Tiada Sebab Untuk Tergesa Gesa Dalam Rayuan Akhir Src Najib Shafee



Tiada sebab untuk tergesa-gesa dalam rayuan akhir SRC Najib – Shafee
Rayuan akhir Najib Razak untuk membatalkan sabitan terhadap kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd tidak harus dibuat tergesa-gesa kerana dokumen kritikal dalam bahasa Malaysia perlu diterjemahkan untuk memberi taklimat kepada Queen’s Counsel (QC) dari London, kata peguam Muhammad Shafee Abdullah. .
Peguam bekas Perdana Menteri itu berkata, rayuan itu melibatkan isu undang-undang yang kompleks.
“Perayu (Najib) memerlukan nasihat dan kepakaran daripada QC yang berpengalaman,” katanya dalam surat yang ditujukan kepada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang dilihat FMT.
Beliau berkata Najib memerlukan masa selepas menerima rekod rayuan, untuk membekalkannya kepada QC di London.
“Kecuali penghakiman penuh yang dibuat di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, lain-lain dokumen adalah dalam Bahasa Malaysia dan semua dokumen ini perlu diterjemahkan sebelum sesalinannya diserahkan kepada QC untuk diteliti dan bagi memudahkan pihak kami untuk menjelaskan kepada QC,” katanya
Shafee berkata penetapan tarikh awal untuk mendengar rayuan itu, sangat prejudis terhadap Najib, memandangkan ini merupakan rayuan terakhirnya.
“Perayu merasakan rayuannya seolah-olah dipercepatkan tanpa alasan munasabah. Persepsi (masyarakat) adalah amat penting bagi imej kehakiman,” kata Shafee.
Semasa pengurusan kes menetapkan tarikh pendengaran rayuan untuk mengemukakan bukti tambahan dan rayuan untuk membatalkan sabitan semalam, Shafee memaklumkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Siti Hajar Mustaffa bahawa anak guamnya berhasrat mendapatkan perkhidmatan QC.
Shafee berkata beliau akan menulis secara rasmi hari ini untuk menyatakan mengapa Najib memerlukan kepakaran undang-undang asing.
QC, dikatakan pakar dalam bidang undang-undang tertentu, hanya boleh hadir di mahkamah Malaysia secara ad hoc selepas dibenarkan masuk.
Badan Peguam dan Jabatan Peguam Negara boleh menyokong atau membantah sekiranya Najib membuat permohonan sedemikian.
Tiada tarikh ditetapkan untuk mendengar rayuan yang sewajarnya berikutan cadangan untuk membawa peguam asing itu.
Satu lagi pengurusan kes akan diadakan pada hari Jumaat untuk menentukan langkah seterusnya untuk rayuan.
Bagaimanapun, Siti Hajar menetapkan 15 dan 16 Mac untuk mendengar rayuan Najib untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuan SRC.
Pada 7 Dis tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk memasukkan keterangan baharu dengan menyatakan bahawa beliau tidak memenuhi empat elemen ketat yang diperlukan bawah undang-undang.
Keesokannya, mahkamah sama mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyelewengkan RM42 juta dana SRC itu.
Hakim Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
Karim berkata, hakim perbicaraan Mohd Nazlan Mohd Ghazali tidak terkhilaf sehingga memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan. FMT
Tiada sebab untuk tergesa-gesa dalam rayuan akhir SRC Najib – Shafee
Baca Artikel Menarik :
Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib ‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis 2 beradik dibunuh bapa kandung di taman permainan Anak bekas anggota Rejimen 10 Komunis Melayu kembali ke Malaysia Bantuan khas RM700 penjawat awam, RM350 pesara Berebut pelajar perempuan, cedera dibuli senior Yasmin Hani Semakin ‘Fit’ Dan Cantik Difitnah pencuri, polis tidak mampu menahan warga emas daripada maut dibelasah Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan Saya tidak mahu bersama Bersatu yang dipimpin Muhyiddin – Mazlan Bujang Bas lelong jadi rumah Nur Amira Layari Laman Facebook MYKMU</a
Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

The post Tiada sebab untuk tergesa-gesa dalam rayuan akhir SRC Najib – Shafee appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/01/25/tiada-sebab-untuk-tergesa-gesa-dalam-rayuan-akhir-src-najib-shafee/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Jelaskan Mengapa Najib Lantik Peguam Diraja Dalam Rayuan Src

