang selesa dan saya dapat melihat banyak perkara baharu

Esok? Lebih penat, penat jalan-jalan seharian di Nanjing 😀








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/11/jalan-jalan-menikmati-suasana-malam-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malam Terlarang Ketika Laut Dan Rahsia Bertemu

Malam Terlarang Ketika Laut Dan Rahsia Bertemu

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 275 hits
Malam Terlarang Ulasan Analisis Tema Di Sebalik Tabir JMBELOG Malam Terlarang Ketika Laut dan Rahsia Bertemu Arahan Nurhanisham Muhammad Tayangan 30 Oktober 2025 Durasi 110 min Genre Seram Mistik Sinopsis Ringkas Berlatarkan era 1980 an Mal...
Pasangan Panda Gergasi Chen Xing Xiao Yue Selamat Tiba Di Malaysia Malam Ini Nres

Pasangan Panda Gergasi Chen Xing Xiao Yue Selamat Tiba Di Malaysia Malam Ini Nres

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 146 hits
Pasangan Panda Gergasi Chen Xing Xiao Yue Selamat Tiba Di Malaysia Malam Ini NRES KUALA LUMPUR 18 Nov Pasangan panda gergasi Chen Xing dan Xiao Yue dari China selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 30 malam ini Ke...
Benarkah Pertemuan Bersatu Malam Esok Bertujuan Menukar Ketua Pembangkang

Benarkah Pertemuan Bersatu Malam Esok Bertujuan Menukar Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 104 hits
17 November 2025Sebagaimana tular surat berkenaan di media sosial Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Ahli Parlimen parti itu malam esok Pertemuan akan diadakan di kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara ja...
Tajuk Nasihat Kerajaan Malaysia Elakkan Perjalanan Waktu Malam Demi Keselamatan Rakyat

Tajuk Nasihat Kerajaan Malaysia Elakkan Perjalanan Waktu Malam Demi Keselamatan Rakyat

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 161 hits
Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan nasihat kepada rakyat agar menghindari perjalanan malam di tiga kawasan selatan Thailand iaitu Yala Narathiwat dan Pattani berikutan peningkatan kes keganasan di kawasan tersebut Ahmad Fahmi Konsul Malay...
Kuala Ketil Tu Tempat Jin Bertendang Ja Malam Pukoi 10 Lembu Dok Ataih Jalan

Kuala Ketil Tu Tempat Jin Bertendang Ja Malam Pukoi 10 Lembu Dok Ataih Jalan

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 163 hits
memang sejenis makhluk yang Dia hina orang lain konon padahal dialah yang sebenarnya ni memperlekehkan rakyat Sabah Bukan setakat sebab dia cakap kempen dia Sabah tu cukup dengan beri je Tapi dia anggap orang Sabah sebagai ibarat Dia anggap...
Amaran Hujan Lebat Di Beberapa Negeri 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Amaran Hujan Lebat Di Beberapa Negeri 2 Wilayah Hingga Malam Ini

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 390 hits
Amaran Hujan Lebat Di Beberapa Negeri 2 Wilayah Hingga Malam Ini Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir hujan lebat dan angin kencang di sembilan buah negeri serta dua Wilayah sehingga jam 9 malam ini Menerusi...
Nasi Goreng Malam Pagi

Nasi Goreng Malam Pagi

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 122 hits
Assalamualaikum WBTMASA sedang makan malam malam kelmarin PI beritahu esok ada live bola kat tv Itu maknanya malam tu tak boleh pergi mana mana makan kat rumah tapi makanan tu ringkas la Sk beritahu nanti Sk tapau siap siap mi ke apa apa da...
Makan Malam Di Istanbul Day 1 1

Makan Malam Di Istanbul Day 1 1

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 143 hits
Alhamdulillah saya akan menyambung catatan percutian kami ke Istanbul bersama anak cucu Boleh klik entri sebelum ini di Selepas check in di Hotel Florina kami mengerjakan solat dan tunggu sehingga masuk waktu Maghrib Kedengaran azan berkemu...
Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Neoantigen Sebagai Sasaran Rawatan Terapi Kanser Kolorektal

Delicious Beef Cubes Recipe Vietnamese

Poco Launches Poco F8 Series

Cara Kurangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi

Penemuan Unik Bekas Gangsa Dengan 300 R Di Como Itali Utara

Berbaloi Tak Beli Motor Guna Spaylater Motorcycle


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Yang Saya Belajar Minggu Ini

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

Potato Egg Melt Sihat Rendah Kalori Sarapan Sedap Yang Mudah Kenyang Lama Memikat

Uks Setelah Ku Ditinggalkan Chord

Dalam Tak Sadar Sekecil Perkara Yang Menyentuh Jiwa