Tiada Tempat Di Dunia Buat Anak Berusia 4 Tahun Tanpa Kerakyatan Di Sarawak


 Nur Shazreena Ali
Rayyan (bukan nama sebenar) adalah anak yang cerdik namun tidak sah kerana ibu bapanya tidak berkahwin ketika dia dilahirkan.
Anak kecil berusia empat tahun, Rayyan turut membantu membawa barangan di Bintulu, Sarawak untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan sepanjang pandemik. Di sudut bilik sebuah kedai di Sarawak, Rayyan, empat tahun (bukan nama sebenar) duduk bermain dengan dua kereta mainannya.
Rayyan menolak keretanya itu di lantai sambil mulutnya dimuncungkan bagi meniru bunyi kereta sebenar di jalan raya.
Seperti anak kecil lain, dia memarahi sesiapa yang mahu mengambil mainannya itu, termasuk sepupunya yang baru berusia dua bulan yang sekadar cuba memegang kereta kecilnya itu.
Melihatkan kejadian itu, pakciknya memujuk Rayyan untuk berkongsi mainannya.
Selepas beberapa kali memujuknya, Rayyan dengan senang hati menyerahkan mainannya kepada adik sepupunya.
Mereka tinggal bersama, jadi Rayyan memang menganggap bayi itu sebagai adiknya.
Bagi Rayyan, adik sepupu, ibu dan bapa saudaranya adalah keluarga.
Dia dihantar untuk tinggal bersama mereka selepas ibunya menghilangkan diri.
“Ibunya melarikan diri bersama teman lelaki yang ketagih dadah,” kata Zaid yang merupakan bapa saudara Rayyan kepada MalaysiaNow.
“Bapanya sudah hilangkan diri waktu itu. Dia hilangkan diri beberapa bulan sebelum Rayyan dilahirkan.”
Kedua ibu bapa Rayyan adalah warga Malaysia.
Ibunya, adik kepada Zaid adalah dari suku Bajau sementara bapanya adalah kaum Cina.
Namun masalah besar yang dihadapi anak kecil ini adalah hakikat ibu bapanya tidak memiliki ikatan perkahwinan ketika dia dilahirkan.
Ini bermaksud Rayyan yang tidak memiliki sijil kelahiran dianggap tidak memiliki kewarganegaraan.
Kini Rayyan tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya, serta sepupu kecilnya di sebuah bilik sewa kecil di tingkat pertama sebuah kedai di Bintulu.
“Dia dilahirkan di lantai simen kilang tempat ibunya bekerja,” kenang Zaid.
Zaid dan isterinya melakukan sedaya upaya mereka untuk membesarkan anak lelaki itu, namun walaupun berusaha sebaik mungkin, anak kecil itu menjengah dunia ini dalam keadaan yang begitu suram.
Dengan statusnya ketika ini, Rayyan bakal menjalani hidupnya dengan penuh ketidakpastian melainkan dia memperolehi kewarganegaraan.
Sepanjang pandemik ini, Zaid juga bergelut untuk mencari nafkah buat keluarganya.
Sebagai pekerja yang mendapat gaji harian, sebelum ini dia dapat menyediakan nafkah dengan cukup baik sehinggalah Covid-19 melanda negara dan sekatan pergerakan turut dilaksanakan.
Selama beberapa bulan, dia melakukan apa sahaja bagi memenuhi keperluan keluarga.
Ketika ini, setiap pagi, Zaid akan berjalan ke suatu lokasi di mana dia menunggu kontraktor bangunan dan penyelenggaraan yang mencari pekerja.
Sekiranya dia bernasib baik, Zaid boleh mendapat RM50 hingga RM80 sehari dengan kerja mengangkut batu bata, memotong rumput dan melakukan pekerjaan kasar lain.
Namun, hampir setiap hari Zaid pulang dengan tangan kosong.
Sewa biliknya juga kini tertunggak tiga bulan dan keluarga kecilnya menghadapi ancaman pengusiran setiap hari.
Tekanan mereka sekeluarga meningkat setelah isterinya melahirkan anak.
Upah kecilnya kini terpaksa menanggung perbelanjaan bayi yang baru lahir juga.
Zaid tidak tahu berapa lama dia boleh terus membesarkan Rayyan.
Dia sedang mempertimbangkan untuk menghantar anak kecil itu ke Sabah untuk tinggal bersama datuk dan neneknya di kampung mereka yang ditinggalkan Zaid tujuh tahun lalu.
“Saya boleh menjaga Rayyan jika saya ada pekerjaan dan pendapatan tetap,” katanya.
“Tetapi dengan bayi baru lahir dan masalah kewangan, saya rasa bukan idea yang baik untuk dia terus tinggal bersama saya di Bintulu.
“Sekiranya dia kembali ke Sabah, sekurang-kurangnya dia akan selamat dan dijaga.”
Namun tanpa sijil kelahiran, Rayyan tidak mungkin boleh menaiki kapal terbang untuk pulang ke kampung ibunya.
Bahkan di Bintulu, Zaid jarang membawa Rayyan keluar dari rumah, kerana takut anak itu akan ditangkap kerana tiada kewarganegaraan.
Walaupun Zaid ingin memohon kerakyatan untuk anak saudaranya, kekangan kewangan pula membantutkan keadaan.
“Kami tidak mahu perkara buruk terjadi kepadanya,” katanya.
“Saya harap dia akan menjadi lelaki yang baik suatu hari nanti, kerana anak yang cerdik dan cepat belajar.”
Duduk di sudut bilik, Rayyan menunjukkan kepada MalaysiaNow bagaimana dia boleh mengira dari satu hingga 10.
“Saya suka Upin dan Ipin,” katanya.
“Dan BoBoiBoy!.”
Namun, betapa pintar pun Rayyan, masih jauh perjalanannya, dan berapa jauh dia dapat menjalani kehidupannya dalam negara yang tidak mengiktirafnya wujud secara sah masih kekal menjadi persoalan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/tiada-tempat-di-dunia-buat-anak-berusia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagi La Kejap 3 Tahun Tak Jumpa Wanita Rindu Peluk Anak Dihalang Bekas Suami