Peguam Jelaskan Mengapa Najib Lantik Peguam Diraja Dalam Rayuan Src

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 149 hits
Peguam Najib turut memohon mahkamah tidak menetapkan tarikh awal pendengaran rayuan kerana memerlukan masa untuk menterjemahkan dokumen mahkamah yang dikaitkan dengan kes itu Bekas perdana menteri Najib Razak Gambar Bernama Hasrat Najib Raz...
Najib Mahu Lantik Queen S Counsel Kerana Rayuan Src Libat Isu Kompleks

Najib Mahu Lantik Queen S Counsel Kerana Rayuan Src Libat Isu Kompleks

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 138 hits
Oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengadakan sidang media berkenaan kes pecah amanah terhadap dana syarikat SRC International Sdn Bhd di Bukit Tunku bulan lalu GAMBAR Abd Razak Aid Hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melantik Peguam...
Src Appeal Najib Directed To Apply For Uk Queen S Counsel By May 20

Src Appeal Najib Directed To Apply For Uk Queen S Counsel By May 20

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 278 hits
The Federal Court gave Najib Abdul Razak until May 20 to file an application for admission of a Queen s Counsel from the United Kingdom to submit in his appeal in the RM42 million SRC International graft case The apex court gave this direct...
Losing Faith In Shafee S Legal Team Kadir Jasin Asks Najib

Losing Faith In Shafee S Legal Team Kadir Jasin Asks Najib

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 132 hits
With former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak planning to appoint a Queen s Counsel to file an appeal at the Federal Court over his graft trial a former Parti Pribumi Bersatu Malaysia opined that the former is losing faith with his ...
Najib To Engage Queen S Counsel For Src Appeal

Najib To Engage Queen S Counsel For Src Appeal

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 195 hits
Najib Razak s lawyers will write to the Federal Court on their intention to bring in a Queen s Counsel from the UK to appear in his final appeal PUTRAJAYA Najib Razak intends to engage a Queen s Counsel from the UK to appear in his final ap...
March 15 Hearing Of Najib S Appeal To Adduce Fresh Evidence In Src Case

March 15 Hearing Of Najib S Appeal To Adduce Fresh Evidence In Src Case

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 136 hits
The Federal Court has fixed two days from March 15 to hear Najib Abdul Razak s appeal to adduce fresh evidence in the RM42 million SRC International corruption case The apex court registry today has also yet to fix a hearing date of the for...
Dituduh Ucap Selamat Jalan Pada Dr M Najib Ancam Saman

Dituduh Ucap Selamat Jalan Pada Dr M Najib Ancam Saman

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 181 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 24 2022 1 37 PMBekas perdana menteri Najib Razak mengancam untuk mengambil tindakan undang undang terhadap ahli parlimen Kangar Amin Ahmad dan pembantu Dr Mahathir Mohamad Adam Mukhriz Najib mengumumkan perka...
Tvlar Post Doakan Kebbrukan Dr Mahathir Ini Reaksi Padu Najib

Tvlar Post Doakan Kebbrukan Dr Mahathir Ini Reaksi Padu Najib

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 144 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sentiasa mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan kesembuhan dan dikurniakan kesihatan baik
Pro Najib Gathering Calls For Zeti S Arrest

Pro Najib Gathering Calls For Zeti S Arrest

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 177 hits
Protesters holding placards calling on the authorities to stop the persecution of Najib Razak at the World Trade Centre Kuala Lumpur today KUALA LUMPUR A gathering protesting against the persecution of ex prime minister Najib Razak has call...
Catatan Hujung Minggu

Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Perlis Darul Kopi Ada 100 Port Untuk Ngopi Di Perlis

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Maksud All Eyes On Rafah

Pendapat Pelabur Asing Kerajaan Melayu Kerajaan Korup

Cita Cita Mahasiswi Ini Bikin Ulama Al Azhar Takjub

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Chonggu Experimental School By Bau Brearley Architects Urbanists In Shanghai China

Wang Ehsan Ke T Ganu Kelantan Tanda Kerajaan Madani Adil

Beraninya Kata Saya Pernah Bercinta Dengan Aliff Didi Astillah

Macc Proposes Criminal Charges In Case Involving Perlis Mb S Son

No Talks About Opening Uitm To Non Bumi Students Says Zambry

Singapore S New Pm Takes Office Pledging To Lead In His Own Way