Ku Li Nak Hidupkan Semula Umno Lama Dakwa Umno Baru Kini Dah Hilang Taring


agendaily.com9/10/2021
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan mesyuarat dengan beberapa veteran UMNO dengan hasrat menghidupkan semula ‘UMNO lama’ yang diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1988.

Menurut Tengku Razaleigh atau Ku Li, hasrat itu tercetus kerana beliau mendakwa UMNO kini telah kehilangan taring dan ia boleh menyebabkan parti berkenaan akan menghadapi kesukaran pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Hasrat kami untuk menghidupkan semula adalah agar Melayu kembali bersatu.

“UMNO sekarang pecah. Akhir-akhir ini banyak orang merasakan bahawa UMNO baru ini sudah hilang taring. Dan mungkin susah menghadapi pilihan raya.

“Keadaan sudah berlainan. Jadi, kita harap dapat kita ajak semua pihak bersama mewujudkan perpaduan di kalangan orang Melayu,” katanya yang dipetik dalam laporan Malaysiakini.

Terdahulu, mesyuarat yang diadakan semalam di kediamannya di Kuala Lumpur bermula 3.30 petang itu turut dihadiri beberapa pemimpin dari kalangan Pemuda UMNO.

Antara yang hadir adalah bekas timbalan menteri kesihatan Tan Sri Dr Suleiman Mohamed, bekas timbalan menteri pembangunan usahawan Tan Sri Mohd Khalid Yunus dan bekas timbalan menteri pertahanan Datuk Zainal Abidin Zin.

Selain itu, Ku Li juga berkata, UMNO hari ini tidak sama dengan UMNO yang diwujudkan pada tahun 1946.

“UMNO lama tak pernah mati. UMNO yang ada hari ini ditubuhkan pada tahun 1988. UMNO yang kami bincangkan tadi ditubuhkan tahun 1946 yang dikatakan telah diharamkan.

“UMNO tak pernah diharamkan. Padahal, UMNO tidak pernah melanggar undang-undang Persekutuan. Didakwa sebagai membatalkan pendaftaran sebenarnya tak pernah berlaku,” tambahnya lagi.

Katanya, sambutan untuk mengaktifkan semula ‘UMNO lama’ turut menggalakkan.

“Kami telah membuat beberapa mesyuarat sebelum ini. Sambutannya sangat mengalakkan.

“Kami akan membuat beberapa kajian sebelum menghidupkan semula UMNO lama,” katanya sambil beliau dinasihatkan agr tidak perlu berjumpa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengaktifkan semula UMNO lama.

Untuk rekod, pada Jun 1987, satu tindakan guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 ahli UMNO di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO pada April 1987 sebagai bertentangan dengan Perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.

Selepas perbicaraan hampir tujuh bulan, pada 4 Februari 1988 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan bahawa UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Susulan itu, presiden UMNO ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad mendaftar parti baru yang dikenali sebagai ‘UMNO baru’.

Sementara itu, bekas exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris turut kelihatan di kediaman Tengku Razaleigh, walaupun tidak menyertai mesyuarat itu hari ini.

“Saya sokong UMNO lama dihidupkan semula,” kata Wan Muhammad Azri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/ku-li-nak-hidupkan-semula-umno-lama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Patut Azmin Nak Tubuh Parti Baru Ramai Kona Ke Umno Semula Rakyat Malaysia Kenal Siapa Azmin Kah Kah

Patut Azmin Nak Tubuh Parti Baru Ramai Kona Ke Umno Semula Rakyat Malaysia Kenal Siapa Azmin Kah Kah

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 421 hits
Ramai lagi pimpinan Bersatu merisik peluang kembali ke pangkuan Umno Oleh FAZLI RADZI October 3 2021Lebih ramai pemimpin dan ahli Bersatu menyatakan hasrat untuk kembali menyertai semula Umno kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Presiden U...
Ahmad Zahid Tolak Hasrat Hidupkan Umno Lama

Ahmad Zahid Tolak Hasrat Hidupkan Umno Lama

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 305 hits
bharian comOleh Oktober 9 2021 12 46pmDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hadir pada program outreach vaksinasi Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia di Parlimen Bagan Datuk Foto NST...
Umno Kita Tahu Sifat Rasuahnyer Pas Konon Nak Hudud Tapi Tak Kisah Rm 1 8 Trillion Hilang

Umno Kita Tahu Sifat Rasuahnyer Pas Konon Nak Hudud Tapi Tak Kisah Rm 1 8 Trillion Hilang

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 251 hits
NORMAN RADZUANRM 1 8 TRILLION JANGAN BIARKAN BERLALU1MDB isunya meletup sb kita ada Bersih Namun ia hanya melibatkan RM40 billion wang rakyat Kes RM 1 8 trillion wang negara hilang ia patut menjadi isu yg lebih besar Jgn biarkan DS Anwar ke...
Ha Kutip Balik La Kalau Umno Nak Rebah Dan Kena Hentam Semula

Ha Kutip Balik La Kalau Umno Nak Rebah Dan Kena Hentam Semula

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 269 hits
Lokman Adam kembali ke pangkuan UmnoBekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam yang dilucutkan keahlian daripada UMNO pada 20 Februari lalu diterima semula menyertai parti itu Ahli MT UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bagai...
Pulau Batu Putih Dah Hilang Baru Nak Sembang

Pulau Batu Putih Dah Hilang Baru Nak Sembang

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 550 hits
PUTRAJAYA Malaysia sudah terlepas peluang untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh selepas Perdana Menteri Ke 7 Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan pula...
Tiada Umno Baru Atau Umno Lama Kata Zahid

Tiada Umno Baru Atau Umno Lama Kata Zahid

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 726 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulas laporan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li yang bermesyuarat bersama sekumpulan veteran Umno bagi membincangkan usaha mewujudkan Umno lama semalam Kam...
Pemimpin Umno Dakwa Muhyiddin Sedar Bersatu Tak Mampu Berdepan Umno Pada Pru 15

Pemimpin Umno Dakwa Muhyiddin Sedar Bersatu Tak Mampu Berdepan Umno Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 295 hits
September 28 2021 Veteran Umno mengingatkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin agar tidak perlu membuang masa dengan manaruh harapan Umno akan bersama Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang Malah kata Setiausaha Veteran Umno Mustapha Ya...
Hiburan Saya Hilang Arah Tak Tahu Nak Buat Macam Mana Fara Hezel Cemas Anak Terperangkap Dalam Kereta

Hiburan Saya Hilang Arah Tak Tahu Nak Buat Macam Mana Fara Hezel Cemas Anak Terperangkap Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 610 hits
Penyanyi Fara Hazel berdepan detik cemas apabila anak lelakinya Tengku Muhammad Aisy Al Abidin Petra terperangkap di dalam kereta yang terkunci selepas beriadah di sebuah kawasan rekreasi di Terengganu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementFara at...
Nak Perhalusi Sampai Pencen Jadi Sikit Kot Kah Kah Membazir Dan Hilang Billion Billion Tak Perhalusi Kah

Nak Perhalusi Sampai Pencen Jadi Sikit Kot Kah Kah Membazir Dan Hilang Billion Billion Tak Perhalusi Kah

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 274 hits
Bayaran pencen makin meningkat kerajaan sedang perhalusi Cadangan Skim Persaraan BaharuSeptember 28 2021 Bayaran pencen makin meningkat kerajaan sedang perhalusi Cadangan Skim Persaraan Baharu Kerajaan menganggarkan pembayaran pencen akan m...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Ets Diselenggara Secara Berkala

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Autoimmune Disease


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Aisha Retno Tak Adil Chord