Bagi La Kejap 3 Tahun Tak Jumpa Wanita Rindu Peluk Anak Dihalang Bekas Suami

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 471 hits
Sehari tidak menatap wajah anak pun sudah mula rasa kehilangan apatah lagi terpaksa menahan rindu selama tiga tahun selepas mengambil keputusan untuk berpisah dengan pasangan
Idai Pertanyakan Anak Di Bawah 12 Tahun Belum Divaksinasi Tapi Ikut Ptm Terbatas

Idai Pertanyakan Anak Di Bawah 12 Tahun Belum Divaksinasi Tapi Ikut Ptm Terbatas

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 321 hits
Perwakilan Satgas Covid 19 Ikatan Dokter Anak Indonesia Kurniawan Taufiq Kadafi mengatakan pihaknya telah merekomendasikan anak di bawah 12 tahun belum bisa mengikuti PTM terbatas di sekolah
Nak Masuk Tahun Satu Anak Masih Tak Lancar Membaca Cikgu Ini Kongsi 7 Tekniknya

Nak Masuk Tahun Satu Anak Masih Tak Lancar Membaca Cikgu Ini Kongsi 7 Tekniknya

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 360 hits
Tentu ibu bapa mula bimbang dengan keadaan anak yang tidak dapat membaca dengan baik tetapi dah nak masuk Tahun Satu Kebanyakan ibu ayah risau kerana silibus tahun satu tak seperti dulu Malah jika anak belum lancar membaca risau akan keting...
Gadai Barang Kemas Terakhir Demi Anak Nak Masuk Darjah 1 Selepas 20 Tahun Ibu Seb4k Dapat Sarung Semula Cincin Di Jari

Gadai Barang Kemas Terakhir Demi Anak Nak Masuk Darjah 1 Selepas 20 Tahun Ibu Seb4k Dapat Sarung Semula Cincin Di Jari

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 319 hits
ADIK ganti balik cincin yang mak gadai untuk sekolahkan adik Begitulah kata kata seorang anak yang ingin membalas semula pengorbanan si ibu Rakaman video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan memaparkan dia menghulurkan sebuah kotak yang b...
Budak 5 Tahun Korban Termuda Covid 19 Di Sarawak

Budak 5 Tahun Korban Termuda Covid 19 Di Sarawak

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 260 hits
Kanak kanak tersebut yang memiliki komorbiditi obesiti meninggal dunia pada 6 Oktober lalu di Hospital Miri Gambar hiasan Kanak kanak 5 tahun korban termuda COVID 19 di Sarawak KUCHING Seorang kanak kanak berusia lima tahun menjadi korban t...
Pedang Berusia 900 Tahun Ditemukan

Pedang Berusia 900 Tahun Ditemukan

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 386 hits
Pedang berusia 900 tahun ditemukan BAITULMUQADDIS Sebilah pedang berusia kira kira 900 tahun yang dipercayai milik seorang tentera ketika era Perang Salib ditemukan di luar pantai utara Israel Lapor portal UPI Pihak Berkuasa Barang Antik Is...
Para Pemancing Terkejut Ikan Gergasi Berusia 50 Tahun Tiba Tiba Mel0mpat Keluar Dari Permukaan Sungai

Para Pemancing Terkejut Ikan Gergasi Berusia 50 Tahun Tiba Tiba Mel0mpat Keluar Dari Permukaan Sungai

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 511 hits
Satu rakaman yang menakjubkan berjaya dirakam oleh kaki pancing di Sungai Fraser British Columbia Kanada Rakaman yang luar biasa itu memaparkan seekor ikan gergasi seberat 158 kg melompat dari permukaan air secara tiba tiba dalam satu aksi ...
Rangka Manusia Ditemui Di Bukit Keteri Perlis Dipercayai Berusia Lebih 5 000 Tahun

Rangka Manusia Ditemui Di Bukit Keteri Perlis Dipercayai Berusia Lebih 5 000 Tahun

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 600 hits
Pesuruhjaya Warisan Negara Mohd Azmin Mohd Yusof dalam sesi sidang media hari ini memaklumkan sebuah rangka manusia pra sejarah berjaya ditemui di Bukit Keteri Perlis
Penemuan Rangka Tengkorak Berusia Ribuan Tahun Di Bukit Keteri

Penemuan Rangka Tengkorak Berusia Ribuan Tahun Di Bukit Keteri

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 792 hits
Penemuan rangka tengkorak dan gigi di Bukit Keteri membuktikan Perlis pernah menjadi kawasan penempatan masyarakat prasejarah dan proto sejarah ribuan tahun dahulu Penemuan ini adalah bukti bukti terbaharu selain bahan sejarah lain seperti ...
Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

Top 10 Hotel Berdekatan Klia Bermula Rm70

Adakah Perbezaan Antara Tempeyek Dan Rempeyek

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

Minum Petang Dengan Pulut Panggang Legend Sesedap Citarasa

Betul Ke Guna Chatgpt Buat Otak Jadi Malas Jom Kita Bongkar

Budak Maut Tercampak Kenderaan Akibat Tayar Meletup Di Lebuhraya Utara Selatan Dekat Jasin